aku ingin disayangi dan dicintai


Kasih sejak aku mengenali dirimu jiwaku tak menentu.aku jadi keliru ! pelbagai persoalan bermain di fikiran ini . air mataku sudah kering untuk menangisi setiap kekecewaan.
Aku hanya ingin disayangi dan dicintai. Aku tak rela dipermainkan lagi dan dipersendakan apatah lagi antara kita berdua . ditengah malam syahdu ini aku amat merinduimu..
Kembalilah padaku kasih.hanya tuhan yang lebih mengerti dan memahami hati dan perasaanku ini terhadapmu..oh tuhan…
»»  READMORE...

KASIH


Menanti esok fajar menyinsing..
Fajar esok,pasti tiba untuk kita,
membawa bersama penawar segala kerinduan,
untuk menyingkir segala kesunyian

Kesunyian..
Suatu anugerah pada sekeping hati yang kesepian.
Kesunyian..
Suatu ketabahan pada jiwa yang kelukaan
Kesunyian..
Suatu penyiksaan pada penantian kasih abadi.

Kiranya ada tercalar dihati,
kiranya ada tercalar di kata,
buat kenangan akhirnya,
sambutlah kasihku yang tulus, kerana aku amat menyintaimu.

Pada saat pengakhiran ini, terasa diri ini begitu terasing,
terasa diri ini terlalu sunyi,
ketika itu,
suaramu aku terdengar, membisikkan sayang
menyatakan cinta.

Aku pasrah dalam kesunyian mencari kasih abadi..
Kiranya kau hadir menyingkap kesunyian ini menjadi kasih,
akan kuberikan seluruh hidupku hanya padamu.

Dalam usia keremajaanku pernah kurasai kepahitan pada suatu kehilangan kasih dan cinta..
sehingga hatiku menemui kasih mu, cintaku kembali berbunga.

Kau mengubati kepahitanku musim lalu
kuhiburkan kesunyian musim lampau. Betapa diri mu amat berharga sebagai teman meranjau
oanak duri kehidupan ini

Bayangan semalam menghantui jiwakulagi,
Peristiwa sedekad lalu memburu harapanku.Walau terbentang lautan api aku tetap mengahrunginya
untuk hidup bersamamu.

Kasih moga dianugerahkan pada kita suatu harapan yang pasti. Seketika itu..limpahkan kasihmu 
padaku,curahkan sayangmu dijiwaku.

kasih,kupohon padamu..
Kuharap daripadamu..
Lontarkan aku..
Secebis harapan,
sekelumit kasih..
untuk kuubati kelukaan lalu

Kasih,sudikah kiranya kau hamparkan padaku saujana harapan untuk mengecapi setitis kebahagian,
walau..sepi tanpa berkasih.

TErpahat ingatan, berputaran beredar,perjalanan kehidupan,dicorak mencorakkan, kenangan teridah
pengalaman bersamamu,terbayang diingatan.

Pada kedewasann yang meniti,kulukiskanimpian,kuukirkan haluan,ketika itu terasa diriku 
kekosongan dalam pencarian hingga ku temui daripadamu erti kasih.

Kasih, ku abadikan kenangan, sejuta harapan bersamamu,dan..Biarlah aku mencari dan mencari..
Harapan yang tak pasti.

Kasih, dalam penantianmu,dalam harapan yang kusemai,pasti ada ujian dan hikmah,kerana Tuhan
Maha Mengetahui,kasih jiwa seorang insan.

Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana disebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya.BErsyukur
atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan

Kucoretkan padamu kata penyambung bicara.Maluku bagaikan berlipat di dalam lembaran itu,Bagaimana
nanti tawamu yang tidak pasti,memberi harapan atau khayalan.

Maafkan ku sayang.Memang mudah mengucapkan,aku menyedari. Percayalah,jika kau membenci bicaraku
kini,pasti rinduku tak terubat selamanya.

Ingin sekali aku berbisik padamu kasih, mengintai hari hari menjelang bersama sebuah ketulusan 
sebagai ingatan rinduku yang berpanjangan.

Hujan malam..seorang gadiss dibuai sepi. Didadanya ada luka. Dihatinya da sengsara.. di dihatiku
sebak menanggung rindu padamu yang jauh dimata

Aku megharapkan kasih kita bukan seperti dedaun itu yang kini gugur dan tersadai umpama
daun daun kering ditaman terasing.

Biarpun cuaca tak selalu cerah. Pelangi juga tak selalu indah. Namun bukanlah satu mimpi
andai mentari yang tenggelam, merah lagi diesok hari.

Cinta ..sebuah anugerah nukilan jiwa.Manis hadirnya pengubat lara.
Cinta.. adalah penyeri asyik disanubari, berpaut ditangkai hati.

Bulan tak selalu purnama. mentari takkan sentiasa menyinar.Mendung tak semestinya hujan andai 
cinta kita sekuat akar.


Cinta Kita ibarat api, membakar dedaun.Kau ibarat dedaun basah . aku ibarat dedaun kering..
Cinta kita pasti akan menyemarak.

Cinta sejati tanpa bersyarat,andai bersyarat reputlah ia.Cinta sejati tak pohon dibalas,kerana 
ia kekal sepanjang hayat.

Cinta sejati tak bertambah dengan kebaikan. Cinta sejati tak bertambah dengan kekayaan.
Cita sejati tak berkurang dengan keburukan.

Cinta sejati tak berkurang dengan kemiskinan.Cinta sejati tak pernah terancam. Cinta sejati
tak pernah curiga.

Cinta sejati pertimbangan adil.Cinta sejati mendidik anak berjiwa Nabi.Cinta sejati
semakin tua semakin sayang.
Tiap tiap malam kuterbayang wajahmu yang ayu dan manis.Bagiku.. lambaian suaramu diiringi dengan kesyahduan malam bermain digegendang telingaku.

Redup tatapanku adalah luahan kasih. Tajam renunganku adalah ucapan dendam.Jernih sinarku adalah kalimat harapan.

Merindu pada rembulan,impian mencari kepastian,biarpun dia masih menanti,menanti sebuah kebahagiansebuah kebahagian yang akan kau berikan.

Akukah yang engkau cinta? Engkaukah yang aku cinta?Bicaralah sepuas hatimu,bicaralah semahumu.
bicara cinta takkan berakhir disini.

»»  READMORE...

Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya


"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya..."
Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki, tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi pencipta mu; namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan diri mu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang tepaling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu, halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
Duhai wanita sebenarnya, maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar, kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita, akan ada bahagia diakhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.
Wanita ku, terima saja makian yang bederu deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir bibir sumbing yang ingin melihat mu sungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.
Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu disetiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata mata, jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong. Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan sang jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, syurga itu sentiasa menanti mu. Bulatnya iman dan takwa sumaiyah ketika di hunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat iman mu harus kepada pencipta mu.
Peganglah kata kata ini, "kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".
Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuan mu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku, biar kebijaksanaan mu terpampang oleh tingginya ilmu mu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi srikandi agama terdahulu. Jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu, biar kesabaranmu manjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan iman mu dengan sejuta lapis sifat mahmuda. Jadilah kita wanita paling bahagia.
»»  READMORE...

RINDU YANG TIADA PENGHUJUNG



Sayangku..aku ingin melupakanmu!!
Aku sudah tidak sanggup untuk mengenangkan segala apa yang pernah kita lalui bersama.
Biarpun yang manis mahupun yang pahit.
Kepahitan yang kau beri lebih menderita berbanding kebahagiaan yang dibawa oleh kemanisan bersamamu.
Namun semakin aku cuba melupakan mu semakin rindu mencekam perasaan ini..
Aku rindu suasana yang penuh gelak tawa yang menghiburkan ..
Saat ini aku hanya mampu menanti …menanti…dan terus menanti kau hadir kembali menyinari hidupku…
Semoga tuhan mengizinkan …
Insya-Allah..
»»  READMORE...

Cinta Sejati


Cinta sejati umpama hantu,
Ramai orang mencarinya,
Tetapi hanya segelintir yang menemuinya,
Cinta sejati hanya wujud sekali dalam hidup,
Maka hargailah ia..
»»  READMORE...

Rinduku Padamu

Kasihku,
Cintamu amat kekal di hatiku,
Dari dulu hinggalah kini kau tetap dihatiku,
Meskipun kita ada jurang pemisah,
Kau tetap kurindu kerana perpisahan kita,
Bukan kehendak diriku tetapi kerana,
Pinta keluargaku.
Sayangku,
Walaupun ku tangisi kerana cinta kita,
Masih belum dapat ku milikimu,
Hanya pada illahi ku panjatkan doa,
Semoga cintaku padamu kekal hingga akhir hayat aku.
Cintaku,
Dilubuk hati ini ingin ku katakan padamu,
Bahawa aku terlalu menyintai dirimu wahai sayangku,
Alangkah indahnya kalau kau disisi ku,
Tapi itu adalah mimpiku kerana kau,
Sudah temui jodohmu,
Sedihnya aku,
Lukanya hati aku,
kerana disisimu bukan AKU,
Maafkan aku kerana terpaksa putus denganmu walaupun perit,
Akan aku gagahi jalani hidup ini tanpamu,
Kerana semuanya ada padamu,
Kasih, Sayang, Cinta yang ada hanya adalah RINDU.


Nukilan,
Hana Maria
»»  READMORE...