Cinta itu masih ada

Oleh : aulia ibtisam

Langkah Nurbaya terhenti mengejut. Secara tiba-tiba oksigen di luar MPH Mid Valley itu bagaikan tidak cukup untuk disedut. Jantungnya berdegup kencang. Aliran darahnya seakan terhenti. Bukan setakat darah tetapi semua organ dalaman tubuhnya dirasakan seolah-olah berhenti berfungsi. Hingar bingar di pusat beli belah itu seperti tidak kedengaran lagi.
Semuanya kerana sekujur tubuh di depannya. Seraut wajah yang amat dikenali walaupun sudah 10 tahun berlalu. Segalanya masih kemas di ingatan. Wajah yang amat ingin dilupakan kerana mengingatinya bererti dia menggali semula peristiwa itu lama itu.
Peristiwa yang hampir mencatatkan titik hitam dalam hidupnya. Tragedi yang hampir memusnahkan masa depannya. Kisah ngeri yang membuatkan dia menjerit dalam tidur seminggu selepas kejadian itu berlalu. Semuanya masih segar dalam ingatan.
Sebaik semangat diri berjaya dipulihkan, Nurbaya lantas melangkah. Mujurlah tuan punya tubuh yang menjadi punca dia kaku untuk seketika tidak melihat ke arahnya. Sedang bergelak sakan dengan rakannya barangkali.
Kaki diheret pantas ke bilik air. Lama dia termenung di dalam salah satu tandas. Perlahan-lahan nafasnya ditarik. Bau-bauan yang tidak menyenangkan di dalam tandas itu bukan lagi masalah apabila musibah besar berada di depan. Sungguh dia tidak menyangka kelibat Fikri dapat dilihat lagi hari ini.
Rupa-rupanya doa yang dipohon setiap kali selepas solat untuk tidak lagi walaupun berselisih bahu dengan lelaki itu tidak dimakbulkan Allah. Benar Nurbaya tidak mahu lagi bertemu walau sebelah mata dengan lelaki itu.
Rupa-rupanya juga jarak 10 tahun masih belum cukup menguatkan semangatnya ketika terpandang kelibat Fikri tadi.
“Mengapa aku mesti terjumpa dia lagi?” keluhnya sendiri. Dia mengomel kecil memarahi diri yang tega merempuh kesesakan jalan raya selepas hujan mengunjungi Mid Valley semata-mata untuk membeli Seikat Kembang Merah, karya terbaru penulis kegemarannya, Imaen.
Memang dia yang mencari penyakit hari itu. Walhal Adlina, teman serumahnya sudah pun berjanji menemaninya hujung minggu itu ke Mid Valley. Dek ketidaksabaran itulah, dia terserempak dengan Fikri.
Nurbaya mengeluh panjang.
“Menyesal betul aku datang sini hari ni. Padan muka aku. Tak menyempat-nyempat sangat. Ambik habuan jumpa dengan jantan tak guna tu.” Katanya perlahan sambil melangkah keluar daripada bilik air.
Umpama mengambil bahagian dalam acara berjalan kaki, Nurbaya pantas melangkah menuju ke tempat meletak kereta. Pada jam 10 malam, kebanyakan pengunjung Mid Valley sudah pun pulang.
Kereta yang tadinya memenuhi parking, kini semakin surut.
“Baya.” Suara garau yang memanggil namanya membuatkan Nurbaya terus kaku. Tangan yang baru hendak membuka pintu kereta keras di situ. Dia tidak berani berpaling. Nurbaya kenal sangat dengan suara itu walaupun sudah sedekad tidak mendengarnya. Tidak pernah berubah nadanya. Sinis dan menakutkan. Jantungnya yang sudah kembali normal sekali lagi berdegup kencang. Matanya liar memerhati keadaan sekeliling. Suasana agak sunyi dan keretanya yang diletakkan di tempat agak tersorok. Memang menempah penyakit.
“Baya. Dah tak sudi nak tengok muka aku ke?”
“Sa..sa..saya bukan Baya. Encik salah orang. Saya kena balik dulu.” Pantas dia menjawab tanpa berpaling. Pintu kereta terus dibuka tetapi sepantas itu juga Fikri menutup kembali.
“Kau tak pandai menipu Baya. Kau ingat aku tak nampak kau depan MPH tadi.” Nurbaya masih tidak berpaling. Nafas Fikri dirasakan amat dekat. Serta merta peristiwa 10 tahun lalu kembali bermain diingatan.
“Betul encik. Saya bukan Baya. Tolonglah encik. Saya nak balik.” Nurbaya masih cuba merayu. Masih lagi tidak berpaling.
“Kalau kau bukan Baya, agaknya birthmark kat bahu sebelah kanan kau pun tak adalah ye?” Umpan Fikri kali ini mengena. Nurbaya segera berpaling dan…’pang’. Pipi kiri Fikri menerima habuan. Mata Nurbaya sudah berkaca. Cuma menanti masa untuk luruh.
“Apa kau nak setan?” Makinya dengan suara yang bergetar menahan sebak apabila disedari Fikri mahu mengungkit kisah lalu.
“Aku nak kau.” Tegas Fikri menjawab. Sekali lagi pipi kirinya menerima tamparan.
“Tak jemu-jemu lagi kau nak musnahkan hidup aku, ha? Kau jangan ingat aku ni tak ada harga diri. Kau pergi berambuslah Fikri. Jangan harap aku nak terima kau. Aku dah ada orang lain.” Tegas Nurbaya menjawab sambil matanya memandang tepat ke wajah Fikri.
Namun keberanian itu tidak lama. Tindakan Fikri yang semakin mendekatinya membuatkan Nurbaya kecut perut. Dia tersandar pada kereta dan kedua-dua tangan Fikri berada di kiri dan kanannya. Tiada cara untuk dia melarikan diri.
“Kau jangan harap dapat larikan diri daripada aku. Aku dah sentuh kau. Aku tak akan benarkan lelaki lain sentuh kau.” Fikri bersuara tegas. Dia tiba-tiba menggeselkan hidungnya pada hidung Nurbaya dan tanpa disedari aksi itu sudah terakam dalam telefon bimbit lelaki itu.
“Hujung bulan ini aku akan hantar pinangan. Kalau kau berani menolak, gambar ni akan sampai ke tangan mak, ayah kau. Kawan-kawan kau. Apa agaknya reaksi ayah kau bila dapat gambar ni? Aku juga akan hebahkan apa yang terjadi 10 tahun lepas. Bagaimana aku tahu kat bahu kanan kau ada birthmark. Apa agaknya pandangan orang kampung? Anak dara Dr Haji Zainudin main laga hidung dengan lelaki bukan muhrim? Sekarang kau boleh balik tapi ingat apa akan jadi kau berani tolak pinangan aku, Baya.” Selesai melontarkan ugutan itu, Fikri menarik tangannya dan Nurbaya pantas masuk ke dalam kereta dan memecut laju. Airmatanya bagaikan tidak mahu berhenti. Buat kali kedua, lelaki itu muncul membawa bersama penderitaan untuknya.
Senyuman sinis yang sengaja dilemparkan kepada Nurbaya lenyap bersama deruman enjin kereta gadis yang semakin menjauh. Fikri mengeluh lemah.
“Maafkan aku Baya. Cukuplah sekali aku hilang kau. I’m not going to lose you again. Maafkan aku kerana terpaksa guna cara kotor untuk dapatkan kau. Aku dah tak ada cara lain.” Dia berkata sendiri sambil melangkah menuju ke arah keretanya.
Sesungguhnya Fikri sendiri seolah-olah lupa bernafas sebaik ternampak kelibat Nurbaya memasuki MPH. Sengaja dia mengikut gadis itu tanpa disedari untuk memastikan dia memang Nurbaya yang dirindui sejak sekian lama.
“Aku rindukan kau Baya.” Perlahan dia meluahkan kerinduan itu kepada gambar Nurbaya yang tersenyum riang memakai pakaian seragam sekolah. Gambar yang menjadi peneman sejak dia kehilangan gadis itu 10 tahun lalu. Sejak dia menjadi dajal memporak perandakan hidup Nurbaya.

************************************************************************************************************************
Sesampai di rumah, Nurbaya terus ke biliknya. Sapaan Adlina tidak dihiraukan. Dia menghempaskan diri di atas katil dengan air mata yang setia menemani sejak pertemuan dengan Fikri.
“Mak, tolong Baya mak. Baya tak mahu dia. Baya tak nak dia, mak.” Nurbaya merintih sendirian. Tanpa diminta peristiwa ketika dia masih bergelar Si Manis 17 bermain-main diingatan.
Sebagai ketua penolong pengawas, hubungan Nurbaya Zainudin dengan Fikri Ismail yang seringkali melanggar peraturan sekolah tidak pernah aman. Bukan sekali dua dia menangkap Fikri menghisap rokok, menconteng dinding, merosakkan harta benda sekolah dan menceroboh makmal.
Yang menghairankan ialah mengapa Fikri yang menjadi sasaran kemarahannya. Tidak pula Muhaimin, Iskandar dan Hadi yang turut sekepala dengannya melanggar peraturan sekolah.
Dia mahu menafikan tetapi terpaksa akur kepada kehendak hati. Nurbaya terpaksa mengaku, Fikri satu-satunya lelaki yang berjaya menggetarkan hati remajanya. Malah pada usia belasan tahun itu, dia memasang angan-angan untuk hidup bahagia dengan Fikri. Mengapa dia beria-ia melaporkan setiap kesalahan Fikri ialah kerana dia tidak mahu lelaki itu terus hanyut.
Nurbaya sendiri tidak tahu mengapa Fikri yang menjadi pilihan. Ketika pelajar perempuan lain begitu menggilai Zikri yang punya segala-galanya; rupa kerana ibunya berdarah Irish, bijak dan kaya, dia pula dalam diam-diam meminati Fikri – yang dianggap Cikgu Malik, guru disiplin mereka, sebagai pelajar paling bermasalah pernah ditemui sejak menjadi pendidik.
“Aku hairan betul dengan kau. Zikri dengan cikgu Fuad tu punyala minatkan kau, si Fikri juga yang kau suka. Dengan rambut kerinting afro tu, kulit ala kopi o pekat. Kurus kering pulak tu. Ok, aku mengakulah dia sweet. Boleh cair kalau dia senyum tapi macam mana pun, aku rasa kalau letak sebelah Zikri atau cikgu Fuad, confirm dia kalah. Kalah teruk tu.” Ujar Adlina, sahabat karibnya ketika dia meluahkan perasaan satu ketika dulu.
Nurbaya hanya mampu tersenyum dengan omelan Adlina.
“Kalau kau hairan, aku tuan punya diri lagilah hairan. Cuma aku rasa he has something that attracted people to him especially me. Apa tarikan itu? Aku tak ada jawapan untuk itu.” Dia masih ingat jawapan yang diberi kepada Adlina.
Wajah jengkel yang dipamerkan setiap kali berselisih dengan Fikri cuma luaran sedangkan hatinya tidak tentu arah setiap kali Fikri mengenyit mata mempermainkan dia. Bencinya tidak pernah sampai di hati sehinggalah hari itu. Hari yang hampir meragut kesucian sekaligus hampir meragut kewarasannya.
Mengekori Fikri ke makmal usang di hujung padang bola sepak ketika latihan sukan rancak diadakan rupa-rupanya mengundang petaka yang menghantui hidupnya sehingga kini. Dia tahu Fikri menuju ke situ untuk merokok dan tujuannya cuma ingin menasihat supaya jejaka yang diminati dalam diam itu tidak meneruskan tabiat buruknya.
“Fik.” Fikri yang asyik menghisap rokok hampir melompat kerana terkejut.
“Kau nak apa lagi, Baya?”
“Berhentilah merokok Fikri. Tak ada faedah pun. Merosakkan lagi adalah.” Lembut Nurbaya menuturkan kata. Fikri tersenyum sinis. Langsung tidak mengendahkan nasihat penolong ketua pengawas yang banyak mengundang kemarahannya. Sebaliknya asap rokok dihembus ke arah Nurbaya yang berdiri di depan.
“Kalau aku sakit pun, bukan aku susahkan kau. Yang kau susah hati sangat ni apasal?”
Sebab aku sayangkan kau Fikri, jawabnya di dalam hati.
“Kau kawan aku. Aku tak suka tengok kawan aku terus hanyut macam ni. Tahun ni kita SPM. Kau bijak Fikri tapi sayang kalau kau tak seimbangkan kepandaian kau tu dengan kelakuan baik.”
Sebatang rokok sudah habis. Diambil sebatang lagi. Fikri berdiri berdepan dengan Nurbaya sambil mengepit rokok dengan jarinya. Memerhati sungguh-sungguh gadis di depannya. Cantik, desis hatinya.
Daripada apa yang didengar, gadis didepannya ini diminati Zikri, tetapi Nurbaya tidak pernah melayan anak hartawan itu lebih daripada seorang kawan. Cikgu Fuad, guru muda yang menjadi perhatian ramai pelajar perempuan di sekolah itu juga dengarnya cuba memancing Nurbaya. Setakat yang diketahui, ketampanan cikgu Fuad belum cukup untuk mengetuk hati gadis itu.
Dengar-dengan juga, Nurbaya pernah dirisik oleh keluarga rakan ayahnya untuk ditunangkan dulu dengan anak lelaki mereka yang sedang menuntut di luar negara tetapi ditolak mentah-mentah.
“Aku hairanlah Baya. Mengapa kau ambil berat sangat pasal aku? Dengan Imin, Iskandar dan Hadi tak pula kau macam ni. Atau kau sebenarnya sayangkan aku?” Berubah wajah Nurbaya mendengar kata-kata Fikri yang tepat mengena batang hidungnya. Dia terdiam. Tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi.
“Kau tak jawab. Jadi, betullah kau sayang aku.” Fikri sudah mempamerkan senyum sinis dan melangkah setapak ke depan. Melihat itu, Nurbaya pula melangkah setapak ke belakang. Dia sudah panik.
“Apa kata kau buktikan sayang kau tu? Bukan ada orang kat sini.” Fikri semakin mendekati Nurbaya dan sebelum sempat gadis itu melarikan diri, lengannnya sudah disambar Fikri.
Fikri menolaknya rapat ke dinding. Rambutnya yang diikat ekor kuda dileraikan lelaki itu. Wajah pucat Nurbaya direnung lama.
“Jangan buat aku macam ni Fikri. Tolong lepaskan aku. Tolonglah.” Dengan tangisan Nurbaya merayu tetapi Fikri seperti sudah dirasuk iblis. Hidungnya dibenam pada leher dan pipi Nurbaya dengan sebelah tangannya kemas memeluk pinggang Nurbaya dan menarik gadis itu rapat kepadanya.
Esakan dan rayuan Nurbaya sudah tidak dipedulikan. Jeritan Nurbaya dihalang dengan sebelah lagi tangan yang kuat menutup mulut gadis itu. Fikri yang sudah hilang kewarasan itu merentap baju yang dipakai Nurbaya, mendedahkan bahu kanan gadis itu.
Tetapi kegilaannya terhenti sebaik terdengar azan berkumandang dari masjid berhampiran. Fikri yang seolah-olah baru tersedar segera melepaskan Nurbaya. Gadis itu melorot terduduk sambil menangis. Sebelah tangannya mengambil cebisan baju yang terkoyak untuk menutup bahunya.
“Aku minta maaf Baya. Aku betul-betul tak sengaja. Aku minta maaf Baya.”
Dia menghantukkan kepala berulang kali ke dinding.
“Apa aku dah buat ni? Apa aku dah buat? Ya Allah, apa aku dah buat?” Fikri berterusan memarahi diri sendiri. Melihat Nurbaya masih lagi berteleku menangis, Fikri cuba memujuk.
“Baya aku minta maaf. Bukan niat aku…”
“Kau memang iblis. Kau jangan sentuh aku. Kau memang tak guna. Aku sumpah kau tak akan hidup senang Fikri.” Selesai berkata-kata dia meluru keluar.
Dan itulah kali terakhir Fikri melihat Nurbaya. Niatnya memohon kemaafan pada keesokan harinya tidak kesampaian apabila Nurbaya tidak hadir. Khabar yang diterima kemudian Nurbaya sudah berpindah sekolah.
Seiring dengan kehilangan Nurbaya, muncul Fikri yang baru. Fikri yang berubah 360 darjah. Satu sekolah berbisik mengenai perubahan Fikri. Perlahan-lahan dia muncul menjadi saingan Zikri menarik hati gadis tetapi maaf, hatinya sudah dibawa lari Nurbaya entah ke mana. Dia tidak punya hati lagi untuk diberi kepada mana-mana wanita hatta yang meminta hatinya itu bergelar Miss Universe.
“Baya, kau okey?” Suara Adlina yang sudah berada dalam biliknya menyentap lamunan.
“Aku jumpa dia Lin.” Ringkas dia menjawab. Sisa airmata dilap kering.
“Siapa?” Pertanyaan Adlina dijawab dengan renungan tajam.
“Fikri?” Nurbaya mengangguk perlahan.
“Bila? Di mana kau jumpa dia?” Airmata tumpah lagi ketika menceritakan apa yang berlaku.
“Aku benci dia Lin. Aku benci dia.”
“Tapi kau nak terima lamaran dia?”
“Aku tak ada pilihan Lin. Aku tak mahu emak, ayah aku tahu kisah tu.”
Adlina meraih Nurbaya ke dalam pelukan. Hubungan baik sejak remaja dibawa bersama apabila menginjak ke usia dewasa. Nurbaya menceritakan semua yang berlaku kepada Adlina ketika gadis itu mengunjungi dia yang berpindah tinggal bersama datuk dan neneknya selepas kejadian itu.
Nyata Adlina sahabat yang boleh dipercayai kerana sehingga kini rahsia itu kemas dalam simpanannya. Tidak bocor walaupun sedikit.
Sementara Fikri terus gelisah mengadap kepekatan malam dari balkoni tingkat tujuh kondo yang disewa.
“Kau ni kenapa Fik? Dari tadi aku tengok macam ayam nak bertelur. Gelisah semacam. Nak kata kau datang bulan, dah sah sah kau tu spesis aku.” Muhaimin yang turut menyewa di situ bersuara.
Gurauan Muhaimin tidak bersambut. Keluhan kecil dilepaskan.
“Aku jumpa dia Imin.”
“Baya?”
” Mana kau tahu?”
“Aku kenal kau sejak kecil Fik. Satu-satunya manusia yang boleh buat kau tak tentu arah cuma Baya.”
Fikri menarik senyuman segaris. Rakan karib yang sama-sama berkubang dalam sawah ketika kecil itu amat memahaminya.
“So, apa cerita?”
“Kena penampar. Dua kali.” Muhaimin ketawa besar.
“Gelaklah. Gelak.”
“Taiko kena penampar dengan perempuan. Macam mana aku tak gelak.” Muhaimin mempertahankan diri dengan ketawa yang masih bersisa.
“Kau ni bab gelakkan orang tak ada yang boleh lawan.”
“Kat mana kau jumpa bidadari kau tu?”
“Kat Mid Valley. Aku macam nak putus nyawa ternampak dia masuk MPH. Dia tak berubah Imin. Cantik macam dulu.”
“Habis macam pula kau kena penampar?” Muhaimin masih ingin tahu.
“Aku ikut dia ke parking. Mulanya dia tak mengaku dia tu Nurbaya. Then I said something pasal kes dulu. Itu yang kena penampar.”
“Tak tercabar kena penampar dengan perempuan yang kau gilakan selama ni?”
“Dah memang aku layak kena penampar. Kalau tercabar pun takkan aku nak balas balik. Buah hati aku tu. Apa pun aku nak pinang dia hujung bulan ni. Kalau dia terima, mudah-mudahan tenang hidup aku lepas ni. Kalau tak, ada banyak kau kena tolong aku. Apa yang kau kena tolong, aku cerita kemudian.”
“Sayang betul kau dengan Baya tu. Bukan sekejap kau tunggu dia.” Suara Muhaimin memecah kesunyian.
“Cinta pertama Imin. Sebab tu kat sekolah dulu aku selalu cari pasal dengan dia. Suka je aku tengok dia marahkan aku, bebelkan aku. ”
“Menjadi rupanya sumpahan Nurbaya tu. Tak tenang betul aku tengok hidup kau 10 tahun ni. Mudah-mudahan ada jodoh kau dengan dia. Takla aku jadi mangsa mak kau suruh cari calon isteri kau, Fik. Letih aku. Untuk diri sendiri pun tak jumpa lagi.” Fikri tergelak mendengar rungutan Muhaimin.

Bilik pengantin yang dihias cantik sedikit pun tidak dapat merawat hati yang membara. Jika perempuan lain mengalirkan airmata kegembiraan tatkala sang arjuna hati melafazkan akad nikah, Nurbaya pula menangis mengenangkan penderitaan yang bakal ditempuh menjadi isteri kepada Fikri – lelaki yang amat dibenci sesungguh hati.
Sengaja dia tidak ikut menyertai rombongan pengantin lelaki di masjid. Nurbaya benar-benar tidak ingin mendengar lafaz yang mengikat dia dengan Fikri. Dia berkeras ingin menunggu dalam bilik.
Sepanjang hari itu, cuma senyuman plastik dipamerkan. Diikut hati ingin saja dia menyiram Fikri dengan kari yang panas menggelegak setiap kali lelaki itu memeluk pinggangnya untuk bergambar. Banyak kali juga dia menolak untuk menggayakan aksi romantik tetapi melihat wajah emak dan ayahnya yang gembira, dia beralah.
Pintu bilik pengantin ditolak perlahan. Nurbaya terus terpaku di atas kerusi mengadap cermin solek. Tudung masih kemas di kepala.
“Assalamualaikum.” Salam Fikri dijawab dalam hati. Nurbaya langsung tidak menghiraukan Fikri yang berdiri di sebelah. Tak ingin dia memandang wajah itu.
“Baya.” Nurbaya sedikit kaget melihat Fikri melutut di depannya. Tangannya digenggam erat. Bersusah payah Nurbaya cuma melepaskan tangannya tetapi sia-sia. Genggaman Fikri terlalu kuat untuk tenaga wanitanya.
“Saya minta maaf atas apa yang berlaku dulu. I’m so sorry, Baya. Saya tahu salah saya terlalu besar tapi dengan rendah hati, saya minta maaf. Marahlah saya, makilah saya, pukullah saya malah kalau awak nak bunuh saya sekalipun, saya reda. Cuma maafkan saya.” Fikri berkata perlahan. Dia mendongak melihat Baya yang sedikit pun tidak memandangnya dengan mata berkaca.
“Baya.” Tiada reaksi. Tangan Nurbaya yang masih dalam genggaman dibawa ke bibir. Nurbaya menjeling benci.
“Kau guna taktik kotor kahwin dengan aku, tak pula kau ingin nak minta maaf.” Sindirnya pedas. Masih cuba melepaskan genggaman Fikri.
“Cuba guna bahasa lembut sikit, sayang. Kita kan dah kahwin. Kalau ya pun bencikan saya, ganti nama saya- awak tu rasanya lagi sedap.” Berdesing telinga Nurbaya mendengar kata sayang dari mulut Fikri.
Ada peluang nak pujuk dia. Walaupun nada perli, sekurang-kurangnya dia nak cakap dengan aku, hati Fikri bersorak riang.
“Kenapa pula nak minta maaf? Taktik kotor apanya. Kan ikut adat. Datang meminang, bagi hantaran, mas kahwin segala.”
“Kau lupa kau ugut aku dengan gambar tu? Dengan perangai iblis kau 10 tahun lalu?” Nurbaya masih bersuara keras.
“Oh pasal tu. Siapa suruh percaya? Saya kahwin dengan awak sebab saya sayang awak. Saya cintakan awak. Sejujurnya saya tak yakin awak akan terima lamaran saya. Saya siap minta tolong Imin uruskan jualan rumah dan kereta saya sebab saya nak migrate ke Australia kalau awak tak terima. Cuma dah memang jodoh kita.
“Gambar tu saya dah delete pun lepas awak balik malam tu. Saya sayang awak, Baya. Bukan sehari dua. Dah 10 tahun Baya. Perasaan saya pada awak tak pernah berubah. Takkanlah saya tergamak nak buat macam tu pada perempuan yang saya sayang.” Mendengar penjelasan selamba Fikri, Nurbaya bangun.
Tajam matanya merenung Fikri. Airmatanya mengalir perlahan.
“Besar mana dosa saya sampai awak sanggup buat saya macam ni, Fikri? Apa salah saya? Dendam apa awak pada saya. Fikri? Mengapa buat saya macam ni?”
Fikri cuba mengelap air mata yang laju mengalir tetapi ditepis keras Nurbaya.
“Saya sayangkan awak Baya. Cukuplah 10 tahun ni saya macam zombie. Saya tak mahu kehilangan awak lagi. Saya cintakan awak.”
“Jangan cakap soal sayang, soal cinta kalau awak tak tahu maknanya. Cinta maknanya sanggup buat apa saja asal orang yang dicintai gembira, bahagia.
Apa yang awak buat ni cukup menyeksa saya. Saya tak gembira dengan semua ni. Fikri.” Tangan yang masih di dalam genggaman Fikri ditarik kasar. Langkah dituju ke arah katil.
Tubuh yang dirasakan semakin lemah dengan segala macam masalah hati yang tidak pernah surut diletakkan perlahan di atas katil. Airmata masih setia mengalir.
Nurbaya tersentak apabila terasa tangan Fikri memeluk kemas pinggangnya dari belakang. Puas dia cuba meleraikan rangkulan itu tetapi gagal.
“Beri peluang saya bahagiakan awak.” Perlahan suara itu menampar pendengarannya tetapi airmata Nurbaya masih enggan berhenti mengalir.

Sepuluh bulan bergelar suami isteri, Nurbaya masih belajar menerima Fikri. Mereka pun sudah berpindah ke rumah yang dibeli Fikri di Shah Alam. Awal-awal lagi Fikri sudah memberi amaran dia tidak akan berjaya mengelakkan diri daripada tidur sebilik.
»»  READMORE...

12 Februari


Oleh : Ana-Ilza

“Hello! Apa yang awak dah cakap dengan kakak angkat saya ha?” tanya Shah tiba-tiba. Belum sempat aku mengucapkan salam, dia sudah terjah dengan soalan. Pelik. Pehal dia ni. Selalu tak macam ni.
“Assalamualaikum. Kenapa dengan awak ni. Dah la dah dua hari tak telefon. Tiba-tiba telefon nak marah-marah pulak. Datang bulan eh,” sakat ku.
“Argh. Saya tak ada masa nak layan gurau awak tu. Tolong jawab soalan saya tadi,” ujar nya keras.
“Hah? Ok. Ok. Kakak angkat awak? Bila masa saya bercakap dengan dia? Kenal dia pun tidak. Saya nak cakap dengan dia macam mana,” terangku.
“Awak jangan nak menipu saya. Baik awak cakap betul-betul,” jerit nya di hujung talian.
“Yang awak nak jerit-jerit marah-marah saya ni, kenapa. Dah saya kata saya tak kenal kakak angkat awak tu, saya tak kenal la. Dah tak kenal, nak cakap macam mana,” balasku.
“Habis tu kalau awak tak kenal dia, kenapa Kak Fiza cakap dengan saya, awak siap maki-maki dia. Cakap yang bukan-bukan dekat dia. Kalau awak tak suka dia sekalipun, awak tak patut cakap dekat dia macam tu,” marah nya dengan nada yang mendatar. Tidak menjerit seperti tadi.
“Kak fiza? Maki-maki? Cakap bukan-bukan? Bila Kak Fiza awak tu cakap yang saya ada cakap macam tu?” soal ku.
“Dia kata dia mesej awak malam tadi,” jelas nya.
“Malam tadi? Setahu saya, penghantar yang tak di kenali je ada mesej saya malam tadi. Memang saya ada maki-maki dan cakap bukan-bukan kat penghantar tu.”
“Hah? Makna nya betul la awak ada buat macam tu? Awak cakap ‘go to hell’ dekat dia? Awak tau tak awak dah lukakan hati dia. Walaupun dia tu kakak angkat saya, tapi saya dah anggap dia macam kakak saya sendiri.”
“Eh.. Mana la saya tau tu kakak angkat awak. Dah dia maki, cakap ‘go to hell’ dulu dekat saya. Saya balas je la balik. Tak kan nak diam saja bila orang tuduh saya perampas. Dan awak pun tak pernah cerita dekat saya tentang kakak angkat awak. Nak salah kan saya pulak. Tak patut betul.”
“Bagus nya awak ni. Sekarang baru la saya tahu perangai sebenar awak. Awak tak nak mengaku salah awak, awak tuduh orang lain pulak. Baiklah. Sarra Izzati, mulai saat ini, kita putus. Saya benci dengan orang yang suka menipu, tak mengaku bila buat salah dan paling penting, awak dah lukakan hati kakak angkat saya. Lepas ni awak jangan cari saya lagi. Dan saya pun takkan cari awak lagi,” lafaz nya dan serta merta mematikan talian.
Termangu aku seketika. Kenapa dia lebih percaya kan cakap kakak angkat dia daripada aku? Siapa aku padanya? Aku cuba mendail nombor nya berkali-kali bagi meminta kepastian tapi hampa. Hanya operator yang menjawab panggilanku. Mudah nya dia melafazkan kata putus hanya kerana salah faham dan ketika hubungan kami hampir menjejak usia tiga tahun. Aku menangis dan akan menangis tiap kali terkenangkan nya kerana ia adalah cinta pertamaku.
**********************************************************************
Setengah tahun sudah berlalu. Kini aku semakin kuat untuk menerima hakikat apa yang telah berlaku antara kami. Namun memori bersama dia, amat susah untuk ku buang. Jadi memori bersamanya sentiasa berbungkus kemas di dasar hatiku.
Pagi itu ketika aku di pejabat, telefon bimbit ku tiba-tiba berbunyi dari nombor yang tak dikenali. “Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Sarra Izzati,” tanya suara itu di hujung talian.
“Ya. Saya Sarra. Awak ni siapa?,” tanyaku pelik.
“Saya, Luqman Hafizi. Panggil saya Luq je.”
“Luq? Luq mana ye? Maaf la. Saya rasa saya tak ada kawan yang bernama Luqman Hafizi. Dan kalau tak keberatan, ada hal apa ya awak telefon saya ni?”
“Memang awak tak kenal saya. Saya Luq, kawan nya Shahrul Hakim. Saya nak berkenalan dengan awak, boleh tak?”
“Kawan Shah? Kenapa tiba-tiba pulak nak kawan dengan saya? Dan kenapa antara ramai-ramai perempuan, saya yang awak pilih?” soalku.
“Kalau saya cakap, awak jangan fikir yang bukan-bukan pulak. Sebenarnya Shah selalu cerita dekat saya pasal awak. Dia kata awak first love dia. Dan kalau boleh, dia tak nak putus dengan awak. Tapi sebab salah faham dan confius nak pilih antara awak dan kakak angkat dia, dia terpaksa buat keputusan yang drastik itu. Jadi bila saya selalu dengar cerita dia yang dia menyesal sangat minta putus dengan awak, saya rasa teringin nak berkenalan dengan awak,” terang dia.
Shahrul Hakim? Setelah sekian lama, kenapa tiba-tiba nama itu disebut kembali? Apa makna semua ni? Argh…..
“Hello….hello…..Sarra….Awak masih ada kat sana ke? Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi?”
“Hah! Haa…Ye…Ye…Saya ada lagi ni. Saya dengar apa awak cakap tadi.”
“Awak tak sudi nak kawan dengan saya ke? Saya tak ada niat jahat pun dengan awak. Saya cuma nak berkenalan je dengan awak. Tapi kalau awak rasa keberatan, tak apa lah. Saya faham. Satu yang awak perlu tahu, bukan Shah yang suruh saya hubungi awak. Shah tak tau apa-apa. Saya dapat nombor telefon awak pun sebab Shah tersalah bagi nombor telefon kat saya.”
“Betul ke bukan Shah yang hantar awak?” soal ku minta kepastian.
“Betul. Dia tak tahu apa-apa. Awak tak perlu risau tentang dia. Dan saya pun tak akan cerita apa-apa dekat dia tentang saya hubungi awak ni,” jelas nya yakin.
“Kalau macam tu, baiklah. Selamat berkenalan,” ujar ku.
Kami mula berbual mengenai latar belakang masing-masing sehingga tidak sedar waktu makan tengahari sudah tiba.
“Awak, terima kasih sebab percayakan saya. Ok la. Nanti saya telefon awak lagi. Saya nak pergi lunch. Kawan saya dah panggil tu,” ucap nya meminta diri.
Usai berbalas salam, kami sama-sama mematikan talian telefon.
‘Betul ke bukan Shah yang hantar dia? Macam susah je aku nak caya. Tapi aku dah setuju nak kawan dengan dia. Ades! Mulut ni tak ada insuran betul la. Main cakap je. Pastu mulut aku ni laju je tanya dan cerita macam-macam dekat dia Hish. Tak pe la. Tak baik syak bukan-bukan. Mungkin betul apa yang dia cakap tu.’
**********************************************************************
“Amy. Aku ada sesuatu nak cerita dekat kau. Kau tau tak, pagi tadi member Shah ada call aku. Nama dia Luqman Hafizi,” kata ku ketika kami sedang menonton tv bersama-sama. Dia berbaring di atas kerusi manakala aku berbaring dibawah, beralaskan ambal. Amy adalah kawan baikku merangkap teman serumah ku.
“Hah? Member Shah? Biar betul? Dia nak apa?” soal Amy bertalu-lalu sambil bangun dan berpindah tempat baring disebelahku.
“Hish kau ni. Cuba la tanya satu-satu. Ye. Member Shah. Dia saja nak berkenalan dengan aku,” jawabku sambil mata tidak lepas dari peti tv.
“Hah? Berkenalan? Tiba-tiba je. Dah tu kau jawab pe? Kau setuju ker? Mesti kau jawab setuju kan?” soal Amy lagi sambil jari telunjuknya menunjuk ku.
“Kau ni. Kau soal, kau jawab. Tapi betul la tu jawapan kau tu,” kataku sambil mengangguk berkali-kali.
“Kau tak takut ke, entah-entah ni tipu muslihat Shah ke apa?” duga Amy.
“Mula-mula aku fikir macam tu juga. Tapi bila beriya-iya dia cakap, bukan Shah yang suruh, aku pun percaya la cakap dia.”
“Hish kau ni. Senang sangat percaya kat orang yang tak dikenali la. Ntah-ntah dia tu penipu ke. Suka main-mainkan perempuan ke. Kau tak takut ke?”
“Kan aku dah cakap. Mula-mula memang aku susah nak percaya. Tapi bila dah berbual lama dengan dia, aku rasa dia macam ok je. Lagipun tak elok la kita buruk sangka kat orang.”
“Tapi aku dapat rasa yang dia tu macam ada niat tak elok la dekat kau. Aku rasa macam tak sedap ati. Baik kau berhati-hati dengan dia,” nasihat Amy sambil mengurut dadanya.
“Ye la. Lagipun aku berhubung dengan dia melalui telefon je. Dia tak ada ajak aku jumpa pun,” balasku.
“Alah. Mula-mula memang la. Telefon-telefon dulu. Dah lama-lama nanti, mula la nak ajak jumpa la apa la. Ok la Sarra. Aku harap betul dia tak tipu. Tapi kalau aku tau dia tipu, siap la. Aku cincang dia jadi daging hancur. Huh. Berani la dia main-main kan kawan aku ni,” ujar Amy beserta gaya seorang pekerja kedai menyincang daging.
“Huh. Takut nya aku dengar. Jangan aku pun kau cincang jugak, sudah la,” gurau ku sambil gerak sedikit menjauhinya.
“Eh. Kau tak la. Aku sayang kau. Kau je la kawan aku. Takkan aku nak buat kau macam tu.” Tiba-tiba telefon ku berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Tengah buat apa? Saya ganggu ke? – Luq
Tengah tengok tv sambil cerita pasal awak dekat kawan saya…Tak ganggu pun. – Sarra
Cerita pasal saya? Cerita apa? Oh. Awak mengumpat saya ya? – Luq
Eh. Tak ada lah. Mana ada mengumpat. Tak baik tuduh-tuduh tau. – Sarra
Ya lah tu. Boleh saya telefon awak sekarang tak? – Luq
Boleh je. – Sarra
“Oit. Yang kau ni senyum sorang-sorang sambil baca mesej tu apahal? Sapa mesej kau tu? Aku nak tengok?” sergah Amy.
“Hish kau ni. Mana ada aku senyum sorang-sorang. Pandai-pandai je,” dalih ku.
“Kau yang senyum, mana kau nampak. Aku yang duduk sebelah kau ni yang nampak. Sapa mesej kau tu? Dah lama aku tak tengok kau senyum-senyum bila dapat mesej tau.”
“Hah? Dah lama? Ye ke? Luq la mesej aku,” terangku.
“Owh. Cik abang Luq ke. Baru sebut-sebut dah muncul. Macam tau-tau je dia tu. Ada jodoh nampak,” sakat Amy.
“Hish kau ni. Tadi bukan main ingatkan aku. Ni kau pulak yang lebih-lebih. Apa la.”
“Ala. Gurau sikit pun tak boleh. Dah mula emo nampak. Ada apa-apa ke?” sakat Amy lagi.
“Eh. Ok la. Aku nak masuk bilik dulu. Luq nak call aku ni. Bye. Nite,” ujarku sambil bangun dan berlalu ke bilik.
“Amboi-amboi. Abang Luq nak call, siap masuk bilik. Dulu Shah telefon, tak kisah pun. Siap bermanja-manja depan aku lagi. Ok la. Nite. Mimpi Abang Luq ye nanti,” gurau Amy.
“Hehe. Ok. As you wish,” kata ku sebelum menutup pintu.
**********************************************************************
Diam tak diam, hampir 6bulan aku berkenalan dengan Luq. Sepanjang 6bulan juga aku dapat merasa keserasian antara kami dan aku tak menafikan yang aku memang sudah jatuh sayang dengan Luq. Tiap kali berhubung, ada saja cerita yang dia sampaikan pada ku. Dia pandai mengambil hati, suka bergurau dan paling tak kusangka, dia seorang yang kuat merajuk. Sifat nya tak ubah seperti Shah. Kadang-kadang aku rasa seperti aku bersama Shah semula. Shah? Argh. Kenapa mesti samakan Luq dengan Shah? Adakah sebab dia berkawan, jadi sikap mereka berdua pun sama? Oh tidak! Sepanjang mengenali Luq juga, aku mahupun Luq tak pernah sekali-sekali bercerita tentang Shah.
“Sarra, macam mana kau dengan Luq? Kau kenal dia dah lama kan,” soal Amy ketika kami keluar makan tengahari bersama-sama.
“Macam mana apa maksud kau? Aku tak faham. Explain please!” pintaku.
“Argh. Mengada la kau ni. Takkan tu pun kau tak faham. Saja la tu nak elak dari jawab soalan aku. Dah ada apa-apa ke? Diam je kau kan. Tu pun nak sorok-sorok dari aku.”
“Lah. Sorok-sorok pe. Mana ada apa-apa. Kita orang kawan je la. Lagipun kita orang tak pernah jumpa pun lagi,” jawabku.
“Hah? Tak pernah jumpa lagi? Biar betul?” tanya Amy minta kepastian.
“Betul la. Apa pulak tak betul nya. Kau ada nampak ke aku keluar selain dengan kau? Tak ada kan. So makna nya betul la aku tak pernah jumpa dia lagi.”
“Kau tak nak jumpa dia ke?” soal Amy lagi.
‘Jumpa? Mesti la nak. Sapa la tak nak jumpa. Tapi dia pun tak pernah cakap tentang nak jumpa aku. Takkan aku pulak yang nak cakap dulu. Malu la. Kang kata aku terhegeh-hegeh nak dekat dia pulak. Aiseh! Kacau.’
“Weh. Aku tanya kau, kau boleh berangan pulak. Saja la tu nak elak dari soalan aku,” marah Amy.
“Hah? Kau tanya apa tadi? Eh. Aku dah lambat la. Aku balik office dulu. Nanti malam aku jawab soalan kau tu ya. Bye,” ucap ku seraya berlalu pergi. Tergeleng-geleng Amy melihat kerenah ku.
Malam itu, Luq menelefon ku. Tapi dari nada suara nya, aku dapat rasakan ada sesuatu yang ingin di sampaikan.
“Hai. Tengah buat apa? ” tanya Luq selepas talian bersambung.
“Tengah jawab panggilan awak la,” jawab ku.
“Main-main pulak. Maksud saya tadi sebelum saya telefon, awak buat apa? Tak tidur lagi ke?” soal nya lagi.
“Owh. Cakap la tadi buat apa. Dia yang salah tanya soalan, kita pulak yang kena. Tadi saya tengok tv kat ruang tamu.”
“Oh tengok tv. Esok awak tak kerja kan?”
“Tak. Kenapa? Nak ajak saya dating ker?” Ades! Dasar mulut tak de insurans betul. Main cakap lepas je. Grrr! Aku mengigit bibir.
“Aah. Cadang nya macam tu la. Kita kan dah lama kenal, tapi kita tak pernah pun jumpa. Jadi, saya cadang esok nak ajak awak jumpa. Macam mana?” duga nya.
‘Ek? Macam mana? Adus! Nak jumpa ke tak nak ni? Dia ni macam tau-tau je yang Amy cerita pasal dia tengahari tadi.’
“Er. Pukul berapa? Dekat mana?”
Selesai membuat temujanji, kami sama-sama mematikan talian. Tetapi kata-kata nya masih bermain-main di kepala ku seperti kaset yang direwind.
“Amy, kau tak tidur lagi?” soal ku bila aku keluar bilik dan ternampak Amy masih berbaring di ruang tamu sambil menonton tv.
“Eh Sarra.. Belum. Aku tengah tengok cerita ni. Macam best pulak. Lagipun mata aku belum rasa nak tidur lagi,” jawab Amy.
“Cerita apa kau tengok ni?” tanya ku sambil duduk di atas sofa.
“Apa tah tajuk nya. Aku lupa la. Yang kau ni kenapa tak tidur lagi? Aku ingat kau dah masuk bilik, dah bergayut, kau dah tidur bermimpikan cik abang Luq kau tu,” celoteh Amy.
‘Macam mana nak tidur kalau otak aku ni asik ingat apa yang Luq cakap tadi.’
“Hoi! Lah. Berangan pulak. Kau ni aku tengok, asik berangan jer sekarang ni. Kau ni kenapa? Macam ada sesuatu yang ganggu kau je. Cuba cerita dekat aku,” desak Amy sambil mula berpusing dan merenung ku.
“Luq ajak aku jumpa.”
“Hah? Bila?”
“Esok.”
“Haa. Bagus la tu. Dia macam tau-tau je aku tanya soalan tu dekat kau tadi. Dia nak jumpa dekat mana? Pukul berapa?”
“Dekat Restoran Puteri. Pukul 3.30 petang.”
“Dah tu kau cakap apa? Kau setuju tak, nak jumpa dia? Eh. Kenapa kau ni. Macam tak de semangat je nak jumpa dia.”
“Memang pun.”
“Kenapa? Tell me. Mana tau aku boleh tolong.”
“Kau tau, esok 12 Februari adalah hari ulangtahun perkenalan aku dengan Shah. Restoran Puteri adalah tempat mula-mula aku jumpa Shah. Dan pukul 3.30 petang adalah masa mula-mula Shah tegur aku. Lagi satu, dia kata nanti pakai baju biru jalur-jalur. Untuk pengetahuan kau, aku dan Shah pakai baju biru jalur-jalur masa kita orang jumpa dulu. Aku tak tau nak buat macam mana sekarang. Aku tak tau samada dia betul-betul ikhlas nak kawan dengan aku atau orang suruhan Shah macam yang kau pernah cakap dekat aku dulu,” terangku.
“Hah? Betul ke? Kalau macam tu, macam mana ya? Jap. Aku fikir jap,” ujar Amy sambil meletakkan tangan di kepala gaya-gaya orang tengah berfikir.
“Dan esok juga genap 4tahun hubungan aku dengan Shah. Shah pernah cakap, genap 4tahun, dia nak jumpa aku kat tempat mula-mula dia kenal aku. Tak kira masa tu kita orang masih ada hubungan atau tidak.”
“Wah! Ni dah parah ni. Hurm. Macam mana ek. Dah tu kau pulak macam mana? Kau nak jumpa Luq tu tak? Ke kau nak jumpa Shah?” soal Amy minta kepastian.
“Entah la. Aku pun tak tau. Kadang-kadang aku masih berharap juga pada Shah dan aku nak sangat berjumpa dengan dia. Harap hubungan aku dengan dia boleh sambung balik. Tapi bila aku dengan Luq, aku lupa pada Shah. Terus terang aku cakap, aku sebenarnya dah mula sukakan Luq tu. Cuma bila dah jadi macam ni, aku tak tau Luq tu betul-betul ikhlas ke tak,” luah ku.
“Hurm. Kalau macam tu, kau sendiri dah dapat jawapan. Kau amik Luq dan kau boleh lupakan terus Shah. Senang. Abis cerita,” ucap Amy sambil mengoyangkan tangan menunjukkan gaya habis.
“Kalau Luq tu cuma nak main-mainkan aku macam mana? Aku tak nak kecewa tuk kali kedua.”
“Kau jumpa dia dulu. Tak jumpa mana nak tau. Kau nak aku temankan kau ke esok? Takut jugak aku kalau kau frust, kau terjun bangunan ke nanti.”
‘Amy ni macam tau-tau je aku perlukan dia.’
“Kau teman aku eh esok. Tapi kau duduk meja lain-lain la.”
“Meja lain-lain? Kalau duduk satu meja sekali, tak boleh ker?” pancing Amy sambil tersengih dan mata berkelip-kelip.
“Amboi. Mana boleh. Lebih kuah dari mangkuk nampak.”
“Hehe. Ok la. Boleh saja buk,” sambil Amy mengangkat tangan dan menunjukkan tanda ‘OK’.
**********************************************************************
“Opss. Minta maaf cik. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak sengaja. Cik tak apa-apa kan?” tanya lelaki dihadapanku yang melanggar ku tadi. Lantas dia tunjuk dan mengambil sejambak bunga yang terjatuh akibat pelanggaran denganku tadi.
Manakala aku sudah mula kaku apabila mendengar suara nya dan bertambah kaku apabila dia mula mengangkat wajah nya.
“Eh. Sarra.. Lama kita tak jumpa. Tak sangka jumpa awak kat sini. Saya rasa macam bermimpi. Errr….Awak…Awak buat apa dekat sini?” tanya suara itu.
“Hah? Errrr….Maaf. Saya ada hal. Saya kena pergi,” ujar ku sambil berlalu menuju ke Restoran Puteri.
“Sarra. Tunggu!!” panggil Shah sambil mengejarku dari belakang.
“Ye. Ada apa?” soal ku sambil berpusing.
“Saya tahu awak nak pergi restoran tu kan? Boleh saya tahu kenapa awak nak pergi restoran tu? Awak ada janji dengan siapa-siapa ke?”
“Takkan saya tak boleh pergi restoran tu? Suka hati saya la nak datang ke tak atau ada janji dengan siapa-siapa. Ada kena mengena dengan awak ke?” tegasku dan mula berjalan meninggalkannya.
“Tak la. Tapi kenapa awak datang hari ini. Berbaju biru jalur-jalur dan hampir ke pukul 3.30 petang. Sama dengan waktu kita……………..” sambung nya ketika aku sudah masuk dan duduk di suatu sudut di dalam restoran itu.
“Maaf hal tu dah lama berlalu. Saya dah tak ingat apa-apa,” jawab ku.
“Mustahil awak tak ingat. Mustahil awak dah lupa segalanya tentang kita. Saya tahu tu salah saya, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak sengaja,” katanya sambil duduk di kerusi hadapanku.
“Maaf awak dah terlambat. Kalau setahun yang lepas awak minta maaf, mungkin saya boleh terima maaf awak tu. Tapi sekarang dah terlambat. Saya harap awak dapat beredar. Saya ada temujanji dengan seseorang. Kejap lagi mungkin dia sampai. Tak manis kalau dia nampak.”
“Dia? Siapa? Saya la kan? Saya tahu awak masih tunggu saya. Saya tahu awak masih ingat lagi janji kita. Kalau tak takkan awak datang dan pakai baju jalaur-jalur ni. Betul kan?”
“Assalamualaikum. Shah? Apa kau buat dekat sini? Awak pulak, Sarra kan? Saya Luq,” ujar suatu suara secara tiba-tiba.
“Hah? Luq? Aaa……..saya……Sa…….Sarra…..” jawabku gugup.
“Eh Luq. Aku ada date dengan Sarra. Sarra ni la awek yang aku selau cerita dekat kau dulu. Actually, hari ni anniversary kita orang. Yang ke-4. Kau pulak buat apa kat sini. Kau kata kau ada date dengan awek kau kan. Mana? Aku pun nak jumpa jugak. Kalau tak pun, jom la join kita orang sekali,” kata Shah sambil menghulur bunga kepadaku. Aku tergamam. Tak menyangka akan berlakunya adegan ini. Ku biarkan Shah meletakkan jambangan bunga itu di atas meja dihadapanku!
“Hari ni anniversary? Yang ke-4? Betul ke Sarra?” soal Luq kembali.
“Haaa? A…Aah….Tapi…….”
“It’s ok Sarra. No need to explain. Saya faham. Salah saya sebab tak bertanya. Dan minta maaf juga sebab jadi pengacau. Saya doakan semoga awak berdua bahagia. Saya pergi dulu,” kata Luq sambil ingin berlalu.
“Eh Luq. Nanti dulu. Apa maksud kau tadi? Aku tak faham? Kau dengan Sarra…………..”
“Tak ada apa-apa. Gud Luck bro. Aku balik dulu,” ucap nya dan berlalu keluar restoran.
“Luq! Nanti. Dengar dulu penjelasan saya!” jeritku tapi Luq terus berjalan tanpa peduli jeritanku. Mujur ketika itu tak ramai pengunjung. Kalau tidak, lagi ramai la penonton yang melihat drama lakonan ku ini.
“Sarra…….Saya…..Saya tak tahu yang awak dengan Luq ada……………”
“Saya benci awak. Awak memang suka tengok saya sedih kan. Dulu awak tinggalkan saya. Sekarang awak buat kawan awak pula tinggalkan saya. Saya benci awak sangat-sangat,” marah ku sambil meninggalkan nya.
“Sarra!!” panggil Shah ketika aku sudah ke pintu restoran bagi mengejar Luq.
“Luq! Tunggu. Dengar dulu penjelasan saya,” laung ku sambil berlari mengejar Luq. Namun Luq terus jalan tanpa mempedulikan jeritan ku. Dalam terkocoh-kocoh berlari mengejar Luq, aku tak terperasan akan satu lubang yang agak besar. Akibatnya kaki ku termasuk ke dalam lubang itu dan aku terjatuh. Gedebukkkkkk!!
“Aduh!!”
Luq berhenti dan mula berpaling selepas terdengar jeritan sakit ku.
“Luq please. Dengar dulu apa yang saya nak cakap. Saya dengan Shah dah tak ada apa-apa. Apa yang awak tengok tadi tak sama dengan apa yang awak faham,” jelas ku tanpa peduli darah yang mula mengalir dari kaki dan tanganku.
“Tak sama awak kata? Kalau awak jadi saya, apa yang awak fikir bila perempuan yang awak dah mula sayang jumpa bekas kekasih dia. Kemudian bekas kekasih dia siap bagi sejambak bunga pada anniversary dia. Kata bekas kekasih tapi masih sambut anniversary sama-sama. Apa makna semua tu? Tu awak kata saya salah faham? Ke awak yang tak faham?” balas nya mula memasuki keretanya dan berlalu meninggalkan aku.
Aku menangis semahu-mahu nya di tinggalkan di situ.
“Ya Allah. Sarra! Kenapa dengan kau ni? Berdarah-darah. Jom aku bawa kau pergi klinik,” soal Amy tiba-tiba sambil membantuku bangun menuju kereta nya.
“Amy……Luq…..”
“Kenapa dengan Luq? Aku minta maaf. Aku datang lambat. Tadi lepas hantar kau, aku cari parking. Parking semua penuh. Ni pun aku baru jumpa. Maybe kereta yang keluar tadi, kereta Luq,” terang Amy. Dalam perjalanan ke klinik, aku menceritakan segala yang berlaku kepada Amy.
**********************************************************************
“Doktor! Ada satu pesakit perempuan. Kaki dan tangan nya berdarah. Mungkin baru lepas kemalangan,” kedengaran suara seorang jururawat menelefon seorang doktor.
“Mari cik. Kita jumpa doktor sekarang,” ajak jururawat itu.
“Macam mana boleh luka sampai macam ni cik? Cik kemalangan ke tadi?” tanya doktor itu kepadaku setelah aku duduk di kerusi yang di khaskan di suatu sudut di bilik itu.
“Errr…..saya……” kataku sambil tunduk.
“Sarra?????” soal doktor itu.
“Hah? Eh….Luq…..Aaa…Apa awak buat dekat sini?” soal ku pula selepas mengangkat muka.
“Saya doktor dekat sini. Errr….Ni luka sebab awak jatuh tadi tu ke?”
“Haaa….Haah…..” doktor? Dia doktor ke? Haah la. Baru aku teingat dia pernah cakap dia doktor dan ada klinik sendiri. Tapi masa tu baru-baru kenal, so aku pun tak ambil kisah sangat la. Ingat kan hubungan setakat tu je. Tapi macam mana aku boleh tak perasan nak tengok nama klinik ni tadi. Aduhai! Tapi ni kira kebetulan ke atau………………………….
“Saya minta maaf sangat-sangat. Tadi saya terlalu ikutkan perasaan saya sampai tak pedulikan masa awak jatuh. Dan saya tak tahu awak jatuh sampai teruk macam ini,” katanya manakala tanganya lincah mencuci luka-luka ku sebelum membalut nya.
“Tak apa. Err…Luq…Saya sebenarnya………………”
“Ok. Dah siap. Nanti awak ambil ubat dekat kaunter ya. Lepas tu balik nanti awak rehat. Jangan buat kerja berat-berat. InsyaAllah. Semua luka dalaman dan luaran tu akan sembuh. Saya jamin,” nasihat nya dan mula kembali ke meja kerja nya. Lagak nya seperti dia begitu sibuk dan tidak mahu di ganggu. Melihatkan gaya nya, aku terus keluar mendapatkan Amy yang setia menunggu ku di ruang menunggu dari tadi.
“Mcam mana Sarra? Okey tak?” tanya Amy mendapatkanku.
“Okey. Tunggu ubat. Lepas tu kita boleh balik,” jawab ku.
**********************************************************************
“Sarra, kau dah makan ubat?” soal Amy selepas makan malam.
“Belum. Kejap lagi la,” jawab ku sambil menonton tv.
“Hish. Kau ni tak nak cepat baik ke? Dah doktor suruh makan ubat, makan je la.”
“Ya lah. Aku makan la ni. Kang makin panjang pula kau membebel. Macam mak nenek la kau ni.”
‘Eh. Ada kertas apa pulak dalam beg ubat ni.’
Kepada Sarra,
Saya minta maaf sangat-sangat tentang kejadian petang tadi.
Saya terlalu ikutkan perasaan. Sepatutnya saya dengar dulu penjelasan awak.
Awak sudi maafkan saya tak?
Kalau awak sudi maafkan saya, awak keluar. Saya tunggu dekat depan rumah awak.
‘Hah? Biar betul mamat ni. Mana dia tahu rumah aku?’
“Sarra, kau nak pergi mana tu? Sakit-sakit pun nak keluar juga ke? Rehat je la kat rumah,” tegah Amy.
“Luq cakap, dia tunggu aku dekat depan rumah.”
“Hah? Kau biar betul? Mana dia tahu rumah kita?” soal Amy.
“Entah.” Kami sama-sama beriringan ke pintu. Dan ternyata, dia betul-betul berada di hadapan rumah ku.
**********************************************************************
“Mana awak tahu rumah saya?” soal ku setelah menghampirinya.
“Hehe. Mesti awak tak perasan kan. Saya ikut masa awak nak balik rumah tadi,” jawabnya.
“So makna nya dari tadi awak tunggu saya dekat sini la?” soal ku lagi minta kepastian.
“Aah. Tak lama pun. 5jam je.”
“5jam? Lama la tu. Apa pulak tak lama.”
“Tak lama la. Kalau nak dibandingkan dengan tempoh masa yang akan awak ambil untuk sembuh ni. Hehe.”
“Iskh. Mengada.”
“Betul apa. Kira ni awak dah maaf kan saya la eh?”
“Sapa cakap?”
“Sayalah cakap. Kan ayat tu keluar dari mulut saya ni. Saya minta maaf tau. Saya tak sengaja tadi,” katanya sambil memuncungkn mulutnya.
“Banyak la awak punya tak sengaja. Sakit tau saya jatuh tadi. Awak boleh buat tak tahu je. Kesian saya,” rintihku seraya menunjukkan tangan dan kakiku yang luka kepadanya.
“Lah. Sapa suruh. Banyak-banyak jalan lain yang elok, jalan berlubang tu jugak yang awak nak lalu. Kan dah sakit. Tu nasib baik lubang tu tak dalam dan luka-luka je. Kalau lubang tu dalam dan ada anggota badan awak yang patah, macam mana?”
“Kalau ada yang patah, memang saya tak akan maafkan awak langsung,” jawabku sungguh-sungguh.
“Wah! Yakin nya jawapan. Tapi mesti awak akan pergi klinik saya juga kan.”
“Tak. Pergi hospital je terus. Anyway, cerita la dekat saya, kenapa dari tadi awak asyik minta maaf dekat saya?”
“Nak kena cerita juga ke? Tak cerita tak boleh?”
“Awak nak saya maafkan awak ke tak?”
“Wah! Dah pandai ugut saya nampak. Sebenarnya Shah nampak apa yang berlaku kat luar restoran tadi. Dia call saya dan beritahu segalanya. Dia minta maaf. Dia tak bermaksud nak buat awak sedih. Dia ingat awak pergi restoran tu nak jumpa dia dan dia tak menyangka langsung yang saya ada hubungan dengan awak. Dia terima segala ketentuan dan doakan yang terbaik untuk kita.”
“Hubungan? Doakan yang terbaik untuk kita? Saya tak berapa nak faham la. Boleh tolong explain sikit tak,” pintaku.
“Mengada awak eh. Buat-buat tak faham pula. Awak, ingat lagi tak nasihat saya petang tadi?” duga nya.
“Nasihat yang mana?”
“Pasal ambil ubat dekat kaunter tu la,”
Berkerut-kerut dahiku cuba mengingati kembali nasihat dia petang tadi. Tapi ternyata aku gagal untuk mengingatinya.
“Sorry. Tak ingat la awak. Lagipun petang tadi fikiran saya bercelaru. Pasal awak la.”
“Ok tak pe. Saya minta maaf lagi sekali. Petang tadi saya ada cakap, nanti awak ambil ubat dekat kaunter dan saya jamin ubat tu akan buat luka dalaman awak sembuh dengan cepat. So betul la kan. Awak ambil ubat. Bukan setakat ubat yang biasa tu yang boleh di makan tapi satu ubat yang tak boleh di makan. Yang peliknya, walaupun bukan untuk di makan tapi ubat tu boleh menyembuhkan luka hanya dengan membacanya. Sekarang luka dalaman awak dah sembuh kan? Tinggal luka luaran je. Haa. Berbaloi kan pergi klinik saya?” katanya seraya gelak besar.
“Hish awak! Pandai nak kenakan saya ya. Dah malam ni awak. Baik awak balik dulu. Tak elok kalau jiran-jiran saya tengok. ”
“Hah? Kena balik ke? Kalau tidur sini tak boleh ke? Penat la saya nak drive balik rumah. Please! Malam ni je”
“Eh. Mana boleh. Kita bukan ada apa-apa ikatan pun.”
“Kalau macam tu, bila kita nak adakan?”
“Adakan apa?”
“Adakan tu la. Yang awak cakap tadi tu.”
“Cakap apa?”
“Ala awak ni. Dia cakap pun dia lupa. Padahal kepala awak bukan ada terhantuk pun petang tadi.”
“Awak bagi ubat untuk luka dalaman dan luka luaran je. Awak tak ada pun bagi ubat untuk kuatkan ingatan dan kukuhkan hubungan,” usik ku.
“Hah? Tak ada ek? Ok. Ok. Saya balik klinik dulu pergi ambil ubat tu, lepas satu jam saya datang balik bagi kat awak. Ok?” cadang nya.
“Hah? Banyak la awak. Dah malam ni. Jangan nak mengada. Ok la. Drive carefully. Saya nak masuk rumah dulu ni. Dah malam sangat.”
“Ala. Saya takut awak sakit nanti. Macam mana la saya boleh lupa nak bagi ubat tu tadi agak nya.”
“Tak apa. esok-esok boleh bagi,” usikku lagi.
“Okla. Saya balik dulu. Nanti saya dah sampai rumah saya call awak,” katanya dan berlalu masuk ke dalam kereta.
**********************************************************************
“Hai. Dah tidur ke?” soal nya selepas talian bersambung dan berbalas salam.
“Belum lagi. Kejap lagi saya tidur la.”
“Awak, cuba awak tengok dekat paket-paket ubat yang saya bagi tu, saya bagi arahan suruh makan ubat, berapa kali sehari ya. Saya lupa la. Takut-takut ada yang tersalah tulis. Kalau boleh tolong baca kan satu-satu.”
“Hah? Apa lah awak ni. Dia yang tulis pun dia lupa. Macam mana la awak jadi doktor macam ni.”
Aku mengambil beg ubat yang terletak di meja bersebelahan katilku dan mula sebut satu persatu. Namun bila sampai ke paket ubat yang terakhir, aku terdiam. Kenapa tadi aku boleh tak perasan paket ubat ni?
“Hello! Sarra! Awak ada kat situ lagi ke? Kenapa tiba-tiba awak diam. Cakap la apa saya tulis pada paket ubat tu.”
“Errrr…..Ubat kuatkan ingatan dan kukuhkan hubungan. ‘Makan’ setiap masa dan setiap hari.”
Apabila ku buka paket ubat itu, kelihatan sebentuk cincin emas di dalam nya.
“Sarra?? Awak okey?”
“Hah? Okey. Saya okey. Kenapa awak tanya macam tu?”
“Sorry. Saya ingat awak dah buka paket ubat tu. Kalau dah buka saya ingat, saya nak melamar awak sekali tadi. Rupanya awak tak buka lagi. So terpaksa la saya melamar awak melalui telefon je. Sudi tak awak makan ubat tu untuk selamanya? Saya betul-betul sayang dan cintakan awak.”
“Hah? Errr…..saya….saya…….” apa aku nak jawab ni?
“Laa. Banyak penyakit rupanya awak ni. Nampak nya lepas ni saya kena bagi ubat untuk penyakit gagap la pula. Hahahahaha!”
“Awak!! Sampai hati cakap saya macam tu. Hahahahaha.”
Kami ketawa beriringan. Terima kasih Tuhan. Tak selamanya kau hamparkan duka kepada hambamu. Kerana pasti ada gembira di penghujungnya.

»»  READMORE...

Cerita Cinta

Oleh : Mama Waldan

Jam sudah menunjukkan ke angka satu pagi. Suamiku masih belum pulang. Ke manakah perginya ? Hatiku tertanya-tanya. Selalunya, selepas solat Isyak di surau yang berhampiran, dia akan terus pulang ke rumah. Panjang benarkah rajuknya? Suamiku merajuk. Ya, aku tahu. Suamiku merajuk denganku hanya kerana dia terbaca sekeping nota tulisanku.
Abang, maafkanlah Lynda. Lyn tidak berniat untuk menyinggung hati abang. Lyn menyayangi abang. Lyn mengasihi abang. Setelah Lyn lafazkan cinta buat abang, hanya abang yang tersemat di hati Lyn.
Aku hanya mampu merintih sendirian. Perut yang kosong sedari tadi bagaikan memulas-mulas meminta diisi. Kuusap perutku yang semakin membesar. Benih cinta kami berdua sedang mekar di dalam sana.
“Diam sayang, diam. Ayah belum pulang. Mama pun lapar juga tapi ayah belum pulang. Kita tunggu ayah pulang, ya sayang. Kita makan bersama-sama ayah,” Aku mengusap perutku perlahan-lahan sambil berbicara dengan bayi yang masih di dalam kandunganku.
Mataku masih belum dapat dilelapkan. Selama lebih tujuh bulan bergelar suami isteri, suamiku tidak pernah berkelakuan seperti ini. Dia seorang suami yang pengasih dan penyayang. Akulah insan yang paling bertuah kerana berjaya menawan hatinya sehingga dia sudi memimpin tanganku menuju ke mahligai bahagia.
“Abang, pulanglah. Lyn lapar, bang. Baby kita pun lapar, bang,” Tanpa disedari, air mataku berlinangan membasahi pipi ini. “Baby jangan nangis, ya. Sebentar lagi ayah pulang,” Aku sekadar memujuk hatiku sendiri.
Sebentar kemudian, terdengar deruan enjin motosikal memasuki halaman rumah.
“Ayah pulang, sayang. Mari kita tidur,” Aku menunggu sehingga suamiku masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja pintu bilik terkuak, aku segera memejamkan mata, berpura-pura sedang nyenyak tidur.
Agak lama juga suamiku berdiri di muka pintu itu dan kedengaran derap langkahnya semakin menghampiriku. Dadaku berdebar-debar. Seketika kemudian, terasa desahan nafasnya di wajahku. Suamiku mengucup dahiku penuh syahdu. Selepas itu, dia menarik selimut yang melorot di hujung kakiku dan menyelimuti tubuh ini.
“Sayang, ayah tak marah mama. Ayah cium mama, sayang,” Hatiku berbisik bagaikan si kecil di dalam kandungan bisa mendengarnya. Serasakan cair salju yang membeku di dalam tubuhku ini. Tapi, seketika kemudian suamiku berlalu pergi.
Aku membukakan mataku memandang hayunan langkahnya. Masih marah lagikah dia? Suamiku bergerak ke luar bilik. Agak lama aku menunggunya dan air mataku kembali membasahi pipi. Mungkinkah dia cuba melarikan diri daripadaku? Aku memusingkan badanku, menghadap dinding di sisiku.
Sentuhan di bahuku, mengejutkanku yang sedang berkira-kira tentang malangnya nasib diri ini. Aku segera menoleh ke belakang. Terpandang suamiku yang sedang memegang gelas di tangan kirinya.
Sekali lagi aku kebanjiran air mata. Aku menangis semahu-mahuku. Selepas meletakkan gelas di atas meja sisi, suamiku memelukku, erat. Aku terus menghamburkan esak tangisku tanpa dapat ditahan-tahankan lagi.
“Lyn, kenapa menangis ni ?
“Abang, maafkan Lyn. Lyn tahu, Lyn berdosa, Lyn bersalah. Lyn janji, lain kali Lyn tak akan buat lagi. Maafkan Lyn, bang.”
“Sudah, Lyn. Jangan menangis lagi. Tak baik menangis malam-malam ni. Baby dengar tak elok. Shh..shhh…jangan menangis, sayang.” Suamiku terus memujukku yang menangis bagaikan anak kecil dimarahi ibu sambil menggosok-gosok belakangku.
Tangisanku semakin mereda. Setelah pulih sepenuhnya, suamiku menghulurkan gelas yang dibawanya tadi. Segelas susu bertukar tangan. Hatiku tambah terharu kerana suamiku ini tidak lupa menyediakan susu buatku seperti kelazimannya setiap malam.
“Lyn, nak makan nasi ? Nanti abang sediakan.”
“Sayang, ayah ajak kita makan nasi.”Aku mengangguk-anggukkan kepalaku sambil menuruni katil mengikut suamiku menuju ke dapur. Di atas meja kulihat ada beberapa jenis lauk-pauk….
“Tadi, selepas solat Isyak, abang dijemput ke majlis tahlil. Tak sempat nak bagitahu Lyn. Ada tuan rumah bekalkan lauk untuk Lyn. Abang pulang lewat sebab berbual-bual dengan anak Pak Hamid yang pulang bercuti.”
Panjang lebar penjelasan suamiku yang membuatkan aku termenung panjang. Silap tekaanku rupanya. Suamiku tidak merajuk. Aku yang tersalah sangka. Itulah, kalau dah buat salah, orang tak tahupun awak yang terasa sendiri.
Awal pagi aku terjaga. Kuraba di sisi, suamiku telah bangun terlebih dahulu. Itulah kebiasaannya semenjak di awal perkahwinan kami lagi. Aku kembali memejamkan mata.
“Sayang, bangun. Dah pukul enam setengah ni.” Dan seperti kebiasaannya juga, suamiku akan mengejutkan aku bangun selepas dia menjerang air panas, membancuh minuman untuk sarapan pagi dan menyediakan air panas untukku mandi.
Bukan aku yang memaksa tetapi memang suamiku melakukan semua itu atas kehendaknya sendiri. Dia sering memanjakanku lebih-lebih lagi setelah aku berbadan dua kini.
Selesai solat subuh berjemaah, kami bersarapan ala kadar dan bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Aktiviti hari ini berjalan lancar sehinggalah kami bertemu semula di rumah untuk minum petang.
Kali ini aku mengambil peluang ini untuk meluahkan segala-galanya kepada suamiku. Aku tidak mahu menghiris perasaannya berlarut-larutan sehinggakan aku sendiri jadi tidak keruan. Kebaikan yang ditunjukkannya menjadikan aku rasa lebih berdosa.
Kuhulurkan coretan yang mungkin telah dibacanya sebagai pembuka bicara. Dia menyambut huluranku sambil pandangan mata beningnya tepat ke dalam mataku. Aku tunduk bagaikan pesalah di depannya.
“Lyn, abang tidak tahu apakah maksud Lyn mencoretkan kata-kata ini dan untuk siapa ianya dicoretkan. Cuma satu pinta abang, yang lalu biarkanlah berlalu. Jangan dikenangi lagi. Abang tidak pernah mempersoalkan siapa Lyn sebelum ini dan abang terima Lyn seadanya sebagai insan yang abang cintai.”
Suamiku menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata-katanya, ” Abang harap Lyn dapat melupakan dia yang pernah hadir sebelum abang. Sekarang, abang adalah suami Lyn yang sah. Kasihi dan cintailah abang dengan setulusnya.”
Aku bagaikan kehilangan kata-kata. Ah, terlalu jauh sangkaan suamiku itu.
“Abang, maafkanlah Lyn. Janganlah abang menaruh sebarang prasangka buruk terhadap hati dan perasaan Lyn. Demi Allah, Lyn mengasihi abang dengan setulus hati Lyn. Tiada ruang untuk lelaki lain di hati ini.”
“Coretan yang Lyn tuliskan ini hanyalah sebahagian daripada kata-kata yang akan Lyn selitkan di dalam novel terbaru yang sedang Lyn siapkan. Abang tahu, Lyn suka menulis, kan?”
Memang aku suka menulis. Dan ilham untuk mengeluarkan kata-kata selalunya datang tanpa mengira tempat. Terkadang, sedang menanda buku latihan murid-murid, ilham itu datang bertamu. Sekiranya ini terjadi, aku pasti akan mencapai kertas catatan yang sentiasa kubawa bersama untuk mencoretkannya.
Kini, sepuluh tahun telah berlalu. Kami juga telah dianugerahi dengan tiga orang cahaya mata. Tiada lagi cemburu di hati suamiku apabila membaca sebarang coretan yang kutuliskan malahan dialah yang menjadi pengkritikku yang paling hebat.
Selain daripada kerjaya tetapnya membancuh susu untukku setiap malam sebelum tidur, dia juga turut menyunting hasil tulisanku. Kadang-kadang, dia turut menyumbangkan kata-kata puitis di dalam tulisanku.
Pernah aku diajukan soalan oleh seorang pembaca, “Suami tak marahkah tulis cerita macam ni? Kalau suami saya dah tentu kena sembelih ni.”….. kerana cerita-ceritaku selalunya menggunakan ‘aku’ sebagai watak utama dan ianya seolah-olah benar-benar berlaku ke atas diriku.
Ah, itukan cuma cerita. Kalau cerita benar, itu hanyalah secara kebetulan sahaja. Tidak ada kena mengena dengan sesiapapun, sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Peace….

»»  READMORE...

Cakap ajelah ‘I Love U’

Oleh : Nana
Cakap ajelah
“I Love U..”

“Assalamulaikum…” bicaraku membuka kata. Suasana sepi tanpa balasan. ‘Bisu ke apa?’
“Wa..wasal..lam..” setelah beberapa saat berlalu akhirnya kedengaran mulus suara seorang gadis.
Aswad tergelak kecil. ‘Gagap rupanya..’ Namun tawanya tidak kedengaran, sengaja disembunyikan daripada pengetahuan gadis yang dikenali sebagai Batrisyah, bimbang gadis itu akan berkecil hati.
“Awak buat apa tu..??” soalku memulakan perbualan. Resah juga nak berbual dengan bakal bini ni. Maklumlah jodoh dari orang tua. Redha ajelah….
“Online…” jawabnya ringkas.
“facebook???” dugaku. ‘Aishhh.. chatting dengan siapalah tu…??’
“Mana tahu..??” soal Batrisya pula dibalik corong telefon. ‘Haiii.. cemburu ke..??”
“Tahulah. Saya pun kadang-kadang online jugak. Ermm… apa kata awak add saya?? Searchlah Aidil Aswad Othman…” cehhh muka tembok, orang tak minta aku pulak yang terhegeh-hengeh. ‘Hisss.. Muka tembok ke aku..??’ Ahhh..lantaklah! Kata bakal bini. Inikan satu permulaan yang baik. Hahahaha…
“Ok. Nanti saya add. Jangan tak confirm pulak atau buat-buat tak kenal. Maklumlah, kali terakhir kita jumpa pun masa umur 5 tahun. Banyak yang dah berubah” ujar Batrisyah berjela.
“Baiklah mak cik! Okeylah, nanti lain masa saya call lagi. Saya ada benda nak buat. Salam buat mama ye..”
Tut..tut..tutttt… Dengan pantas talian dimatikan. Batrisyah hanya mampu menahan geram. ‘Bodoh betullah mamat ni! Buta apa biji mata hitam dia?? Aku yang comel ni dia kata makcik! Gilaaaa..!!!’

Sekeping gambar yang sengaja diselit-kan didalam buku itu ku amati penuh kerinduan. Syafini, wajahnya seindah namanya. Mulus kulitnya, bibirnya dihiasi dengan senyuman indah dan menggoda. Sayangnya, dia kini bukanlah milikku lagi!
‘Fini, kenapa kau tega tinggalkan aku..? Sedangkan kau tahu betapa pentingnya dirimu dalam hidupku. Terkontang-kanting aku melayari hidup ini tanpa dirimu sayang…’
Tanpa disedari airmataku mengalir lesu dipipi. Tiada apa yang mampu mengubah takdir yang telah tertulis, dan aku redha. Tapi, apalah daya aku hanya insan biasa. Kala rindu datang bertamu, airmata menjadi peneman sepi.
Aku menghempaskan tubuh di atas katil. Airmata yang masih bersisa kubiarkan kering dipipi. Andai Syafini dapat melihat betapa daifnya keadaanku saat ini, pasti dia akan merindui kenangan bersama. Tapi…. Ah lupakanlah kenangan yang lalu. Tutup buku lama, buka buku yang baru…
Sedang fikiranku jauh melayang tiba-tiba jemariku tersentuh pada sesuatu yang terselit dibawah bantal. ‘Benda apa pulak ni..??’
Sekeping sampul surat yang tertera namaku Aidil Aswad Bin Othman dan alamat rumahku. Setelah diamati barulah aku teringat, surat ini aku ambil sendiri dari peti surat kira-kira dua, tiga hari yang lepas. Kesibukan bekerja membuatkan aku terlupa tentangnya.
“Dari siapalah ni…??” bisikku dengan pelahan membuka sampul surat tersebut.
Sekeping gambar yang tercoret pena biru dibelakangnya ;
‘Aku hanyalah insan biasa, lemah tanpa cinta dan lelah bila kecewa. Aku tak seperti dia yang istimewa dan punya paras rupa, yang ku punya hanyalah cinta suci yang datang dari hatiku yang tulus..’
-Irqish Batrisyah-

“Mama dah pos gambar Sya kat anak Hajah Fatimah. Harap-harap dia sukalah dengan gambar yang mama pilih tu”
“Apa???” bagai nak tersembur air yang diminumnya. “Kenapa mama pandai-pandai bagi gambar Sya kat budak hitam tu?! Sya tak sukalah!” marahku bagai dirasuk hantu.
“Apa yang kamu katakan ni?? Tak suka..?? Kau jangan nak naikkan darah mama pulak! Bukan ke kau dah setuju nak bertunang dengan Aswad bulan depan??” Salima sudah mula mencekak pinggang. Matanya yang sememangnya bulat sengaja dibuntangkan besar. Biar anaknya gerun dan takut!
“Sya tak pernah setujulah. Bukan ke mama yang paksa??”
“Diammmm…!!!” bergema suara Salima menghiasi ruang tamu di rumah mewah itu. Aku terkedu dan hanya mampu membisu. “Jangan paksa mama buat sesuatu yang Sya tak suka. Ikut saja kehendak mama sayang. Ini terbaik untuk masa depan Sya. Percayalah….” suara Salima berubah lembut tiba-tiba.
“Baiklah. Kalau itu kehendak mama, Sya korbankan. Andai sesuatu terjadi pada Sya, mama jangan sesekali kesalkan sebab itu yang mama nak” mama terkedu mendengar kata-kataku. Belum pun sempat mama pintas, aku terlebih dulu mengatur langkah ke kamar membawa hati yang luka.
‘Sampai hati mama buat Sya macam ni. Sya benci Aswad! Kenapa mama tak cuba nak fahami hati ni…???’ sebak, binggung, benci dan kecewa semuanya menjadi satu, menjadi beban yang tak tertanggung.
“Aswad si budak hitam tak ada gigi! Aku tak inginlah kahwin dengan kau!” bentakku sambil memeluk erat bantal berbentuk hati itu.

“Sya, cuba kau masukkan kaki kat dalam sungai ni. Sedappp… air dia sejuk. Nyamannn… Cubalah” ujar Aswad yang ketika itu berusia 7 tahun, tua setahun daripadaku. Tanpa berlengah lagi, aku pun melucutkan selipar dan meletakkannya di atas rumput hijau itu. Dengan perlahan, aku memasukkan kaki ke dalam air.
“Yela… Betullah! Nyaman. Aswad marilah main sama” ujarku ceria. Maklumlah teman baru.
“Tak mahulah” jawab Aswad ringkas. Tiba-tiba…
Bluppppp… kedengaran sesuatu yang dicampakkan ke dalam sungai.
“Hah, apa tu Aswad?? Eh, macam kenallah” sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula! Memang tak salah lagi! “Kenapa baling selipar Sya kat sungai tu. Tengok dah hanyuttt…”
Sepanjang jalan pulang ke rumah, Aswad tidak henti-henti mentertawakan aku yang berkaki ayam. Jahat! Bodoh betul, dahlah buang selipar aku kat dalam sungai tu, pandai pulak dia buat helah mengatakan aku yang membuangnya.
“Auntie, Sya buang selipar dia kat dalam sungai. Aswad baru nak ambil tapi dah hanyut” beriya Aswad bercerita. Aku hanya mampu berdiam melihat mama yang sudah mencekak pinggang.
“Kenapa dibuang seliparnya..??? Mama baru beli! Nakallah budak niii..” bebel mama, dengan pantas telingaku dipulas 360 darjah. ‘Aduh sakitnya! Cilaka punya budak hitam tak ada gigi ni, mentang-mentang kau tua daripada aku, kau buli aku semahu-mahunya!’

Telefon bimbit jenama NOKIA N95 berbunyi mendendangkan lagu Drama King yang menandakan satu panggilan diterima.
‘Bdk Kg’, nama yang tertera di paparan. Sengaja aku tidak mahu mengangkat panggilan. Hati ini masih panas!

Sebaik sahaja melayarkan anak panah ke ruangan Search, satu klik ditekan sebelum menaip beberapa perkataan.
“Aidil… Aswad… Othman…” sebutku satu-persatu agar ejaan namanya tidak tersilap.
“Enter…” beberapa saat kemudian keluarlah beberapa senarai yang dicari.
“Aidil Othman..?? Bukan ni! Ermm, Aswad Aidil..?? yang ni ke??? Rasanya bukan. Hah, yang nilah Aidil Aswad Othman..”
Tanpa berlengah lagi, aku terus klik di namanya. Tidak lama kemudian, keluarlah info mengenainya. Gambar yang yang terdapat di sebelah profilnya bukanlah gambarnya tetapi, gambar yang di muat turun dari I Luv Islam. ‘Inilah saatnya…’
Tidak sabar rasanya nak mengenali wajah lelaki ini selepas 17 tahun lamanya tidak berjumpa. ‘Hitam lagi ke dia?? Giginya yang rongak dulu sudah tumbuhkah???’ hehehehe
Photo, klik dan beberapa saat kemudian keluarlah satu album.
‘Gambar pelik je. Tak ada pun gambar dia! Hah…???’ aku tersentak, sedari tadi jemari ku pantas klik pada Next dan kini terdiam kaku. ‘Ya Allah, benar ke yang aku lihat ni..???’
“Tak boleh jadi ni..?? Dia memang nak kena!” pipiku sudah mula terasa hangat. ‘Geram betul! Suka sangat cari masalah dengan aku!’

“Kenapa call saya malam-malam ni..?? Saya mengantuklah, nak tidoooo…” kedengaran agak romantis suara Aswad yang baru bangun dari tidurnya gara-gara telefon bimbitnya yang tidak henti-henti berbunyi.
‘Alamak romantisnya suara mamat ni! Nak tercair aku dibuatnya. Eh, apa aku merepek ni..?? Astagfirullahalazimmm…’
“Siapa suruh awak pandai-pandai letak gambar saya kat dalam facebook awak hah..??” berang saja bunyinya. ‘Hiss.. aku dahlah tak suka dengan dia! Ada hati nak letak gambar aku yang cun kat dalam facebook dia. Bagi kaki kang!!’
“Biarlah. Awak marah ke..?? Awakkan nak jadi isteri saya sebab tulah saya letak gambar awak” ujarnya selamba ‘Eleh..kalau suka cakap ajelah! Dia ingat aku ni kempunan sangat ke nak letak muka dia kat facebook aku tu. Perasan betul!’
“Awak ni memang dah melampau, kan? Berani-berani awak letak gambar saya tanpa keizinan saya! Awak ni kan….”
Tut..tut.tutttt… belum pun sempat aku menghabiskan kata-kata. Aswad terlebih dulu mematikan talian. Jahatnya!!!
“Geramnyaaaaaaaaaaaaaa….!!!” Jeritku sekuat hati. ‘Astagfirullahalazim, gila ke aku ni? Dah pukul 12 malam! Nasib mama out station, kalau tidak mahu tidak cemas orang tua tu dengar aku menjerit tiba-tiba malam-malam buta ni’
Trit..trit..trittttt… satu SMS diterima!
Jgn lpe add sye tw. Sye tgu ni! Sye ngah on9… nti sye x’plain npe sye ltk pic awk.. Awk, now tw! Sye tgu…

10 minit menanti akhirnya satu permintaan rakan diterima daripada Irqish Batrisyah. ‘Amboi nama tak mengalah!’ hehehe.
Confirm…
Diamati gambar disebelah profil Batrisyah. ‘Cantik jugak dia ni! Pehh, dalamnya lesung pipit! Putih kulitnya tidak ubah sepeti 17 tahun yang lalu aku melihatnya’
“Sye dh add.. cpt la x’plain…”
Wajah kanak-kanak Batrisyah yang jelas terbayang tadi hilang dari pandangan. Kini, mesej yang tiba-tiba keluar dari sudut kaki laman web sosial ini jelas menganggu ketenanganku. Namun begitu, aku masih mampu tersenyum.
“Rilex la, glojoh gk awk ney kn..??”
“Whtever… cpt la x’plain…”
“Sye hnye cbe nk m’cntai awk. Dad y, sye ltak pic awk…”
“Y u love me..???”
“Hehehehe…”
“Y u laugh, Aswad???”
“Nothing..juz pelik! Kire awk ni mudh gk cair dgn kate2 lelaki”
“U mean..???”
“Awk, sye x mudh jtuh cinte! Ape lg dgn awk…”
“Baiklah! 4 u’r informtion… sye x pnh ade pape prasaan thdp awk..& sye bgitu bnci dgn awk..”
“Oraitt.. Juz nak igt kn Sya. Jgn mdh m’bnci krn kbncian akn m’dkt kn kite dgn cinte. Tmbh lgi kte yg tdk mgenali antre 1 sme lain =)”
Irqish Batrisya is off line!
“Bodoh! Aku benci kau….” Suaraku seakan tidak dapat menerima hakikat. Tanpa disedari hangat airmata membasahi pipi.
‘Kenapa mesti aku menanggis…??? Dia bukanlah siapa-siapa dalam hidupku. Dia juga belum menjadi tunang dan suami ku lagi. Jadi, mengapa aku perlu menanggis tapi….”
Semakin deras airmata membasahi pipi. Penumbuknya digenggam erat. Terasa hatinya disiat-siat dan disirami pula dengan air limau purut. Pedihnya!
“Apakah ertinya airmata ini…?? Adakah aku sudah mencintainya tanpa aku sedari….”

UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN AIDIL ASWAD & IRQISH BATRISYA
Berita itu sedikit pun tidak mengejut-kan aku! Enam bulan lebih awal sebelum tersebarnya kad jemputan perkahwinan, aku sudah diberitahu terlebih dahulu.
Bagaikan batu besar dihempas ke kepala, itulah yang dapat ku gambarkan sebaik sahaja menerima berita tiada pertunangan dan kami akan dinikahkan terus dan sah menjadi suami isteri!
Semua persiapan hampir 95% siap! Dari wajah mama, jelaslah dia sangat gembira. Dan aku…??? Ermmm… ini bukanlah masanya nak mementingkan diri sendiri, dah tiba saatnya aku membalas jasa mama.
Jika sebelum ini kematian papa membuat mama bersedih, aku mengharapkan dengan perkahwinan ini mama akan gembira. Begitu juga dengan Hajah Fatimah dan suami-nya Haji Othman.
Hajah Fatimah merupakan teman baik mama sejak dari bangku sekolah lagi. Perhubungan yang terbina umpama saudara kandung. Bimbang perhubungan terputus tanpa ikatan, aku dan Aswad menjadi batu loncatan untuk merapatkan lagi sillaturahim antara dua keluarga ini. Disebabkan itulah kami dipaksa berkahwin. Persoalannya, bahagiakah kami tanpa cinta…???

“Irqish….” Panggil Hajah Fatimah dari ruangan dapur.
“Ye…” sahutku sambil berlari-lari anak dari rumah atas lalu menuruni anak tangga. Nak turun anak tangga ni kene berhati-hati. Silap langkah mahu tak tersungkur mencium lantai. Maklumlah rumah kampung, tangga yang dibina sendiri Haji Othman agak curam sedikit.
Tarikh pernikahan kami tiga bulan lagi tapi, aku dipaksa Hajah Fatimah dan Haji Othman untuk tinggal beberapa hari dirumahnya. Mama bukannya nak menghalang niat Hajah Fatimah dan suaminya, malah lebih mendesak dengan alasan aku perlu membiasa-kan diri dengan suasana kampung.
Selepas kahwin nanti macamlah Aswad nak duduk kampung. Dia sendiri merantau ke bandar, menghambakan diri dalam dunia perniagaan. Takkanlah dia nak tinggalkan aku dengan ummi dan walednya!
“Irqish, tolong kejutkan Aswad! Matahari dah tercacak atas kepala pun masih tak bangun-bangun lagi” perintah Hajah Fatimah sambil tangannya ligat menggodak air di dalm jug.
‘Aswad ada kat sini…?? Bila dia balik..?? Aku tak tahu pun..??’
“Aswad dah balik ke mak cik?? Bila??” soalku ingin tahu. Kuih karipap yang dibeli Haji Othman tadi segera ku keluarkan dari plastik lantas aku mengaturkannya ke dalam pinggan.
“Ha ah! Malam tadi Irqish. Itu pun mak cik yang suruh. Sudah pergi kejutkan lekas..” arah Hajah Fatimah sambil menyusun cawan ke dalam dulang. Aku hanya mengangguk sebelum berlalu.
Aidil Aswad! Entah mengapa kurasakan lelaki ini begitu misteri dalam hidupku. Sejak semalam aku disini, aku cuba mencari kalau-kalau ada gambarnya yang tergantung di dinding. Malangnya, tiada satu pun gambar yang digantung melainkan ayat-ayat suci al-quran.
Sesekali, aku cuba menjengah di rak buku yang terletak bersebelahan TV kalau-kalau ada tersimpan album keluarganya. Sayangnya, rak tersebut hanya menyimpan buku kisah tentang nabi sahaja.

Tubuhku seakan kaku tatkala berdiri dihadapan tabir biru berjalur melintang yang menutupi ruangan pintu kamar bersebelahan ruang tamu. ‘Macam mana ni..?? Nak ketuk atau bagi salam..?? Apa kata kalau aku cuba try ketuk dulu..’
Tok..Tokkkkkk….
“Aduhhhhh….” Jerit Aswad mengaduh kesakitan.
Sepantas kilat aku menutup mulut. ‘Alamakk…habislah aku..’
“Sakitnyaaa…??!” kedengaran kasar suaranya dalam nada yang tinggi. Marah sangat agaknya. Manalah aku nak tahu bilik dia tak ada pintu cuma tabir menutupinya. Yang dia tu sejak bila pulak terpacak kat depan tu…???
Tidak lama kemudian langsir yang mnutupi pintu kamarnya terkuak. ‘Ya Allah, andai benarlah dia memang diciptakan buatku, hadirkanlah dia dengan sempurna bukan…..’
“Ya Allah, ya tuhanku. Aswad, kenapa keluar bilik macam ini?? Tak segan ke pakai boxer aje depan Irqish..?? Irqish belum jadi isteri kamulah!” bebel Hajah Fatimah kepada anak tunggalnya sambil menampar lembut bahu anak bujangnya.
Aku yang masih terkedu terus terkaku disitu. Sepantas kilat Aswad masuk ke dalam kamarnya semula. Aku pula pantas menuju ke kamarku. Insiden tadi benar-benar membuat-kan aku terkejut.

“Irqish, mak cik nak kupas kelapa ni kejap. Irqish tolong tengok-tengokkan gulai lemak tu ye. Takut terkering pulak kuahnya..” ujar Hajah Fatimah sebelum berlalu menuju ke tepi rumahnya.
“Baiklah” jawabku ringkas. Pandangan ku masih lagi pada Hajah Fatimah. Namun, tanganku merayap mencari senduk yang terletak disitu. Tiba-tiba…
“Tiga bulan bukannya lama lagi. Sabar-sabarlah dulu…” Bagaikan terkena kejutan elektrik sebaik saja mendengar suara Aswad yang begitu hampir denganku. Tanpa disedari tanganku yang ingin mencari senduk bersentuhan dengan pula dengan tangannya. ‘Sejak bila pulak mamat ni ada kat sini..??’
Semakin aku cuba menjauhinya, semakin dekat pulak jarak antara aku dan dia! Sewaktu dikejutkan dengan suaranya, aku cuba berpaling. Tidak ku duga saat aku berpaling, dadanya begitu rapat denganku. Dan pada itu mataku bertentang mata dengannya.
‘Adakah ianya cinta..?? Aku dapat merasakan degupannya. Adakah dia juga sama sepertiku..?? Jika tidak masakan aku dapat mendengar degupannya’
‘Ya Allah, hensemnya dia!’ bisik hatiku.
“Ya Allah, cantiknya dia!’ suara hati Aswad. Tanpa diduga ungkapan pujian itu serentak bicara dihati mereka. Cuma tidak terungkap dibibir saja.
Gesekan selipar di atas permukaan tanah menyedarkan kami dari lamunan seketika. Sepantas kilat Aswad berpusing arah menuju ke arah peti ais. Berpura-pura menuang air sejuk ke dalam cawan. Dan aku seperti yang disuruh, mengaul gulai lemak cili api sebelum menutupnya dengan tudung periuk.
“Aswad, kamu ada di dapur?? Dah rasa lapar ke?? Ummi belum siap masak lagi” ujar Hajah Fatimah pada anaknya.
“Belum lagilah ummi. Saja nak tengok bakal isteri memasak” bicara Aswad selamba. Bagai nak luruh jantungku saat mendengar kata-kata itu.
Hajah Fatimah hanya tersenyum memandang ke arahku, aku pulak yang tersipu-sipu malu. ‘Eh dia ni..?? cakap tu tengoklah kiri kanan, saja nak buat aku malu depan ummi dia’
“Assalamualaikum…”
“Salam..” sahut Hajah Fatimah sebaik saja mendengar seseorang memberi salam diluar rumah sebelum menjengah ke luar rumah.
Sewaktu ingin membuntuti Hajah Fatimah, entah macam mana aku boleh merempuh tubuh Aswad yang sedari tadi masih disitu. Malunyaaa..! Habis basah bajuku apabila gelas yang masih penuh di tangannya tertumpah ke bajuku.
“Ya Allah, awak ni kenapa..??” marah Aswad dalam nada yang pelahan sambil mengibas-ngibas bajunya yang turut terkena tumpahan air. “Habislah baju mahal aku ni! Tengok apa yang awak dah buat. Siapa yang nak gantikan ni..??”
“Alah, baju macam ni kat Tesco banyak” ujarku selamba sebelum beredar menuju ke kamar bagi mengantikan baju yang lain.
‘Ayu jugak kau ni! Semoga kau boleh jadi peganti yang baik buat Syafini…amin..’ bisik hati Aswad sambil memeluk tubuhnya. Matanya masih tertancap pada tubuh Batrisyah yang sedang menaiki anak tunggu. Menuju ke kamar agaknya.

“Awak tak takut ke nak kahwin dengan saya..??” soal Aswad sambil menyandarkan tubuhnya di kereta Honda CRV miliknya.
Aku tersenyum. Masih tidak memberi jawapan sebaliknya mengatur langkah menuju ke sebuah pondok yang terdapat bangku dan meja yang menghadap ke arah air terjun yang tersergam indah itu. Aswad hanya mengikuti jejak langkahku sebelum melabuhkan punggungnya dibangku hadapanku.
“Buat apa saya nak takut. Awak bukan makan orang pun” ujarku selamba diakhiri dengan gelakan yang tampak riang. Tanpa disedari senyuman yang terukir dibibirku menarik minat Aswad untuk melirik dengan lebih lama.
“Yeke? Tak takut ke kalau saya terkam awak..??” ujar Aswad seolah-olah ingin menakutkan.
“Awak harimau ke..?” sindirku pula.
Aswad hanya tersenyum dan menggeleng perlahan menidakkan kata-kataku. Tiba-tiba…
Satu sentuhan hangat menerpa jemariku. Lantas digenggam erat… aku terpana seketika. Hangat tangannya sehangat cinta yang kian membara.
“Awak sayang saya..??” soal Aswad. Wajahnya nampak serius. Bibirku kelu. Saat ini lidahku tidak dapat menzahirkan apa-apa melainkan teruja. Indahnya cinta!
‘Hiss..susah betullah dia ni nak jawab! Benggang betul. Cakap ajelah I love U! Itu pun payah sangat ke..?! Takkan tak dapat rasa aku ni cinta separuh mati kat dia’
“Tak apalah. Jom kita balik!” ujar Aswad sambil melepaskan tanganku. Langkahnya diatur dengan tiba-tiba. ‘kenapa dengan dia ni? Pelik aje. Ntah apa-apa! Patutlah tak ada girlfriend, tak reti nak romantis langsung!’
‘Aku baru nak merasakan kehangatan cinta ini tapi….’
“Sya, kalau awak rasa pernikahan ini tak patut dijalankan, awak suruh ajelah mama awak batalkan semuanya!” suara Aswad sebaik saja kereta yang dipandunya berhenti dipekarangan rumah. Belum pun sempat aku bertanya, Aswad terlebih dulu keluar dari perut keretanya. Tinggallah aku disitu. Sepi!
‘Dulu aku pernah cuba membatalkan perkahwinan ini, dan aku berdoa semoga aku tidak dijodohkan dengannya. Apakah doaku telah termakbul Ya Allah??’
‘Menyesalnya aku! Mengapa singkatnya nikmat cintaku..?? Disaat cintaku mula membara, api kehangatannya seakan-akan hilang! Tidak, aku tidak rela kehilanganmu Aswad. Cintaku sudah mula bertaut kini, mengapa cepat benar berubah. Kejamnyaaa!!’

Tibalah saat yang dinanti, akhirnya hari ini aku bakal diijabkabulkan dengan Aswad. Dan mulai hari ini aku harus menerima hakikat Aidil Aswad adalah suamiku, cintaku bukannya lawan ku.
“Aku terima nikah Irqish Batrisyah Rasul dengan mas kahwinnya 88.50 tunai…” lafaz Aswad senafas tanpa gentar.
“Alhamdulillah…” ucap tok kadi yang merupakan bapa mertuaku iaitu Haji Othman.
Satu kucupan singgah dipipiku. “Terima kasih Batrisyah. Inilah keindahan buat mama dan kebahagiaan yang pastinya buatmu sayang”
Airmata kegembiraan mengalir dipipi. Begitu juga dengan mama. Satu pelukan erat diberikan kepada mama. ‘Alhamdulillah, akhirnya tercapai jua..’
Sebentuk cincin sudah tersarung dijari manisku, kini rantai berloketkan ‘AB’ yang bermaksud Aswad Batrisyah dipakaikan Aswad sendiri. Kedengaran jelas ditelingaku…
“Terima kasih sebab sudi menerima cinta abang..”
Satu kucupan singgah di dahiku, dan akhiri salam dan ciuman sebagai seorang isteri. Saat itu terlalu indah buatku tapi, entah mengapa naluri isteri yang mula menjiwai diriku begitu sebak…


»»  READMORE...

Bila Hati Sudah Bertaut


Oleh : Merpati Putih

DARI ruang jendela, mentari sudah meninggi diri. Panas dan terik hari ini. Cuaca yang amat baik untuk perjalanan yang jauh. Seakan rahmatNya menyelubungi dunia pagiku ini.
Banyak lagi rupanya! Bisik hatiku. Pandanganku tertumpu ke arah longgokan bag-bag yang terletak di suatu sudut kamarku. Penuh dan sarat dengan buah tangan dan hasil tuaian sanak saudara. Tiba-tiba aku terpandang sebuah kad lama yang terselit di dalam salah satu bag itu. Aku mencapainya. Kad in telah usang. Kata-kata di hadapan kad pun makin pudar. Ada lakaran dua bentuk hati yang berwarna merah besar ditengah-tengah kad ini. Aku tercari-cari pengirimnya.
Semoga dirahmati dan diberkati Allah sepanjang hayat. Moga panjang umur dan murah rezeki ke anak cucu. Layarilah kehidupan yang penuh bergelora dengan gelombang dan ribut taufan dengan penuh kesabaran, ketabahan dan kecekalan….ikhlas dari MARZIAH
Aku tersenyum. Bingkisan ini telah berusia lebih dari 10 tahun. Kad ini masih berdiri teguh. Seingat aku,aku menerimanya ketika hampir dengan majlis perkahwinanku. Dari seorang yang amat rapat denganku, ketika di universiti.
“Ibu, cepatlah!” Aku tersentak.
Pandanganku tertoleh ke arah anak sulungku yang tidak sabar-sabar mahu bertolak. Disisinya, berdiri adik-adiknya dengan wajah yang bersungguh-sungguh. Wajah yang menghiburkan hari-hariku. Wajah yang menceriakan hidupku. Wajah yang selalu aku dambakan di dalam kehidupanku. Mereka telah lama tercegat di hadapan pintu bilikku.
“Ibu!”
“Ok! Ok!…ibu datang,” jawabku.
Kad tadi aku tinggalkan bersama seribu kenangan. Kenangan yang mengubah segala-galanya tentang aku. Kenangan yang membentuk siapa aku.
JAM di dinding sudah menunjukkan hampir ke pukul 9 pagi. Aku harus bergegas untuk ke library. Teringat janji yang dibuat awal pagi tadi bersama teman baikku, Lina. Aku masih teringat perbualan kami semasa kami keluar untuk berjoging di kawasan padang universiti awal pagi tadi.
“Mari, kau ke library tak hari ini?” tanya Lina, anak kacukan atau lebih dikenali sebagai anak mami. Sekali pandang wajahnya seiras Karisma Kapoor. Dia lebih suka di gelar anak melayu sejati.
“Ya, macam biasa. Kenapa?” tanyaku dengan selamba.
“Aku ingat nak ikut la. Dah lama aku tak pergi ke situ. Hendak cari bahan untuk assignment ..,” katanya dengan bersungguh-sungguh.
“Boleh la. Tak dak hal..,” jawabku lagi.
“Kejap lagi, kau datang ke bilik aku. Kita pergi sama-sama? Ok?”
“Ok.”
Aku mengambil beberapa nota kecil dan buku-buku kuliah. Aku harus segera turun kebawah. Lina pasti sedang menungguku. Aku tidak harus membiarkan teman baikku menunggu dengan begitu lama. Aku mendapatkan kawan sebilikku, Syikin yang sedang mendengar lagu menerusi earphone. Aku menepuk bahunya sambil memberi isyarat yang aku akan keluar ke library. Dia menoleh dan tersenyum. Dia hanya menganggukkan kepalanya. Aku bergegas keluar.
Bilikku terletak di tingkat 4 manakala teman baikku, Lina di tingkat bawah. Seperti biasa untuk ke kuliah atau ke gerai makan, inilah jalan yang harus ku tempuhi. Inilah hidupku. Aku sudah cekap menuruni anak anak tangga ini. Hari ini, tidak ramai yang menggunakan tangga ini. Anak-anak tangga ini lenggang dengan bunyi tapak-tapak kaki manusia pagi ini. Tidak seperti lalu. Tangga ini akan berimara seperti ketukkan musik yang tiada hentinya. Ramai teman-teman seperjuanganku menggunakan masa ini untuk berehat atau bersantai. Aku lebih suka menghabiskan hujung mingguku dengan ke library. Itulah yang paling aku suka lakukan. Bagi aku dengan menghadirkan diri ke library, aku sudah berada di dunia lain. Aku sudah berada di alam aku. Alam yang memungkinkan semua berlaku. Bau buku-buku di sana menghidupkan nadi aku!
Sudah sampai! Kata hatiku. Aku mengetuk pintu biliknya yang berkunci berkali-kali.
“Lina…Lina…” Aku memanggilnya berulang-ulang kali. Tiada jawapan. Aku pun mencari-cari Lina di dalam bilik air dan di kawasan luar. Ke mana dia pergi? Bisik hatiku dengan penuh kehairanan. Aku menuju ke arah biliknya kembali. Tiba-tiba aku ternampak bayangan dia yang seakan baru bangun dari tidurnya.
“Ohh..kau, Mari! Aku tak jadi pergi la Mari…letih,” jawabnya sambil menggosok-gosokkan matanya. “Kau pergilah dulu…kalau aku tukar fikiranku, aku follow..,” katanya lagi.
“Ok,” kataku sambil tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya lalu menutup pintu itu kembali. Aku pun berlalu dari situ.
Jarak dari asrama ke library hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Jaraknya lebih kurang 200 meter. Setiap hari, jalan ini dipenuhi dengan rakan-rakan seperjuangan yang berulang alik ke kuliah masing-masing. Riuh-rendah jalan ini. Seakan-akan bunyi anak-anak burung berteriak memanggil ibunya. Jalan ini tidak pernah putus-putus dengan manusia.Hari ini, jalan ini agak lengang, sunyi dan tidak bermaya. Tambahan pula seawal ini.
“Gi library dik?” Aku di sapa oleh penjaga asrama. Aku menoleh kepadanya dan tersenyum malas.
Aku membuka langkahku. Aku harus cepat sampai. Jika tidak, tempat kegemaranku diambil orang. Aku bergegas masuk ke dalam library. Suasana yang bising di luar tadi tidak lagi kedengaran di sini. Semuanya senyap dan sunyi di sini. Hanya kedengaran bunyi tapak kasut atau bunyi selakan buku-buku ilmiah sahaja. Di sudut dinding, kelihatan beberapa orang pelajar sedang mencari buku-buku rujukan menggunakan komputer khas. Ada juga pelajar yang sedang bertanya sesuatu kepada orang yang bertugas pada hari ini. Ada pun! Bisikku sambil menarik nafas lega. Tiba-tiba bahuku di tepuk dari belakang.
“Mari…,” suaranya seakan berbisik. Aku menoleh ke arah suara itu.
“Kau tahu…Jie…ayahnya dah meninggal…tadi…baru sekejap tadi,” suaranya seakan tersekat-sekat seperti menahan sebak di dada.
“Inna lilllah,” jawabku dalam nada yang syahdu.
Jie adalah salah seorang yang amat baik terhadapku. Dia selalu menjadi pendengar yang baik ketika aku memerlukannya. Itu sahaja yang mampu aku katakan selain sedekahkan Al-Fatihah buat roh ayahnya. Kami sama-sama terkedu. Aleeza meneruskan perbualannya dengan perlahan.
“Kau tahu Mari…aku dapat rasakan, apa yang Jie rasa.” Aku mendengar lagi dengan penuh perhatian.
“Kau lihat jam ini!” Dia menunjukkan kepadaku jam jenama Alba yang berwarna biru ditangan kanannya. “Jam ini pemberian ayahku. Inilah pemberiannya yang terakhir…” Aku dapat rasakan ada nada sayu disitu.
Aku terdiam. Anak mana yang tidak sayangkan ayahnya. Pemergian seorang ayah adalah salah satu tamparan hebat buat anak-anak yang belum mengerti akan liku-liku kehidupan. Bagai kebebasanmu diragut jika ayah pergi mengadap ke hadirat Ilahi. Aku melihat wajah rakanku itu. Redup dan sayu wajahnya menceritakan perihal ayahnya. Pilu hatinya.
SUDAH 3 hari, kelibat rakanku Jie tidak kelihatan. Aku tercari-cari dia di dalam bilik-bilik kuliah, namun wajahnya tiada. Aku memikirkan dia. Sudah tentu dia bersedih di atas kehilangan ayah tersayang secara tiba-tiba. Satu kehilangan yang mengejutkan buat seluruh keluarganya. Dari perbualan rakan-rakanku, berita kematian ayahnya ada terpapar di dada surat khabar. Berita akan kematian seorang contractor terjatuh dari bangunan yang masih dalam pembinaan. Apapun kisahnya, aku harapkan Jie tabah mengharungi dugaan ini.
Aku mencari tempat di dalam kelas perakuanan. Madam Nazli Anum sudah pun masuk ke dalam kelas. Pelajar-pelajar lain sudah pun berada di dalam kelas ini. Tiba-tiba pintu kelas di tolak perlahan. Semua pelajar mendongak dan kelihatan Jie melangkah longlai masuk ke dalam kelas ini. Wajahnya begitu sayu dan terpaksa. Terlalu berat dugaan pada dia sekarang. Aku memandang Jie yang duduk dua baris di hadapanku. Dia tidak memberi tumpuan. Fikirannya melayang-layang. Sekali sekala, aku melihat dia menyapu air mata di wajahnya. Aku menjadi sebak dan terharu.
Aku cepat-cepat berlari mendapatkan Jie setelah kelas selesai. Dia berjalan dengan begitu lemah sekali.
“Jie!” Aku mencapai tangannya dari belakang. Dia terkejut dan tersentak. Gelagat kami diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain. Mereka memandangnya sambil tersenyum dan beredar.
“Kau…ok?” tanyaku dengan perlahan. Dia menganggukkan kepalanya dan senyumnya seakan dipaksa. “Kau ada kuliah sekarang?” sambungku lagi.
“Dah habis…aku nak balik…Mari,” katanya dalam nada sebak.
“Mari kita duduk di sini…” sambil menuding jariku ke arah dua buah kerusi yang tersandar di dinding kelas. Kami duduk dan diam sejenak. Dia memandang jauh ke hadapan. Tiba-tiba…
“Mari, aku nak berhenti dari belajar!” Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Jie setelah hampir seketika kami diam. Aku terkejut dan jantungku seakan berhenti berdengup mendengar perkataan ‘berhenti’.
“Aku kasihankan ibu aku…adik-adik aku…ibu aku terlalu sedih! Aku sedih…” sambungnya lagi sambil menahan sebak di dadanya.
“Kau dah bagi tahu ibu kau? Hal ini?” Soalku dengan penuh minat.
“Belum…belum lagi.”
Aku diam dan berfikir sejenak. Apakah yang harus aku katakan pada dia? Sekarang kami sudah di tahun 3. Amat rugi rasanya jika berhenti secara tiba-tiba. Hanya tinggal 1 tahun sahaja lagi untuk menempuh alam universiti. Ini keputusan terburu-buru! Bisik hatiku. Aku menoleh ke arahnya. Aku mendapatkan kedua-dua tangannya. Aku genggam erat tangan-tangannya.
“Jie…pandang aku!” Dia memandang aku dengan pandangannya yang sayu..
“Jie, yang pergi telah pergi. Kau kena teruskan kehidupan di sini! Kau kena habiskan pelajaranmu, Jie!” Dia diam dan mendengar. “Jie, peluang ini datang hanya sekali! Tiada dua atau tiga! Hanya tinggal satu tahun sahaja lagi!” Nadaku cuba menyakinkannya.
“Tapi Mari…”
“Tidak ada, tapi tapi lagi. Kau dengar! Kau kena buktikan pada adik-adik kau, yang kau tabah. Kau boleh harungi semua ini! Aku akan ada di sini membimbingmu. Itu sudah pasti,Jie!” Kataku dengan bersungguh-sungguh dan penuh dengan keyakinan.
Tangannya makin ku genggam erat. Mataku tepat memandang ke arahnya. Aku mahu dia saksikan akan keyakinanku padanya. Aku mahu dia tahu yang aku yakin dia boleh tempuhi semua ini. Dia boleh lakukannya. Fikirannya tidak stabil sekarang ini. Sebarang tindak tanduk yang tidak wajar akan menyebabkan dia menyesal di kemudian hari. Dia memandangku dengan penuh pengharapan. Dia menganggukkan kepalanya.
“Jie, aku tidak mahu dengar lagi tentang ini! Kau kena janji padaku, ok?” pujukku berulang-ulang kali. Ada nada tegas di situ.
“Ok…aku janji, Mari.” Dia memberikan kepastiannya.
Aku harap Jie memegang janjinya kepadaku. Aku harap segala apa yang aku perjuangkan sebentar tadi tidak dipandang mudah oleh Jie. Jie harus bangun dari mimpi! Jie harus sedar apa yang sedang dipertaruhkannya! Dia tidak harus menyerah kalah pada keadaan.
SUASANA di kantin asrama Kolej Siti Fatimah agak lengang. Aku dan Lina duduk berbual-bual setelah menghabiskan makan malam kami. Makan malam bujang! Cuma segenggam nasi bersama kari ikan. Habis licin di dalam pinggan. Ada segelintir pelajar sedang menunggu hidangan makanan mereka. Lama juga mereka tunggu. Jika ada ayam betina, sudah lama bertelur di reban..
“Aku dengar Jie hadir ke kuliah pagi tadi?” tanya Lina memecahkan kebuntuan kami berdua. Aku memandangnya dan menganggukkan kepalaku.
“Kau ada jumpa dia?” sambungnya lagi.
“Ada.” Sahutku ringkas.
“Kasihan kat dia kan? Kalau aku..,” Lina hanya terdiam dan enggan meneruskan perbualannya.
“Kita cerita bab lain, nak?” Aku seakan cuba melarikan diri dari menceritakan hal Jie. Lina bersetuju sambil tersenyum.
“Cerita apa? Gossip? Cerita kau…atau aku?” tanya Lina sambil tersenyum sinis.
“Aku? Aku…mana ada cerita?” sahutku dengan seribu persoalan.
“Nazim tu apa?” Aku terkejut. Macam mana Lina tahu hal ini!
“Nazim?” Aku tidak mampu menahan diri dari ketawa dan Lina kehairanan.
Nazim adalah sebahagian dari lelaki-lelaki yang pernah singgah dan berlalu pergi dari hatiku. Dia hanyalah sekadar rakan seperjuangan dan tidak lebih dari itu. Setakat mendapat kad dan bunga belum tentu menjanjikan apa-apa. Lagipun, aku datang ke universiti ini untuk mengejar cita-citaku, menggapai segulung ijazah. Di dalam kamus hidup aku, tiada istilah cinta. Apa lagi untuk perkara-perkara yang lebih serius.
Aku teringat akan kata-kata ayah. Ayah selalu berpesan akan pentingnya ilmu. Katanya ilmu mencorakkan keperibadian manusia. Aku tidak mahu menghampakan harapan ayahku. Ayah amat penting dalam hidupku.
“Sudah tahun 3 kita ni, Mari. Orang lain dah ada steady. Kita bila lagi?” Aku ketawa berdekah-dekah apabila mendengar kata-kata dari Lina. “Itulah kau, bila aku cakap, kau ketawa!” katanya serius sambil matanya memandang tepat kearahku.
“Habis kau nak apa, Lina?” sahutku lembut.
“Apa kata, kita masuk persatuan?”
“Persatuan?” tanyaku inginkan kepastian.
“Ya, persatuan! Orang kata, masuk persatuan cepat dapat pak we!”

»»  READMORE...