Seteguh nama Arrieyanna

Loceng sekolah telah berbunyi lima belas minit yang lalu, namun bayang Ari masih tidak kelihatan. Dua orang rakan karibnya iaitu Atul dan Alisa menunggu kedatangan Ari dengan penuh kerisauan.
“Tunggula si Ari tu, kau orang memang mati kutu kalau dia tak datangkan? Yelah, diakan troble maker dan juga ketua kau orang. Betul tak?” Sindir Mirul, ketua kelas tingkatan 3 Aktif Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra Juara.
Dia agak tegas dan tidak suka akan kekecohan yang selalu di buat oleh Ari dan rakan-rakannya. Puan Maria guru yang mengajar matapelajaran matematik sudah setengah jam memulakan sesi pengajarannya namun bayang Ari masih belum kelihatan pada saat ini hingga waktu rehat menjelang.
“Atul, jom kita pergi public phone, aku risau betullah dengan dia ni. Kalau betul dia tak datang hari ini dia mesti beritahu kita semalam”.
“Betul…betul, jom kita pergi sekarang. Aku pun risau juga ni”. Sokong Alisa lalu terus pergi ke public phone yang terletak berhampiran dengan koperasi sekolah.
Mereka berdua pun bergegas pergi ke pondok telepon sekolah. Atul memasukkan syiling dua puluh sen lalu menekan butang-butang yang bernombor sehingga usaha yang mereka lakukan menemui jalan buntu. Mereka terpaksa berputus asa apabila usaha mereka ternyata sia-sia. Mereka berjalan pulang ke kelas dengan perasaan yang hampa dan penuh tanda tanya.
“Wei! Mana Ari? Dari pagi tadi aku tak nampak batang hidung dia. Mustahil dia tidak datang, lagi-lagi hari ini hari isnin” Sapa Hakimi yang lebih selesa dipanggil kimi. Dia juga satu kelas dengan Ari, Alisa, dan Atul. Alisa menerangkan secara terpeinci pada Kimi, ini kerana Kimi juga salah seorang rakan baik kepada AA GIRLS ini (Ari, Alisa, & Atul).
“Lah… kenapa tidak cakap pada aku awal-awal?” soal Kimi berdiri sambil merenung muka rakan-rakannya.
“kenapa pula?” Soal Alisa.
“Macam kau boleh tolong kalau kami beritahu awal-awal pun”. Tambah Alisa disertakan sokongan dari Atul.
“Itulah kau orang, suka pandang rendah pada insan yang bernama Daniel Hakimi bin Harun ini kan! Kau orang tak pernah tahu pun yang aku ni sebenarnya agak bijak tahu”. Jelas Kimi sambil dipandang pelik oleh Atul dan Alisa.
“Sudah lah… touching lebih pula mamat ni. Kalau betul kau ini agak bijak, apa kata kau beritahu kami apa yang bagus sangat tentang jejaka yang bernama Hakimi ni…hah…Cakap..!” Pinta Atul yang malas nak mendengar luahan hati kimi yang agak panjang jika di layan itu.
“Ha! Akhirnya kau orang mengakui juga kepintaran akukan…” Senyuman bangga terukir di wajah Kimi sementara Atul dan Alisa hanya mampu bersabar sahaja dengan kerenah Kimi yang agak kebudak-budakkan.
“Okeylah…cadangan aku, kenapa kau orang tak tanya Eman je? Diakan balak si Ari tu!”
“Woi!..Siapa cakap kat kau yang Eman dengan Ari tu cauple?”
“Etah! Pandai-pandai je. Nanti kau aku report pada Ari bila dia datang sekolah. Kau taulah nasib kau nanti”. Tambah Atul.
“Salah ke apa yang aku cakap? Betul apa, cuba tengok kemesraan yang terjalin antara mereka berdua sejak sekian lama. Bukan aku seorang je yang nampak, satu sekolah ini pun aku rasa sependapat dengan aku tahu”. Kimi cuba untuk membela diri. “Lagipun aku ni lelaki, aku dapat rasa perasaan Eman pada Ari bila mereka bersama tahu”. Jelas Kimi lagi. “Hai, terpulanglah pada kau orang untuk fikirkan. Bak kata Nabil, lu pikir la sendiri!”. Kata Kimi sambil berlalu pergi, meninggalkan Alisa dan Atul dalam kebingungan.
Alisa bingung memandang Atul, Atul pula hanya mampu mengangkatkan bahunya sahaja. Setahu mereka, Ari dengan Eman hanya teman karib bahkan sudah seperti adik-beradik. Tidak mungkin Eman dan Ari saling mencintai antara satu sama lain. Perasaan ingin tahu tentang apa yang Kimi cakap di sekolah tadi telah mendorong Alisa dan Atul untuk datang ke rumah Ari. Sesampainya mereka di halaman rumah kampung yang sudah diberi sentuhan moden ini, mereka terus bergegas masuk tanpa rasa segan-silu. Seperti biasa, kehadiran rakan-rakan sekolah Ari pasti di sambut dengan penuh senyuman dan keikhlasan oleh ibu Ari iaitu Puan Qaseh. Bagi keluarga Ari, semua tetamu yang datang kerumah harus dilayan dengan baik.
“Atul dengan Alisa nak minum air apa? Nanti mak buatkan”. Pelawa ibu Ari yang suka membahasakan dirinya sebagai mak pada semua sahabat anak-anaknya.
“tidak mengapalah mak, kami datang pun nak jumpa dengan Ari ni”.
“A\’ah..kenapa dia tak datang sekolah tadi mak? Dia tak sihat ke?” tanya Atul sambil menyelak helaian anak-anak rambutnya yang menutup mata.
“Ari ada temu janji dengan Doktor untuk buat pemeriksaan seluruh badan hari ini, itu yang dia tak dapat datang sekolah tadi. Kamu berdua nak jumpa dengan diakan, dia ada dalam bilik dekat atas tu. Katanya petang ini ada latihan teater, itu yang dia sibuk menghafal dialog dekat dalam bilik”. terang mak Ari sambil melangkah ke dapur.
“emak pergi dapur dulu ye, nak buat minuman petang. Nanti abah balik boleh kita minum sama-sama”. Tambahnya lagi.
Alisa dan Atul pun bersama-sama menyusuri anak tangga yang berakhir di hadapan pintu bilik Ari. Belum sempat mereka mengetuk pintu bilik, mereka dikejutkan dengan suara lelaki dari dalam bilik Ari. Terdetik di dalam hati kecil Atul, mungkinkah Eman yang berada di dalam bilik itu?. Adakah benar apa yang di ceritakan oleh Kimi di sekolah tadi? Atau semua ini hanya hayalan yang wujud di sebabkan perasaan ingin tahu yang kuat sejak dari sekolah tadi.
“Atul, jangan-jangan apa yang dikatakan oleh Kimi tadi betul belaka?” Alisa cuba meneka memecah kesunyian.
“Jangan buat andaian dulu, mana tahu bukan Eman yang berada didalam bilik itu” jelas Atul cuba mengawal Alisa dari memikirkan perkara-perkara buruk tentang Ari dengan lebih jauh.
“jom kita masuk dan kita tengok siapa yang ada dekat dalam bilik itu”cadang Atul bagi menghapuskan segala kecurigaan yang bermain didalam minda mereka berdua.
Dengan penuh keresahan mereka mengetuk pintu bilik Ari, dan belum sempat Ari mengizinkan mereka masuk daun pintu bilik Ari di tolak pantas oleh mereka. Alangkah terkejutnya Ari yang pada ketika itu sedang asyik berlatih teater dengan Eman. Dua pasang mata merenung tajam ke arah Ari dan Eman. Mereka berdua umpama diterjah oleh pegawai polis kerana sedang melakukan jenayah berat.
“Kau kata kita kawan, tapi kenapa aku dengan Atul tak tahu langsung pasal benda ni. Sebab ini jugalah kau tidak beritahu kami yang kau tak hadir ke sekolah hari nikan? Dan sebab ni jugalah kau tak ada masa nak jawab panggilan telefon dari kami tengah hari tadikan Ari! Aku nak kau jelaskan perkara yang sebenar tentang apa yang sedang berlaku ni?”.
Kemarahan Alisa tidak dapat dibendung lagi apabila rakan karibnya berpaling arah dan cuba merenggangkan tali persahabatan yang sudah terjalin sejak sekian lama hanya kerana muncul seseorang yang lelaki yang bernama Eman dalam dunia mereka.
“sabarlah Alisa, aku tahu kau marah…aku pun marah jugak. Tapi tidak adil kalau kita marah dia tanpa usul periksakan. kita dengar dulu penjelasan dia, lagipun dia kenal Eman sejak dari sekolah rendah lagi. Dia kenal kita baru tiga tahun”. kata Atul bagi menyejukkan sedikit keadaan di dalam bilik ini.
“Kenapa pula ni, tiba-tiba marah? Siap minta penjelasan lagi…tapi yang peliknya nama Eman pun terbabit! Kenapa ni?” soal Ari. Aneh sungguh kelakuan rakan-rakannya pada petang ini.
“betul ke apa yang kami dengar, yang kau dengan Eman ni bercinta?” tanya Alisa yang kelihatan masih marah pada Ari.
Soalan yang dituju oleh Alisa tadi ternyata satu kejutan buat Ari dan Eman. Eman yang sememangnya tidak sebulu dengan Alisa menunjukkan reaksi yang tidak disukai oleh Ari. Ari yang sudah masak dengan sikap panas baran Eman cuba menarik tangannya untuk kembali duduk dan tenangkan diri. Biarpun Ari berjaya memujuk Eman untuk duduk kembali,namun jejaka yang berkulit putih bersih ini ternyata tidak berpuas hati dengan pertanyaan yang ditujukan kepada Ari. Ini kerana, bagi Eman Alisa tidak berhak langsung untuk menanyakan mahupun mengambil tahu soal Ari apatah lagi sampai menghalangnya dari bercinta.
“Apa masalah kau kalau betul pun kami bercinta? Apa yang mengganggu kau?” soal Eman dalam nada yang kurang senang.
“Banyak masaalahnya kalau betul kau bercinta dengan dia… sebab pada aku kau tak layak langsung dengan dia tahu!”. Bentak Alisa.
“Aku rasa kau yang tak layak berkawan dengan Ari…”balas Eman sambil kembali berdiri dan menghampiri Alisa.
“Apasal pula? Kau jangan ingat kau hendsome, kaya, pandai, itu dah cukup bagus tahu. Kalau perangai kau yang baran ni kau tak buang, jangan kata Ari…mana-mana perempuan pun takkan tahan dengan kau. Kalau ada pun, semua pasal kau orang kaya!” kata-kata yang keluar dari mulut Alisa itu ibarat mata-mata busar yang baru diasah dan di panah tepat pada jantung Eman. Kata-kata itu juga telah meletuskan api kemarahan yang membuat dia rasa tercabar sehingga tidak menyedari yang dia baru saja memberi satu tamparan tepat ke muka Alisa. Tamparan itu tadi menyebabkan Alisa jatuh tersungkur menyembah bumi. Saat itu bagaikan telah mengunci kedua tangan kaki Ari dan Atul, serta membisukan mereka.
“Soal kaya atau miskin tiada kena-mengena langsung dengan masalah yang timbul sekarang ni,dan kau tiada hak langsung untuk menegur aku faham!” tengking Eman sambil jari telunjuknya menghala tepat ke muka Alisa.
“Kau memang tak layak berkawan dengan Ari sebab kau tak kenal dia langsung…tak kenal langsung tahu!” satu lagi ayat pedih yang dilepar oleh Eman sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Alisa. Alisa tidak mampu untuk melawan, hanya sekadar melemparkan pandangan penuh dendam pada Eman. Ari dan Atul bergegas mendapatkan Alisa yang masih terduduk di sisi almari.
“Alisa…kau okey tak?” tanya Ari sambil memegang tangan Alisa untuk membantunya bangun. Namun, pertolongaan ikhlas yang dihulurkan oleh Ari tidak diterima dengan hati yang terbuka. Malah tangannya yang menyentuh Alisa juga di tepis kuat.
“Dah!.. tak perlu kau nak susah-susahkan diri tolong aku. Masa pakwe kau lempang aku tadi, ada kau nak tolong?” balas Alisa dengan nada penuh benci. Dia bingkas bangun untuk keluar dari bilik, namun tangan Ari terlebih dahulu mencapai lengan Alisa dan terus menghalangnya dari pergi ke mana-mana.
“kenapa dengan kau ni? Bila masa pula aku bercauple dengan Eman?”
“habis, yang kau orang berdua-duaan tadi tu apa? Kenapa kau tak beritahu kami pasal ni dan kenapa kami harus tahu kisah percintaan kau dengan Eman ni dari orang lain” tegas Alisa.
“YA ALLAH.. bila masa aku bercinta dengan dia. Kau orang berdua pun tahu yang aku dengan Eman tu dah kenal sejak kecil lagi…aku pun sudah anggap dia macam abang aku sendiri. Kau sendiri tahukan yang ibubapa dia pun aku panggil ibu dan ayah” jelas Ari pada Alisa.
“tapi itu tidak bermakna yang kau dengan dia tak boleh bercintakan?” tegas Alisa. “dan kalau betul pun, kau akan beritahu kami ke? Sedangkan kau tak datang kelas hari ini pun hanya dia sahaja yang tahu. Sebenarnya pada kau, kami ni penting ke tak?”. Soal Alisa sambil berlalu keluar dari bilik.
Ternyata kata-kata Alisa tadi telah mengguris hati Ari, tidak diduga sahabat karibnya sanggup melemparkan tuduhan-tuduhan yang sebegitu padanya. Sedangkan pada Ari, tiada apa yang lebih penting selain daripada rakan-rakannya yang tersayang. Dia sanggup merahsiakan tujuan doktor memanggilnya kembali menjalani pemeriksaan susulan setelah mendapati ada yang tidak kena dengan pemeriksaan yang dilakukan sebelum ini semata-mata tidak mahu melihat rakan-rakannya risau. Kekecewaan Ari yang terpancar dari riak wajahnya disedari oleh Atul. Perlahan-lahan Atul mendekati Ari lalu meletakkan tangan kanannya di atas bahu Ari. Belum sempat Atul melafaskan kata-kata yang telah diatur cantik untuk mengurangkan kekecewaan Ari, pintu bilik Ari dikuak perlahan.
“Ari…”
Panggil Puan Qaseh sambil menjenguk ke dalam bilik. Ari juga menjenguk ke arah pintu.
“kenapa dengan Alisa tu Ari? Dia terus keluar dari rumah tanpa cakap apa-apa pada mak. Kamu berdua bergaduh dengan dia ke?”. Sambung mak Ari lagi.
“tiada apa-apalah mak, Alisa memang macam tu. Tadi dia ada hal, itu yang dia kelam-kabut sikit tu”. Atul cuba melindungi Ari yang kelihatan kelu untuk menjawab soalan dari ibunya itu. Ari memandang Atul. Matanya seolah-olah mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkannya dari situasi ini. Atul hanya tersenyum faham dengan renungan mata sahabatnya itu.
“oh iya ke? Kalau macam itu tidak mengapalah. Dah, jom kita minum petang sama-sama. Abah dah lama tunggu kat bawah”. Jemput ibu Ari.
Mereka pun bersama-sama menikmati minum petang. Mereka hanya mengambil masa dalam sepuluh minit sahaja untuk minum petang bersama, selepas itu Ari dan Atul meminta diri ke sekolah untuk menjalani latihan teater di sana. Mereka bersama-sama mengayuh basikal menuju ke sekolah yang terletak lebih kurang lima ratus meter dari rumah Ari. Suasana mendung pada petang itu seolah-olah mengiringi kesedihan yang merundum di hati Ari. Dia benar-benar terasa bersalah sangat kerana tidak memberitahu Alisa dan Atul bahawa dia tidak dapat hadir pada hari ini sehingga menyebabkan Alisa salah faham tentang dirinya. Apatah lagi ditambah dengan insiden Eman menampar Alisa, semua itu berlaku gara-garanya. Andai kata dari awal lagi dia telah menerangkan keadaan yang sebenarnya pada rakan karabnya itu pasti hal ini tidak berlaku. Kini, apa yang di ditakutkan olehnya adalah kehilangan seorang rakan. Fikiran Ari berserabut…kusut.
” Ari!”
Jerit Atul sambil menarik Ari ke bahu jalan. Sebuah teksi yang meluncur laju dan hampir melanggar Ari tadi berhenti mengejut sehingga meninggalkan kesan tayar yang berwarna hitam di atas jalan raya berhampiran dengan Taman Hijau. Taman Hijau itu terletak berhampiran dengan sekolah mereka kira-kira lima puluh meter sahaja. Pemandu teksi yang berbadan sasa berumur dalam lingkungan 40-an itu bergegas keluar dari teksinya dan berlari mendapatkan Ari. Ari yang cedera di lutut sebelah kiri akibat dari tarikkan yang dibuat oleh Atul tadi masih terbaring di atas jalan raya.
“Ari, kau ni kenapa? Apa yang kau mengelamun sampai ketengah-tengah jalan tadi?”. Cemas Atul sambil membantu Ari untuk kembali berdiri.
“kau okey tak?”. Sambungnya lagi.
“Macammana kamu bawok basikal sampai ketengah jalan ni, kamu pandai bawok basikal ke idak? Nasib baik le kawan kamu ni narik kamu. Kalau idak, kamu jadi aruah aku jadi banduan. Ni kamu okey ke tak? Nak pakcik bawok ke klinik?”. Tanya pemandu teksi itu sambil memegang Ari bagi membantu menstabilkan keadaannya yang berkeras untuk berdiri.
“Emm…tidak mengapalah pak cik, saya tidak kenapa-napa pun. Cuma luka sikit je. Pak cik jangan risau ya” sopan Ari menolak pertolongan pak cik itu dengan suara yang tertahan-tahan akibat luka yang di alami itu.
“betul ni kamu tak kenape-napa?” tanya pemandu teksi tadi bagi mendapat keputusan sebenar dari Ari sama ada mahu di hantar ke hospital atau tidak. Ari memandang pak cik itu dengan senyuman ikhlas serta menundukkan kepalanya sedikit bagi menandakan yang dia benar-benar tidak apa-apa.
“baiklah kalau rope itu, pak cik pergi dulu ye. Bebaik kalau naik basikal nu, jangan parit pulak yang kamu masuk lepeh ni” nasihat pemandu teksi itu dalam dialik perak.
“wei! Kau betul-betul okey ke ni?. Tanya Alisa bagi memastikan keadaan Ari tak seburuk yang difikirkan.
“Aku takda apa-apa. Cuma luka sikit je”
“Abis kaki kau tu macammana? Kau nak teruskan latihan juga ke?”
“Luka sikit je la wei. Kau janganlah risau tak tentu pasal pula” kali ini Ari membalas dengan nada yang agak marah.
Dia memang tak suka kalau rakan-rakan melayannya seperti dia sudah tidak berupaya untuk menjaga dirinya sendiri. Atul yang tahu akan perangainya tu hanya memandangnya dengan penuh kerisauan.
“Badan aku, aku tahulah okey ke tak! Aku tahu nak minta tolong bila aku sendiri dah tak boleh nak tolong diri sendiri. Jangan nak tanya aku berulang-ulang kali macam aku dah nak mati pula!”
Ternyata Ari betul-betul tidak suka dilayan seperti orang sakit. Atul hanya berdiam diri memberi peluang untuk Ari menenangkan perasaannya. Bila Ari sudah tenang, dia sendiri yang akan mengawal keadaan. Tidak sampai sepuluh minit, Ari telah memulakan perbicaraan dengan sahabatnya, Atul.
“Atul… aku minta maaf dengan kau pasal tadi. Sepatutnya aku berterima kasih pada kau sebab selamatkan aku, tapi tadi sebaliknya. Sorry…” pinta Ari dengan senyuman.
” Alah.. takda benda lah tu. Macam aku tak kenal je member aku yang bernama Qasih Darrieyanna Arishah binti Abdul Najib ni, diakan kuat orangnya”
Mereka ketawa bersama dan terus menbetulkan keadaan basikal masing-masing lalu menyambung perjalanan mereka semula seperti sebelumnya. Aksi perlawanan antara Melur dengan penjahat-penjahat di pasar yang di lakonkan oleh Ari dengan tiga pelakon teater yang lain tidak menjadi seperti yang di harapkan oleh cikgu Syukri. Sudah tiga kali mereka mengulangi aksi yang sama. Namun, babak Ari menendang dengan cara menyilangkan kaki seperti yang selalu dilakukanya dalam kelab tae kwan do itu tidak dapat dilakukan pada hari ini. Ini disebabkan oleh kecerderaan yang dialaminya.
Hal itu telah menyebabkan Ari dimarah teruk oleh cikgu Syukri. Atul yang menyedari kesakitan yang dialami oleh Ari tidak dapat membuat apa-apa tindakan kerana telah ditegah oleh Ari dari awal latihan tadi.
Ari memintanya untuk merahsiakan tentang kecederaan yang dialaminya tadi dari pengatahuan sesiapa pun, termasuk kedua orang tua Ari. Eman yang turut mengambil bahagian dalam teater hari guru ini dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena dengan Ari apabila melihat keadaan Atul yang memandang Ari dengan penuh kerisauan. Eman menghampiri Atul bagi mengatahui tentang keadaan Ari hari ini. Ini kerana, selalunya Ari lah yang selalu memberi seratus-peratus dalam semua teater yang pernah dilakonkan olehnya,bukan seperti hari ini.
“Atul.. aku rasa kau boleh jelaskan pada aku tentang keadaan Ari hari ni. Kenapa dengan Ari?” . Tanya Eman, serius.
Atul yang faham sangat dengan sikap panas baran Eman terkaku, dia hanya bisa memandang Eman dan Ari berselangan. Kalau nak diikutkan hatinya, mahu saja dia memberitahu segala-galanya pada Eman. Namun, dia telah berjanji dengan Ari untuk menyimpan rahsia. Buntu.. fikiran Atul betul-betul buntu. Fikirannya bercelaru, dia memandang Eman dengan hati yang membuak-buak untuk memberi tahunya namun hati seorang sahabat menghalang untuk melakukan demikian.
Sementara itu, Ari harus menahan sakitan yang teramat kerana cikgu Syukri telah mendendanya untuk berlatih babak itu sehingga dia puas hati. Keadaan Ari semakin parah, tanpa disedari luka dikaki Ari telah bertambah teruk sehingga mengeluarkan darah merah yang membuatkan seluar di bahagian lututnya basah. Ari terduduk menahan sakit. Atul yang terlihat keadaan Ari telah hilang kawalan sehingga terlepas cakap pada Eman tentang luka di kaki Ari itu.
“Ha! Cedera?”
Ternyata Eman terkejut dengan apa yang di beritahu oleh Atul tadi. Dengan tidak semena-mena Eman berlari ke arah cikgu Syukri dan cuba memberitahunya tentang hal Ari.
“Betul ke apa yang kamu cakap ni Eman? Bukan helah semata-mata?”
Cikgu Syukur memandang Eman dengan perasaan curiga.
“Sumpah cikgu saya tak tipu” Eman cuba meyakinkan cikgu Syukur yang tegas itu.
“Kalau betul dia cedera, kenapa dia tak cakap dengan saya? Dari tadi dia berlatih, tiada sebarang tanda-tanda yang menampakkan dia sakit pun?”. Terang cikgu Syukur. Sementara Eman meyakinkan cikgu Syukur, kecederaan Ari semakin parah. Tanpa semua orang sedari Alisa naik ke atas pentas teater dan terus memarahi Ari dengn kuat.
“Kalau betul pun kau ni kuat, kau tetap seorang manusia tahu!”. Semua mata-mata yang berada di dalam dewan yang menempatkan pentas teater itu memandang ke arah mereka.
“Kau ingat dengan kau berdiam diri tu, luka kau boleh bercantum balik?”. Tengking Alisa. Atul yang terkejut dengan tindakkan Alisa hanya terdiam. Dia tidak tahu, bagaimana Alisa boleh tahu tentang keadaannya.
“Bangun! Jom aku bantu kau ke bilik rawatan” Alisa memaut tangan Ari .
Perlahan-lahan Ari cuba berdiri, tetapi kali ini Ari benar-benar tidak mampu untuk memaksa dirinya. Lalu perlahan-lahan Ari berbisik ke telinga Alisa.
“Alisa… aku…dah…tak tahan” Bisik Ari dengan suara yang tertahan- tahan.
“aku betul-betul.. dah ..tak tahan ni!”. Ari menghabiskan ayatnya yang terakhir sebelum jatuh dari pegangan Alisa dan pengsan tidak sedarkan diri.
Alisa cemas, apa yang mampu dilakukan olehnya pada saat itu hanyalah memangku Ari. Alisa menjerit keras meminta pertolongan apabila mendapati semua orang yang berada di situ hanya menjadi penonton setia sahaja. Atul, Eman, Cikgu Syukri serta beberapa orang pelajar bergegas ke atas pentas teater. Mereka seolah-olah baru tersedar dari khayalan apabila jeritan suara Alisa yang keras tadi meminta tolong.
* * * * *
“Kamu dah boleh pulang, tetapi jahitan di kaki kiri kamu itu belum sepenuhnya sembuh. Jadi saya nasihatkan kamu supaya tidak melakukan sebarang aktiviti lasak yang boleh menyebabkan jahitan di kaki kamu itu terbuka semula, faham!”. Nasihat doktor Atqah yang berumur dalam lingkungan awal 20-an.
“La…kalau tak sembuh lagi, kenapa doktor beri saya keluar dari wad. Tak bahaya ke nanti”. Tanya Ari dalam nada bergurau.
“Kalau terjadi apa-apa pada saya nanti doktor yang harus bertanggungjawab tahu!” Usik Ari lagi.
Doktor Atiqah yang sudah tiga hari merawat Ari di wad itu dapat mengagak sikap Ari yang agak nakal itu.
“Tiada apa yang akan berlaku kalau Ari ikut semua kata doktor itu” Sampuk Encik Abdul Najib. “Lepas ini, kalau kamu buat lagi macam ni, Abah akan pastikan Ari takkan dapat keluar dari rumah setelah selesai waktu persekolahan, Faham!” tegas Encik Najib.
Encik Najib itu tidaklah segarang seperti yang di tunjukkan, itu hanyalah satu peringatan keras buat anak gadisnya yang terlampau nakal. Dia sudah masak dengan perangai anak bongsunya itu, setakat masuk ke hospital adalah sesuatu yang biasa pada anak gadisnya. Ini kerana, sejak dari kecil lagi Ari telah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan yang sering dialaminya. Sifat hyper aktif yang dimiliki sejak kecil itu telah menjadikannya lali dengan sebarang kesakitan. Dia juga boleh menyorokkan kecederaannya sehingga berhari-hari sampai dia sendiri tidak mampu menahan, baru dia akan memberi tahu pada ibunya.
Pernah sekali lengan kanannya luka akibat terjatuh dari pokok manggis di rumah rakannya. Sikunya luka berdarah tapi dia langsung tidak memberitahu keluarganya. Nasib baiklah Erry dapat tahu. Abangnya Erry ternampak dia sedang menahan sakit kerana berusaha untuk menyapu ubat ditempat luka. Sejak dari hari itulah, hanya pada abangnya sahaja Ari tidak dapat merahsiakan apa-apa pun termasuk soal hati. Mereka amat rapat seperti kembar, hanya perbezaan umur sahaja membezakan mereka.
Erry kini berada di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang kerana menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan. Erry seorang yang bijak, dia telah lulus dengan mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 11A1 dalam peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia( SPM ) pada tahun lepas. Kini, dia sedang belajar untuk menggapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor seperti pak sunya yang kini telah tiga tahun menabur khidmatnya di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).
“Emm.. kalau tiada apa-apa, saya minta diri dulu mak cik, pak cik”. Pinta Doktor Atiqah dengan sopan sebelum berlalu pergi.
Belum sempat Doktor Atiqah membuka pintu, Erry meluru masuk dan mengakibatkan perlanggaran kecil diantara dia dengan Doktor Atiqah. Sepantas kilat Erry bangun dan membantu doktor bangun kemudian terus berlari mendapatkan Ari.
“Adik!.. kenapa dengan kau” Tanya Erry dengan cemas dan risau. Sementara mereka dua beradik sedang bergaduh. Encik Iskandar iaitu pak su dan juga adik kepada ibu Ari cuba membantu Doktor Atiqah untuk mengutip fail-fail yang terjatuh akibat perlanggaran tadi.
“Erry…Erry. Maafkan anak saudara saya tadi ya doktor. Dia tu memang rapat dengan adiknya itu, maklumlah dua beradik sahaja” kata Encik Iskandar sambil menghulurkan fail yang dikutipnya tadi pada doktor Atiqah. Doktor Atiqah hanya membalas dengan senyuman lalu pergi. Encik Iskandar pun pergi mendapatkan Ari.
“Apalah kamu ini Erry, pak su tahulah yang kamu risaukan adik kamu yang nakal ni, tapi kalau iya pun pandanglah depan. Kan tak pasal-pasal dah langgar orang” Tegurnya sambil menyambut huluran tangan Ari lalu mengucup dahi anak saudaranya itu.
“Ala… maaflah pak su, kalau Erry tak langgar doktor yang comel tadi, pak su tak berkesempatanlah nak berbual dengan dia, kan Ari” jawab Erry dikuti ketawa yang agak jelas dari Ari.
“Ha!.. yang kamu gelak siapa suruh? Kamu ni Ari lagi satu, kalau tak buat orang risau tak sah. Dalam sebulan, mesti sekali kamu masuk hospital. Seronok sangat ke duduk kat sini? Tak kesian ke tengok mak dengan abah tu! Cubalah kurangkan sikit sikap degil kamu. Ari bukan kecil lagi tau, umur pun dah masuk lima belas tahun. Tahun ni nak PMR pulak tu, pak su tidak mahu tengok Ari gagal tau”
Kata-kata dari pak su tadi membuat Ari terdiam. Dia baru perasan yang diantara mereka dua beradik, dialah yang sering membuat orang lain risau. Dia tidak pernah terfikir tentang itu dahulu. Mungkin disebabkan umurnya yang semakin dewasa itu membuat dirinya terasa bersalah. Dengan nada yang sayu, Ari meminta maaf pada semua orang di situ termasuk pak sunya sekali.
“Pak su bukan marahkan Ari, pak su cuma mahu Ari bersikap lebih matang. Pak su nak Ari fikirkan tentang orang lain juga, pak su nak Ari tahu yang kami semua sayang kat Ari. Jadi lepas ini jangan tanggung kesakitan sendiri, kongsikan apa yang Ari rasa pada orang lain. Takkan asyik nak kongsi yang manis je, yang pahit Ari nak telan sendiri pula. Tak takut termuntah ke?”
Nasihat yang di akhiri dengan gurauan itu membuat Ari tersenyum kembali. Encik Iskandar menghampiri anak saudara perempuannya itu lalu dirangkul erat disertakan dengan kucupan kasih yang hinggap di dahi Ari.
“Paksu nak Ari tahu yang paksu sayang kat Ari”
sambil memeluk erat Ari.
“Paksu sayang kamu berdua lebih dari paksu sayang diri paksu sendiri tahu”.
Mereka pun menghabiskan saat-saat manis yang masih tersisa sebelum mereka berangkat pulang ke rumah. Pak su telah mengambil cuti selama seminggu bagi menghabiskan waktu bersama-sama anak saudaranya yang tersayang, sementara Erry sedang menikmati cuti semester selama tiga bulan.
“Dik, mana kawan-kawan kau? Tak datang pun!” tanya Erry yang sedang duduk di pangkin kayu yang terletak di halaman rumah. “Bukan selalunya dia orang akan lepak rumah kita ke bila cuti macam ni?”. Sambung Erry.
“Nak lepak apanya? Kita orang tengah sibuk berlatih teater ni tau. Abang, Ari nak pergi berlatih ni! Ari jalan dulu ek… bye”. Jawab Ari sambil melangkah keluar dari rumah dengan menyurung basikalnya.
“Ari!”
Satu suara dari dalam rumah keras memanggil nama Ari. Ari yang sedang berjalan keluar terhenti secara tiba-tiba. Anak matanya tertumpu pada susuk tubuh yang tegap, yang berdiri tegak di muka pintu. Sepasang anak mata merenung tepat ke arah Ari, ternyata wajah pak su yang berusia lingkungan 20-an itu agak tampan. Tapi sayang sampai saat ini, pak su masih bersendiri. Itu semua gara-gara putus tunang dengan gadis yang disangka suci, rupa-rupanya dia bermain kayu tiga di belakang pak su. Kini perasaannya terhadap perempuan sudah pudar, dia selalu berhadapan dengan wanita-wanita di tempat kerjanya namun tiada satu pun diantara mereka yang berjaya membuka kembali pintu hatinya itu.
“Iya pak su, kenapa?” Tanya Ari yang masih tercegat di situ.
“Kamu nak kemana? Kaki kamu tu dah sembuh ke?”. Tanya Pak su sambil berjalan menghampiri anak saudaranya itu.
“Ari ada latihan hari ni, kaki pun dah tak sakit lagi. Lagipun persembahan teater untuk sambutan hari guru dah dekat. Ari kena datang sebab Ari pun turut mengambil bahagian juga” Jelas Ari.
“Ari naik basikal? Nak pak su hantarkan tak?” Lawa Pak su.
“Tidak perlulah pak su, biar Ari naik basikal. Lagipun, dah lama Ari tak naik basikal dengan Alisa dan Atul. Okeylah pak su, Ari pergi dulu ye! Assalammualaikum” Kata Ari sebelum berlalu pergi menaiki basikal sambil di perhatikan oleh paksu dan abangnya Erry.
Lebih kurang lima minit berbasikal dari rumah Ari untuk sampai kerumah Atul. Ari telah menalifon Atul untuk pergi berlatih ke sekolah bersama. Kini Ari telah pun sampai di hadapan rumah Atul. Ari menekan loceng yang terletak di pintu pagar rumah Atul bagi menandakan bahawa dia telah sampai. Tidak lama kemudian, Atul keluar dari rumah dan berlalu dari situ bersama-sama rakan karibnya itu. Hari ini latihan teater berjalan dengan lancar, tetapi ada sedikit adegan dalam teater ini terpaksa di ubah demi kesihatan Ari.
Hari khamis tanggal 10 hari bulan Mac adalah hari yang amat ditunggu-tunggu oleh para pelajar di sekolah ini, dimana hari ini juga adalah hari yang bermakna buat ahli kelab teater sekolah. Mereka akan mempersebahkan sebuah teater yang menceritakan tentang pengorbanan seorang guru semperna Sambutan Hari Guru pada kali ini. Semua guru di layan bak raja pada hari itu, tidak termasuk lagi dengan jambangan bunga serta beberapa kotak hadiah dari murid yang menyayangi dan menyukai mereka. Itu semua diberi dengan ikhlas demi untuk menghargai jasa guru-guru yang telah banyak berkorban bak lilin yang membakar diri semata-mata untuk menerangi orang lain.
* * * * *
“Thanks you sir”
Kedengaran suara Mirul diikuti semua para pelajar yang lain. Encik Ravi yang mengajar mata pelajaran di sekolah ini membalas dengan sekuntum senyuman sebelum beredar dari kelas 3 Courageous. Ari yang duduk di sebelah Atul menyimpan kembali buku teks englishnya kedalam beg. Pada masa yang sama, Ari terlihat Alisa keluar dari kelas.
“Atul… aku nak keluar kejap ek! Nak pergi tandas” Ari terus bergegas keluar meninggalkan Atul dengan keadaan tergesa-gesa.
“Aik, betul punya tak tahan ke si Ari ni? Tulah mencekik tak ajak aku, kan dah kena keracunan makanan” Atul yang bercakap sendirian mengakhiri omelannya dengan tawa kecil.
Sesampainya Ari di tandas, dia terus menutup pintu tandas dan menguncinya sekali. Tindakan Ari itu telah memeranjatkan Alisa yang sedang membasuh tangannya di singki.
“Apa kau buat? Apasal kau kunci pintu toilet” Alisa menghabiskan kata-katanya sambil meluru kearah Ari untuk membuka pintu tandas namun di halang keras oleh Ari.
“Kau ni kenapa? Apa yang kau buat ni”
Alisa agak cemas apabila melihat raut wajah Ari yang serius. Ari adalah seorang sahabat yang ceria dan selalu bersikap happy-go-luckey apabila bersama teman-temannya namun apabila dia sedang serius, tiada seorang pun yang akan berani bergurau dengannya. Alisa pernah menyaksikan sendiri perubahan sikap Ari ketika dia serius, memang agak menakutkan
“Aku nak cakap sikit dengan kau. Aku dah cuba nak cakap elok-elok dengan kau tapi kau asyik elakkan diri sahaja dari aku kan. Kau yang buat aku pilih jalan ini, so kau kena terima juga” Mata Ari tepat memandang. “Alisa… Besar sangat ke dosa aku sampai aku dah tak boleh bercakap dengan kau. Kenapa kau susah sangat nak maafkan aku, besar sangat ke salah aku pada kau!” Ari meluahkan rasa hatinya yang telah dipendam sejak kejadian di rumah Ari hari itu.
“Bukan aku tak nak maafkan kau tapi…aku tak boleh terima yang mamat sengal tu tampar aku hanya kerana aku marah kau. Itu je”
“Dah tu kenapa kau elakkan diri dari aku, aku tak sempat pun nak ucap terima kasih pada kau atas apa yang kau buat waktu latihan teater hari itu.
“Apa yang aku buat hari itu semua atas dasar seorang kawan, dah tu kau yang degil sangat. Dah tahu diri tu cedera masih nak berlagak kuat konon”
Mereka saling berpandangan akhirnya menguntumkan sebuah senyuman manis diantara satu sama lain. Akhirnya mereka berbaik semula.
” Alisa! Nak tanya sikit boleh?” Alisa memandang Ari sambil mengangguk kecil.
“Kenapa kau benci sangat pada Eman ha? Apa yang dia dah buat dekat kau…ke kau suka dia sebenarnya?”
“Eh tolong sikit…tak mungkin aku akan suka pada dia. Sebenarnya dia tak buat apa-apa dekat aku, cuma aku yang tak suka kat dia sebab dia itu…anak orang kaya”
Jawapan yang diberi oleh Atul agak mengejutkan Ari.
“Apa kena-mengena soal kaya dengan soal kawan”
“Aku tahu kau terkejut bila aku cakap macam itu tadi kan. Sebenarnya, semuanya bermula sewaktu aku dengan ayah aku dalam perjalanan membawa adik yang baru berusia setahun pergi ke hospital. Dia mengalami demam panas yang teruk. Motor yang kami naiki rosak, jadi kami terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke hospital. Pada waktu itu juga, satu teksi pun tidak kelihatan tapi akhirnya ada sebuah kereta besar berwarna hitam kelihatan dari jauh. Hujan mula turun renyai-renyai dan semakin lama semakin lebat. Tiada cara lain yang terlintas di fikiranku selain menahan kereta itu untuk meminta bantuan. Aku memberanikan diri untuk berdiri di tengah jalan walaupun kemungkinan untuk pemandu itu melihat aku yang baru berusia 8 tahun itu adalah tipis. Jeritan ayah tidak aku endahkan. Apa yang penting waktu itu adalah adik aku”
“Abis, kau kena langgar tak?”. Sampuk Ari.
“Eh! kau dengar jelah, janganlah menyampuk. Aku taknak cerita nanti baru kau tahu” tegur Atul.
“okey-okey sorry Sila teruskan”
“nasib aku agak baik sebab waktu itu driver nampak aku, lalu dia pun break emergency. Lepas kereta tu berhenti, cermin tingkap tempat duduk belakang diturunkan. Seorang lelaki berpakaian kemas dan berkot hitam yang berumur lingkungan ayah muncul di muka tingkap itu. Aku dan ayah meminta pertolongan dari dia… kau tahu apa yang dia jawab!” . Ari menggelengkan kepalanya.
“Dia kata dia takkan kotorkan keretanya itu hanya untuk menolong orang yang tak setaraf dengan dia. Lepas tu dia bla macam tu sahaja”
“dan pasal itu jugalah kau tak suka Eman sebab kau ingat dia sekeluarga pun macam itu juga kan”. Sampuk Ari cuba meneka dan Alisa menganggukkan kepalanya.
“tapi kau tak boleh samakan semua orang macam tu”.
Terdengar ketukkan pintu dari luar tapi tidak di endahkan oleh mereka berdua.
“kau tak kenal keluarga Eman, keluarga dia memang sempoi”
” aku tahu, tapi aku masih tak dapat terima tahu. Disebabkan orang kaya tu, adik aku meninggal dunia. Jadi aku rasa kau faham kan”
“oi bukak lah pintu ni. Orang lain pun nak guna tandas juga” Suara dari luar memanggil keras.
“alamak, macammana ni Ari” Alisa mula cemas
“takpa….takpa aku ada idea… Tolong wei, kita orang terkunci dari tadi ni. Panggil orang tolong kita orang” Tipu Ari.
Setelah dengar bunyi orang berlari, mereka bergegas keluar dari toilet dan lari menuju ke kelas.
“Gilalah kau Ari, nasib baik sempat lari”
“Macam tak kenal aku. Friends agains?”
“Ofcourse”
Mereka ketawa.

0 comments: