Andai itu takdirnya, aku terima

 Oleh : awam biru

1
Kebanyakan orang mengaku mengenali siapa aku. Tapi mereka salah kerna aku bukanlah seperti apa yang mereka fikirkan. Bagi aku, aku adalah aku.
“Hi bro! What’s up? Malam neh dekat umah aku pukul 8.00 malam ya? Kalau kau tak datang aku cepuk kau.”
Dari bangku sekolah lagi, inilah perangai ku yang sukar aku kawal. Adakalanya mulut juga seperti tiada ‘handbrake’ untuk ditarik.
“kemutlah kau bro. Aku rasakan kura-kura berjalan lagi laju dari kau lar.”
Apabila insiden seperti ini berlaku, aku akan gelak kemudiannya. Kalau nak dikatakan ya, aku x berapa peduli apa perasaan mereka. Waktu aku sekolah dulu pun, aku lebih banyak berkawan dengan lelaki berbanding dengan wanita. Entahlah. Mungkin sebab aku tak suka make up, tak suka cakap sal orang lain. Bosanlah semua tu. Kebanyakan pelajar perempuan sekolah aku dulu mesti tak terlepas dari benda neh.
“wow! Ada salelah dekat one utama. Jom shopping”
“hai! Pakwe aku baru belikan aku handphone neh”
Benda-benda camni memang mereka A1. Dan selalunya aku hanya akan tersenyum mendengar mereka menceritakan kehebatan masing-masing. Aku bukanlah gadis yang langsung tiada hobi. Aku lebih suka lepak je di rumah sambil layan game online. Inilah yang aku buat dimasa lapang ku. Aku lebih suka bertarung bersama teman-teman lelaki disekolah dari keluar shopping. Kalau nak kata aku addicted dengan game, taklah sangat.
Mama dan papa sangat baik meskipun mereka bukanlah keluarga aku yang sebenar. Mama dan papa aku yang sebenar telah lama dijemput pulang ke rahmahtullah sewaktu aku masih kecil dan waktu itu, aku masih belum sempat melihat mereka. Aku sendiri kurang pasti bagaimana aku boleh berada dengan mereka. Tak pula mereka ceritakan. Mama dan papa dikurniakan sepasang kembar seiras. Seorang Nadzim dan seorang lagi Kaisara. Aku senang dengan mereka. Mereka berdua sudah ku anggap seperti adik aku sendiri. Aku tak nafikan keluarga ku ini golongan berada. Tapi yang pasti aku lebih suka bersederhana. Aku lebih suka pakaian yang ringkas dan simple. Bukalah almari bajuku, yang ada hanya tshirt, seluar panjang dan topi. Itu ja.
Papa dan mama tidak banyak mempersoalkan tentang kerenah ku ini. Bagi mereka cukuplah kalau aku tahu bawak diri. Dari kecil aku di ajar untuk berdikari. Jadi aku tiada masalah dirumah kalau papa dan mama outstation. Aku boleh masak sendiri meskipun papa dan mama menyediakan orang gaji di rumah. Aku lebih suka bergerak sendiri. Selalunya adik-adik aku akan turut menolong ku.
2
Sekarang aku berada di alam yang mana akan menentukan kemana arah tuju hidup ku selepas ini. SPM bakal ku hadapi. Adik-adik ku juga bakal menduduki PMR. Papa dan mama mengharapkan yang terbaik dari kami bertiga.
“ting tong. Ting tong.”
“Hi bro! Masuklah. Kejap ya aku pegi ambil barang-barang aku”
“Kau tak siap lagi ke Qis? Kemut tul lah kau neh”
“Sudah. Cuma tadi aku tolong Bibik kemas dapur skit. Yang kau pehal x sabar-sabar nk g neh? Hey, padang golf tu tak lari la. Papa mama. Saya pergi dulu ya”
“baiklah. Bawak keta elok-elok, Tina”
“owh mama. Don’t called me Tina again.”
Mama ku lihat hanya tersenyum.
“kau da sedia ke untuk match akan datang? Berapa jauh kau boleh pergi tahun neh?”
“insyallah bro. aku akan lakukan yang terbaik. Kalau dulu target aku samapai peringkat negeri je, tapi sekarang target aku peringkat kebangsaan dalam dua acara. Kau pulak?”
“aku takut beb nak letak target. Lainlah kau. Target kau selalu je kena. Aku mesti terkandas punya dalam separuh akhir macam tahun lepas.”
“kau tahu tak apa problem kau sekarang. Problem kau, kau takut bro. Cuba kau lihat setiap pukulan kau. Bila tiba final match, kau gelabah. Kau takut kau tak leh buat yang terbaik. Senang cakap kau tak yakin dengan diri kau.”
“aku…”
“dengar ye Ril. Aku percaya kau boleh buat lebih dari aku. Aku tak nafikan setiap pukulan kau dalam match bebas cukup untuk menakutkan aku. Pukulan smooth tapi cukup berbisa. Apa yang aku cuba nak cakapkan dekat kau sekarang, pukulan kau tiada masalah, Cuma fikiran dan hati kau je yang kau kena control. Itulah kau. Aku da cakap. Yakin dan percaya harus ada dalam diri kau dan berdoa. Then jalan kau mesti lurus punya dalam match tu.”
“thank Qis. Aku akan cuba lakukan yang terbaik.”
“buktikan. Memandangkan ini tahun terakhir kita sertai match dibawah panji sekolah, aku nak kita jumpa dalam final random match dan pastikan untuk peringkat kebangsaan kita berdua yang terpilih untuk mewakilinya.”
“baik. Aku akan buktikan siapa Syahril Afeez yang sebenar. Jangan tak kenal Tiger Wood Malaysia neh.”
Aku melemparkan tuala ku padanya.
“tak sudah-sudah. Berangan je keja kau ek. Jom kita start.
3
“morning papa, mama”
“awal kamu bangun hujung minggu camneh? Ada plan ke?
Mama seperti mencium rancangan ku.
“takdelah la mama. Nadzim, Sara macam mana aktiviti sukan dekat sekolah. Berapa acara kamu berdua masuk tahun neh?
“5″
Serentak mereka berdua menjawab.
“sukan tu sukan juga. Jangan sampai anak-anak papa ni lalai dengan pelajaran. Papa tak mahu kamu bertiga jauh ketinggalan dalam pelajaran. Terutama sekali kamu, Qistina. Tak berapa lama lagi kamu akan duduki SPM. Papa tak mahu kamu gagal dalam ujian tersebut meskipun prestasi kamu sebelum ni cemerlang. Jangan pandang remeh hal neh. Papa tak halang kamu bertiga dalam arena sukan. Pergilah sejauh mana yang kamu boleh. Cuma papa nak ingatkan ilmu perlu diutamakan ya?”
“baik papa”
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Mama tersenyum. Mungkin mama tahu aku tersilap cakap. Padan muka aku. Tengah breakfast pun kena ceramah. Inilah papa ku yang tak kering dengan nasihat.
“err papa.”
“ha, itu ada la tu apa-apa yang dia nak mintak. Dah macam kucing suara kamu tu Tina. Meaow sana meaow sini.”
“ala mama neh. Nak manja dengan papa pun tak boleh.”
Adik-adik ku sekadar ketawa melihat gelagat ku dengan mama
“papa, memandangkan hari ni hari minggu..”
“ye lah. Takkan hari neh hari Rabu pula”
“papa neh. Janganlah buat lawak.”
“ye la yela. Cakaplah sekarang.”
“Qis nak bawak adik-adik keluar boleh? Janji tak balik lewat. Tak buat aktiviti lasak macam Qis selalu buat. Janji Qis jaga adik-adik. Qis..”
“cukuplah tu. Pergilah bawak adik-adik kamu. Diorang pun da lama tak keluar.”
“yes! Thank you papa. Dah lepas breakfast kamu berdua pergi bersiap then bawak satu baju lebih. Kita nak pegi daki bukit hari neh. Hehe.”
“ye ke kak. Yay!”
“Tina!”
“ye la ye la. Kita pegi memancing je. Kita tak panjat bukit pun.”
“bila kakak nak bawak kami picnic dalam hutan?”
Tanya Kaisara padaku. Kedua mereka tidak banyak berubah dari ku
“nak ke?
“mestilah.” Jawab mereka berdua serentak.
“tanya papa dan mama dulu.”
“boleh tapi selepas kamu bertiga menduduki peperiksaan masing-masing”
Jawab papa walaupun belum disoal. Mereka berdua menjerit kegirangan.
“siapa lambat tak boleh ikut kakak Qis”
Mereka berdua berlari untuk membawa peralatan masing-masing. Kadang-kadang jika dilihat, lucu benar kedua kembar ni. Meskipun mereka tahu, aku bukanlah kakak kandung mereka, mereka tetap rapat dengan ku.
“pandu kereta elok-elok ya, Tina. Tengok-tengokkan sama adik-adik kamu tu. Nadzim, Kaisara jangan nakal tahu. Nak pergi mana-mana bagitahu dengan kakak dulu ya? Tina, balik sebelum senja.”
“baik mama.”
Jawab kami hampir serentak.
“kakak, kitorang cikgu pilih masuk pertandingan golf antara sekolah.”
“baguslah. So, what is going on?”
“kitorang cume takut tak boleh catch up dalam pelajaran la kak. Macam mana kakak selalu buat? Mesti kelas pun kakak selalu tak masukkan?”
Rupa-rupanya inilah yang menyebabkan diorang gelisah. Patutlah waktu breakfast tadi mereka berdua lebih banyak diam.
“Nadzim, Sara. Dalam hidup kalau kita nak berjaya memang susah. Mengejar cita-cita dan matlamat dalam satu masa bukan perkara yang mudah. Kakak akui kakak banyak tidak menghadiri kelas tapi kakak ada tekad dik. Kakak selalu pulang lewat sebab discuss dengan cikgu. Apa yang kakak tertinggal dalam kelas, kakak kena kejar baliklah.”
“kakak tak penat ke buat semua ni?”
“Kaisara, penat, letih, rasa putus asa semua kakak kena tolak tepi. Walaupun ada masanya kakak rasa kalah dengan semua ni tapi kakak kena teruskan juga. Inilah cita-cita kakak dik. Menjadi pemain golf wanita. Kakak nak kamu berdua pun macam tu juga. Pelajaran jangan di tolak ke tepi untuk mengejar yang lain. Seiringkan matlamat dan cita-cita. Insyallah berkat itu semua kamu berdua boleh berjaya.”
“insyallah kakak. Kami berdua akan berusaha.”
“korang target dapat ikan besar mana nanti?”
“kaisara nak ikan yang besar.”
“nadzim pun”
Sepanjang hari kami memancing. Sebelum solat asar, kami berangkat pulang. Kasihan adik-adik aku mungkin letih yang menyebabkan mereka tertidur dalam perjalanan pulang.
“kakak, Sara lapar la kakak.”
“okey kita berhenti makan dulu ya. Kejutkan abang.”
Kaisara memang banyak makan. Inilah yang menghairankan aku. Badannya tidak naik walaupun berapa banyak kalori yang dia makan.
Selesai membayar di kaunter makanan, kami mahu beredar sewaktu aku menjawab panggilan telefon dari mama. Tiba-tiba seorang lelaki melanggar ku. Aku tak tahu sama ada dia sengaja atau tidak. Handphone ku jatuh ke tanah.
“owh, saya…”
Dia terus berlalu. Sombongnya. Kalau aku kenal, mahu je aku tempeleng kepala mamat neh. Entahlah mungkin dia terburu-buru. Telapak tangan ku sedikt tercalar. Aku mengambil handphone ku dan berlalu ke kereta untuk pulang ke rumah.
Sampai je dirumah mama mula bising melihat aku cedera di siku. Sungguh, aku tak sedar ia berdarah. Mungkin aku terlalu biasa dengan kecederaan tak seberapa neh. Aku pun pelik melihat mama yang terlalu risaukan aku. Naluri seorang ibu kowt.
“kenapa dengan kamu Tina? Berdarah sana sini.”
“Qis jatuh tadi mama. Sikit je neh. Karang baik la.”
“ada orang langgar kakak tadi mama. Orang tu sombong yang amat. Dia langgar kakak langsung tak minta maaf. Pergi macam tu je. Sara tengok pun geram. Kesian dengan kakak.”
Aku menggosok kepala Sara. Ada-ada je budak neh.
“tak de apa-apa la mama. Qis naik dulu ya. Ikan tu Nadzim tolong bagi Bibik. Suruh Bibik masak. Malam neh boleh kita makan. Kamu berdua pergi mandi cepat. Tak sempat pula solat asar nanti.”
4
Aku menyiapkan tugasan add math untuk diserahkan esok. Argh.. lusa da ada match pula. Kesihatan aku minggu neh tidak memberangsangkan. Latihan golf semalam pun, banyak pukulan aku yang lemah sehingga aku dimarahi.
“kalau kamu terus pukul macam tu, macam mana kamu nak menang. Why?
Are you sick because this exercise?”

“no sir. I’m just little bit tired. I’m sorry.”
” I want you focus on that day. I know you can done it with success. Keep it up.”
“thank you sir. I appreciate that.”
Syahril merapati aku.
“kau pesal Qis. Apasal pukulan kau macam siput je aku tengok.”
“kau penah rasa kari kaki manusia tak?”
“releks ar. Takkan itu pun kau nak bengang.”
“sorry bro. aku pun tak tahu kenapa aku boleh jadi macam neh.”
“kau tak leh gagal dalam match neh. Macam mana kau nak g peringkat kebangsaan nanti.”
Aku sekadar tersenyum. Inilah insan yang paling rapat dalam hidup ku. Tak kira disaat susah mahupun senang, dia sentiasa ada dengan ku. Walaupun dimarahi, dilontar kata-kata kasar, dia tetap disitu. Entah apalah yang membuatkan dia terus bertahan dengan sikap ku.
Beberapa hari ni ada yang mengganggu fikiranku. Sehari sebelum aku hadiri latihan golf dan dimarahi, aku ada ternampak seorang wanita berkemeja asyik memerhati ke arah ku.
Begitu juga dengan latihan golf itu. Malah minggu lepas, Kaisara juga terlihat wanita itu di depan rumah kami. Yang peliknya, sesudah dia tersedar aku terlihat dia, cepat-cepat dia melarikan diri. Apa yang dia hendak dari ku?

5
“cmna beb. Kau da bersedia ke? Yang penting hari ni kau kena focus.”
“ok bro. I’ll try my best. Good luck. Don’t give up. Confident and trust. Remember that.”
Tetiba Sir Raju terpacak depan aku. Sejak bila dia ada depan aku pun aku tak tahu.
“how are you today, Qistina?”
“I’m okay sir thank but please don’t call me like that again. You know me right?”
“okay but if you lose, hmm.. you know me, my princess.”
“ala sir… any gift if I win? Hehe”
“hrmm… we discuss later. See you at the state match.”
Aku sekadar mengangkat tabik ke arahnya. Antara cikgu-cikgu aku, dialah cikgu yang paling memahami aku. Sebab tu dengan dia ja aku berani melawak gila-gila. It show time. Ya Allah aku mohon pada Mu kuatkanlah semangat ku.
Sepanjang permulaan perlawanan aku perform dengan baik sehinggalah di final, aku sekali lagi terlihat perempuan yang sama berada di depan rumah ku. Konsentrasi ku mula hilang. Apa dia buat kat sini?
Pukulan aku mulai lemah.
“Qis!! Apa yang kau buat ar?”
Syahril menjerit ke arah ku. Pandangan perempuan itu cukup tajam. Urghh.. aku mesti tamatkan match ni dulu.
“Qis!! Confident and trust.”
Aku tersenyum. Aku seakan terngiang-ngiang suara Sir Raju tadi.
“see you in state match.”
Bismillah. Aku menghayunkan kayu golf itu. Aku tak mengharapkan pukulan aku ini jatuh di atas green tapi…
“pukulan yang menakjubkan!! Dua meter lagi bola hampir ke dalam lubang. Ini menyukar pihak lawan dan seperti yang kita tahu final match ini sekali lagi menemukan dua orang yang cukup hebat. Qistina dan Amalina. Masing-masing punyai rekod yang baik tapi siapakah antara mereka berdua akan di pilih untuk ke peringkat negeri? Ayuh kita nantikan.”
Aku akhiri pukulan ku dengan baik. Ternyata aku berjaya memenangi pertandingan ini sekali lagi.
Aku mengemas barang-barang ku untuk dibawak pulang. Apabila aku mengangkat jaket ku, aku terpandang sesuatu. Nota dan Cadbury.
‘You prove it to me. Congratulation Qis.
Sir Raju’

” jom balik.”
“tunggu. Kau nak tahu kan apa masalah aku yang membuatkan aku hilang focus?”
“ya. Ceritakan. Tell me the story.”
“sekarang kau toleh ke belakang dan cari perempuan yang sedang pandang ke arah kita. Terus je pandang.”
“dia da lari. Apa kaitannya.”
“dia da mengekori aku sepanjang minggu neh. Setiap kali aku ingin merapati dia pasti dia lari. Kaisara pun perasan.”
“kau takut?”
“takut tu, tak la sangat. Cuak tu ada la. Tajamkan renungan dia.”
“dah. Jom aku hantar kau balik.”
“tak pa. aku drive datang sini. Thanks and congratulation. You win.”
“hehe.”
5
Semuanya sudah selesai aku berjaya memperolehi emas dalam peringkat kebangsaan. Begitu juga dengan Syahril. Kini di hadapan ku hanya satu. Spm yang ku nanti semakin hampir dengan ku. Nadzim dan Kaisara sedang bertarung dengan PMR. Ada kesungguhan dalam diri mereka. Mereka berdua turut berjaya dalam pertandingan golf. Tapi mereka terkandas di separuh akhir peringat daerah. Sekurang-kurangnya mereka sudah lakukan yang termampu.
Aku melihat jadual ku. Sudah tibanya masanya untuk aku ke kelas tuition. Malas rasanya
Tapi aku harus kuat. Dua bulan je lagi dan aku akan akhirinya dengan cemerlang. Itu janji ku

“mama papa, saya pergi dulu. Adik-adik nanti saya ambil ya? Tak payah la suruh Pak Mad pergi.”
“okay.”
Aku buka je pintu rumah. Aku nampak lagi perempuan. Hati aku yang pada mulanya cuak sekarang da bertukar menjadi panas. Tunggulah. Aku pasti cari siapa kau.
“woi, pesal masam je neh.”
“jangan kacau aku la mangkuk. Aku tengah panas neh”
“nak aku kuatkan pendingin udara neh ke? Haha.”
“amik kau. Aku da cakap jangan ganggu aku.”
“sorry beb. Ceritalah.”
“perempuan tu ada depan rumah aku tadi. Bengang ar. Apa dia nak dari aku?!
Damn!”

“dia tak ganggu kau pun kan? Ignore je la.”
” kau ingat senang ke nak ignore orang macam tu. Ikut aku tetiap hari. Silap-silap jap lagi kita keluar dari sini pun dia ada. Percayalah cakap aku.”
Aku kembali memberi tumpuan dalam kelas.
“Yes! Habis pun kelas neh bro. aku nak pergi ambil adik-adik aku. Kau nak ke mana?”
“aku rasa aku nak balik rumah terus. Banyak g homework aku tak siap. Eh, tak silap aku itu perempuan yang samakan.”
“ya, kejap-kejap.”
Aku mencatat nombor kenderaan milik perempuan itu. Sekarang kau takkan terlepas.
6
“mama papa, dia da ikut Qis sejak beberapa minggu lepas. Qis tak tahu siapa dia. Dia selalu menghilangkan diri bila Qis nampak dia. Nadzim, Kaisara dan Syahril pun perasan. Bukan dirumah ja, malah di sekolah dan pusat tempat Qis tuisyen pun dia ada.”
“elok kita report polis abang. Saya risaukan keselamatan Tina.”
“baiklah. Papa akan mintak pertolangan Datuk Bakar. Qis jangan risau ya. Kalau nampak dia lagi, bagitahu papa secepat yang mungkin.”
“ini papa. Nombor pendaftaran kendearaan perempuan tu.”
“bijak.”
“Qis takkan biarkan dia terlepas sampai Qis tahu apa yang dia nak dari Qis.”
“sudah-sudahlah tu. Pergi mandi, solat. Nanti kita makan sama-sama.”
Aku menaiki tangga ke bilikku. Entah kenapa aku tak sedap hati. Seperti ada sesuatu akan berlaku. Ya Allah selamatkanlah keluarga ku.

7
Bulan ini bulan yang paling ku nantikan dalam hidupku. SPM di hadapan ku sekarang. Aku tak boleh gagal. Inilah harapan mama dan papa. Aku mesti buktikan yang aku boleh buat.
Aku melihat Syahril yang tekun mengimbas nota-nota untuk dibaca. Dia kelihatan cukup tenang. Pasti dia sudah bersedia. Arahan telah di keluarkan untuk calon menduduki peperiksaan. Aku mula gementar. It show time.
Sebulan berlalu. Sepanjang aku lalui ujian getir ini, aku langsung tak bertegur sapa dengan Syahril. Maybe kami merasakan yang sama. Kami memerlukan ruang untuk bersendirian dan study. Hrmmm sekarang aku bersemangat untuk memulakan kehidupan selepas SPM. Aku bersyukur kerana aku turut dipanggil untuk menyertai PLKN. Sekurang-kurang aku da ada plan nak buat sepanjang enam bulan aku bercuti.
Semasa minum petang di taman bersama keluarga, aku dapat merehatkan fikiran ku.
“kakak.”
“ya Sara.”
“kak Qis cakap lepas kitorang habis PMR kakak nak bawa kami panjat bukit. Jom la kakak”
” ye la kak. Kami pun da lama tak keluar ngan kakak sejak kita bertiga ambil ujian neh.”
Aku memandang papa. Papa ku lihat bersahaja. Mungkin papa nak kenakan aku. Itulah pandai sangat berjanji dulu. Padan muka. Tapi betul juga aku da lama tak buat aktiviti macam tu. Bagus jugak kalau boleh pergi. Macam mana nak buat neh. Idea.. idea…
“itu korang kena tanya papa. Kak Qis online je. Bila-bila kakak boleh bawak korang.”
Mama memandang papa. Aku tahu kalau bab nak lakukan aktiviti lasak, mama pasti kurang setuju. Bahaya katanya.
“kamu tanya mama.”
Aik! Alamak. Punahlah harapan ku.
“bolehlah mama. Lagipun Nadzim dengan Sara teringin sangat nak pergi. Nanti kak Qis da nak pergi PLKN. Tiga bulan mama. Time tu kami da start sekolah balik. Please mama..”
Aku hampir tergelak melihat gelagat Nadzim meminta persetujuan mama.
“please mama. Sara pun nak jadi kuat macam kak Qis juga. Bolehlah mama. Setiap hari kami asyik pukul bola golf je. Bagi la chance pada kami mama. Please..”
Kasihan aku tengok mereka. Mereka begitu bersungguh-sungguh nak pergi. Luluh pula hati aku melihat mereka bergini. Nampaknya terpaksalah aku juga yang bersuara. Mungkin papa dan mama sukar melepaskan kami pergi kerana perempuan itu. Sungguhpun dia sudah lama tidak muncul sejak papa laporkan pada Datuk Bakar, namun papa tetap berhati-hati.
“mama. Please..”
“baiklah. Kamu bertiga boleh pergi.”
“yay!!”
Kami bertiga bersorak riang.
“tapi dengan syarat. Papa dan mama akan ikut kamu bertiga dan seorang lagi kami akan bawa bersama.”
“siapa mama. Bibik ke?”
Tanya Nadzim tidak sabar.
“ting tong. Ting tong.”
Aku yang membelakang pintu masuk tidak nampak siapa yang datang. Apa yang aku rasa orang itu merapati kami. Pasti kawan papa.
“assalammualaikum auntie uncle.”
Syahril!!!
“Syahril akan ikut kita sekali ke sana. Mama bawak dia sebab papa tak berapa susah jaga kamu disana.”
Walaupun adik-adik ku bersorak riang tapi aku masih terkejut sekadar tersenyum nipis. Mama, kenapa mama lakukan ini semua, mama? Perasaan ku mula tak keruan apabila papa memandang ku. Papa, fahamilah perasaan anak mu. Qis bukan tak suka dia ikut kita cuma kenapa bila Qis dah dapat kikiskan perasaan Qis pada dia papa. Papa tahukan ia begitu payah untuk dilakukan.
Ia tak terluah dengan kata. Aku hanya pendamkan didalam hati. Jangan uji aku sekali lagi. Aku belum kuat untuk kecewa sekali lagi.
“bila kita nak pergi mama?”
“next week. Syahril jemputlah minum.Qis ambilkan kerusi untuk Syahril.”
Aku berlalu tanpa sepatah kata. Ya Tuhan kenapa lidah ku membisu sedangkan aku terlalu rindu padanya.
Aku kembali dengan kerusi dan duduk di sebelah papa. Papa yang memahami ku mengusap lutut ku.
Seketika kemudian papa dan mama berlalu pergi di ikuti dengan adik-adikku. Aku terperangkap. Sekali lagi kami berdua tetap membisu. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibir masing-masing.
Jangan ego Qistina. Kau tak boleh terus menghindari dia. Bersuaralah. Ia pasti dapat menenangkan mu.
Ada benarnya juga suara hati ku. Baiklah.
Tapi belum sempat aku membuka mulut Syahril dulu melontar kata.
“kau marahkan aku?”
“tak. Kau dapat PLKN?”
“tak. aku tak dapat. Qis kau tak boleh tipu aku. Aku kenal Qistina dengan baik. Kau pasti berceloteh panjang walaupun depan papa dan mama kau. Kau tak mungkin diam kalau kau tak marah kan?”
“aku okay lah”
“habis Cadbury tuh.”
“aku nak makan la. Kenapa kau nak? Ambillah.”
“hello. Kau tak makan Cadbury kalau kau tak gelisah.”
Aku cuma membisu. Ternyata dia terlalu kenal siapa aku. Aku terkenangkan Cadbury Sir Raju. Mungkin Syahril ternampak dan mengangaknya. Siapa tahu?
“betul kau nak tahu aku marahkan kau ke tak?”
Aku berjalan ke arah kolam renang. Pasti dia ekori aku. Aku menoleh. Jangkaan aku tepat.
“ye la. Senang aku nak minta maaf dengan kau.”
Aku menolak dia masuk ke kolam renang. dia muncul dipermukaan air.
“itu sebab kau lama tak contact aku walaupun aku berkali-kali cuba contact kau. Sekarang aku da tak marah dan untuk maafkan kau, kau tunggu dalam kolam tu sampai aku panggil kau naik. Kalau tak, tiada maaf bagimu.”
Aku masuk dan menyuruh Nadzim pergi ambil tuala untuk Syahril dan menyuruh dia naik. Aku memerhati dari jauh. Nadzim patah balik dan datang ke arah ku.
“abang Syahril tak nak naik. Katanya takut kakak tak maafkan dia. Apelah kakak neh. Kesian abang Syahril. Mesti dia sejuk sekarang neh.”
“yela yela. Bak sini tuala tu.”
Aku menghampiri Syahril
“sejuk?”
“tak. Suam-suam kuku je.”
“Baguslah. Berendam lagi sejam dalam tu.”
Aku rasakan ada orang di belakang ku. Bila aku menoleh je, aku begitu terkejut melihat adik-adik ku berada begitu hampir di belakang ku. Lalu aku jatuh ke dalam kolam. Kemudian mereka turut sama terjun ke dalamnya. Bertuah betul budak-budak ne. nak kenakan orang. Aku terkena balik. Kami seronok bermain air petang tu. Mama menjemput Syahril makan malam di rumah.
“tak ape lah auntie. Menyusahkan auntie je. Saya..”
“dia mana mahu mama. Diakan sibuk. Mana sempat makan dengan kita lagi da macam dulu. Contact pun tidak.”
“Tina cakap elok-elok. Dia tak habis cakap lagi kamu da potong. Cakaplah Syahril.”
Aku menjelir lidah padanya apabila mama menyokong dia.
“saya nak cakap saya rindukan masa kita makan sama-sama macam dulu. Ketawa sama-sama macam dulu. Tapi kalau ada orang tak suka saya di sini, saya baliklah dulu ya auntie.”
“ala kau ni merajuk plak. Aku sekeh kang. Ada ke aku cakapa aku tak suka kau makan kat sini. Aku memang sukar bertengkar dengan kau kan?”
“yang kau terasa pehal? Aku tak cakap kau pun kah3.”
Macam mana aku boleh terkena dengam mamat neh. Mama, Nadzim dan Sara turut ketawa. Nasib baik papa belum turun. Kalau tak lagi teruk aku kena sakat.
“tak pe. Hari ni hari kau.”
“tak la. Hari kan hari minggu. Hari Sabtu. Kau da lupa ke? Kah3″
Aku menarik muka masam.
“Da macam cencorot muka kau tu. Muncung sedepa. Kah3″
Akhirnya aku turut tertawa. Kenapa kau datang sekali lagi Syahril. Kenapa?
8
Akhirnya sampai juga hari yang kami bertiga nanti-nantikan. Tenangnya alam ciptaanMu ini Tuhan. Aku dapat melihat ramai anak-anak muda yang hadir untuk melakukan aktiviti yang sama.
“kakak, tingginya bukit ni. Macam mana Nadzim nak panjat?”
“kenapa korang cuak ke? Kalau cuak tak payah panjat. Duduk je di bawak dengan papa dan mama.”
Aku sekadar menduga adik-adik ku ini.
“tak naklah. Nadzim datang sini sebab nak panjat bukit. Baiklah kita berlumba. Siapa yang sampai atas dulu dia menang.”
“kak Qis okay je. Sara macam mana.”
“Sara pun okay je.”
“tak de siapa ke nak ajak abang? Ke korang da lupakan abang di sini.”
Aku tergelak melihat muka Syahril yang kesedihan. Kami mula memanjat dengan bantuan professional dari pekerja yang bertugas. Mama jelas kelihatan risau melihat Kaisara yang terkial-kial memanjat setiap batu-batu di bukit itu. Aku juga tidak lepas pandang padanya.
“bro! kau jaga Nadzim. Aku nak tolong Sara.”
“set.”
Tiba-tiba banyak batu dari atas menimpa aku dan Sara. Aku memeluk Sara bagi melindungi dia. Aku memandang atas. Ternyata ia runtuhan akibat pijakan seseorang. Adakah dia tidak nampak aku dan Sara di bawah? Mama mula gelisah dibawah.
“sara, Sara okay?”
“sara okay kakak.”
“sara nak teruskan atau nak turun je bawah.”
“kita teruskan kakak. Sara bukan lemah. Sara harus buktikan Sara boleh buat.”
Aku kagum dengan semangat Sara. Kau sungguh cekal dik. Aku memandang bawah dan memberikan isyarat bahawa Sara dan aku dalam keadaan baik.
“jom, kita akan kalahkan Abang Nadzim dan Abang Syahril. Kalau kita menang, kakak belanja Sara makan aiskrim.”
Kami meneruskan pendakian hingga ke atas. Alhamdulillah kami berjaya sampai ke atas tanpa sebarang kecederaan.
“yay! Kak kita menang kak.”
“ala, korang cepat setapak je kan abang.”
“janji kak Qis dengan Sara pemenang.”
“da jangan gaduh jom turun. Kakak belanja kamu aiskrim.”
Mereka bersorak riang. Yang peliknya Syahril turut bersorak.
“yang kau pehal bro? buang tebiat ke?”
“kau nak belanja aku sekali kan? Ngee.”
“aku? Belanja kau. Kau makan daun ni sepuluh helai pun belum tentu aku belanja kau. Kah3.”
Akhirnya dia tergaru-garu kepalanya sendiri.
“kakak kau tu kan Nadzim..”
“kakak Qis memang baik. Tahu da. Memang itu yang abang nak kata kan?”
Padan muka kau. Adik-adik aku akan tetap menyebelahi aku. Hehe. Kelakar tengok muka Syahril yang tak dapat nak kenakan aku.
“disebabkan korang berdua kalah, pergi beli aiskrim. Kakak dengan Sara nak pergi dekat mama. Cepat sikit tau.”
Dalam perjalanan aku dengan Sara ke arah mama, aku terasa hendak ke tandas. Aku menyuruh Sara pergi ke mama dahulu. Tapi belum sempat pun aku memulakan langkah ke tandas. Aku terdengar teriakan Sara. Aku berlari mencari Sara dan telihat seorang lelaki disampingnya.
“ada apa ni Sara. Macam mana kamu boleh luka?”
“aku terlanggarnya. Lalu dia jatuh dan kakinya berdarah. Nah ambil ini. Duit untuk belikan dia ubat.”
“aku tak perlu duit kau. Simpan saja. Bukan semua boleh dibeli dengan wang.”
Aku merengus kasar. Tak salah lagi dia orang yang sama melanggar ku sewaktu aku keluar dari kedai tempoh hari. Aku lihat dia berlalu. Ya Allah kenapa ada orang yang sebegini sombong di atas muka bumi Mu. Dia langsung tidak menghulurkan kata maaf. Aku mengendong Sara ke tempat mama dan papa. Nasib ku baik kerna adik ku ini bertubuh kecil. Senang saja aku memapahnya.
Au merawat kaki Kaisara yang luka dan membalutnya. Adikku ini seorang yang kuat. Walaupun lukanya agak dalam, tapi dia tenang menghadapinya.
Aku bergerak untuk pergi semula ke tandas. Hati aku menjadi panas mengenangkan lelaki tadi. Kalau aku jumpa dia lagi, kali neh aku betul-betul nak tempeleng kepala dia. Dalam perjalanan pulang ke tempat papa dan mama berehat, aku terdengar suara orang mengerang dan di situlah aku bertemu dengan Syahril dan Nadzim.
“korang dengar tak apa yang aku dengar?”
“dengar. Hantu!!!”
“Nadzim mana ada hantu siang-siang hari ni.”
Aku terus mencari dari mana datangnya arah bunyi itu. Di sebalik belukar tu!
“syahril jom turun bawah. Aku rasa suara tu datang dari belukar.”
“tak nak lah aku. Takut siot.”
“oi! Apa yang nak takutkan. Ish kau cepatlah. Nadzim tunggu kat sini ya.”
Aku sempat menampar bahu Syahril. Itulah takut sangat. Mungkin juga dia sengaja main-main. Aku terjumpa seorang pemuda yang berlumuran darah. Mesti cedera parah. Dengan bantuan Syahril, kami mengangkat dia ke atas. Masih hidup.
“kesian dia kan kak”
“kesian? Nak tengok macam mana kakak kesian kan dia?”
Aku menampar muka pemuda itu
“kenapa kakak tampar dia? Dia kan pengsan tu.”
“sebab yang pertama, dia sombong. Sebab yang kedua, dia pernah langgar kakak. Sebab yang ketiga, dia langgar Kaisara sampai luka agak dalam tadi. Puas hati kakak. Da nadzim pergi panggil papa. Cepat.”
“Baik kakak.”
“wow! Tak sangka kau boleh buat macam tu.”
“pada mulanya memang aku da maafkan mamat neh bila dia langgar aku hari tu. Tapi memandangkan dia langsung tak mintak maaf bila dia langgar adik aku, itu aku tak boleh maafkan. Sesiapa saja akan terima nasib yang sama kalau berani cederakan adik-adik aku.”
9
Papa mengambil keputusan untuk menghantarnya ke hospital. Disebabkan urusan pandaftaran aku terpaksa mengambil dompet mamat tu untk melihat kad pengenalannya.
‘Tengku Haidar bin Tengku Sulaiman’
Patutlah sombong kerabat diraja rupanya. Kebetulan arwah papa juga bernama Sulaiman. Cuma itu yang aku tahu tentang dia. Adakalanya aku juga hairan, kenapa papa tak benar aku memegang kad pengenalan aku sendiri dan kalau ada mana-mana borang yang perlu di isi, papa yang akan isikan.
Aku meminta kebenaran papa untuk menunggu Haidar sedar dari pengsan bersama Syahril. Papa benarkan asalkan aku tak pulang lewat.
” aku tak fahamlah Qis kenapa kau nak tunggu mamat sedar plak?”
“sebab aku ada berhutang dengannya satu perkara.”
Syahril tak berpuas hati dengan jawapan ku.
“kalau kau nak balik pergilah. Terima kasih temankan aku.”
“tak. Aku nak temankan kau di sini. Eh dia da sedarlah.”
Aku membantunya minum air. Seperti biasa tiada ucapan penghargaan darinya.
“aku akan bayar balik duit kau masukkan aku di hospital ni.”
Aku memandang Syahril. Dia kelihatan agak marah dengan perbuatan Haidar. Aku menyuruh dia bersabar. Aku ada cara ku sendiri nak uruskan mamat macam dia ni. Memang benar papa yang uruskan wang untuk dia masuk kesini.
” aku tak sangkalah. Kau bukan sahaja kering dengan ucapan maaf. Tapi kau juga kontang dengan ucapan penghargaan walaupun untuk mengatakan terima kasih. Kau ingat wang boleh beli semua benda ke ha?! Walau setinggi mana darjat kau, di mata aku, kau tetap miskin, Tengku Haidar. Ini dompet kau. Semoga cepat sembuh dan aku juga berharap kita takkan bertemu lagi, kalau itu terjadi, pastikan aku tak jumpa lagi dengan Tengku Haidar yang sombong dan miskin.”
Aku keluar dari bilik wad itu diikuti dengan Syahril. Aku benar-benar terasa puas dapat melampiaskan isi hati ku yang marah padanya.
” gila kau Qis. Kau cakap dengan dia macam tu je. Mana kau tahu dia Tengku?”
“masa aku uruskan pendaftaran dia tadi. Aku ambil kad pengenalan dia. Time tu la. Kau nak suruh aku cakap macam mana lagi dengan orang yang bongkak macam dia tu. Memang patut pun aku layan dia macam tu. Dah la jom balik. Aku penat lah. Thank okay kau temankan aku.”
10
Beberapa bulan selepas kejadian tu, aku semakin hampir dengan PLKN. Aku amat resah menanti hari ini. Untuk berjauhan dengan keluarga tidak pernah terlintas di hati. Aku tak sedap hati.
Telefon bimbit ku berdering.
“assalammualaikum. Papa.”
” Qis.. malam neh papa nak jumpa kamu. Pastikan kamu ada dirumah malam ni.”
” ya papa.”
Nada papa berbau arahan. Ada apa sebenarnya? Kenapa suara papa sebegitu serius. Adakah berkaitan dengan mamat Tengku tu? Aku tak betah duduk. Aku ada buat salah ke?
Selepas makan malam, papa mengumpul kami semua di ruang tamu. Jantung ku berdegup kencang. Adakah papa marah dengan keputusan SPM ku. Tapi tak mungkin. Ya Allah, tenangkanlah hati ku. Aku memeluk kedua-dua adik ku yang duduk di kiri dan kanan ku. Tangan ku mula menggeletar.
“Qistina, ini surat untuk kamu. Kamu ditawarkan untuk menyambung pengajian kamu di Oxford Univercity. Tahniah. Qis telah buat papa dan mama berbangga ada anak macam Qis. Qis tak perlu mengikuti PLKN”
“Cuma ini papa? Qis fikir ada benda buruk tadi. Papa buat Qis takut je la.”
“sebenarnya papa ada lagi satu perkara nak bagitahu kamu. Seperti yang kita semua maklum walaupun kamu bukan darah daging kami, kamu tetap anak kami yang sulung dan kamu tetap kakak kepada Nadzim dan Kaisara. Qis apa yang bakal papa beritahu kamu mungkin akan mengejutkan kamu. Tapi percayalah, papa dan mama lakukan ini untuk kebaikan kamu. Kamu tahu apa nama penuh kamu?”
Aku memeluk erat kedua adik aku. Air mata ku tahan dari jatuh ke bumi. Kenapa papa ungkit lagi semua ni.
“Qistina binti Sulaiman papa.”
“cuba kamu tengok kad pengenalan kamu yang papa simpan neh dengan surat beranak yang ditinggal arwah papa kamu.
“Tengku Puteri Qistina binti Tengku Sulaiman. Tak mungkin! Macam mana ini boleh berlaku. Papa, apa semua ni?”
“ye sayang kamu berketurunan raja. Kamu berdarah raja Qistina”
“tapi mama…”
“Qis, papa dan mama kamu sebenar meninggal dunia bukanlah disebabkan kemalangan biasa. Ia dirancang. Pembunuhan mereka adalah disebabkan takhta ayah kamu. Sehingga sekarang penjenayah tersebut masih bebas dan dia tidak boleh naik takhta walaupun papa kamu da meninggal.”
“kenapa?”
“sebab cuma kamu dan abang kamu memiliki dokumen yang sampai sekarang penjenayah tersebut belum jumpa.”
“abang? Dokumen? Qis tak faham. Qis ada abang?”
” maafkan papa merahsiakan semua ni. Abang kamu bernama Tengku Haidar tinggal di London bersama pakcik kamu. Kembar kamu, Qisdiana, kami tidak mendapat sebarang berita tentangnya. Pakcik kamu dan papa bersetuju memisah kamu berdua kerana keselamatan kamu terancam. Lihatlah rantai dileher kamu betul-betul Qistina. Ia bukan sekadar rantai. Pada abangmu pula dokumen itu berbentuk cincin yang berlambang sama seperti yang ada dirantai kamu. Dan pada Qisdiana ia berbentuk gelang. Jagalah ia. Memandang kamu juga akan ke London untuk melanjutkan pelajaran. Papa tak risau kamu kesana. Cuma papa tak tahu dimana pakcik kamu tinggal.”
“Qis ada kembar? siapa abang saya?”
“Tengku Haidar Bin Tengku Sulaiman.”
“dia berada di mana?”
“London.”
“tidak papa. Dia tak ada di London. Dia di sini. Di Malaysia.”
“apa yang kamu cakapkan sayang.”
“mama kalau betullah apa yang papa cakapkan, Qis da jumpa abang Qis mama. Malah Qis pernah tampar dia sebab langgar Kaisara sewaktu kita pergi memanjat bukit.”
“maksud kak abang yang sombong tu?” tanya Kaisara.
“dan abang yang kita hantar ke hospital?” tanya Nadzim
“ya dialah orangnya. Papa waktu Qis berurusan dengan pihak pendaftaran di hospital, Qis kena ambil kad pengenalannnya untuk kegunaan hospital. Masa tulah Qis nampak nama dia.”
Qis, Qis harus cari dia. Secepat yang mungkin.”
“papa, papa rasa abang haidar tahu tak lagi semua ni. Kenapa dia tak cari Qis?”
“mungkin abang kamu sedang mencari kamu. Cuma informasinya kurang.”
“err.. papa Qis ada permintaan.”
“cakaplah.”
“Qis tak nak belajar di Oxford. Qis nak belajar di sini je. Qis tak berjauhan dengan keluarga Qis. Dengan adik-adik Qis. Qis sayang keluarga ni. Papa mama Qis masih anak papa nak mama kan?”
Mama dan papa datang memeluk ku
“kenapa kamu cakap macam tu sayang. Kamu memang anak kami. Tiada siapa dapat menafikannya.”
“papa akan pertimbangkan permintaan Qis. Sekali lagi papa dan mama mintak maaf ya Qis.”
” tak usahlah papa dan mama mintak maaf. Papa dan mama tak bersalah pun.”
Tanpa pengetahuan sesiapa aku menanam matlamat untuk mencari siapa pembunuh mama dan papa ku yang sebenar.
11
“bro. aku ada berita untuk kau. Aku akan ke Oxford bulan depan. Papa sudah tetapkan untuk aku. Walau berkali-kali aku meminta papa fikirkannya, dia masih mahu aku ke sana. Aku tak kuat bro nak tinggalkan mereka. Lagipun aku tiada siapa di sana.”
“sekarang kau da ada beb. Aku juga dapat tawaran ke sana. Sebab itulah aku nak jumpa kau hari ini. Tak sangka kita berdua ditakdirkan belajar bersama lagi sekali. Maybe kita ada jodoh. Haha”
Aku ketawa terbahak-bahak. Aku sendiri tak tahu kenapa aku ketawa. Adakah ia untuk menutup luka ku? Syahril belum tahu siapa aku. Biarlah ia menjadi rahsia untuk sementara ni.
Kalau dulu aku hanya biarkan rantai ini tergantung di leherku tapi sekarang ia semakin rapat dengan ku.
Urghh… tinggal lagi dua minggu untu aku bersama keluarga. Aku keletihan selepas pulang dari membeli belah keperluan di sana nanti. Mama yang memaksa untuk bersedia lebih awal. Bagi aku, aku masih malas untuk memikirkan yang aku akan ke sana. Aku melihat Kaisara yang asyik memandang jendela petang itu.
“kakak itu bukan ke perempuan yang sama?”
Aku melihat siapa yang dimaksudkan. Ya Allah. Perempuan tu lagi. Aku berlari turun ke bawah. Kali ni aku tak biarkan dia lari lagi. Aku harus bersemuka dengannya. Sebaik saja aku membuka pintu, hanya asap kereta yang berkepul-kepul di udara yang ku lihat. aku masuk kedalam rumah.
“kenapa Qis?”
“perempuan tu lagi papa. Siapa sebenarnya dia? Apa yang dia mahukan?”
“dia datang sini lagi?”
“papa. Boleh papa bantu Qis?”
“cakaplah. Insyallah papa akan bantu.”
“Qis nak jumpa dengan Datuk Bakar berbincang dengan kes pembunuhan papa dan mama.”
” baiklah. Esok kamu boleh berjumpa dengan dia. Nanti papa beritahu tempat dan masanya”
“terima kasih papa.”
Esoknya aku berjumpa dengan Datuk Bakar seperti yang dijanjikan.
“ini dia fail kes papa dan mama kamu. Uncle akui Qistina, papa dan mama kamu sungguh baik sewaktu mereka masih hidup.”
“nama mama saya Tengku Puteri Aryana?”
“Itulah nama mama kamu dan gambarnya.”
“dan ini papa?”
Aku menunjuk gambar lelaki di sebelah mama. Air mata ku berlinangan. Papa… mama Qistina rindukan papa dan mama. Aku menyelak helaian lagi. Kini terpapar gambar seorang lelaki dan seorang wanita. Aku membaca label di atas. Dikehendaki! Aku melihat sekali lagi gambar lelaki dan perempuan itu. Aku seperti kenal persis dengan perempuan ini tapi di mana aku pernah berjumpa dengannya.
“kenapa Qistina? Kamu ada masalah?”
“tak uncle cuma Qis nak tahu apa nombor pendaftaran kereta BMW putih di belakang ni. Boleh?”
“maaflah Qistina. Uncle tak bawak laptop uncle.”
“don’t worry uncle. Qis bawa.”
Apabali ia didekatkan betul-betul, Aku dapat melihat nombor pendaftaran kenderaan tersebut. Ya! Ia nombor pendaftaran yang sama. Aku masih ingat dialah perempuan yang sama. Perempuan yang sering mengekoriku.
“uncle, bagaimana dengan kes kehilangan kembar saya?”
“uncle menemui jalan buntu. Uncle tak tahu nak cari dia di mana lagi.Qistina, papa kamu beritahu uncle, perempuan neh mengekori kamu lagi. Betul ke?”
“ye uncle. Setelah berbulan-bulan dia tak muncul tapi petang semalam dia ada di depan rumah. Qis turun ke bawah untuk berdepan dengannya tapi Qis tak sempat. Dia da lari.”
“baguslah kamu tak sempat kejar dia Qistina. Dia terlalu berbahaya untuk kamu. Ingat pesan uncle. Kalau dia boleh lakukan pembunuhan ke atas papa dan mama kamu, mungkin dia boleh buat yang sama pada kamu. Pakcik akan hantar pasukan ke rumah kamu dan kalau perlu pakcik akan hantar dua pegawai polis untuk menjaga kamu di London nanti.”
“terima kasih uncle. Pertolongan uncle sangat saya hargai.”
“owh. Tahniah uncle ucapkan atas kejayaan kamu. Kamu ambil aliran ape?”
” saya nak kejar impian saya uncle. Saya nak ambil bahagian engineering.”
“semoga kamu berjaya Tengku Puteri Qistina.”
“uncle, uncle boleh panggil saya Qis sahaja macam papa panggil.”
“tapi tidak mama kamu kan?”
Aku tersenyum. Datuk Bakar memang rapat dengan papa. Sampaikan dia tahu mama sahaja yang tidak memanggil ku Qis.
Pada pemikiran aku, tak mungkin perempuan tu akan bunuh aku kerna aku dan abangku adalah sasaran utama dia. Dia tak boleh bunuh kami berdua selagi dia tidak ketahui dokumen tu. Entahlah.
12
Dua minggu berlalu dengan begitu cepat. Sekarang masanya benar-benar tiba untuk aku terbang ke London itupun ditemani dua orang pegawai polis. Aku yang meminta agar mereka tidak memakai pakaian seragam. Aku terasa seperti dikongkong nanti. Kasihan Syahril dia masih belum mengetahui apa-apa tentang diriku mahupun polis berdua ni. Datuk Bakar turut menghantar ku ke lapangan terbang KLIA. Aku masih belum nampak kelibat Syahril. Mungkin dia terlambat sedikit.
“Qistina, maaflah papa dan mama tak dapat hantar kamu sampai ke London. Ingat pesan mama ya. Jangan tinggal solat, jaga diri kamu baik-baik. Kalau Amran dan Safuan tak benarkan kamu keluar, ikut je cakap mereka. Itu yang terbaik untuk kamu.”
“kamu jangan risau Qis. Amran dan Safuan adalah anggota yang terlatih. Mereka orang yang paling uncle percaya. Kalau mereka buli kamu, tumbuk dulu baru report pada uncle.”
Sempat lagi Datuk Bakar berseloroh. Nadzim dan Kaisara masih seperti selalu. Mereka akan duduk dikiri kanan ku dan memelukku erat. Mereka juga faham kakak mereka akan berlepas ke London untuk tiga tahun. Dan dalam tempoh itu, aku akan berada di sana. Aku mungkin kembali ke Malaysia hanya dua minggu untuk satu tahun.
“assalammualaikum.”
“aku ingat kau da lupa flight kau hari ni. Hehe. Semua da bawa?”
“insyallah semua da ada.”
Aku bersalaman dengan ibu bapa Syahril.
“auntie dan uncle sihat?”
“alhamdulillah kami sihat. Qistina, tolong kamu jaga Syahril ye nak? Kalau dia nakal, auntie bagi green light pukullah dia.”
Kami semua ketawa.
“hehe kau dengar tu. Ada chance lah aku nak buli kau. Haha.”
“mereka dah besar pun. Pandailah mereka jaga diri disana. Uncle percaya kamu berdua pasti berjaya disana. Doa dan restu kami sentiasa bersama kamu berdua.”
“terima kasih uncle. Kami akan berusaha yang terbaik. Ha auntie, nak tak saya carikan menantu orang putih untuk auntie. Kalau nak harapkan syahril yang cari. Habislah perempuan kat sana dia nak khawin. Haha.”
“ooo… pandai ya kau nak carikkan calon isteri untuk aku. Habis kau siapa nak carikkan?”
“aku? Papa dan mama aku la carikkan.”
“papa dan mama kau mesti pilih aku punya. Hehe betul tak uncle?”
“yela. Tak payah uncle cari jauh-jauh. Yang dekat da ada.”
“tak naklah dengan kau. Nanti kau buli aku.”
“baru kena dengan kau. Kau suka pukul aku.”
Semua ketawa berdekah-dekah. Apalah benda ni pun boleh dibuat main-main. Announcement telah kedengaran. It show time. Aku bersalam dengan papa dan mama. Aku memeluk mereka erat. Bercucuran juga air mata aku.
“korang berdua kena janji dengan kakak, dua tahun lagi kakak tunggu kamu di Oxford pastikan kamu boleh lakukan. Ingat dalam golf trust and confident adalah penawar paling baik sewaktu kamu gementar. Tolong kakak jaga papa dan mama ya. Selalu hantar email pada kakak ya. Kakak sayang kamu berdua.”
” Nadzim dan Sara janji kak. Kak baliklah sini cepat ya. Kita panjat bukit lagi.”
” Kamu berdua kena jaga diri masing-masing tahu. Masa kakak tak ada jangan selalu bergaduh. Kalau salah seorang dalam masalah bantulah ya. Kamu berdua kembar paling manis sekali.”
“kakak!”
Aku memeluk mereka. Pelukan mereka seperti tidak mahu melepaskan aku pergi. Ya Allah inilah saat yang paling sukar untuk aku lalui. Permudahkanlah perjalanan ku.
Aku menyalami semua orang. Syahril, Amran, Safuan dan juga aku berjalan seiring. Aku menoleh sekali lagi kearah adik-adik aku. Ternyata mereka tidak kuat. Lambaian mereka turut lemah. Kuatkanlah kaki aku untuk melangkah. Aku menarik nafas panjang. Sekali lagi aku menoleh. Mereka menangis teresak-esak biarpun mereka sudah besar. Aku tak sampai hati melihat mereka begitu. Aku berlari memeluk mereka.

“sudahlah. Jangan nangis kalau kalian nangis macam mana kakak nak tinggalkan kalian.”
“kami sayangkan kakak.”
“dengar cakap kakak. Kakak akan balik. Insyallah. Sudah jangan nangis.”
Mereka berdua tersedu-sedu menahan tangis. Aku kembali menolak troli ku. Sudahlah Qistina. Jangan toleh lagi. Kau harus percaya mereka kuat untuk hadapi semua ini.
Aku mengambil tempat duduk ku didalam pesawat. Amran, Safuan, Aku dan Syahril di hujung.
“Syahril. Kenalkan, Amran dan Safuan.”
“siapa mereka?”
“pakwe aku. Tak percaya. Tanyalah mereka.”
Aku mengeyet sebelah mata pada mereka berdua.
“owh.. ye kami berdua memang pakwe dia. Kau tak tahu ke? Tina sayang, kenapa tak bagi tahu dia. Siapa dia?”
Ujar Amran. Pandai juga mereka ni berlakon.
“owh.. sorry baby. Dia Cuma kawan rapat saya je. Dia da macam abang saya pun. Baby berdua jangan risau ye.”
“what?! Baby? Oi. Kau da buang tebiat ke? Kau kan tak main cintan cintun ni. Lagipun kaukan tak suka panggilan baby, sayang semua tu. Kau cakap kau gelilah. Tapi sekarang.. Macam mana kau.. Kau couple serentak ke? Sejak bila kau… kau demam ke?”
“tak aku sihat je. Yang kau gelabah ni pehal? Nah Cadbury. Tak nak? Tak nak sudah.”
Aku menahan ketawa melihat Syahril yang kegelisahan. Aku tersenyum pada mereka berdua.
“err.. baby, baby tahu tak papa da sediakan rumah untuk kita tinggal disana. Orang gaji pun papa da sedia. Papa baikkan baby?”
“ye ke sayang?baik hati lah papa sayang tu.”
Eeii… geli aku siot. Aku terdengar Syahril berishgtifar. Kau memang kelakar ril. Aku memasang percakapan papa yang aku record di handphone ku. Aku tekapkan ke telinga Syahril. Dia seakan terkejut.
“itupun kalau kau sudi tinggal dengan aku?”
Syahril memandang Amran dan Safuan yang tersenyum ke arahnya.
“dengan mereka sekali?”
Aku mengangguk.
“baiklah. Aku setuju.”
“okay. Baby. Sayang nak pergi tandas ye?”
“nak saya temankan ke sayang?”
“tak payahlah. Korang sembang dulu ye.”
Sampai bila lakonan ini nak berterusan pun aku tak tahu. Aku terlanggar seseorang dalam perjalanan ke tandas. Itulah berangan lagi. Aku melihat sebentuk cincin bergolek di kaki ku. Aku melutut mengambilnya. Aneh! Cincin itu menyerupai bentuk di rantai ku.
“Ia bukan sekadar rantai. Pada abangmu pula dokumen itu berbentuk cincin yangberlambang sama seperti yang ada dirantai kamu.”
Aku masih ingat kata-kata papa. Aku masih tidak melihat siapa orang dihadapan ku.
“mana kau dapat cincin ni?”
“maaf.”
“ha?”
“aku cakap minta maaf sebab aku langgar kau.”
Aku memandang orang itu. Alangkah terkejutnya aku.
“tengku Haidar.”
“kenapa kau nak tahu sangat tentang cincin tu?”
“tak de ape.”
Aku memulangkan cincin dia dan aku berlalu pergi. Apa dia buat di sini. Betulkah dia abang aku? Aku keluar dari tandas. Aku melihat dia menunggu ku. Aku tersenyum padanya.
“aku bersalah pada kau tempoh hari. Aku nak ucapkan terima kasih dan mintak maaf atas kesombongan aku.”
“aku da lupakan pun. Anyway apa kau nak buat di London?”
“aku ingin kembali ke rumah pakcik ku di sana. Aku harus informasi tentang adikku yang hilang.”
“boleh aku tahu siapa nama adik kau?”
“Tengku Puteri Qistina. Cincin ni pun mama aku yang bagi. Entahlah pakcik kata adikku juga memakai rantai berbentuk sama seperti ini. Siapa nama kau? Kenapa kau tanya pasal cincin ni tadi?”
Aku di depan mu abang. Aku adikmu. Akulah Qistina yang abang cari.
“tak de apa-apa. Cantik ukirannya. Kau boleh panggil aku Qis.”
“by the way, this is my card. Maybe kita boleh bertemu lagi di London.”
“pasti boleh.”
Aku akan pastikan kita bertemu lagi abang. Kau da tunaikan janji. Kau bukan lagi Tengku Haidar yang sombong itu. Aku kembali ke tempat duduk ku.
“kenapa lama sangat sayang pergi toilet? Baby risau tau.”
Tak sudah-sudah Amran dan Safuan nak menyakat Syahril. Melarat la nampaknya lakonan ni.
“tandas q tadi. Sayang nak rehat kejap.”
Aku menarik baju sejuk ku hingga menutup muka. Syahril sudah tidak mengendahkan aku walaupun dia masih tak pejamkan mata.
13
“assalammualaikum papa. Papa sihat? Mama dan adik-adik macam mana?”
“kami di sini sihat Qis. Macam mana keadaan Qis di sana?”
“alhamdulillah papa. Qis sihat. Semua sihat. Papa, Qis ada benda nak beritahu papa. Mesti papa terkejut.”
“benda apa Qis? Kamu jangan buat papa takut. Budak berdua tak jaga Qis ke?”
“tak la papa. Diorang baik sangat dengan Qis. Diorang tak ganggu Qis pun. Qis yang selalu kacau diorang sejak Qis duduk di sini. Syahril pun Qis still buli lagi. hehe Papa sepanjang Qis dekat sini, Qis da jumpa abang Qis papa. Dia ada di sini. Cuma dia masih tak tahu yang Qis adik dia. Qis da tengok cincin tu dan abang cerita kehidupan dengan pakcik. Dia sedang cari saya papa. Mungkin dia masih tak nampak saya didepannya adalah Qistina yang dia cari. Apa pendapat papa?”
“kalau Qis sudah pasti dia abang kamu, eloklah kamu beritahu dia cepat. Papa turut gembira kalau kamu gembira Qis. Kirim salam pada semua ya nak. Jaga diri kamu elok-elok.”
“baik papa. Papa sampaikan salam sayang Qis pada mama dan adik-adik ya papa.”
Setelah beberapa kali aku bertemu dengan Haidar sekarang sudah tiba masanya untuk aku membongkar rahsia siapa diriku kepada Syahril dan juga Haidar. Maafkan aku Syahril setelah lama merahsiakannya.
Seperti biasa selepas makan malam aku duduk study bersama dengan Syahril termasuklah Amran dan Safuan. Kasihan mereka. Aku menutup buku. Sekaranglah masa paling sesuai untuk aku bercakap.
“bro! banyak g ke kerja kau.”
“jap. Da siap.:
” aku ada benda nak cakap dengan kau ni.”
“kami berdua ke depan dulu.”
“korang jangan buat pasal. Korang pun saudara aku gak. Meh duduk sini.”
“saudara? Bukan korang berdua…? Qis?”
“ape? Takkan dari dulu kau percaya aku couple ngan mereka berdua?”
“ye la.”
“bendul betul kau ni. Kitorang berlakon je la. Setahun beb kau kena dengan kitorang. Takkan kau tak sedar? Diorang ni sebenarnya pegawai polis yang dihantar untuk menjaga keselamatan aku kat sini. Kau jangan salah faham. Aku beritahu kau sekarang pun sebab aku fikir inilah masa yang sesuai. Aku bukan nak tipu atau nak selindung dari kau. Tapi aku dinasihatkan untuk berbuat begini.”
“aku tak faham. Kenapa kau perlukan pegawai keselamatan?”
“nama aku sebenarnya ialah Tengku Puteri Qistina. Kau masih ingatkan Tengku haidar yang sekarang menjadi kawan aku tu? Dia abang kandung ku bro. aku fikir, memandang esok aku dan kau tak de class bolehlah kita jumpa dia dan beritahu perkara sebenar.”
“aku masih lagi tak faham.”
“seperti yang kau tahu aku anak angkat kepada keluarga aku sekarang. Arwah papa dan mama ku meninggal dalam kemalangan yang dirancang bagi merampas tahkta. Malangnya selepas pembunuhan tu, mereka masih belum dapat menaiki takhta. Kau ingat tak perempuan yang selalu ekori aku tu?”
“dialah pembunuhnya. Hasil siasatan polis. Sebab itulah aku cakap aku terancam sekarang. Aku percayakan kau ril. Tolong jangan beritahu ini pada sesiapa pun”
“okay aku faham tapi yang aku hairan. Kalau kau kata kau terancam, kenapa dia tak bunuh je kau time kita match hari tu?”
Aku memberi peluang Amran dan safuan memperjelaskan keadaan yang sebenar.
“jadi rantai dan cincin tu adalah kuncinya?”
“aku masih tak tahu bro. aku kena jumpa abang aku terlebih dahulu dan esok ada lah harinya. And selepas tu bolehlah korang berdua balik ke Malaysia. Kasihan korang tinggalkan kerja di Malaysia.”
“kami lebih suka di sini Qis. Jaga kau bukannya susah pun. Kau keluar, kami makan angin. Kau nak balik, kamipergi ambil. Ronda-ronda lagi. Boleh cuci mata.”
“itu kerja korang selama ni ye. Hehe”
“So kau dan diorang tak couple?”
Aku memandang Syahril dengan muka yang marah. Orang da explain pun tanya lagi. Aku bedal juga budak ni karang.
“tak!”
“alhamdulillah.”
“hello Qistina depan kau ni tetap Qistina yang dulu tau?”
“korang nak tau tak Qis ni sebanarnya tak layan cintan cintun tapi bab novel jiwang dia layan. Lagi satu, nampak je ganas, tidur dengan teddy bear.”
Mereka ketawa terbahak-bahak.
“kau kutuk aku ye bro. kau nampak ni. Rasakan. Korang berdua pun kalau nak rasa cubalah.”
“tak. Cuma kami sedikit khuatirlah. Kenapa papa dan mama kau hantar kami ke sini sedangkan kauboleh lawan sendiri. Gila kau Qis. Kau tumbuk macam tu mahu lebam empat hari empat malam.”
“tak pe. Badan dia tak de effect da. Dia da biasa sangat.”
“ini kalau beruang kau tumbuk pun pengsan Qis.”
“apa kau cakap?”
Aku mengejar Safuan di seluruh ruang tamu. Kecoh rumah ni malam ni. Terima kasih Ya Allah. Kau kirimkan insan-insan baik ini kepada ku.
14
Kami berempat menunggu Haidar di sebuah restoran. Apalah tanggpan abang aku nanti. Bagaimanakah reaksi dia?
“assalammualaikum. Dah lama korang tunggu aku? Maaflah ada keja sikit tadi. Lamakan kita da tak berborak sama. Aku kat sini pun tinggal sorang-sorang. Tak de kawan pun. Koranglah kawan aku.”
“habis pakcik kau yang kau ceritakan dulu.”
Aku bertanya.
“dia da meninggal beberapa tahun yang lepas akibat serangan jantung.”
Inilah masanya Qistina. Inilah masanya untuk kau berterus terang. It show time.
“err.. kau da jumpa adik kau yang kau cari tu?”
“belum. Aku masih mencari dia. Susah nak pastikan sebab dia pakai rantai. Sukar untuk aku jejaki.”
“ini ke rantai yang kau cari selama ni?”
Aku menanggalkan rantai dileher.
“iye. Inilah rantai tu. Macam mana ia boleh ada dengan kau Qis?”
“sayangnya kau tak pernah tanya nama penuh aku abang. Aku Tengku Puteri Qistina Binti Tengku Sulaiman. Orang yang abang cari selama ini. Aku adik kandungmu abang. Jadi soalan abang terjawabkan, kenapa saya bertanya tentang cincin abang atas pesawat dulu. Maafkan saya kerana lambat bersuara. Qis kena pastikan dulu abanglah, abang Qis yang sebenar.”
“macam mana aku harus percayakan kau?”
Nampaknya abang masih ragu-ragu. Aku bingung. Air mataku mengalir perlahan. Sudah ku jangkakan dia tak percaya.
“kami buktinya. Kami yang menjaga rahsia Qistina daripada terbongkar dan kami jugalah yang memastikan kamu abang dia yang asli.”
“jadi kau dan Safuan…”
“kami pegawai polis yang menjaga Qistina. Beberapa bulan yang lalu dia terancam. Seorang suspek yang juga pembunuh kedua ibu bapa kamu mengekori dia ke mana sahaja. Jadi kami berdua di hantar untuk menjaga keselamatannya.”
“sudahlah kalau abang tak percaya. Bagi balik rantai tu. Inilah satu-satunya warisan mama pada aku. Pokoknya aku akan berdepan dengan pembunuh mama dan papa.”
“tapi bagaimana aku harus percaya.”
“kau tak harus percaya abang. Patutnya kau kenali siapa aku. Mungkin ada hikmahnya kita berpisah seperti ini. Lagipun rantai dan cincin itu yang menjadi sasarannya. Kalau kita tak bersama, ia sukar untuk di kesan kan? Terima kasih kerna sudi luangkan masa. Aku nak balik.”
Aku berjalan ke sebuah tasik. Ia begitu mendamaikan. Namun hatiku tak sedamai itu.
“Qis. Sudahlah tu jangan nangis. Mungkin dia terkejut. Dia tak menyangka akan bertemu dengan adiknya.”
“tapi dia tak percayakan aku, Ril. Macam mana aku harus kuat melakukan semua yang akan datang tanpa abang ku?”
“kau kan masih ada kami. Ye lah. Sekurang-kurang kami ada untuk dibuli.”
Aku terdengar suara Safuan. Aku memeluk bahu mereka. Kami ketawa riang. Aku mengesat air mataku.
Malam tu, selepas kami pulang dari tasik. Kami duduk di ruang tamu. Papa menelefon ku.
“macam mana Qistina?”
Sekali lagi air mata ku gugur apabila aku menceritakan semuanya pada papa. Hilang malu ku pada mereka bertiga. Biarlah mereka tahu betapa aku sedang bersedih.
“bagaimana lagi harus Qis buat pa? Qis da tak de semangat. Papa biarlah Amran dan Safuan balik ke Malaysia papa. Qis di sini baik saja. Boleh papa?”
Belum sempat papa menjawab. Safuan dulu mencelah.
“kami takkan balik Qistina. Walaupun kau cakap kau tak perlukan kami, kami tetap akan ada di sini. Kita saudara kan?”
“papa please…?”
“kamu buat loud speaker. Papa nak cakap dengan mereka.”
Aku menekan butang loud speaker.
“Amran, Safuan, Qistina sedang sedih. Kamu jagalah dia baik-baik. Termasuk kamu Syahril. Selepas dia pulih kamu berdua baliklah Malaysia. Uncle fikir Qistina akan selamat di sana.”
“tapi uncle kami berdua tak mahu Qistina dalam kesusahan. Hampir dua tahun kami menjaganya. Bergelak, bergaduh sama-sama, kami tak sanggup tinggalkan dia dalam keadaan macam ni. Dia perlukan kami.”
“suka hati kamu berdualah. Pesan uncle. Tolong tengokkan dia. Uncle minta maaf kalau uncle menyusahkan kamu berdua.”
“terima kasih uncle.”
“Qistina papa mahu kamu tumpukan perhatian pada pelajaran kamu ye nak. Jangan di fikirkan sangat. Berehatlah. Assalammualaikum.”
Syahril meletak gagang telefon.
“aku tak pernah lihat kau menangis seteruk ni. Kau harus kuat. Aku tahu kau boleh buat. Aku percayakan kau.”
“macam mana aku nak kuat kalau darah daging aku sendiri tak mengaku aku adik!!! Bertahun Ril, bertahun kami terpisah dan sekarang bila kami ditemukan, ditakdirkan untuk bersama, kenapa dia tak percayakan aku?!!!! Sedangkan rantai ini buktinya!!! Aku rindukan abang aku Ril!!! Aku da hilang semua keluarga kandungku dan hanya dia yang tinggal, itupun dia tak terima aku…”
Setelah puas menangis. Aku tertidur di riba Syahril. Hari yang sungguh drastik.
“Qis.. Qis bangun kejap. Ada orang nak jumpa kau.”
“siapa? Aku taknak jumpa sesiapa.”
“abang yang nak jumpa kamu dik.”
“kau siapa?”
Aku masih belum membuka mataku. Aku bercakap dengan mata yang terpejam.
“err kejap ye. Kami ada cara sendiri nak kejutkan dia.”
Itu suara Amran. Pang!!
“oi. Siapa tampar aku ha. Aku tempeleng kang. Baik kau cakap Safuan, kau ke tampar aku?”
“tak tak. Amran yang cari pasal dengan kau. Aku tak berani.”
“Amran!”
“ampun. Ampun. Oi. Tolong la aku.”
“siapa suruh kau cari pasal dengan dia.”
“sebelum aku tumbuk kau, baik kau cakap, kenapa kau tampar aku.”
“Syahril kejutkan kau tapi kau tak bangun aku tampar kau pun sebab haidar nak jumpa kau.”
“kau jangan memain. Tak pepasal kena double.”
“tengoklah. mana aku main-main”
“sebelum tu. Nah ambik kau. Len kali kejut aku elok-elok. Aku je boleh kejutkan kau macam tu.”
Aku menoleh. Iyelah. Aku ingat mangkuk ni memain tadi.
“kau nangis ke Qis?”
Haidar bertanya. Aku mengangguk.
“maafkan abang dik. Abang keliru. Maafkan abang ye dik?”
“mengaku Qis adik abang?”
“ye dik. Marilah. Da lama kita berpisah dan sekarang kita bersatu.”
Aku memeluk abang ku erat. Inilah pelukan saudara kandung ku sendiri. Kekuatan ku kembali terbina.
“jom kita g makan Qis laparlah. Dari tadi tak makan. Dan disebabkan kau tampar aku tadi Amran. Kau belanja kitorang malam ni dan kau tak boleh makan. Kau tengok je.”
“ala bukan kau sorang tak makan. Kami pun tak makan juga tau. tunggu kau menangis sampai sepet macam ni. Haha”
“apa kau cakap Safuan. Kau pun tak boleh makan.”
“inilah adik kau bro. pemarah, suka buli orang. Suka pukul orang.”
“ape kau cakap pasal aku bro. kurang dengar lah.”
“alamak.”
“kau pun sama tak boleh makan. Aku denda korang semua hari ni. Abang pun sama. Abang buat Qis nangis tadi.”
“habis Qis makan sorang la.”
“tak. Qis makan dengan keluarga Qis. Hehe. Aku melawak je la Amran. Tak payah kau buat muka seposen camtu. Haha.”
“nasib baik aku tak nangis sampai sepet tadi.”
“abang. Dia cakap kat Qis.”
“padan muka Qis. Haha.”
Ya Tuhan. Aku berterima kasih padaMu. Alhamdulillah.
15
“papa, abang ada dengan Qis. Abang cakap, abang nak bawak Qis tinggal dengan dia papa.”
“habis budak bertiga tu macam mana?”
“abang cakap abang nak bawak sekali. Lagipun rumah abang dekat dengan university Qis papa. Papa, Qis tak sabar nak balik. Macam mana dengan persiapan SPM adik-adik?”
“mereka berdua begitu semangat Qis. Katanya nak ikut jejak Qis ke sana.”
“baguslah papa. Mereka ada azam.”
“owh ya. Lupa papa nak beritahu kamu. Diorang juara peringkat kebangsaan dalam golf.”
“tahniah untuk diorang papa. Kirim salam Qis pada semua ya papa.”
“papa pun sama Qis.”
Enam bulan je lagi aku akan balik Malaysia. Tak sabarnya nak balik ke tanah bumi tercinta.
“oit. Malam nanti aku nak keluar dengan Fara. Kau nak ikut?”
“first date ke bro? tak nak la. Aku nak duduk rumah je cuti minggu ni. Aku nak belasah mamat tiga orang tu cukup-cukup.”
“maksud kau abang kau sekali.”
“iyelah. Dia takkan terkecuali dari tersenarai dalam mangsa kena buli. Hehe. Aku ingat, aku nak berubah la bro, yela aku makin hari makin tua. Sampai bila aku nak bawak imej macam ni? 20 tahun da kita Ril.”
“silap-silap kau balik Malaysia nanti, auntie da tetapkan perkahwinan kau. Haha”
“dengan siapalah mama nak tetapkan, Ril. Aku tak mintak pun. Aku lebih suka hidup aku sekarang. Aku menyimpan niat Ril. Selagi aku tak berdepan dengan pembunuh mama dan papa aku takkan berkahwin. So, apa rancangan kau balik sana nanti. Kau nak jumpa mak ayah Fara ke beb?”
“Fara tu kawan je la. Tak de ape-ape pun. Cemburulah tu.”
“aku? Cemburukan kau. Please… tak kuasa aku. Jangan sampai kau je kata tak de ape-ape tapi dia ade. Parah kau nanti.”
“oi. Korang buat ape? Marilah masuk makan. Hari ni special sebab kitorang bertiga yang masak.”
“ye ke? Terharunya Qis.”
“itu aku masak Qis.”
“itu abang masak Qis.”
“dan yang itu Safuan yang masak.”
“eleh… kau tipu itu aku yang masak. Kau masuk dapur, kau sembang je lebih.”
“jangan gaduh depan rezeki. Siapa masak pun da tak penting. Yang penting Qis lapar sangat.”
“kau memang selalu lapar.”
Aku menjelir lidah pada Amran. Suka sangat menyakat aku.
“abang minggu depan Qis cuti seminggu. Abang ada plan tak?”
“tak de kenapa?”
“jom pergi tengok perlawanan bola bang. Man U game. Jom la.”
“Qis tengok ke bola?”
“tengoklah. napa tak tengok pulak?”
“inilah Qistina bro.”
“diamlah kau.”
“sebenarnya abang….”
“sebenarnya ape bang?”
“sebenarnya abang da beli tiket untuk kita semua.”
“yay sayang abang.”
“kita pun ikut gak. Terima kasih Haidar. Bestnya.”
“aku yang ajak, korang yang lebih pehal?”
“first time tengok bola live.”
“korang ni. Yang kecik-kecik dulu mak ayah korang belikan bola plastic tu ape yang korang buat. Live la tu. Real lagi.”
Padan muka korang. Kan da kena sekali dengan abang Haidar.
“sesiapa pun yang masak makanan ni, Qis ada pengakuan, makanan ni sedap sangat. Esok korang masak lagi ye. Biar minggu ni Qis rehat pula dari memasak. Hehe”
“ewah ewah tuan puteri ni. Habis Qis nak buat apa?”
“tunggu abang suap dalam mulut Qis je. Hehe.”
“itu bukan mengada-ngada, itu pemalas namanya.”
“eleh kau jeles tak de orang suapkan kau Amran.”
Kami tertawa riang.
16
Selepas pulang dari perlawanan bola minggu lepas. Aku kembali ke university untuk menghabiskan tahun terakhir di sini. Aku agak terkejut apabila Fara datang ke arah ku.
“hye Fara. Ade ape kau datang jumpa aku ni?”
“kau dengan Syahril ade ape-ape ke?”
“kau ni ape kes Fara? Kau demam ek?”
“jawab pertanyaan aku Qis. Aku tak melawak dengan kau.”
“terus terang aku cakap dengan kau, Syahril adalah kawan baik aku di masa susah dan senang aku. Dia sentiasa ada dalam pelbagai keadaan aku. Puas dengan jawapan aku, Cik Fara atau kau nak aku perjelaskan lagi situasi kami?”
“I want you know something, Qistina. I love him.”
“Fara, Fara. Aku da agak da. Sebab ini kau datang jumpa aku. Kau ni kelakar la. Kalau aku jadi kau, aku tak risau tau Syahril rapat dengan orang macam aku. Cuba kau pandang betul-betul aku dengan kau. Ade ke kat aku ni ciri-ciri idaman dia? Kalau kau betul-betul kenal siapa mangkuk tu kau tak datang jumpa aku sebab aku bukan taste dia lagipun Fara, dia da macam abang aku pun. Dari kecik kitaorang kenal. Apelah kau ni? Yang penting ni, hati kau mesti ikhlas dan jangan terlalu cemburu. Dia tak suka.”
Fara memandang wajahku tepat. Biarpun ucapan aku ada yang menghiris hati aku sendiri tapi aku fikir biarlah kalau itu yang membuatkan dua insan ini bahagia.
“kau nak Cadbury.”
Fara berlalu dengan wajah yang masam. Mana pula mamat dua ekor ni. Lambatnya.
Pin pin
“apesal korang lambat ar? Kalau setengah jam tak pe la juga. Ini satu setengah jam korang suruh aku tunggu. Da nak terpanggang aku duduk kat situ. Da tau lewat cubalah telefon.”
“bingitnya telinga aku dengar kau berleter. Dalam dua tahun setengah ni, ini first time tau kitorang ambil kau lambat.”
“rileks ar bro nak Cadbury.”
“tak nak”
“kau Safuan nak Cadbury?”
“tak nak thank.”
“ape la korang ni. Makan Cadbury bukannya gemuk pun.”
“kitorang bukan takut gemuk, kitorang merajuk dengan kau.”
“pehal plak? Pasal aku berleter kat korang tadi? Okay aku minta maaf.”
“bukanlah. Argh.. sudahlah berhenti sini Safuan. Aku nak pergi beli air kejap.”
“kau tak payah ambil hati Qis dengan dia. Dia saja tu nak kenakan kau.”
“betul ke kau pun merajuk dengan aku?”
“sikit le tak banyak. Hehe.”
“aku da cakap dulu. Balik je Malaysia korang tak nak. Nak juga tinggal dengan aku sedangkan korang sedar siapa Qistina. Aku dah minta maaf pun korang berdua still sakit hati dengan aku ape ni?”
Amran kembali ke dalam kereta. Aku mengambil keputusan untuk berdiam diri. Lantak korang la. Kalau aku ada buat salah pun tegur je lar. Jangan la merajuk sampai macam ni. Aku seorang yang terbuka untuk menerima teguran.
“Qistina, jom makan. Abang da lapar la.”
“Qis tak lapar bang. Qis nak tidur. Good night.”
“Qis, abang nak cakap sikit dengan Qis. Dalam kehidupan kita adakalanya kita harus memilih sesuatu yang sukar untuk kita terima tapi kita terpaksa buat jugak. Abang harap Qis faham apa yang abang cakap ni. Good night.”
Apehal plak abang aku ni? Pagi tadi minah tu, tengah hari tadi Amran dan Safuan buat hal. Sekarang, abang plak. Mungkin ada sesuatu yang aku tak tahu bermain di belakang ku. Aku harus minta penjelasan semua ni. Aku keluar dari bilik. Mula-mula aku harus minta penjelasan Amran dan Safuan.
Aku terlihat abang bersama Safuan di beranda rumah. Belum sempat aku menegur, aku terdengar perbualan abang dan Safuan. Ia sungguh mengejutkan ku.
“aku tak mahu Qistina terluka macam mana aku da rasa Wan. Kalau betul kau sayang Qistina baguslah. Aku tak halang niat kau tu, teruskanlah. Tolonglah jangan sakiti dia. Kau sendirri tahukan persis adik aku tu macam mana. Walau sekasar mana dia dengan kau, aku percaya adik aku tu baik.”
“baik Haidar. Aku janji aku akan jaga adik kau baik-baik.”
Ape semua ni?! Aku mencari Syahril untuk bercakap. Aku tak tenang sekarang sungguh. Masakan Safuan punyai perasaaan terhadap ku?
“Fara, berapa kali saya cakap dengan awak. Awak tak faham ke? Kita cuma kawan rapat. Awak da salah faham dengan saya. Awak bukanlah orangnya Fara. Qistina lah orang yang saya sayang. Tak lama lagi kami akan balik Malaysia. Waktu inilah yang paling sesuai untuk saya bercakap dengan dia tentang hati dan perasaan saya harap awak faham.”
Syahril meletakkan handphone. Gila ke semua orang hari ni. Atau hari ni april fool. Aku mencapai Cadbury dan keluar dari rumah.
“abang, Qis nak keluar kejap.”
“abang temankan ye?”
“tak payah la bang. Abang betul. Adakalanya kita harus memilih walaupun ia sukar untuk kita kan.”
Ternyata abang tergamam. Aku keluar mencari ketenangan. Aku berjalan ke sebuah tasik berdekatan. Aku memandang tasik tu. Mendamaikan sekali. Tambahan pula malam ni bulan terang. Aku terpukau dengan keindahannya. Tapi keindahannya tak lama. aku nampak bayang-bayang orang berdiri di belakangku. Tanpa menoleh aku berbicara.
“ape kau buat di sini Fara? Sampai ke sini pun kau cari aku? Sudahlah. Baliklah Fara aku tak de mood nak cakap dengan orang. Aku minta maaf ye. Esok je la kita cakap di class. Aku nak balik.”
Alangkah terkejutnya aku. Di belakang ku bukanlah Fara seperti yang ku jangkakan.
“baru sekarang kau munculkan diri? Siapa kau sebenarnya? Ape kau nak dari aku? Macam mana kau tahu aku di London?”
“Kurangkan bercakap banyakkan tindakan. Serahkan rantai kau atau nyawa kau melayang. Pilihlah dengan betul. Jawapan kau akan menentukan sama ada kau akan terus berada di dunia ni atau kau juga bakal aku hantar ke atas seperti aku hantar papa dan mama kau dulu.”
Perasaan takut mula hilang dalam diri ku. Berani dia menyebut tentang papa dan mama ku. Aku memegang rantai tersebut.
“tidak sesekali aku serahkan warisan ini.”
Perempuan itu menghunus pisau ke arahku. Aku beruntung kerna dulu papa menghantar aku utuk mempelajari ilmu seni mempertahankan diri. Nampaknya papa da duga kejadian seperti ini akan berlaku.
Aku tahu perempuan ni terlalu sukar untuk di lawan. Aku mengelak seboleh yang mungkin. Aku tersilap langkah. Tangan kiri terkena pisau itu.
“bau darah dari Tengku Puteri Ariana. Kau sama macam mama kau. Lembap.”
“kau da memilih lawan yang salah sayang. Darah Tengku Ariana bukanlah selembap yang kau sangka. Marilah kalau kau benar nakkan rantai ini, cubalah ambil.”
Sekali lagi dia menghunus pisau itu. Aku melepaskan tumbukan sulung ke mukanya. Hidungnya berdarah. Baru kau sedar, darah Tengku Ariana bukanlah darah sembarangan.
Perempuan ini bukanlah perempuan yang cepat mengaku kalah. Dia terus menghunus pisau itu. Aku mendapat peluang. Aku menendang di bahagian dadanya. Muka aku ditumbuknya.

“aku bersumpah pada kau, sayang. Walaupun aku tak boleh hantar kau direct bertemu dengan arwah papa dan mama ku, aku akan pastikan kau akan ke tali gantung. Kau belum sedar keturunan Tengku Sulaiman adalah keturunan yang kuat dan tak mudah kalah.”
“Tengku Sulaiman? Papa kau yang turut aku bunuh tu. Hahaha. Dia juga bodoh. Sama macam mama kau. Sekarang kau pula warisi kebodohan tu.”
“jangan berani kau cakap papa macam tu.”
Marah ku mula meledak. Aku betul-betul berdepan dengan pembunuh arwah papa dan mama.
“semoga kita berjumpa lagi Qistina. Mungkin abang aku da dapat cincin tu dari abang kau dan aku akan kembali untuk mengambil rantai tu.”
“tak sangka. Kau juga bukanlah setangkas yang aku sangkakan, sayang. Malah kau lagi lembap. Sebelum kau pergi, terimalah ini dari ku.”
Aku melepaskan tumbukan di mukanya.
“Qistina!!!”
Perempuan tu bergegas pergi dari situ apabila abang dan yang lain-lain sampai.
“Qis, Qis tak apa-apa? Mari kita ke hospital.”
Aku mendapat rawatan di sebuah hospital berdekatan. Hirisan dari pisau tadi amat dalam sehingga aku menerima lima jahitan di tangan. Muka ku lebam ditumbuk. Aku juga percaya perempuan itu pasti lemah setelah pertarungan tadi.
Doktor memberikan cuti sakit kepada ku. Aku dapat melihat tadi Amran menelefon Datuk Bakar. Mungkin membuat laporan tentang serangan tadi. Amran menghampiri ku.
“Datuk suruh kita balik ke Malaysia secepat yang mungkin. Kau dan Haidar dalam keadaan bahaya. Kau terpaksa balik.”
Aku memandang abang.
“tapi penganjian aku. Lagi dua minggu je. Takkan tak boleh tunggu sampai Qis ambil paper terakhir. Abang please. Susah payah Qis belajar sampai ke peringkat ni. Papa dan mama nak tengok Qis berjaya. Qis tak nak hancurkan harapan mereka.”
“kau dalam bahaya Qis.”
Safuan cuba memberi nasihat.
“kalau aku di Malaysia belum tentu aku dalam keadaan selamat. Tolonglah bagi aku peluang buat semua ni. Sejauh mana kerisauan korang terhadap aku amat aku hargai. Aku juga sayang nyawa ku. Tapi takdir Tuhan menentukan semuanya. Kalau Dia nak aku mati di sini, Di sni jugalah aku akhirnya.”
Aku menangis semahunya.
“baiklah Qis. Kita tunggu sampai paper terakhir kamu selepas tu kita balik ke Malaysia. Kejar cita-cita mu dik. Buatlah papa dan mama bangga.”
“tapi Haidar, takkan kau sanggup bahayakan nyawa adik kau sendiri. Kenapa?”
“sebab keturunan Tengku Sulaiman bukan pengecut Ril. Aku pasti dia bukan lawan ku. Aku tak gentar dengan perempuan tu.”
“sampai berdarah macam tu pun kau kata dia bukan lawan kau? Gila kau ni.”
Aku tergelak dengan nada Amran.
“hello pisau lawan tangan kosong. Tapi aku agak kan mesti hidung minah tu patah aku tumbuk tadi.”
“mana kau belajar buat semua tu?”
“papa hantar aku ke kelas seni mempertahankan diri.silat taek kwan do,karate ha kung fu je aku tak de g. korang tak pe la empat lawan sorang. Confirm la mamat tu kalah. Cincin abang ade?”
“ade ni. Ye engkau. Kau tak tengok mamat tu. Badan berketul beb. Nak sepuluh orang belasah dia belum tentu dia rebah.”
“habis tu korang buat macam mana tadi?”
“dia lari bila Safuan dapat cari pistol dia balik.”
“abang. Qis pasti perempuan tu juga bukan calang-calang orang. Qis akui dia memang sukar untuk dikalahkan. Wait! Habis rumah bersepahlah?”
“tak. Sebab dia serang kitorang kat luar time kami berempat cari kau. Tu la merajuk lagi.”
“korang gak yang buat aku macam tu. Macam mana korang tahu aku ke tasik.”
“Syahril beritahu. Dia cakap kalau kau susah hati mesti kau ke sana.”
“inilah sahabat baik aku. Dia dengan aku sama dengan je kan? Hehe. Thank ril. Sayang kau.”
“dia je. Habis kitorang yang penat cari kau ni macam mana?”
“entah abang pun penat tau cari Qis tadi.”
“ye la yela. Sayang korang semua.”
Kami ketawa riang. Walaupun aku masih sakit, ia seakan tidak terasa dengan kegembiraan ni. Ya Allah aku bersyukur Kau menyelamatkan keluarga ku hari ni.
Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya dengan Engkau aku berlindung.

17
Aahh… Malaysia nantikanlah kepulangan ku. Betapa leganya aku. Abang benar-benar memahami ku. Sehari selepas paper terakhir aku ambil, esoknya kami akan bertolak ke Malaysia dan inilah hari yang ku nanti. Kami berlima tak sabar hendak menjejakkan kaki di bumi tercinta.
Selepas kejadian dua minggu lepas, perempuan yang ku beri gelaran ‘sayang’ kembali mencari ku. Tapi malang, dia masih tak dapat rantai mahupun cincin itu. Apa sebenarnya hubungan rantai, gelang dan cincin ini? Apa pula kaitannya dengan dokumen tu, dokuman yang aku sendiri tak tahu.
“abang, dua minggu lepas dalam kejadian tu, ‘sayang’ tak sebut pun pasal gelang yang diberikan kepada Qisdiana. Apa hairan tak? Abang rasa dia tahu tak tentang gelang tu.”
“abang tak tahu dik. Apa yang abang harap sekarang abang nak cari kembar kamu tu dan hidup dengan aman.”
“Qis harap dia masih hidup bang.”
“Kita doakan yang terbaik untuk dia, Qis. Kalau Qis nak tahu, dia adik dan Qis kakak, muka dia masa kecil sama macam Qis, sayangnya waktu Qis sakit, dia tinggal dengan bibik. Dan bibik tak sedar Qisdiana hilang.”
“dua puluh tahun bang, kami dipisahkan. Sedih Qis.”
Kami sampai ke tanah air pada waktu malam. Kami disambut dengan riang. Papa, mama, Nadzim, Kaisara, Uncle Bakar dan keluarga Syahril pun ada.
“selamat pulang sayang. Mama rindukan Tina.”
“Qis rindu sangat kat semua orang. Adik-adik kakak ni macam mana SPM?”
“alhamdulillah kak. Kami dapat anugerah pelajar cemerlang di sekolah.”
“diorang akan ke Oxford tahun depan. Diorang nak ikut kamu Qis”
“baguslah. Owh lupa pula. Papa, mama dan adik-adik ku sekalian, inilah abang Qis yang Qis dah jumpa Haidar.”
“apa khabar auntie uncle?”
“kami sihat nak. Err. Kalau kamu tak keberatan kamu tinggallah dengan kami.”
“tapi auntie, saya..”
“auntie tahu Haidar. Kamu ada rumah sendiri. Kami jugakan keluarga kamu. Kalau boleh tinggallah dengan kami.”
“memang saya nak minta izin tinggal dengan auntie sekeluarga. Tak sangka auntie cepat setapak.”
“ada syaratnya Haidar.”
“apedia uncle?”
“panggillah kami, papa dan mama macam mana Qistina panggil kami berdua ye?”
“baik papa. Terima kasih yang tak terhingga.”
“dan kami berdua adik abang.”
Nadzim dan Kaisara memeluk Haidar.
“habis Qis?”
“kakak Qis samalah.”
“apa rancangan korang lepas ni?”
“panjat bukit!”
“papa bagi ke?”
“papa izinkan kalau semua orang dekat sini nak ikut. Macam mana Rahman nak ikut ke tak?”
“aku set je”
“yay! Abang Syahril pun ikut.”
“korang da besarlah. Nak menjerit lagi.”
“dengan kakak, kami berdua tetap budak-budak. Haha”
Papa turut mengajak Uncle Bakar. Uncle bakar juga bersetuju mengikut kami bercuti. Mesti meriah.
“papa, tunggu. Papa lupa lagi dua orang.”
“siapa?”
“ni. Amran dan Safuan. Tak bawa mereka tak gamat pa, tak de siapa Qis nak buli. Kat sana pun diorang je selalu buli Qis. Ni termasuklah abang dengan Syahril.”
“Uncle, jangan percay uncle. Safuan bahkan Haidar dan syahril saksinya. Dia yang buli kami. Kami terlewat sejam setengah pun berleter sam[ai dia sendiri yang merajuk. Patutnya kami yang merajuk.”
“ooo… kau mengadu dekat papa ye Amran. Uncle Bakar, gari dia dalam penjara jangan bagi makan. hehe”
“sudahlah tu Tina. Kamu tak juga berubah. Kamu tak lapar ke?”
“lapar la mama. Jom balik. Mama dengan Sara masak apa untuk Qis?”
Gembiranya aku berada di samping keluarga tercinta. Bahagianya tak terkata.
18
Pagi ini indah sekali. Setelah seminggu kami sekeluarga pergi bercuti beramai-ramai, inilah pagi yang tenang buat aku. Aku lihat sebelah tempat tidur ku. Aku lihat Kaisara sudah tiada di tempatnya.
“morning mama. Mama, Kaisara pergi mana mama? Qis tak nampak dia pun.”
“dia da keluar Qis. Katanya ada hal dengan kawan.”
“owh. Abang dan Nadzim tidur lagi?”
“budak berdua tu awal-awal pagi lagi da pergi main golf.”
“ape? Sampai hati diorang tak ajak Qis sekali?”
“katanya kasihan tengok letih. Sebab diorang tak kejutkan Qis.”
“tak pe lah mama. Qis nak pergi join diorang main golf. Pergi dulu mama.”
Semasa aku memandu, aku berasa tidak sedap hati. Jantung ku berdegup kencang. Dada ku kian sesak. Ya Allah apakah yang bakal berlaku? Kuatkanlha semangat ku. Selamatkanlah ahli keluargaku.
“ooo… kat sini korang rupanya. Main berdua je. Napa tak ajak kak Qis sekali?”
“siapa suruh tidur kan bang? Kita awal-awal pagi lagi da bangun kan?”
“amboi-amboi. Peril ek? Tepi. Juara golf wanita ni nak buat pukulan hebat. Hehe”
Aku baru hendak menghayunkan kayu golf tetapi telefon bimbit ku berdering.
“ye mama. Ada ape mama?”
Aku mendengar suara mama yang cemas.
“balik sekarang Tina. Balik.”
Talian terputus. Kenapa dengan mama?
“abang. Nadzim jom balik. Mama telefon. Suara mama cemas. Qis tak tahu apa sebabnya. Yang penting kita kena balik sekarang.”
Sampai di rumah aku ternampak kereta papa, uncle Bakar dan beberapa kereta polis di halaman. Aku berlari masuk ke dalam rumah mencari mama.
“mama”
“tina. Kaisara, tina. Kaisara di culik.”
Mama menangis teresak-esak. Aku melihat cermin tingkap yang pecah.
“bagaimana tingkap ni boleh pecah?”
“ade nota diikat bersama batu ini Qis”
‘kalau kau nak adik kau selamat, pastikan kau sampai di alamat ini tepat pada masanya. Aku nak Cuma kau, abang kau, kawan kau dan polis dua orang tu je datang. Tiada sebarang senjata api. Dan sekiranya kau cuba untuk melanggar perintah aku. Kau hanya boleh lihat mayat Kaisara. Aku sediakan kereta di depan rumah kau. Kau akan terima arahan selanjutnya nanti.’
“dua polis? Maksudnya Amran dan Safuan. Tapi siapa kawan yang dia maksudkan?”
“maybe Syahril.”
Ujar uncle Bakar.
“ape yang dia nak dari Syahril?”
Giliran abang ku bertanya.
“kita da tak punya banyak masa bang. Qis kena selamatkan Kaisara walau apa jua caranya. Mari. Kita kena pergi sekarang.”
“tapi Syahril?”
“takkan abang sanggup tengok orang yang tiada kena mengena dengan masalah kita turut terbabit?”
“aku tetap akan pergi Qistina?”
“Syahril.”
“aku akan bantu kau.”
“terima kasih bro. marilah. Nadzim jaga mama ye sayang. Andai kata kakak tak balik. Nadzim kena ambil tanggungjawab kakak. Ingat.”
Nadzim memeluk ku erat.
Abang memandu kereta yang disediakan. Aku tak putus-putus berdoa agar Kaisara selamat. Tiba-tiba kedengaran buni yang begitu asing di dalam kereta. Bunyi tu dari bawah tempat aku duduk. Aku terlihat handphone dan segera mengangkatnya.
“kau patuh arahan ku?”
“iye.”
“bagus Qistina. Kau memang boleh diharap.”
“bagaimana dengan Kaisara?”
“owh dia baik saja. Dengar ni.”
aku menunggu dengan penuh debaran.
“kakak! Tolong Sara kakak!!”
“kau da dengarkan?”
“apa kau da buat dengan dia ha?!”
“hahaha bersabar dulu Qistina. Kalaukau ikut arahan ku dia selamat. Aku tak sangka kau ni emosi sama macam Ariana bodoh tu. Haha”
“engkau ni pembunuh zaman mana ha?! Nak bagi nota kau pecahkan tingkap rumah orang. Sekarang da zaman teknologi la bengap.”
“terserah kau nak kata apa pun Qistina. Cepat Qistina atau kau takkan jumpa adik kau lagi.”
Air mata kegeraman mengalir juga.
“sabar Qistina.”
“aku berjanji aku takkan lepaskan dia! Dia betul-betul buat aku marah!”
Terasa jauh benar tempat yang hendak kami tuju.
“Syahril, Amran, Safuan. Andai terjadi apa-apa pada aku, aku nak korang bawalah Sara pulang dengan selamat. Budi kalian bertiga tak dapat aku balas.”
“apa kau cakap ni. Kita akan balik sama-samalah. Datang sama-sama, balik pun sama-samalah. Cuma balik nanti kitorang naik teksilah. Kereta ni mana muat enam orang. Hehe”
Sempat lagi Safuan berseloroh. Mungkin dia juga nak mengurangkan ketakutan di hati aku. Perasaan takut sudah lama bertukar menjadi dendam pada perempuan itu.
19
Akhirnya kami sampai juga ke sebuah gudang lama yang jauh dari pandangan orang. Kami berlima melangkah masuk ke dalam gudang. Tiba-tiba lampu menyala dari semua arah. Aku dapat melihat wajah perempuan itu dan lelaki yang menyerang abang. Terdapat dua lagi berbadan tegap di sisi lelaki terbabit.
“akhirnya kau sampai juga Qistina. Lambatnya kau.”
“aku ada nasihat yang bernas untuk kau. Kalau nak cepat jangan buat perjanjian di tempat jauh-jauh. Menyusahkan kau balik kenatunggu aku.”
“penantian aku tak sia-siakan? Mana rantai dan cincin tu?”
“mana Sara?”
Sara diusung keluar bersama seorang lagi perempuan oleh dua orang lelaki tegap tadi.
“sara okay?”
“kakak”
Suara Sara lemah sekali.
“ape kau da buat pada dia ha perempuan?!”
“wooo… melenting nampak. Kau tak nak tanya ke siapa perempuan sebelah adik kau tu.”
Aku memandang wajah perempuan yang kehilangan tenaga itu. Wajahnya seakan mirip dengan ku. Ya tiada kurangnya dengan wajah ku. Aku melihat tangannya. Gelang tu!
“Qisdiana!!”
“kau cepat mengenali kembar kau kan? Dan kau juga Haidar. Korang memudahkan kerja aku. Aku tak perlu bersusah payah mencari Haidar memandangkan kau jumpa dia dulu.”
“kau yang lembap. Bertahun kau berusaha mendapatkan aku dan kau sedar tak kau tu bodoh.”
Aku dapat melihat ketiga-tiga lelaki tersebut bersedia untuk menyerang.
“hmm… pada pandangan aku, aku boleh bunuh adik kau kerna dia tak berguna sesen pun untuk aku tapi aku taknak kotorkan tangan aku dengan darah dia. Tak berbaloi.”
“kurangkan bercakap. Mari kita selesaikan semua ni. Lepaskan mereka berdua.”
“serahkan rantai dan cincin tu pada aku. Aku lepaskan mereka berdua.”
“kau ingat aku nak percayakan kau?”
“baiklah kita lakukannya serentak. Boy lepaskan mereka.”
Aku membuka rantai ku. Semoga rancangan ku berjaya.
“abang cincin.”
Aku meminta.
“Qis pasti?”
“kita da tak de jalan lain lagi abang.”
“sebelum tu Qistina, gelang ni juga aku ambil.”
Huh penjenayah jenis ape minah ni. Pakai minta-minta pulak. Dua orang lelaki berbadan tegap itu membawa Kaisara dan Qisdiana pada ku bersama perempuan itu yang turut berjalan seiring. Abang dan Syahril melangkah bersama ku membawa rantai dan juga cincin. Kami bertiga betul-betul dihadapan musuh sekarang. Jarak tidaklah sejauh mana. Aku dapat melihat kesan tamparan diwajah Kaisara dan lebam serta darah yang banyakdi badan Qisdiana. Dia da melampau!
Kaisara dan Qisdiana dilepaskan. Mereka berdua melepasi kami bertiga. cincin dan juga rantai diberikan pada dua lelaki tadi.
“ia asli Lydia.”
“terima kasih. Seronok berurusan dengan kau Qistina.”
Perempuan itu berdepan dengan ku. Begitu juga dengan lelaki tadi. Lydia menggenggam rantai dan cincin tu.
“err apa nama kau? Lydia? Hidung kau da okay ke Lydia?”
Tanpa sempat dia menjawab aku melepas tumbukan dimukanya. Aku menyepak genggamannya lantas rantai dan cincin itu berterbangan di udara. Abang dan Syahril berlawan dengan lelaki berbadan tegap itu. Manakala Safuan dan Amran membawa Kaisara dan Qisdiana keluar. Aku melihat lelaki seorang lagi turut membantu dua temannya. Sebentar kemudian aku mencapai rantai dan cincin itu. Alhamdulillah ia terjatuh berhampiran dengan ku. Aku sempat menyimpannya dikocek sebelum tendangan Lydia sampai ke dada ku. Darah keluar mengalir dari mulut ku.
“jangan sentuh kakak ku.”
Qisdiana. Kami berpadu tenaga melawan Lydia. Pertarungan ini aku rasakan sungguh sukar. Aku menarik balik kata-kata ku yang dulu. Amran dan Safuan juga turut membantu abang dan syahril berlawan. Aku melihat Lydia mengeluarkan pisaunya.
“dasar pengecut!!!”
Ujar aku padanya. Hunusan pertama Lydia dapat ku elak tetapi aku terdengar jeritan Qisdiana.
“arghh!!!!!”
Qisdiana sempat menendang Lydia hingga tersungkur. Aku melihat perutnya yang berdarah.
“terlalu senang aku tikam Qisdiana berbanding kau, Qistina.”
“kau bermain api Lydia. Kau silap menyentuh Kaisara dan Qisdiana.”
Aku melampiaskan dendamku dengan menendang dada Lydia. Tersembur darah keluar dari mulutnya. Aku terus membelasah Lydia.
“Qistina!!!! Belakang kakak!!!”
Aku menoleh. Malangnya aku tak sempat mengelak tumbukan lelaki itu. Darah terpacul keluar. Aku terus dilanyak oleh dia. Aku sungguh lemah dan disaat inilah pisau Lydia menembusi perut ku.
“dapat juga aku tikam kau Qistina. Elok juga kalau aku bunuh je kau sekarang.”
Ya Tuhan. Sudah sampaikah masanya aku pergi kepadaMu? Berilah aku peluang hidup tenteram bersama keluarga ku Ya Allah.
Lydia mengangkat pisau untuk membunuhku. Kau mesti kuat Qistina. Pisau hampir menusuk dada ku. Sepantas kilat aku mengelak. Walaubagaimanapun tangan kanan ku terkena pisau. Darah keluar memancut.
“bukan senang kau nak bunuh aku Lydia.”
Walaupun aku lemah. Aku harus menamatkan semua ini. Qisdiana bangun dan berdiri disisiku.
“kau bersedia dik?”
“sudah kak.”
Kami berlari dan menendang lelaki tadi. Ternyata dia jatuh juga akhirnya.
“pukul lehernya Qisdiana.”
Lydia datang membantu rakannya malangnya kaki ku sekali lagi sampai tepat ke dadanya. Aku bertarung sehabis-habisan dengan Lydia. Akhirnya dia pengsan disuatu sudut akibat terjatuh dari tangga yang dipijaknya waktu cuba melangkah ke atas. Aku menoleh ke arah Qisdiana. Lelaki itu mencekik Qisdiana.
“go to hell Diana.”
Aku menendang celah kelangkangnya dengan kuat yang turut menyebabkan dia pengsan.
Aku melihat Qisdiana yang pengsan. Tidak berapa lama kemudian aku turut pengsan kerana kehilangan banyak darah.

20
Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku nampak mama, papa dan juga Nadzim serta Kaisara. Mereka tersenyum pada ku.
“Qis nak air.”
Selesai meminum air. Aku meminta untuk bersandar.
“Qis tak boleh bersandar. Perut Qis masih sakit. Lagipun tangan Qis pun berbalut. Qis rehat jelah ye.”
“sekurang-kurangnya naikkanlah kepala tilam ni boleh kan?”
Papa menurut permintaan ku. Aku melihat sekeliling ruang bilik itu. Aku dapat melihat Qisdiana disebelah kanan ku terjaga meminta air. Dia juga dinaikkan sedikit kepada katil. Dikiri abang haidar tersenyum masih. Dan didepan ku terdapat katil Amran, Syahril dan Safuan. Semua ada di sini. Uncle bakar dan keluarga Syahril turut ada bersama.
“pihak hospital bersetuju kami menempah bilik ini untuk kamu berenam.”
“bagaimana dengan penjenayah tu Uncle?”
“mereka sudah ditangkap dan akan dibicarakan dalam masa terdekat. Mereka pasti ke tali gantung Qistina.”
“syukurlah Uncle. Kenalkan semua orang ini adik kembar Qis yang hilang tu. Tengku Puteri Qisdiana. Kemana Diana selama ni?”
“Diana tinggal dengan keluarga angkat kak. Pada mulanya Diana ingat diorang keluarga yang baik. Diana tak sangka rupanya keluarga dia bersekongkol dengan Lydia. Mulanya mereka tak mahu menyerahkan Diana pada Lydia kerna mereka mula sayang pada Diana. Akibatnya mereka dibunuh. Tiga bulan Diana dikurung Lydia. Diana cuba melawan tapi tak terdaya sampailah kakak dan yang lain-lain datang. Terima kasih semua menyelamatkan Diana. Diana terhutang budi dengan semua orang.”
“kitakan saudara. Kamu juga anak papa. Macam Qis dan Abang haidar”
“terima kasih papa.”
“ehem.. ermm.. attention please. Sebelum Qis mulakan cerita, mama ada bawak dompet Qis tak?”
“ade. Ini die.”
“kau ni kena operation pun kau masih nak berceloteh ek.”
“kau nak dengar ke tak bro?”
“okay2″
“padan muka kau.”
Ujar Abang, Amran, dan safuan kepada Syahril.
“Mula-mula sekali nah ambil balik cincin abang dan gelang Diana. Rantai ni Qis punya. Korang nak tahu tak cincin dan rantai yang aku bagi pada Lydia tu sebenarnya palsu?”
“apa?!”
“abang pun tak perasan?”
“tak.”
“itulah lain kali barang sendiri jaga elok-elok. Qis tukarkan rantai dan cincin ni kepada yang palsu. Ukiran je sama. Yang dia pun Qis tukar walaupun Qis tak pernah tengok gelang tu sebelum ni. Tapi jangan risau. Cincin dan gelang yang abang dan Diana pakai adalah yang asli. Nak tahu apa dokumen yang arwah papa dan mama simpan dalam ni?”
“apedia?”
Tanya semua orang
“ianya adalah wasiat. Qis da buka yang Qis punya.”
“macam mana Qis buka abang da cuba banyak kali pun tak boleh?”
“wait!maksud kau, kitorang fight hari tu selain dari untuk tangkap diorang dan bebaskan Diana dengan Kaisara, kitorang juga fight untuk rantai, cincin dan gelang palsu tu?”
Ketiga-tiga mereka bertanya bagaikan tak percaya.
“ye la.”
“aku rasa nak pengsan Syahril. Tolong panggil doctor.”
“aku pun rasa gak ni. Safuan kau je lah yang panggil Doktor.”
“aku pun nak pengsan gak.”
“siapa pengsan, tak dijemput ke majlis kesyukuran di rumah auntie”
Mama bersuara.
“majlis kesyukuran? Ade makan-makan tak?”
“ade Amran.”
“tak jadi la saya pengsan.”
“saya pun.”
“terasa sihat pula badan Syahril auntie.”
Semua orang ketawakan mereka bertiga. Memandang aku dan Diana mengalami kecederaan agak parah, kami tidak boleh terlalu banyak bergerak kerana setiap getaran membuatkan tempat pembedahan kami kembali sakit.
21
Tiga tahun berlalu. Semuanya sudah menguruskan diri sendiri. Alhamdullillah aku berpeluang merasai nikmat berada bersama saudara kandung.
“mama, ini Natasha. Teman baik. Nadzim”
Nadzim memperkenalkan seseorang pada mama.
“ini calon menantu mama ke?”
“lebih kurang la mama.”
Nadzim sendiri ku lihat tersipu malu. Tiba-tiba abang juga membawa balik seorang wanita.
“mama, saya kenalkan ini Nadirah.”
“ini pun calon menantu mama ke?”
“lebih kuranglah mama. Ooo kau potong jalan abang ye dik. Kau introduce pada mama dulu ek.”
“abang lambat. Siapa suruh. hehe”
Aku tergelak mendengar dua beradik ini berbisik. Mama sendiri tahu yang Diana sedang rapat dengan Safuan. Begitu juga dengan Kaisara yang rapat dengan Amran. Yang tinggal Cuma aku keseorangan.
Malam tu, papa menjemput pasangan masing-masing datag ke rumah. Dalam diam aku berdoa agar Syahril tak terkecuali. Aku mengenakan kebaya labuh. Tiga tahun membuatkan rambut tumbuh panjang. Inilah masanya aku berubah.
Papa ingin memulakan bicara apabila terdengar loceng dibunyikan.
“maaf saya lewat.”
“duduklah Syahril”
Dari dapur aku terdengar suara Syahril. Aku tersenyum sendiri. Natasha dan nadirah turut berada di dapur.
“kak ira, tasha sini kejap. Qis ada tips untuk korang berdua. Kalau rasa-rasa abang dan Nadzim nak buli kak ira dan tasha belasah je diorang. Kalau tak pandai Qis boleh ajarkan. Hehe”
“tina. Sopanlah sikit dengan kakak dan adik ipar kamu tu. Kata nak berubah?”
“berubahlah ni mama. Tengoklah Qis da tak pakai jean dengan tshirt da. Siapa sokong kak Qis jatuh tangan.”
“tengok mama Diana dan Sara pun sokong Qis.”
“tak pe la mama. Saya suka orang macam Qistina ni. Saya rasa kami boleh bergaul macam adik beradik sendiri.”
“saya pun mama. Saya senang dengan semua orang dalam rumah ni.”
“sukalah tu semua orang menangkan tina.”
“oh yeah. Hehe.”
“attention please. Sebelum kita makn papa ada pengumuman penting. Kamu sekalian akan di ijabkabulkan pada hari yang sama. Begitu juga dengan hari persangdingan kamu. Save budget. Haha. Seperkara lagi, kamu juga diberi pilihan, memilih satu tempat yang sama untuk berbulan madu. Kamu semua nak kemana?”
“kami nak panjat bukit”
Serentak sepuluh orang menjawab soalan papa. Tak ku sangka kak ira dan tasha punyai hobi yang sama macam kami adik beradik. Kami ketawa sesame sendiri. Sungguh. Ia tak dirancang untuk menyebutnya bersama.
“tak habis-habis dengan panjat bukit. Kalau macam tu biar papa je buat keputusan. Kamu papa hantar bulan madu ke Venice.”
Kami bersorak riang dan mengucapkan terima kasih pada papa dan mama. Baik sungguh hati papa dan mama. Kenapalah diorang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk kami?
TAMAT

0 comments: