Mamat Galah vs Minah Brutal

Oleh : fiti hanaa

Sudah hampir 15 minit dia berdiri disitu,tetapi dia masih lagi belum membuat keputusan.
“Woi Cik Arissa Balqis sayang oii,dari tadi yang duk terkebil-kebil tengok kek-kek tu apahal.Dah berjanggut aku tunggu kau tapi satu kek pun kau tak pilih lagi.”
“Ala…Icha,tunggulah kejap.”Balqis tayang gigi.
“Kak,saya nak kek yang tu.”
Aik,kenapa ada dua suara pulak ni.La…mamat ni pun nak kek ni juga ke.Alamak!Dahlah tinggal sepotong ja.Aku tak peduli,aku nak berebut juga dengan mamat ni.
“Awak,saya yang order kek ni dulu.”
“Halloooo….cik adik,saya yang sebut dulu,so kek ni saya lah yang punya.”
Iskh!Mamat ni,nak berebut dengan aku pula.Aku pijak mamat ni nanti,baru padan muka.Ada hati lak nak pijak orang aku ni,macamlah aku ni tinggi dari mamat ni.
“Maaf ye,kek tadi tu dah ada orang yang beli.”
“Hah!”
‘Ni semua mamat ni punya pasal.’
‘Kalau tak sebab aku berebut dengan minah ni,confirm aku dah dapat kek tu’.
Kedua-dua mereka saling merenung ibarat menyimpan dendam kesumat tujuh keturunan lamanya.
……………………………………………………………………………………………………….
Hari yang memenatkan.Hari ini adalah hari pendaftaran kemasukan mahasiswa baru bagi semua universiti awam di Malaysia.Alhamdulillah,akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke menara gading setelah lama berusaha dan menaruh harapan.Yang paling menggembirakan aku,Icha sahabat baikku kini telah menjadi teman sebilikku.Sekurang-kurangnya aku ada teman yang memahami aku di sini.
“Qis,letihnya hari ini.Dahlah orientasi ni ada lagi 5 hari.Alamatnya mati kering la aku macam ni.”ujar Icha yang sedang mengemas barang-barangnya.
“Aku nak tengok kau tu mati kering ke tak hujung minggu ni.”
“Qis,kau perasan tak tadi masa kita mendaftar,aku macam kenal ja seorang fasilitator kita tu.Macam pernah ku lihat rupanya tapi dimana ya.Emmmm…”Ujar Icha yang meniru gaya Yassin bekas kumpulan Senario.
“Fasilitator mana pula ni?Aku tak perasan pun.”Sempat lagi minah ni main jelling-jeling rupanya.Hebat!Dalam sibuk-sibuk mendaftar pun sempat lagi si Icha ni.
“Dahlah Qis,malaslah aku nak layan kau ni.Pergi mandi lagi bagus.”Icha mengambil bakul mandi dan terus ke bilik air.
Siapa yang Icha maksudkan tadi tu?Macam pernah jumpa?Siapa yang macam pernah jumpa?Ah!Banyaknya soalan,serabut kepala otak aku.Baik aku tidur,petang nanti kena berkumpul pula.
…………………………………………………………………………………………………….
BEDEBUKK!!!Aduh,sakit mak oii…!Siapa pula yang langgar aku ni??Mahu benjol dahi aku.
“Mata awak ni letak mana hah?!Letak dekat lutut ke letak dekat belakang kepala!”Aik!Minah ni rupanya.Emmm…maknanya dia ni junior aku lah.Siap kau!Program pembulian bermula.
….Eh!Mamat ni,macam kenal ja.Ha!!Mamat ni lah yang berebut kek dengan aku masa di Secret Recipe dulu.Alamak!!Amma..appa..ini orang sudah jadi gua punya senior.Habislah aku…
Menyedari bahawa kejadian itu bermula daripada aku,maka wajar bagi aku untuk meminta maaf walaupun hati aku memang tak menginginkan.”Saya minta maaf,saya tak sengaja.”
“Cik adik,lain kali kalau jalan tu,mata letak dekat kepala lutut lagi ye”Puas hati aku.Ini baru permulaan,akan ada banyak lagi sesi pembulian selepas ini.
“Woi!!Orang dah minta maaf pun dah kira bagus tahu!Kalau ikut hati saya,tak ingin saya nak minta maaf dengan orang macam awak ni.Apa??Awak ingat awak tu senior saya,saya nak respect awak ke??Bro,kirim salam maut jelah.Mimpi sajalah lu!”Terus aku berambus dari kawasan panas itu.
Hehehehe…Berjaya juga aku berlagak depan dia.Padan muka.Ingat senang nak buli aku.Ini Arissa Balqis lah.Juara samseng masa sekolah dulu,otai gangster masa di matrikulasi.Tunggulah kau mamat galah,masa pembalasan kau akan tiba.
‘Kenapa muka Qis ada bakat-bakat macam nak baham orang ja?Sah!Ini mesti ada hal yang buat dia bengang punya ni.Si Qis ni kalau orang tak buat dia bengang,muka dia comel tapi kalau dah marah,hantu pun rasa tercabar sebab muka dia mengalahkan hantu.’Icha berlari mendapatkan Balqis.
“Babe!Apahal ni?Muka sempoi semacam ja ni.Nak story tak?”Sambil memaut bahu Balqis,mereka seiringan duduk di kerusi di bawah khemah.
“Icha,aku dah tahu siapa yang kau cakap macam pernah nampak tu.Aku rasa kau maksudkan mamat galah yang berebut kek dekat secret recipe hari tu kan?”Geramnya bila cakap pasal mamat ni,mahu aku penyek muka dia biar hancur macam sambal belacan.
“Ha!!Dia tulah yang aku nak beritahu kau hari tu.Tapi time tu pula aku hilang ingatan sekejap sebab letih sangat kot”Iskh!Qis ni macam dah bengang habis dengan mamat tu.Aku tak tahu lah apa yang jadi selepas ini.”
“Kau tengoklah Icha,apa yang aku akan buat dekat mamat tu.”Balqis senyum sumbing.Seribu satu helah tiba-tiba muncul dalam otak dia.
“Qis,yang kau ni macam berdendam sangat dengan mamat tu apasal?”
“Dia buat aku marah.”
Aku dah faham sangat dengan perangai Qis ini.Kalau orang tak kacau dia,dia takkan bengang punya.Apa lah yang mamat tu dah buat agaknya?
“Apa yang dia buat dekat kau?”
“Aku bengang gila!!Nasib baik aku tak belasah mamat galah tu tadi.Kalau tak,alamatnya gantung kaki dekat hospital jawabnya.Kurang ajar betul mamat tu.Kau tahu Icha,aku terlanggar dia tadi so aku pun minta maaflah sebab aku tahu salah aku.Kau tahu dia cakap apa dekat aku?Kau tahu tak Icha?”
“Aku tak tahulah Qis sebab kau tak beritahu aku.”Minah ni.Takkanlah bengang sampai jadi bengong kot.
“Dia sindir aku,dia cakap cik adik,lain kali mata letak dekat belakang kepala ye.Mahu tak bengang aku,orang dah minta maaf boleh pula dia sindir aku.Ikut hati aku,rasa macam nak pijak ja kepala dia tu”Balqis mengepal penumbuk.
“Sabarlah Qis,kau jangan layan sangat mamat sewel tu.”Icha mengurut-urut belakang Balqis,berharap kemarahan sahabatnya itu berkurang.
………………………………………………………………………………………………………
Setelah seminggu menjalani minggu orientasi,hari ini kelas telah bermula seperti biasa.Kelas Icha bermula pukul 8.00 pagi.Balqis pula masih lagi berbungkus selimut walaupun jarum jam sudah menunjukkan pukul 10.00 tetapi anak gadis ini masih lagi tidak mahu membuka mata untuk melihat dunia sekeliling.Maklumlah,kelasnya bermula pukul 12.00 hari ini.Niatnya untuk menggantikan semula waktu tidur yang tidak dapat dipenuhi sepanjang minggu orientasi termakbul.
“Aduh…malasnya nak buka mata.Malasnya nak pergi kelas.Malasnya nak jalan kaki ke kelas.Semua pun malas aku ni,apalah yang aku rajin agaknya?Ha!!Aku rajin..rajin makan.”Balqis mengomel sendiriran sambil tersenyum-senyum.
Lagu Love Ya nyanyian SS501 berkumandang.Lagu kegemaran Balqis menjadi pilihannya untuk nada dering Nokia Xpress music 5130 kesayangannya itu.Oh,Ija rupanya.
“Hallloooo….ada apa yang boleh saya bantu Cik Nur Fariza?”
“Woi Qis!!Kau tak nak datang kelas ke?Dah pukul 11.30,kau tak bangun lagi ke?”Balqis menjauhkan telefon bimbit dari telinganya.Kot ye pun nak marah mak cik ni,tak payahla nak jerit-jerit.Aku punya sound ni elok lagi.
“Ija.Rileks la…baru pukul 11.30,aku nak pergi mandilah ni.Elok ja aku nak bangun pergi toilet,kau call.Dahlah,aku nak mandi.Nanti jumpa kau dekat bawah blok aku okey.Daaaaa….”Balqis menekan punat merah.Mandi..mandi..pergi kelas….
………………………………………………………………………………………………………
Alamak!!!Mak!!!Mati aku!Apa kes malanglah hari ini?Boleh pula terserempak dengan mamat galah tu.Cover..cover..control..control…buat macam biasa.Cool…cool…
Aik??Minah brutal ni.Nak mampos ke apa dia ni.Berani pula tunjuk muka depan aku.Nahaslah kau minah brutal,akan ku balas dendam ini suatu masa nanti.
“Arip,apasal yang kau ushar awek tadi macam nak telan dia ja?Kot ye pun nak mengurat,janganlah ushar macam tu,aku sure dia takkan terpikat punya.”Izzat menepuk bahu Ariff.Hilang semua angan-anganya untuk membalas dendam.
“Kau ni apahal pula Jat.Apa??Kau ingat aku ushar dia aku nak mengurat dia la.Kepala otak kau.Aku ada plan baru ni.”
Sah!Mesti si Ariff ni nak kenakan minah sweet tu.Ariff..Ariff..pantang ego tercabar.
“Kau nak buat apa pula Arip?Sudah-sudahlah.Jangan layan sangat perasaan tak puas hati kau tu.”Izzat memberi nasihat walaupun dia tahu Ariff tidak akan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.Kalau setakat membuli tu,dia tidak kisah.Cuma dia kasihan terhadap mangsa-mangsa pembulian Ariff.
“Izzat,aku akan balas apa yang minah tu dah buat dekat aku dulu.”
“Wait,wait Arip.I don’t get it.Apa yang minah tu dah buat dekat kau?”Soal Izzat beria-ria ingin tahu.
“Kau akan tahu nanti Izzat.Wait and see.”Ariff senyum sumbing.
Sementara itu di dewan kuliah.Balqis kelihatan bengang sekali sehinggakan berselisihan dengan Icha pun dia tidak perasan.Ija pula hanya diam seribu bahasa.Dia sendiri tidak tahu apa yang telah membuatkan mood rakannya berubah sebegitu drastik.
Apasal kau ushar aku macam tak puas hati ja mamat galah?Aku tahu kau rasa tercabar sebab aku sebagai junior kau,aku berani tengking kau.Kalau kau berani cari pasal dengan aku,kau tunggulah.Aku,Arissa Balqis binti Ahmad Hakimi takkan sesekali tunduk dengan lelaki ego macam kau.
“Ija,apa kena dengan Qis tu?Muka macam nak telan orang ja.Nak tegur pun takut aku ni.”Ara mengorek rahsia daripada Ija.
“Entahlah Ara.Aku pun tak tahu.Tetiba ja dia moody macam tu.Alah…biarlah dia tenang dulu.”Ija berpendapat,biarlah rakannya itu tenang dahulu.
Setelah habis kelas Kimia Fizik tadi,Balqis,Ija,Ara dan Sheila menuju ke kafe fakulti kerana masing-masing sudah lapar.Perut yang berkeroncong sejak pagi tadi telah meminta untuk diisi.
………………………………………………………………………………………………………
Icha hanya diam membisu melihat Balqis termenung.Dia sendiri pun hairan apa yang sebenarnya menganggu fikiran sahabatnya itu.Sejak pulang dari kelas petang tadi,Balqis hanya diam.Ditanya sepatah,dijawab sepatah.Qis,kau kenapa?Kenapa sahabatku yang kecoh ni berubah jadi macam ni sekelip mata?.Ceritalah Qis,telinga aku ni khas untuk kau.
Menyedarkan raut wajah Icha yang penuh tanda tanya dan perasaan ingin tahu,Balqis mula bersuara.”Kenapa kau tengok aku macam tu Icha?Aku tahu mesti kepala otak kau penuh dengan questionare kan?Okay..okay..aku story dengan kau.”
Icha duduk di sebelah Balqis sambil memeluk teddy bear kesayangannya.Maklumlah,pemberian yang tersayang.Pantang orang sentuh ja,mahu kena marah.Icha..Icha…
“Cepatlah story Qis,aku dah tak sabar ni.”
Peristiwa petang tadi di ulang tayang di fikiran Balqis.
Petang tadi merupakan petang yang bersejarah dalam hidupnya.Kurang ajar punya lelaki.Akan aku balas segala perbuatan dia suatu hari nanti.
Dulang makanan yang dipegangnya terhempas dan dia jatuh tersungkur.Seluruh mata yang memandang terkejut.Ada yang ketawa,ada yang kasihan dan ada yang hanya memandang kosong.Habis bajunya kotor dek makanan yang berterabur di lantai.Percuma saja aku cium lantai hari ini.Ija,Sheila dan Ara membantuku.Setelah itu,baru aku tahu angkara siapa semua ini.Aku merenung tajam ke arah lelaki yang sedang ketawa.Dengan muka yang merah menahan marah,aku mengambil air teh ais dihadapannya lalu aku menyiram kepala lelaki itu.Semua mata di situ tergamam dengan tindakan beraninya membuat serangan balas kepada lelaki itu.
Ariff dengan rasa bengang dan tercabar bangun.”Hoi perempuan!Berani kau tuang teh ais atas kepala aku?”
“Woi lelaki ego,kalau kau berani sekat kaki aku takkan aku tak berani siram kepala otak kau yang gila ni.”Balqis menengking lelaki di hadapannya itu.
“Kau tengoklah nanti,ini baru permulaan.Lepas ini,lagi teruk kau akan kena.”
“Wei mamat galah,kau jangan ingat aku takut dengan ugutan kau.Mimpi jelah.Aku takkan sesekali menyerah kalah dengan kau.”Balqis dan sahabat-sahabatnya terus berlalu dari situ.
Cis!!Perempuan ni memang tak serik-serik.Dah kena malu macam tu pun masih berani nak melawan aku.Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lawan aku.
………………………………………………………………………………………………………
Hujung minggu yang di tunggu-tunggu telah tiba.Mereka berenam telah berpakat untuk keluar bersiar-siar di Mid Valley.Macam-macam aktiviti yang telah mereka rancang pada hari itu.Menonton wayang,bermain boling,bermain game dan tidak lupa juga membeli-belah.Apa yang si gadis ini tahu,hari itu adalah hari mereka bergembira sepenuhnya.
Balqis dan Icha menuju ke MPH manakalaIja dan Sheila awal-awal lagi sudah menyerbu Secret Recipe dek keinginan memakan kek yang menggila.
“Qis,aku nak pergi tengok bahagian novel jap eh.”Balqis hanya mengangguk sambil matanya melilau mencari sesuatu.Haa!!Itupun dia.KOMIK!!Banyaknya komik.Bagaikan melihat benda ajaib pula lagaknya si Balqis.
Komik baru karya Obata Yuuki.Mesti beli ni.Dengan pantas Balqis berjalan ke rak itu,tiba-tiba…
“Awak lagi??!”Suara mereka bersatu.
Apalah malang nasib aku hari ini.Asal aku jumpa mamat galah ni aje,ibarat nasib malang menghampiriku.Hari itu,berebut kek dengan aku.takkan hari ini nak berebut lagi dengan aku pula kot.Tak penat ke dia ni asyik berebut dengan aku ja?.
“Apa masalah awak ni ha??!”
Aiikkk??Minah ni tanya aku ‘apa masalah aku?’.Aku rasa dia yang bermasalah sebenarnya.Pantang Nampak muka aku,mesti nak berebut benda dengan aku.So,sekarang dia atau aku yang bermasalah?
“Awak tu yang bermasalah sebenarnya.Boleh tak kalau awak tak berebut dengan saya wahai cik adik comel?”
“Halloooo cik abang,saya yang nampak komik ini dulu okay.Jangan pandai-pandai nak buat dakwaan yang awak nampak dulu komik ni.”Amboi!Sesedap hati secukup rasa menuduh aku nampaknya.
“Apa bukti awak yang mengatakan bahawa awak nampak dulu komik ni?”Alamak!Dah macam peguam pula gaya aku bercakap.Ah!Lantaklah gaya apapun,yang penting aku puas hati.
Ewah-ewah…nak bukti pula.Ni memang dah masuk kes cari pasal dah ni.Dia ni nak kena hentam dengan aku ke apa.
“Dan…apa pula bukti yang menyatakan awak nampak dulu komik ni?Sila berikan bukti yang logik dan realistik.”Nah!Ambil kau.Berani sangat cari pasal dengan aku.
“Hai Ariff.Lamanya tak jumpa you.Apa khabar you sekarang?”Serentak Ariff dan Balqis berpaling ke arah seorang perempuan yang dengan lemah gemalai berjalan kearah mereka.
“Hai Zuryn.You buat apa dekat sini?Takkan seorang saja kot?”Dalam tenang,masih lagi terselit nada sindiran daripada mulut Ariff.
Balqis hanya diam dan memerhati pemandangan di hadapannya.Saat perempuan itu menoleh ke arahnya,hanya senyuman nipis terukir.Lantaklah apa hubungan dia orang ni,yang penting jangan jadikan aku salah seorang pelakon tambahan dalam drama dia orang.
“Tak sangka Ariff,I ingat you takkan mudah cari penggati lepas I break up dengan you dulu.Pandai juga you tackle budak ni.Dulu you mati-mati cakap dengan I yang you ni tak mudah jatuh cinta.Tapi tak sangka,you ni jenis lelaki yang mudah cair juga kan.”Berdesing telinga Ariff dengan kata-kata bekas kekasihnya itu.
Dengan selamba,Ariff mengenggam tangan Balqis.Bagaikan terkena renjatan elektrik dek tindakan spontan mamat galah itu,Balqis berusaha melepaskan tangannya dari genggaman tangan kasar itu.
“Awak,bantu saya kali ni.Menyamar jadi girlfriend saya”Bisik Ariff perlahan di telinga Balqis.Nah!Baru tadi aku minta jangan jadikan aku pelakon tambahan,tup-tup dah kena jadi pelakon tambahan tak bertauliah pula.
Balqis melepaskan genggaman tangannya. “Siapa kata Ariff ni mudah jatuh cinta?Dia dengan saya is cinta pandang pertama.Untuk jatuh cinta,tak perlu mudah atau susah.Tatkala yang bernama cinta memberi salam,siapalah kita untuk menolaknya.And for your information,Ariff is a nice guy and I won’t let him go.He is mine.”Alamak!Ni dah lebih ni,dah masuk kisah buat skrip tanpa kelulusan pengarah dah ni.Tak ada dalam arahan pengarah.Apalah yang aku merepek tadi?Aku pun tak tahu.
“You ni first year student ke?Taking what course?”Zuryn cuba mencungkil sedikit tentang Balqis.
“Ya,memang saya first year student.Kos Kimia.”
Ariff yang mula gelisah dengan keadaan ituberpendapat bahawa dia harus melenyapkan keadaan tidak selesa itu. “Awak,tadi awak cakap awak lapar kan?Jomlah kita pergi makan,saya dah lapar sangat ni”.Tanpa sempat berkata apa,Ariff terus mengheret Balqis keluar dari MPH.
Genggaman tangan dilepaskan sebaiknya mereka jauh dar MPH.Amboi….suka-suka hati ja pegang tangan aku.Tak pernah ada lelaki yang pegang tangan aku selain ayah,along,dan alang.Marah aku ni.Gunung berapi dah nak meletus.Kalau tak mengingatkan orang ramai,dah lama dah mamat galah ni rasa tendangan maut aku.
“Thanks.”Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut mamat galah ni.
“Okay.Saya tak mahu tahu apa yang berlaku antara awak dan dia.Tapi saya tak faham kenapa saya harus diheret sekali ke dalam penipuan awak ni??.If one day,she disturb my life,you the one who’s responsible.”Amaran dariku.Dan aku terus berpaling untuk berlalu.
“Awak jangan risau.Saya takkan biar apa-apa terjadi pada awak.”Terkedu aku mendengar ayat itu.Itulah pertama kali nada suaranya begitu lembut di pendengaranku serentak itu,jantungku berdegup kencang.Penyakit apa pula ni???
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
Matanya masih lagi menatap skrin laptop,tetapi tangannya tidak pula menunjukkan tanda-tanda orang yang sedang menyiapkan tugasan.Apa ke hal roommate aku ni?Ada masalah ke?Termenung ja daripada tadi.Nak tanya ke tak apa masalah si Ariff ni?Tak apalah,biar sajalah.Biarlah dia tenangkan hati dia dulu.
“Jat.Aku nak tanya kau satu soalan ni?”Izzat memandang Ariff dengan penuh tanda soal.
“Apa dia Arip?Tanya jelah.Jangan malu-malu,jangan segan.”Izzat buat iklan gigi ala-ala kerang wangi.Lalu menghirup teh ais yang dibelinya semasa turun membeli makanan tadi.
“Weyh,kalau aku cakap yang aku jatuh cinta lagi macam mana?”Tersedak Izzat mendengar soalan dari Ariff.
Biar betul si Ariff ni yang cukup anti dengan spesies perempuan ni jatuh cinta??Tak sangka si Ariff ni,macam mana nak keraskan hati pun,satu hari akan cair juga dek perasaan yang digelar cinta.Lawak pula aku rasa.
“Kau ni Jat,aku tanya kau boleh pula kau tersedak dah tu tersengih-sengih pulak tu.Ini yang malas aku nak tanya kau soalan pelik-pelik ni.”
“Okay.Aku tak gelakkan kau dah.Tapi kenapa tetiba saja kau tanya soalan macam tu?Bukan dulu kau pernah cakap yang kau benci spesies chikaro ni.”
“Itulah pasal.Aku pun tak tahu kenapa aku asyik teringat dekat minah tu.”Lembutnya tangan dia,hangatnya genggaman itu sampai sayang sekali untuk aku lepaskan.
“Sah!Kawan baik aku ni dah kena serang penyakit bahaya.”Ariff memandang pelik ke arah Izzat.
“Weyh,aku sihat ja.Apasal pulak kau kata aku sakit.”
“Sakit angau.Makan tak kenyang,tidur tak lena,mandi tak basah.Mata kau asyik terbayang dia ja.Hati kau asyik teringat dia ja.Itulah simptom-simptom penyakit kau.”Izzat menepuk bahu teman sebiliknya itu.
“Bahaya juga tu.Takut pula aku dengar.”
“Arip,tak nak kenalkan aku dengan chikaro yang telah menjadi kunci pintu hati kau tu?”Nak juga aku tengok minah yang berjaya buat kawan aku ni separuh tak betul.
“Bila tiba masanya,aku akan kenalkan kau dengan dia.”Ariff kembali mengadap skrin laptopnya.Tetapi fikirannya masih menerawang entah ke mana.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Eh,you ni girlfriend Ariff kan?”Melopong Icha,Ija dan Sheila dek teguran gadis lampai itu.Pelik!Sejak bila pulak teman rapat mereka mempunyai boyfriend.Tak pernah dengar cerita pun.Enam pasang mata itu memandang Balqis dengan penuh hairan.
Senyuman nipis terukir di ulas bibir Balqis. “Saya tak tahulah apa pangkat saya sebenarnya.Single or available?.Girls,jom.”Beg sandangnya digalas dan terus berlalu.
Cis!Aku tanya elok-elok,berani pula dia endah tak endah ja.Bangga sangat ke boleh jadi teman wanita Ariff?Aku tahu,Ariff is a perfect guy.That’s why I really regret for letting him go.Kali ini,aku akan cuba dapatkan dia kembali dan takkan sesekali melepaskan dia pergi.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
Rak yang mana satu ni?Banyak betoi rak,naik pinar mata aku.Ha!Itupun dia.Akhirnya jumpa juga rak ni.Satu pasal lagi pula nak cari mana letak buku ni.Punyalah banyak buku dekat sini,nak kena belek kod buku pula.Kenapalah besar sangat perpustakaan ini?Susahkan aku betul nak mencari buku-buku dekat sini.Amboi!!Mak aii…tingginya buku ni.Dahlah aku ni kurang tinggi,tapi bukan dalam kategori rendah.Cuma rak ni jauh lebih tinggi dari kemampuan maksimum aku.Macam mana nak ambil ni?Ah,capai sajalah!Lompat-lompat sikit,nanti terjun la buku tu dari rak ni.
Tiba-tiba ada tangan yang terlebih dahulu mencapai buku itu.Aku berpaling dan satu makhluk ciptaan tuhan yang sememangnya aku tidak mahu menatap wajahnya lagi.Nak berebut dengan aku lagi ke?
“Awak jangan risau,kali ini saya tak berebut dengan awak.Saya cuma nak tolong awak ambil buku ini.Kesian pula saya tengok awak terlompat-lompak macam katak.Malu tau kalau orang nampak.”Jejaka berkulit hitam manis itu ketawa perlahan.
Cis!Ada hati lagi nak sindir aku.Aku tak suruh pun dia tolong aku.Aku boleh usaha sendirilah.Jelas,dia memang sengaja nak cari pasal dengan aku.Sengaja nak buat sakit hati aku. “Saya tak minta tolong awak pun.Yang awak nak tolong sangat ni kenapa?By the way,thanks.Jasamu tak dikenang.”
“Saya bukan apa,saya tak nak nanti orang cakap awek saya yang comel ni terlompat-lompat dalam library macam orang tak betul.”Suaranya begitu dekat di cuping telinga ku.
“Oiii!mamat galah.For your information,I’m not your girlfriend or your friend.Jelas??!”
“Jangan lupa ada orang dah anggap yang kita ni loving couple.”Ariff masih belum mahu mengalah.
Tak guna betul lelaki ini.Kenapa tak habis-habis nak mencari masalah dengan aku?Aku merengus kasar dan terus berlalu dari situ.Untuk menahan sabar,aku tidak mampu.
Comelnya dia.Makin marah makin comel.Tapi maafkan aku gadis comel.Sungguh aku ingin mendekatimu,tetapi bagaimana kerana antara kita yang zahir hanyalah kebencian.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
Sungguh aku sangat menyesal kerana terpedaya dengan kata-kata manis Hariz dulu.Kalau tak kerana dia menggoda aku dulu,sudah tentu kini aku dan Ariff merupakan pasangan paling bahagia di universiti ini.Aku mesti rampas kembali Ariff dari tangan minah tu.
Baru saja terfikir tentang dia,dah muncul depan mata aku.Panjang umur nampak dia ni.
“Jumpa lagi ye kita.”Balqis agak terkejut dengan kemunculan manusia yang tidak diingini itu.
“Punyalah besar kampus ni,kenapa ek muka awak juga yang saya nampak?”Sinis bunyinya.
Zuryn agak terpukul dengan kata-kata Balqis.
“Hei,you jangan berlagak sangat sebab you ni girlfriend Ariff.You ingat dia tu nak serius ke dengan you?Kalau you nak tahu,dia dengan I dulu pun just for fun.So,I yakin yang hubungan you dengan Ariff takkan bertahan lama.”Zuryn cuba mempengaruhi fikiran Balqis.
Minah gedik ni apa hal pulak?Tetiba sebut hubungan-hubungan lah,tak kekal lama lah. Lantaklah,bukannya aku couple betul pun dengan mamat sewel tu. So,ada aku kisah??
“Awak,walau apapun yang awak nak cakap,walau apapun yang awak cuba buat untuk putuskan hubungan saya dengan pakwe saya tu,jawapan saya adalah…ada aku kisah??”Nah!Tahu pun bengang.Itulah,siapa suruh ganggu hidup aku yang tak pernah ganggu hidup orang ni.
Menjawab pula dia ni.Memang agak kurang ajar.Perempuan macam ni yang Ariff suka.Eeeiiii!What a taste?
“Whatever.I cuma nak bagitau you saja.You nak kisah ke tak,that none of my business.”Zuryn terus mengatur langkah.Bimbang kemarahannya akan meledak dek kepetahan Balqis menyindirnya.
Apa-apalah minah gedik oii…Malas aku nak ambil tahu masalah kau dengan mamat sewel tu.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
Lasagnia!!Ada satu saja lagi.Baik aku ambil cepat,kalau tak ada ja yang nak kebas ni.Sebaik saja tangan Balqis hendak mencapai lasagnia,sekelip mata lasagnia idamannya hilang.Ditolehnya ke kiri,sepantas kilat kebencian berputik di hatinya.Kenapalah setiap benda idaman hati aku mesti akan direbut oleh mamat sewel ni??

»»  READMORE...

Cintaku di facebook

Oleh : ana sofiya
1
Aisyah bagaikan tidak percaya melihat imbasan wajahnya di cermin hias. Gadis di dalam cermin itu amat bergaya mengenakan baju blaus lengan panjang warna ungu muda dipadankan dengan skirt labuh warna sedondon. Wajahnya disolek, walaupun tipis sahaja namun menyerlahkan keayuan yang selama ini tersembunyi. Bibir yang dihiasi warna plum kelihatan penuh dan menggoda. Alis mata yang sedia lebat terlukis indah dan kemas.
“Hmm, kau memang cantik, Syah. Aku gerenti, Alif mesti jatuh cinta pada kau malam ni. Kalau tidak? Memang otak dia otak perempuan.”
Aisyah merenung wajah Hamimah dalam-dalam. Wajahnya serius sekali.
“Yang kau tengok aku macam nak telan tu, kenapa?” tanya Hamimah kepada Aisyah.
Mereka teman serumah. Mereka teman setempat kerja. Mereka berdua pekerja kilang Caely Girl di Teluk Intan ini. Sejak tamat belajar dan menduduki SPM 3 tahun dulu, di sinilah mereka menyara hidup, juga berusaha membantu ayah dan ibu masing-masing.
Malam ini, Aisyah ada misi yang perlu dilakukan. Dia ada temu janji. Eh, sebenarnya bukan dia yang bertemujanji, tapi Hamimah. Kisahnya begini….
Hamimah berkenalan dengan Alif melalui laman mukabuku. Di awal perkenalan 3 bulan lalu, mereka cuba menyelami isi hati masing-masing. Alif memberitahu Hamimah bahawa dia berumur 29 tahun, masih bujang, orangnya biasa-biasa aje dan bekerja sebagai budak ‘dispatch’. Katanya, dia amat suka dengan Hamimah. Dia pernah meminta gambar dan setelah melihat gambar itu, dia ingin bertemu pula.
Malangnya, sebaik Hamimah tahu siapa sebenarnya si Alif ini, dia jadi tawar hati. Tamolah kahwin dengan budak dispatch, bisik hatinya. Lantas, dia sengaja mengenakan Aisyah. Diletaknya gambar Aisyah di mukabuku. Dan, dia yakin, Alif dah tangkap leleh dengan si Aisyah ni sebab tidak lama kemudian, Alif ingin berjumpa dengan Aisyah yang disangkanya Hamimah.
“Mimi, apa aku nak cakap dengan si Alif ni nanti? Aku bukan biasa keluar dating macam gini. Kalau bapak aku tahu, mati aku! Lagi satu, yang kau bubuh gambar aku buat apa? Sekarang, dia ingat aku ni, kau! Kalau dia luah perasaan dia nanti, apa aku nak jawab? Takkanlah aku nak cakap yang aku pun cintakan dia sedangkan aku satu habuk tentang dia pun tak tahu! Hisy…menyesal pulak rasanya ikut cakap kau.” Ujar Aisyah panjang lebar sambil duduk di birai katil. Entah kenapa, dia rasa takut pula. Mahunya tidak! Ni, dia sedang bersubahat dengan Hamimah untuk menipu. Bukankah menipu suatu perbuatan yang tidak baik?
Hamimah segera duduk di sisi Aisyah. Geram melihat wajah yang serba salah itu.
“Kau ni, kan… aku minta tolong sikitpun tak boleh. Kau tahu yang aku terpaksa bubuh gambar kau masa tu…”
“Terpaksa?” Aisyah mengerutkan dahi.
“Iyalah… kalau letak gambar aku, tentu dia lari punya. Syah, aku tak nak kehilangan dia. Sebab tu aku tipu.” Hamimah menjelaskan.
“Tapi, Mimi…hakikatnya sekarang ialah kau memang dah tipu dia. Ni, aku menyamar jadi kau, tau! Buatnya dia ajak aku kahwin karang, macam mana?”
Hamimah tergelak kecil.
“Pandai-pandailah kau nanti, ya!”
Kata-kata yang membuat Aisyah membulatkan sepasang mata.
2
Aisyah mengelap peluh dingin di dahi. Dia masih berdiri tegak di tempat di mana dia turun daripada motosikal Yamaha si Hamimah tadi. Dia belum mampu melangkah. Masih menarik dan menghembuskan nafas untuk menenangkan diri.
“Hisy, kenapalah aku sanggup buat kerja gila ni? Kenapalah aku mesti ikut cakap Mimi? Nanti, bukannya senang nak berlakon jadi orang lain sedangkan mak cakap, kita mesti sentiasa jadi diri kita sendiri. Mak cakap, kita mesti cakap benar, walaupun apa yang kita cakap tu sesuatu yang boleh merosakkan diri. Aduiii…. belum apa-apa aku dah sakit kepala. Bencilah Mimi ni!” mata merenung jarum jam. “Alamak dah lewat 10 minit. Baik aku masuk ke dalam, sekarang.”
Menurut perjanjian mereka, kata Hamimah, Alif akan menunggu dirinya di dalam restoran Seri Bayu ini. Jadi tentu lelaki itu sudahpun sampai, fikir Aisyah sambil sepasang mata memerhati deretan kereta di hadapannya. Alah, dia tu kan mat dispatch aje, mana mampu beli kereta. Tambah-tambah kalau kereta ini…. detik hati yang nakal sambil menggosok-gosok badan kereta Volkswagen Polo berwarna merah di sisinya. Dia mengintai-intai ke dalam kereta itu., mengkagumi keselesaan yang terlihat.
“Entah bilalah nak merasa naik kereta hebat sebegini?” detik hatinya penuh rasa kagum. “Babai…kereta, cakap pada tuan kau, dia bertuah dan mesti jaga kau baik-baik, okey!”
Di hadapan pintu, sepasang mata mencari lelaki bernama Alif yang tidak dikenali. Hati tetap mengutuk kerana dia tahu bahawa lelaki itu pasti camkan dirinya sedangkan dia? Atau Mimi? Bodohlah Mimi, marahnya. Gambar aku dia tunjuk, gambar lelaki tu dia tak mintak, bebal punya sahabat!
“Hai! Cik Hamimah Hamid? Saya, Alif. Alif Fizwan bin Sharifudin.”
Aisyah berpaling mencari suara lelaki yang betul-betul berada di belakangnya. Rambutnya yang panjang itu turut beralun bagaikan iklan syampu Sunsilk.
Tidak berkelip-kelip sepasang mata merenung. Rasa macam bermimpi pula. Nak bersuarapun, tidak boleh dilakukannya. Memang terkejut melihat lelaki ini.
“Saya tak salah orang, kan? Awak ni…. Mimi?”
‘Awak tak salah orang, Alif, tapi saya ni yang dah silap. Tadi, Mimi cakap Alif mestilah datang pakai selipar, baju T yang kumal, dengan seluar jeans yang koyak. Tapi, kenapa pulak semua tu tak betul? Yang awak ‘smart’ sangat, kenapa? Betul ke awak orang biasa aje ni?’ bisik di dalam hati.
Aisyah tidak bersedia bertemu dengan seorang yang begini berlainan daripada andaiannya. Cahaya lampu yang suram tidak mampu menafikan ketampanan wajah yang kini sedang mengukir senyum kepadanya.
“Janganlah terkejut sangat! Nak jumpa awak, saya kenalah kemaskan diri saya ni. Kalau pakai baju T yang dah lusuh atau kalau saya pakai seluar buruk, awak lari pulak nanti, kan?”
Akhirnya, Aisyah tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu.
Buat pertama kali dalam hidupnya, Aisyah makan malam bersama seorang lelaki yang langsung tidak dikenali. Namun apa yang pasti, inilah makan malam terindah pernah dialami. Walau baru berkenalan, lelaki bernama Alif Fizwan begitu ramah dengannya.
Aisyah lebih suka berdiam diri dan dia hanya menyampuk bila perlu. Dibiarkan sahaja Alif mengulangi detik ‘perkenalan’ mereka di mukabuku. Tidak berani dia hendak menyampuk, dibimbangi terbongkar rahsia pula.
“Mimi, awak ni pendiamlah pulak. Kalau dekat fb tu, bukan main ramah lagi. Macam-macam celoteh awak.” Usik Alif. Dia menatap sepasang anak mata gadis di hadapannya dalam-dalam. Hatinya sudah lama berkenan. Dan, pertemuan ini semakin meyakinkannya bahawa dia sudah bertemu dengan calon isteri. Cuma, dia tahu bahawa mulai saat ini dia perlu membuat gadis ini menyintainya. Bila tiba masa yang sesuai, dan bila cintanya berbalas, sudah pasti dia akan melamar. Mereka akan berkahwin satu hari nanti! Itu harapannya.
“Saya tak tahu nak cakap apa.” Bisik Aisyah perlahan.
“Mungkin awak tak seronok bersama saya? Maklum ajelah, saya ni kan budak penghantar surat sahaja? Miskin! Comot!”
Aisyah ketawa. Macam-macamlah si Alif ni…..
“Saya pun bukanlah doktor, atau nurse atau cikgu lepasan universiti. Saya cuma pekerja kilang aje.” Aisyah merendah diri. Tiba-tiba dia jadi takut. Takut pada perasaannya sendiri. Bagaimana kalau nanti dia jatuh cinta kepada lelaki ini? Pastinya dia akan berdosa kepada Mimi kerana mengkhianatinya. Oh tidak! Lebih baik berterus terang sekarang, sebelum keadaan menjadi kusut.
Dia cuba mengatur bicara…
“Err… awak! Saya nak cakap sikit tapi saya sangat berharap yang awak tak jerit marahkan saya nanti, ya!” kata Aisyah menatap tajam wajah lelaki di hadapannya.
Alif menyandarkan tubuh di kerusi. Menjungkitkan kening sambil menanti kata-kata yang bakal lahir.
“Nama saya, Aisyah Humaira binti Muhamad. Saya ni kawan Hamimah Hamid. Mimah….ehhh…Mimi, dia letak gambar saya kat mukabuku tu. Saya tak tahu menahu tentangnya sehinggalah semalam, bila dia minta saya datang sini jumpa awak. Mimi suruh saya jadi dia malam ni, tapi saya rasa, saya tak mahulah berlakon. Saya tak pandai. Saya minta maaf, ya.”
Aisyah tidak berani menentang pandangan tajam lelaki itu malah dia takut untuk berada di dalam restoran itu lagi. Bimbang lelaki itu naik hantu lalu mengamuk padanya. Hisy…. takuttt!
Dia berlari keluar dan kebetulan teksi lalu. Dia menahan teksi itu dan pergi tanpa sempat Alif hendak menahannya lagi.
3
Sudah sebulan peristiwa itu berlalu namun renungan sepasang mata itu sentiasa di ingatan. Wajah tampan itu tidak dapat dilupakan. Suara garau itu masih terdengar-dengar. Dia tahu dia sudah gila bayang. Pertemuan pertama dan yang sekali itu sungguh-sungguh memberi kesan kepada dirinya. Dia sudah diserang penyakit angau!
“Tak habis-habis dengan termenung. Duduk sini, menung. Duduk sana, menung! Apa yang kamu dapat dengan buat macam tu?”
Aisyah menggosok-gosok bahu yang baru ditepuk dengan kuat oleh ibunya, Puan Badariah.
“Sakitlah, mak!” marahnya.
“Aik, orang yang tengah angau pun boleh rasa sakit?” Badariah bertanya dalam tawa yang kuat. Kali ini, dia melihat Aisyah menjeling pula. “Hah, jeling! Nanti juling biji mata tu!”
Aisyah menjuihkan bibir mungilnya. Sejak sebulan, ibunya asyik menyindir dia dan memberi gelaran ‘mak sanggup’ kepadanya. Ibunya juga sentiasa mengungkit peristiwa pada malam itu. Iyalah, kan… dari restoran, Aisyah terus balik ke rumah keluarganya di Kg Bahagia. Mahu tidak mahu, dia terpaksalah menceritakan apakah yang telah berlaku sehingga dia terpaksa balik menaiki teksi (melanggar arahan ayahnya yang tidak pernah membenarkan dia menaiki kenderaan awam itu!). Lagipula, ketika dia sampai, jam menunjukkan pukul 10 malam. Ayahnya memang pantang kalau anak-anak balik lewat apalagi kalau anak itu, anak dara. Berasap kepalanya! Semakin bertambah angin satu badan bila mendengar cerita Aisyah. Langsung Aisyah disuruh pindah balik dan duduk di rumah. Yang pasti, bila ayahnya, Muhamad mengamuk, tidak ada kompromilah jawabnya. Hitam tetap hitam takkan boleh menjadi putih!
Aisyah menghampiri Puan Badariah. Duduk di bawah, memeluk lutut ibunya sambil mendongak.
“Mak, sampai bila ayah nak hukum Syah?” tanya dia.
Badariah mengusap rambut anaknya, satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Anak bongsu pula tu. Lurus bendul sifatnya sebab itu mudah sahaja dipermainkan orang.
“Syah nak kerjalah, mak. Bosan tau duduk rumah aje. Mimi cakap, ada…”
“Kamu masih kawan dengan budak Mimi tu, Syah? Dia dah mainkan kamu, jaja gambar kamu di mukabuku tu, kamu masih berbaik dengan dia lagi? Kamu ni memang nak kena cubit!”
Aisyah menjerit-jerit kesakitan bila ketam emaknya menyepit seluruh lengan dan paha. Tapi, sempat juga dia membalas, “Mak! Mak juga cakap, mana boleh orang Islam putuskan silaturrahim! Mimi kan kawan Syah, jadi kawan tetaplah kawan. Takkan nak jadi musuh pulak!”
Badariah menggeleng-gelengkan kepala. Dipiatnya telinga si Aisyah. Geram betul mendengar Aisyah menjawab.
“Kawan yang baik, takkan buat apa yang Mimi buat, Syah.”
“Alah, kenapa pulak? Dia cuma letak gambar Syah aje. Bukannya dia buat yang tak senonoh pada gambar Syah tu!” balas si anak tak puas hati.
“Apapun, dia tak boleh buat begitu! Salah tu! Dia yang hendak bercinta, berpakwe. Gunalah gambar sendiri, buat apa nak guna kamu punya? Dah tu, kenapa pulak dia suruh kamu pergi jumpa dak jantan tu? Bukannya dia kenal budak tu! Syah, nasib baik si …. siapa namanya?”
“Alif!”
“Hah, Alif! Nasib baik si Alif tu tak sempat buat apa-apa pada kamu, Syah. Kalau dia tu orang jahat, kalau dia masukkan dadah dalam minuman kamu, lepas tu dia bawak kamu lari entah ke mana-mana, dia dagangkan tubuh kamu, macam mana tu?”
Aisyah tersentak. Lama wajah ibunya ditatap. Mendengar kata-kata ibunya itu, hati tersentap. Perlahan-lahan kepala diangguk-anggukkan tanda setuju. Ya, dia amat bernasib baik pada malam itu. Dia tidak menurut perasaan sangat! Dia ikut kata akal yang menyuruh dia berterus terang dan balik ke rumah. Nasib baik! Kalau tidak?? Mungkin dia dah mati sekarang kot! Nauzubillah.
“Bukan main berani kamu malam tu, ya? Inilah.. kebanyakan anak dara sekarang terkena, terjerat dengan lelaki sebab diorang bodoh macam kamu nilah! Cakap cinta dalam komputer, terus percaya. Tak fikir panjang lagi dah! Tak fikir tentang bahaya yang menanti. Syah, Syah! Kalau ya pun kamu sayangkan si Mimi tu, janganlah ikut semua yang dia cakap tanpa berfikir. Dia nak kenakan kamu pun kamu tak faham. Adui, bilalah kamu ni nak matang Syah oi!”
Mimi tidak berani datang ke rumah jadi mereka hanya berhubung melalui sms. Kata Mimi, Alif pernah datang ke rumah sewa mereka. Malah, Alif pernah mengajak Mimi keluar bersama-sama. Bukan sekali malah sudah berkali-kali. Nampaknya, mereka memang berjodoh. Mimi memberitahu bahawa dia menyesal menyuruh Aisyah menyamar dulu. Katanya lagi, nasib baik Alif berusaha mencarinya, dapatlah dia melihat lelaki itu dengan mata kepalanya sendiri dan dia tentunya merasa amat bertuah kerana Alif mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.
Aisyah mengeluh. Buang karan aje dia menyamar menjadi Hamimah Hamid dahulu, sudahnya Alif dan Mimi bercinta juga. Mimi, Mimi! Menyusahkan aku betul! Kerana kau, Mi, aku dah kena kuarantin dengan ayah. Langsung tak boleh keluar. Hmm….
4
Kedatangan Alif Fizwan ke rumahnya pada hujung minggu itu benar-benar mengejutkan Aisyah. Terkebil-kebil biji mata melihat Alif melangkah keluar daripada sebuah kereta berwarna merah yang cantik. Bila melihat dirinya, Alif terus menguntum senyum. Auww…. bikin getar dongg….
“Awak? Macam mana awak boleh jumpa rumah saya ni? Dan, kenapa pulak awak ke sini? Awak dah salah rumah ni! Rumah mak bapak Mimi dekat Taman Intan Mas, bukan kat Kg Bahagia.”
Belum sempat Alif menjawab soalan-soalan Aisyah, bapa Aisyah, Muhamad menghampiri mereka.
“Dah sampai pun, kamu, Alif. Jemputlah masuk. Aisyah, pergi ke dapur buat air.”
“Ayah dah kenal Alif ni? Macam mana? Kenapa Syah tak tahu pun?” Laju Aisyah bertanya kerana dia sedang keliru dengan sambutan ayahnya terhadap tetamu yang tidak diundang ini. Matanya berkalih-kalih di antara kedua-dua lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Cara ayahnya, bagaikan dah kenal benar dengan Alif dan si Alif pula, begitu sopan menyalami tangan ayahnya.
“Hai, bukankah ayah dah beritahu yang kami dah pernah jumpa?” kerutan di dahi Aisyah tidak dipedulikan. “Dah, apa tunggu lagi tu? Cepat masuk ke dapur. Hidangkan apa yang patut. Alif datang dari jauh ni, tentu lapar!”
Rupa-rupanya Alif Fizwan datang kerana ingin membawa Aisyah ke Kuala Lumpur. Katanya, ada kerja kosong untuk Aisyah di rumah majikannya. Aisyah jadi hairan. Kenapa pula begitu mudah bapanya memberi keizinan untuk dia pergi? Mengapa begitu mudah melepaskan?
“Pergilah, Syah. Ayah kenal Encik Syarif dengan isteri dia, Puan Hanum tu. Baik orangnya.”
“Tapi,”
“Agaknya, Aisyah takut saya bawak dia lari, pakcik.”
Bulat sepasang mata Aisyah menatap wajah ceria Alif Fizwan. Berani lelaki ini bergurau dengan ayahnya? Dan, ayah? Amboi, bukan main gelak….suka!!
“Syah tak fahamlah, mak? Kenapa tiba-tiba aje dia datang nak bawak Syah pergi KL, kerja? Hisy, takutlah!” Aisyah mengadu kepada ibunya ketika di dalam bilik. Mereka sedang mengemas kain baju untuk dibawa oleh Aisyah ke Kuala Lumpur.
“Sebenarnya, dah dua kali Alif datang sini. Mula-mula dulu, dia datang sorang-sorang. Masa kamu pergi ke rumah mak ngah kamu hari tu, dia bawak bos dia dengan isteri bosnya sekali. Diorang minta tolong supaya mak izinkan diorang bawak kamu ke sana. Lagipun, Syah…kerjanya bukan susahpun. Tolong jaga budak kecil umur 5 tahun aje.”
Aisyah teruja. “Jadi nanny?” tanya dia.
“Nanny? Apa ke bendanya tu?” Badariah kebingungan.
“Perempuan yang menjaga anak orang dipanggil nannylah, mak. Pengasuh! Adoiii…” dirinya dicubit oleh si ibu lagi.
“Cakap pengasuh dari tadi, kan senang! Nanny, konon! Uisy!” marah Badariah.
Ketika hendak bertolak, Muhamad berpesan kepada anaknya supaya berkelakuan baik di rumah majikannya.
“Jaga diri. Jaga kelakuan. Jaga adab. Jangan garang-garang dengan budak yang kamu asuh tu, tahu?”
Aisyah mengangguk. Tentu sahaja dia tahu. Tentu sahaja dia akan ingat pada pesanan itu.
Hmm, seronoknya dapat kembali bekerja. Taklah terperuk dalam rumah sahaja. Direnung wajah lelaki di sebelah yang sedang memandu dengan tenang itu. Senyuman disedekahkan. Di dalam hati, dia amat berterima kasih kepada Alif. Begitupun, hati tertanya-tanya, mengapa lelaki itu sanggup bersusah-payah mendapatkan dia pekerjaan ini? Kenapa bukan Mimi yang ditolong? Bukankah Mimi kekasihnya? Arghh, pelik betul bila difikir-fikirkan.
5
“Wow, besarnya! Ini rumah ke istana?” tanya Aisyah yang sedang berdiri di sisi kereta. Alif baru sahaja memarkir kereta itu di luar rumah agam yang menjadi kekaguman. Mata membuntang bila pintu pagar terbuka secara otomatik.
“Ingatkan dalam drama TV aje ada rumah macam ni. Rupa-rupanya, memang wujud rumah besar, pagar bukak sendiri, ya, awak?”
Alif Fizwan tertawa kecil.
“Kenapa awak gelak? Tak baik awak gelakkan saya, tau! Mentang-mentanglah saya orang kampung…”
Aisyah berkecil hati bila melihat lelaki itu mentertawakan dirinya. Tiba-tiba dia rasa kerdil. Tiba-tiba dia jadi takut untuk tinggal dan bekerja di dalam rumah besar ini.
“Orang kampung?” balas Alif.
“Yalah! Kita orang Kg Bahagia ni!” tukas Aisyah sambil membayangkan kampung halaman dan rumahnya di Lorong Hj Ali. Walaupun sudah dikelilingi kemodenan, masyarakat setempat masih lagi mesra alam. Lambang suasana kekampungan masih terlihat terutama ketika majlis kenduri kahwin dan kematian.
“Hmm…. tapi anak dara kampung awak ni moden, ya?”
“Mana ada?”
“Tu!” Alif menunjukkan kepala Aisya yang tidak bertudung.
Aisyah tersengih, malu sendiri bila ditegur secara halus oleh Alif. “Nanti nanti, saya pakailah…” akhirnya dia bersuara.
“Hmm, benda wajib tak baik tangguh-tangguh!” tegur Alif lagi.
“Yalah! Nanti, dapat gaji pertama, saya beli dan terus pakai tudung, ya.” Janji Aisyah. Dia kemudian diam memerhati kereta merah itu. Rasa macam pernah tengok, fikirnya. Lalu dia tunduk untuk melihat nombor plat. Eh, samalah! bisik di hati.
“Awak, dari tadi saya nak tanya. Ini kereta siapa? Saya rasa macam pernah tengok kereta ni dulu.” Ujarnya.
“Iya? Di mana?” soal Alif memandang wajah Aisyah tepat-tepat.
“Masa di restoran Seri Bayu. Saya sampai lewat sikit, kan… Masa saya berjalan kat tepi kereta ni, saya usap-usap sebab saya memang suka tengok kereta comel.”
Alif terangguk-angguk. Dia berdehem kecil lalu berkata, “Lepas tu awak cakap kat kereta ni macam gini….
“Babai…kereta, cakap pada tuan kau, dia bertuah dan mesti jaga kau baik-baik, okey!”
Aisyah ternganga. Wajah Alif yang sedang ketawa diperhatikan dengan teliti.
“Awak dengar?” soalnya malu-malu.
Alif Fizwan mengangguk lalu memberitahu bahawa dia sedang berdiri di kaki lima ketika itu. Jadi, setiap perbuatan orang yang lalu lalang menarik perhatiannya. Katanya juga, dia yakin bahawa dalam fikiran Aisyah ketika itu tentunya dia tidak mampu hendak memiliki kereta berjenama tersebut.
Pipi Aisyah merona merah namun dia berusaha menafikannya.
“Mana ada? Saya tak pernah terfikirpun…tapi, betulkah ini kereta awak?”
“Taklah! Ini kereta Puan Hanum. Saya pinjam.”
Aisyah menggeleng-gelengkan kepala.
“Tak baiklah awak! Jangan suka meminjam-minjam. Tak elok! Mak saya cakap, kita hidup ni kenalah ukur baju kita di badan kita sendiri. Macam awak ni, kan. Tak perlu pinjam kereta puan Hanum untuk ke mana-mana. Tunggang aje motosikal buruk awak tu….Ops…”
Alif ketawa ketika dia menghampiri Aisyah. Ketawa sampai berair-air mata. Teringat kata-kata pakcik Muhamad yang menyebut bahawa Aisyah ni lurus bendul, kalau hendak mengutuk..sesedap rasa sahaja dilakukannya. Kata makcik Badariah pulak, Aisyah tak pandai sembunyi perasaan. Kalau dia hendak marah, dia marah. Kalau dia hendak gelak, dia akan gelak. Tak adanya hendak tutup keayuan….
“Mana awak tahu saya bawak motor buruk?”
“Err…”
“Aisyah, kalau saya jemput awak naik motor saya yang buruk tu, awak nak ke ikut saya ke KL ni?” tanya Alif.
“Eeii..tentulah tidak!” melihat Alif menjungkitkan kening, Aisyah cepat-cepat menyambung, “Bukan sebab motor tu buruk, awak… tapi nanti kalau saya naik motor, saya nak pegang apa? Pegang awak kan tak boleh? Gayatlah saya! Entah-entah terus saya terpelanting masuk ke dalam longkang pulak…”
Aisyah tidak pasti apakah yang menyebabkan lelaki ini ketawa terbahak-bahak. Tapi itulah yang berlaku. Entah apalah yang lucu sangat di pendengaran Alif, fikirnya.
“Cukup-cukuplah gelak tu! Bawaklah saya masuk ke dalam! Nanti, entah apa pulak yang majikan awak fikir.” Bentak Aisyah penuh geram.
“Mereka nak fikir apa? Tu, dah tak sabar-sabar nak sambut menantu tu!”
“Apa awak cakap?”
Alif tersenyum manis. “Tak ada apa-apalah. Jom! Jom saya kenalkan awak dengan majikan kita, Encik Syarif dengan Puan Hanum. Diorang pun tentu dah tak sabar-sabar nak tengok bakal…..pengasuh cucu mereka. Jom!”
6
“Ni cucu saya, nama dia Norazwa. Umurnya 6 tahun. Dia baru balik dari luar negara dengan emaknya. Sepatah cakap Melayu pun dia tak tahu. Tugas awak, Aisyah, ialah, selain mengasuh, awak kena jaga makan, minum segala-gala berkaitan cucu saya ni. Awak juga mesti ajar dia sampai dia boleh cakap Melayu. Awak faham?”
Aisyah menatap seraut wajah comel yang sedang berada dalam dakapan Puan Hanum. Anak comel itu sedang merenung dirinya tanpa tersenyum. Iyalah… baru pertama kali berjumpa, mana boleh bermesra, kan?
“Kamu ada masalah, Aisyah?” soal puan Hanum kepadanya.
Aisyah menggigit bibir. “Hmm, puan ada kamus tak? Kalau ada kamus dwibahasa english – BM, lagi baik! Nanti, kalau cik kecil ni cakap omputih dengan saya, bolehlah saya cari makna dalam kamus tu. Kalau tidak, macam mana saya nak faham apa yang dia cakap?”
Alif yang dari tadi menjadi pemerhati, tergelak kecil meraih jelingan si Aisyah kepadanya. Encik Syarif yang sesekali menyampuk tadi turut tersenyum. Senyuman melebar bila Alif mengusik gadis itu…
“Aisyah, masa periksa SPM dulu, gred English awak berapa, hah?”
Aisyah mengetap bibir. Sengaja aje nak mengenakan dirinya si Alif ni, bentak hati. Tapi, dah tanya depan bos, kenalah beritahu, kan? Perlahan-lahan jari disusun membuat angka 9.
Terbeliak mata Alif. “Gagal?” soalnya tidak percaya.
“Alah, awak tu pun bodoh jugak! Jadi budak dispatch, tandanya, awak bukan pandai sangat, kan? Entah-entah BI awak pun kantoi!” balas Aisyah namun dia segera menutup mulutnya. Malu sungguh bila dirinya dipandang tidak berkelip-kelip oleh Encik Syarif dan Puan Hanum.
Puan Hanum segera berpaling ke arah Alif Fizwan.
“Budak dispatch? Sejak bila…”
Encik Syarif segera memotong percakapannya. “Mama, suruh Inah tunjukkan bilik Aisyah ni. Dia dah penat. Esok baru mula bertugas. Boleh macam tu, Aisyah?”
Aisyah mengangguk tanda setuju. Dia pun berasa terlalu letih. Kalau dapat ‘landing’? Hmm… seronoknya!
………………..
Menjaga anak kecil yang langsung tidak memahami kata-katanya dan dia pula tidak langsung boleh berbahasa inggeris, memang menyulitkan. Selepas dua minggu, perkataan-perkataan yang sudah melekat di dalam kepala tentunya,
I hate you.
Bila Norazwa marah, itulah yang akan dihamburkan kepadanya. Selalu Aisyah akan balas….. akupun sama! Tapi dalam hati sahajalah.
Sebenarnya, dia bukan bencikan si kecil tetapi dia benci melihat kedegilan Awa. Pujuk, salah! Tak pujuk? Terus buat perangai. Mogok! Tak mahu makan, tak mahu minum. Namun, rasa kasihan sentiasa menghalang Aisyah daripada melantunkan kemarahan kerana dia sedar anak kecil itu sebenarnya kehausan kasih sayang. Ibu dan ayahnya sudah bercerai di England dulu. Emak Awa, Azra, jarang balik ke sini sebab ibunya, Puan Hanum selalu berleter kepadanya. Yang jadi mangsa, tentu sahaja anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu.
“Why don’t you read me a story before I sleep? Mother always did that to me, you know? I mean, when we were back there in London. Now….”
Aisyah menyeka air mata yang sedang bergenang. Tubuh kecil itu diraih ke dalam pelukannya. Rasa kasihan melihat Awa menangis membuat kelopak matanya sendiri digenangi air.
“Err…. Awa, kan kak Syah selalu bacakan kisah nabi pada Awa? Awa tidur jugak, kan walaupun kak Syah baca dalam bahasa melayu. Kan?” melihat dahi Awa yang berkerut, Aisyah menepuk dahi. “Kak Syah…I… baca…read…cerita…story?” soalnya sambil menunjukkan buku cerita di tangan.
“Baca…read?”
Aisyah senyum dan terus ketawa. Selama ini amat payah untuk Awa mengikutnya bertutur dalam BM. Cukup kental semangat penjajah itu. Tapi, selepas dua minggu, anak kecil itu mahu sebut begitu. Arghh, bestnya! Misi berjaya!
“Read book to me…baca cerita?”
“Okey, Kak Syah bacakan cerita Nabi Yunus malam ni. Kalau tak faham nanti tanya.” Begitu berkobar-kobar semangat gadis itu malam ini.
“What?” soalan itu disambut dengan jegilan kerana dia amat yakin Awa tahu erti ‘what!’
“Apa ka Syah baca… mau tidur….”
Aisyah bertepuk tangan. Gembira benar dia. Dalam tempoh dua minggu, si comel Awa sudah mahu berubah. Hmm, syukur Alhamdulillah.
7
Sejak hampir dua bulan menetap di rumah Encik Syarif dan Puan Hanum, hanya sekali dua sahaja Alif datang menjenguk bertanya khabar. Itupun sekejap sahaja. Lelaki itu seolah-olah terlalu sibuk dengan tugasnya.
Aisyah tidak pula bertanya. Dia pun tahu bahawa lelaki itu punya tanggungjawabnya sendiri. Punya keluarganya untuk ditanggung. Kalau asyik curi tulang dan datang ke rumah agam ini, bila pula masa lelaki itu bekerja?
Layanan yang diberi oleh majikan terhadapnya memang baik. Kadang-kadang Aisyah rasakan ia terlalu baik! Seolah-olah dia pekerja yang lebih istimewa daripada yang lain-lain malah dirinya memang tidak digalakkan bergaul dengan orang gaji lain terutama pekerja Indonesia, si Inah. Dengan Mak Esah, si tukang masak itupun dia tidak dibenarkan dekat. Dia pernah dimarahi oleh Puan Hanum bila satu hari dia membantu Inah menyusun pokok bunga di halaman.
Rupa-rupanya, apabila marah, suara Puan Hanum bagaikan halilintar. Memang menakutkan.
“Kerja awak jaga Awa. Saya gajikan awak untuk jaga Awa, awak faham tak ni, Aisyah?”
Kecut perut Aisyah. Itulah sekali sahaja yang dia berani ingkar. Lepas tu, tidak lagi.
Mungkin kerana dah akrab sangat dengan si Norazwa, Awa kini dah agak lancar berbahasa Melayu. Mereka sudah boleh berkomunikasi tanpa dahi Aisyah berkerut lagi.
“Esok, Awa pergi sekolah tadika. Tadika ni sekolah untuk budak kecil sebelum dia masuk sekolah….”
“Budak besar?”
Aisyah tergelak lalu memicit hidung si Awa.
“Tu sebab menyampuk apa kak Syah cakap.”
Melihat Awa turut mengekeh ketawa, hatinya senang. Wajah yang semakin berisi itu sentiasa berseri kini. Awa bukan lagi anak kecil yang murung seperti dua bulan lalu. Dia sudah boleh ketawa dan tersenyum.
“Awa mesti belajar pandai-pandai, tau. Jadi macam datuk Awa, seorang bekas akauntan yang berjaya. Macam nenek, bekas timbalan pengarah di sebuah jabatan kerajaan dan macam mummy, seorang arkitek landskap. Jangan jadi macam kak Syah, seorang pengasuh aje…..”
“But…”
Aisyah menjegilkan mata. Awa pula menyedari kesilapannya.
“Tapi, Awa suka kak Syah. Kak Syah sayang Awa.” Bisiknya sambil memeluk tubuh Aisyah.
Aisyah turut membalas dengan memeluk tubuh Awa erat-erat. Tubuh kecil itu dielus-elus penuh kasih sayang.
“Semua orang sayangkan Awa. Datuk, nenek, mummy…semua!”
“Mummy tak…”
Aisyah bertinggung di hadapan anak kecil itu. Saat ini, dia perlu membetulkan persepsi si kecil.
“Mummy sangat sayang pada Awa. Masa ni dia sibuk sikit sebab dia nak bina hidup dia bagi stabil. Bila hidup dia dah okey, baru dia boleh jaga Awa dengan baik. Awa tak boleh marah mummy, tau.”
“But I miss her. I miss her sooo much.” Rengek si kecil, menjadikan dakapan Aisyah kepadanya semakin rapat. Sungguh sedih memikirkan nasib anak yang ibu dan ayahnya bercerai ini. Kerana marahkan suami yang masih bersisa, Azra nekad menjauhkan dirinya daripada anak yang tidak berdosa. Sudah puas Puan Hanum memarahi namun Azra tetap tidak mengendahkan nasihat si ibu. Dia tetap tidak pedulikan Awa.
“Sayapun dah tak tahu nak cakap apa dah dengan dak Azra ni. Dia kahwin dengan mat saleh di London dulupun tanpa izin kami. Suami saya terpaksa bergegas ke sana untuk mewalikan dia. Azra tak pernah balik ke sini selepas kahwin. Dia berceraipun, kami tak tahu. Hanya bila adik dia pergi cari dia kat sana baru kami sedar yang dia sengaja sembunyikan diri dari kami sebab tak mahu kami tahu perangai suami dia yang suka memukul dan mendera dirinya. Nasib baik anak bongsu saya jumpa dia dan bawa mereka balik ke sini. Kalau tidak…entahlah! Dah macam orang merempat, macam tak ada keluarga si Azra tu!” cerita Puan Hanum kepada Aisyah.
Aisyah hanya mendengar. Baru dia tahu yang rupa-rupanya Puan Hanum ada dua orang anak. Azra dan seorang adik lelaki. Tapi, siapa? Dia rasa, seingatnya, anak bongsu Puan Hanum tidak pernah ditemui.
“Cuba awak bayangkan, Syah… 6 tahun umur cucu saya tapi saya tak tahu. 6 tahun cucu saya hidup macam orang asing kat luar sana. Siapapun tak dikenalinya. Geram betul!” rungut Puan Hanum lagi.
“Susah-susah nanti, Syah, bila awak kahwin dengan Alif, awak jadikan Awa anak angkat awak, ya. Biar padan muka si Azra tu. Boleh?”
Merah padam wajah Aisyah bila Puan Hanum mengaitkan dirinya dengan Alif. Kalau Alif dengar, malu!
“Alif tu dah ada makwe, puan. Nama makwe dia Mimi. Mimi tu kawan baik saya, sama kerja dengan saya kat kilang dulu.” Aisyah cuba menjelaskan perkara sebenar.
Puan Hanum kelihatan tertarik mendengar perkhabaran itu. Dia meminta Aisyah menceritakan bagaimana Alif boleh bercinta dengan Mimi. Aisyah pun apa lagi, terus sahaja memberitahu semuanya termasuklah kisah dia menyamar tempoh hari.
“Oh, macam tu! Awak rasa, diorang masih berhubung lagi?” tanya Puan Hanum.
Aisyah mengerutkan dahi. “Entah-entah dah kahwin kot. Sebab, Mimi dah tukar nombor telefon dia, puan. Dah berhenti kerja gamaknya untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.” Balasnya.
Puan Hanum ketawa. “Aisyah, Aisyah. Kalau Alif tu nak kahwin, tentu dia jemput saya. Dia kan……. kerja dengan suami saya? Mestilah kami dah lama tahu.” Tukasnya.
Ya tak ya juga, fikir Aisyah. Tapi, kenapa pula tak jadi? Mimi cakap Alif tu kekasihnya. Takkan dah putus cinta pulak?
“Saya tahu, Alif sukakan kamu, Syah.” Kata Puan Hanum sambil merenung cucunya yang manja dalam pelukan Aisyah.
“Hisy…. mana ada puan. Tak adalah!”
Puan Hanum hanya tertawa melihat kegugupan Aisyah. Dia tidak meneruskan kata-kata. Hanya tertawa dan terus tertawa.
8 – akhir
Ketika Aisyah naik ke tingkat 3, rumah agam itu, hatinya berdebar-debar. Dia sudah ditegah untuk tidak naik ke situ lama dulu. Namun dia terpaksa kerana ingin mencari Awa. Tadi dia nampak kelibat anak kecil itu berlari di sini.
Mereka sedang bermain sorok-sorok. Sangkanya, Awa akan hanya menyorok di luar atau di tingkat-tingkat bawah saja. Lupa pula memberi pesan supaya Awa tidak ke sini. Kalau Puan Hanum tahu, tentu Puan Hanum marah ni, detik hati.
“Awa…. Awa…..”
Di suatu sudut, ada sebuah pintu bilik terbuka sedikit. Aisyah tersenyum. Dia yakin Awa ada di dalam bilik itu. Lalu, pintu bilik itu ditolak perlahan-lahan.
“Awa?” panggilnya lagi. Suasana kelam menyebabkan Aisyah memetik suis lampu. Dan, sebaik lampu terpasang, dia bukan sahaja menemukan Awa yang sedang menyorok di belakang sofa namun dia juga terpandangkan gambar-gambar Alif Fizwan di merata-rata di dalam bilik itu. Dalam rasa terkejut, Aisyah merenungi satu persatu gambar-gambar itu. Ya, dia memang tidak salah. Dia tidak silap memandang. Lelaki dalam gambar itu ialah Alif Fizwan bin Sharifudin.
Aisyah memerhati ke sekitaran. Dia menggaru-garu kulit kepala. Dahinya berkerut-kerut. Setelah memahami, dia lantas menarik tangan Awa untuk turun ke bawah. Dia perlukan penjelasan.
Dalam hati, rasa terkilan. Patutlah dia tidak dibenarkan naik ke tingkat 3 ini… rupa-rupanya ada rahsia tersembunyi. Patutlah dia tidak dibenarkan rapat dengan orang gaji yang lain, ada sesuatu yang bimbang akan dibocorkan. Arghh geramnya! Bencinya!
Kebetulan pula, ketika dia turun, Alif melangkah memasuki rumah. Dia terus mendukung Awa dan meletakkan anak kecil itu duduk di atas kerusi. Dia kemudian terus mendepani Alif.
“Awak cakap betul-betul dengan saya. Kenapa awak bohong? Jangan awak nak buat-buat bodoh. Saya dah tahu siapa awak. Tadi, saya dah masuk dalam bilik awak. Saya dah nampak gambar-gambar awak. Cepat cakap! Kenapa awak buat semua ni?” soalnya sambil mendongak kerana Alif jauh lebih tinggi daripadanya.
“Alah, yang awak naik ke atas tu buat apa? Tak syoklah awak tahu cara macam ni.” Balas Alif tanpa sedikitpun rasa bersalah.
“Syok? Apa syok-syok? Tipu orang kan berdosa? Awak suka pulak, ya?” marah Aisyah. Dia geram melihat gelagat Alif yang selamba.
“Saya suka sebab awak dah tahu siapa saya jadi tak adalah saya perlu nak sorok-sorok balik ke sini dah.” Alif diam untuk melihat reaksi Aisyah. Bila gadis itu masih saja merenunginya, dia menyambung, “Syah, saya bohong awak tu bersebab tau.”
Dia menarik tangan Aisyah untuk duduk di sofa. Dia sendiri mengangkat tubuh Awa untuk diletakkan di atas ribaannya. Selepas dia mencium pipi Awa, Alif menyuruh si cilik memanggil datuk dan neneknya. Menyuruhnya memanggil mereka turun untuk mereka berbual-bual bersama-sama.
“Syah, sebaik saya nampak muka awak di fb, saya terus pergi ke Teluk Intan. Saya pergi ke kilang nak cari Hamimah tapi berwajah Aisyah. Memang siapapun tak kenallah, kan? Saya jadi pelik. So, saya pun tunggu gadis bernama Hamimah Hamid. Masa nampak dia, saya nampak awak. Jadi, saya tahulah yang Mimi guna wajah awak dalam fb dia.” cerita Alif panjang lebar.
“Habis tu, kenapa masa makan malam tu, awak tak cakap apa-apa pun?”
“Saya nak tengok lakonan awak. Tapi, awak pulak terus mengaku yang awak bukan Mimi. Saya ingat… saya ingat awak mengaku sebab awak tak mahu berkawan dengan budak dispatch.” Alif mengaku.
Aisyah semakin geram. “Lepas tu awak kawan dengan Mimi. Kata Mimi, awak dengan dia bercinta. Yang saya tak faham, kenapa awak cari saya pulak.” Soalnya.
“Tak ada bilanya kami bercinta. Dia tak sudi kawan dengan saya yang miskin ni.” Alif memberitahu.
“Iya? Habis tu kenapa dia cakap awak dengan dia sedang berasmaradana pulak?” Aisyah masih tidak dapat memahami.
“Buat apa nak fikir tentang dia, Syah? Dia tipu awak aje, sengaja nak tunjuk yang dia ada pakwe sedangkan awak masa tu berkurung dalam rumah. Tu aje. Toksahlah beria-ia fikirkan tentang kawan awak tu. Sekarang ni, saya nak tanya awak. Awak suka tak tinggal di sini?” tanya Alif dengan wajah yang serius.
“Suka. Mak dengan ayah awak baik malah semua orang baik dengan saya. Tentulah saya suka tinggal dan bekerja di sini.” Balas Aisyah penuh naif.
Alif menepuk dahi. Ni, bukan setakat gagal English, BM pun tak tentu lulus, kutuknya dalam hati. Tapi, apa hendak dibuat, kan? Dah hati sangat berkenan…. redalah menerima Aisyah seadanya…..
“Aisyah, anak saya tanya, sama ada awak sudi kahwin dengan dia ataupun tidak. Dia memang dah lama tahu yang awak suka bekerja dengan saya. Kalau tidak, dah lama awak mintak berhenti kerja, betul tak?” Puan Hanum mencelah. Geli hati melihat Aisyah yang masih tidak dapat menangkap hajat tersirat di sebalik ungkapan lamaran.
“Awak nak kahwin dengan saya, Alif?” tanya Aisyah setelah memahami kata-kata Puan Hanum.
“Awak? Awak sudi kahwin dengan saya?” soal Alif sambil mengukir senyuman manisnya.
“Malu arr nak jawab!” balas Aisyah sambil tersipu-sipu menyebabkan semua orang ketawa.
………………………..
Begitulah kisah cintaku dimukabuku. Dah selalu sangat aku buat cerita yang penuh saspen, suka duka, air mata, bahagia, tangis, maka kali ini aku mengubah stail sikit. Tidak ada ketegangan perasaan…. hanya gembira dan bahagia gadis bernama Aisyah yang menjadi pilihan Alif Fizwan setelah jatuh cinta hanya melihat gambar gadis itu di fb. Tapi awas, ini hanya sebuah kisah. Realiti tidak selalu indah. Jangan terpedaya janji manis bak gula. Di luar sana, yang beristeri mengaku bujang. Yang bersuami mengaku dara. Yang tua mengaku muda. Demi nafsu, segala direlakan. Tuhan beri kita akal, gunakanlah. Tuhan beri kita nafsu, berwaspadalah….
»»  READMORE...

Makwe aku??Brutal gilerr

Oleh : Akko_Mikotyra

Bum!!!Sarah menghempaskan beg sandang yang dibawanya ke atas meja. Semua mata di kelas Muzik2u tertumpu ke arahnya.
“Yang korang pandang aku macam tak puas hati, pehal plak? Nak gaduh cakap.”marah Sarah. Ditarik kerusi dan dilabuhkan punggung di atasnya. Semua orang kembali menyambung tugasan masing-masing. Tidak berani lagi memandangnya.
“Kau pehal beb? Masuk je kelas nak marah-marah. Kau datang bulan ea?”soal seorang pemuda sambil tersengih. Dia duduk bersebelahan Sarah.
“Banyak lah kau punya datang bulan. Sekali aku sepak kau sampai ke bulan, baru kau tahu.Barulah betul-betul datang bulan namanya.”Sarah menjeling Arin. Bengap punya Arin. Tanya soalan budak tadika. Baju aku ni dah mengalami proses saintifik iaitu proses penukaran warna, takkan tu pun kau tak nampak.
“Gua tanya lu baik-baik, tapi lu balas kasar-kasar. Cuba lu bagitau dekat gua apa masalah lu.”Arin cuba berlembut. Sarah bangun dari kerusi dan menghadap Arin.
“Mata kau tu letak dekat mana Arin? Dekat tapak kaki, ha? Kau tak nampak ke baju aku ni macam apa? Dah bertukar warna tau tak. Dari putih macam kain kapan bertukar jadi warna lopak.”marah Sarah.Arin hanya tersengih. Ish dia ni. Suka sangat sengih macam kerang busuk. Aku sumpah kau jadi bapak kerang yang paling busuk sedunia baru tau. Time tu, sebarang rayuan simpati akan di tolak serta merta.
“Oh pasal baju kau ni. Aku nampak. Aku ingatkan, kau saja je pakai. Apa lidah orang melayu cakap? Ha, pesyen. Pesyen dari planet Uthopia.”Sarah menjegilkan matanya. Ek eleh mamat ni. Aku bagi kau makan kasut aku yang tak dibasuh selama sebulan kang, baru tau. Segala tahi kucing plus tahi ayam dan tahi cicak dah melekat kat bawah kasut aku ni. Tinggal masa untuk disumbat ke dalam mulut orang-orang yang terpilih sahaja.
“Kau jangan nak banyak cekadak eah Arin. Baik kau blah sekarang sebelum kaki aku ni menjalankan tugasnya untuk menyepak orang. Berambus.”Sarah duduk kembali. Dia menarik nafas sedalam yang boleh. Apabila terkenang kembali peristiwa dihadapan kelas Muzik2u, hatinya kembali panas. Lebih panas dari biasa. Hot fm pun tak sepanas ni.
“Yelah, yelah. Aku pergi ni. Kalau dah bersedia nak share story, call aku. Sharing is caring.”Arin mengenyitkan matanya lantas berlalu pergi. Share dengan kau?Euu, please lah. Bukan aku tak tahu kau tu ada kurap plus panau and berak berdarah. Oh no!!!
**********************************************************************
Arin dan Sarah berjalan masuk ke dalam sebuah shopping complex yang terkenal di bandar itu. Mereka bercadang untuk menonton wayang dan bermain bowling. Arin melihat Sarah yang sedang beratur untuk membeli popcorn. Penampilan Sarah hari ini dirasakan amat cantik tetapi simple. Itulah identiti Sarah. Simple but gorgeous. Sarah memakai baju berwarna pink dan seluar jeans yang berwarna hitam. Kepalanya pula hanya dlitupi dengan sehelai selendang yang senada dengan bajunya. Kulitnya yang cerah membuatkan penampilannya lebih terserlah.
“Nah, satu untuk kau, satu untuk aku.”Sarah menghulurkan popcorn dan air coke kepada Arin. Arin menyambutnya.
“Terima kasih.”ujar Arin sambil tersenyum.
“Kasih diterima”Mereka ketawa sejurus selepas itu.
»»  READMORE...

Loved or Unloved?

Oleh : ZH Qiesyah

Rancak sungguh mereka berbual sambil melangkah keluar dari pusat membeli-belah itu. Sesekali tawa meletus antara mereka. Entah apa yang dibualkan mereka hanya mereka sahaja yang tahu. Gadis yang bertudung itu membetulkan tudungnya yang dirasanya kurang selesa. Dan dia menolak sedikit cermin mata yang dipakainya. Dia kembali memandang rakannya di sebelah yang masih asyik berceloteh. Sesekali dia menganggukkan kepalanya. Mereka terus melangkah. Melintasi jalan yang agak lengang. Dan tiba-tiba kedengaran enjin motor yang agak kuat. Sengaja dideramkan di belakang mereka. Gadis itu berpaling sedikit. Jelas dia kurang senang dengan bunyi itu. Sebuah motor berkuasa besar sedia berada di belakangnya. Dia merengus kurang senang seraya kembali memandang temannya yang turut sama memandang ke arahnya.
Dan saat motor itu memakirkan motornya di antara motor-motor lain dia berpaling lagi. Wajahnya jelas terlukis riak kurang puas hati. “Aku taulah motor dia besar. Tak yahlah nak berlagak.” Katanya perlahan. Sempat dia mengerling ke arah empunya motor itu. Namun wajahnya tidak kelihatan kerana topi keledar yang dipakainya ditutup dengan razor. Pada masa yang sama si penunggang itu mengangkat muka. Turut sama memandang ke arahnya. Dan cepat-cepat dia mengalihkan pandangan. Takut kalau-kalau si penunggang itu terdengar apa yang dikatakannya sebentar tadi. Huh! Berlagak! Getus hatinya lagi.
“Dahlah tu.” Temannya itu bersuara, tersenyum sahaja. Dan gadis itu pula terus melangkah laju. Masih membawa rasa tidak puas hati bersamanya.
*
Dia melangkah perlahan. Sesekali dia membetulkan beg yang di galasnya di belakang. Sempat pula dia membelek buku tebal di tangannya. Membaca beberapa baris ayat yang tertulis di muka surat pertama buku itu. Dia menggelengkan kepalanya. Mak aih, banyak betul nak baca ni! Dia menghela nafas panjang. Tiba-tiba telinga menangkap keriuhan tidak jauh darinya. Cepat-cepat dia mengangkat muka, memandang ke arah sesusuk tubuh yang tinggi lampai berlari ke arahnya. Dia kehairanan. Kenapa pulak tu? Soalnya sendirian. Dan dia terkaku seketika apabila tubuh tinggi yang lampai itu berhenti betul-betul di hadapannya. Matanya memandang tepat ke arah pemuda yang sudah pun berlutut dan tangannya menyuakan sekuntum bunga mawar berwarna merah kepadanya.
“Saya sukakan awak. Tolonglah sudi jadi teman wanita saya.” Katanya lantang sambil mata pemuda itu memandang tepat ke wajahnya dengan senyuman yang cukup manis terukir di bibir. Setiap orang yang melalui koridor itu berhenti sejenak, memandang ke arah mereka dan mula berbisik sesama mereka. Dia meneguk liur yang mula terasa kelat. Biar betul mamat ni. Masih berasa ragu-ragu.
“Tolonglah!” katanya lagi. Masih setia menghulurkan bunga itu kepadanya. Lambat-lambat dia mencapai bunga itu walhal dia tidak pasti dengan apa yang dilakukannya. Dan saat bunga merah itu berada di tangannya, pemuda itu bangun dan memandang wajahnya dengan garis kelegaan yang jelas terlukis di wajahnya.
“Thanks!” ucapnya sambil menggenggam jemari gadis itu erat. Dan si gadis yang kehairanan itu masih lagi asyik memandang wajah yang cukup comel di hadapannya itu. Gadis itu menggenggam jemarinya. Terasa seperti dia dipermainkan. Tinggi tanggannya diangkat lalu dengan selamba dan dengan wajah yang tiada reaksi dia mengetuk kepala pemuda itu dengan buku tebal yang sudah tergenggam erat di tangan kanannya. Pemuda itu mengaduh, terasa sakit dan pedih di kepala.
“Aku tak kenal kau la!” herdiknya, kasar dan lantang sekali suaranya. Terus berlalu dan langsung tidak berpaling memandang ke arah pemuda itu yang sudah membuka langkah mengejarnya. Hatinya terasa panas. Huh! Ada hati nak mainkan aku. Salah oranglah! Fikirnya. Namun jemarinya masih erat menggenggam bunga mawar pemberian pemuda itu. Huh…! Siapa-siapa sajalah mamat tu. Suka-suka je kata suka kat aku? Hatinya merengus sakit hati.
“Nik!” panggilan itu tidak dihiraukannya malahan langkah kakinya semakin laju.
Pemuda itu tunduk memandang kaki sendiri. Jemarinya digenggam erat. Kepalanya yang terasa sakit kerana dipukul itu disentuhnya. Dia menghela nafas panjang. Perlahan-lahan dia meleraikan genggaman tangannya lalu meletakkan jemarinya rapat ke dadanya. Terasa debaran jantungnya yang laju berdetap. Wajah gadis itu masih lagi bermain di matanya. Dia menarik nafas panjang. Baiklah! Esok aku akan cuba lagi. Bisik hatinya yakin. Senyumannya terukir, manis sekali. Sesungguhnya dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat bersama dengan gadis itu.
Di rumah, Nik menghempas begnya ke sofa lalu menghenyakkan punggungnya ke sofa itu. Masih terbayang wajah dan senyuman pemuda itu di ruang matanya. Dia mengertap bibir. Terasa sakit hati. Pada masa yang sama otaknya ligat berfikir siapakah pemuda itu? Tudung yang dipakainya di buang lalu di lemparkan ke atas begnya, kepala yang tidak gatal digarunya berkali-kali. Matanya terpandang pula bunga mawar tidak jauh darinya itu. Kali pertama seumur hidupnya dia menerima sekuntum bunga dari seorang pemuda. Malahan pemuda yang tidak dikenalinya. Dia menghela nafas panjang. Menyampahnya!!! Jeritnya dalam hati.
“Hei, kau ni kenapa? Emo semacam je aku tengok.” Sapaan itu mengejutkannya. Dia mengangkat muka memandang temannya yang baru muncul dari dapur. Dia hanya tersenyum nipis, tidak berminat untuk menjawab sebarang persoalan yang bakal ditanya kepadanya. Temannya itu terus melangkah mendekatinya lalu melabuhkan punggung di sebuah lagi sofa tidak jauh darinya. Dipandangnya teman serumahnya itu dengan padangan hairan. Jarang sekali Nik pulang dengan wajah sebegitu melainkan kalau ada sesuatu yang telah berlaku terutama sesuatu yang tidak disukainya terjadi.
“Wah! Bunga!” katanya saat dia terpandangkan bunga itu di atas meja. Nik hanya mencebik tidak berminat untuk bercerita. Senyuman temannya itu meleret dan Nik hanya berpura-pura tidak tahu dengan maksud senyuman temannya itu.
“Mana dapat?” soalnya dengan senyuman meleret di bibir. Dia meneguk air dari gelasnya sambil matanya masih memandang tepat ke arah Nik yang sudah memejamkan matanya.
“Orang gila bagi.” Selamba sahaja jawapan itu keluar dari mulutnya. Temannya itu masih memandangnya namun kali ini dengan pandangan curiga. Nik merengus lagi. Terasa kurang senang. Wajah pemuda itu mengetuk benaknya lagi. Argh!!!!
“Aku naik dulu.” Katanya pendek mencapai beg dan tudung lalu melangkah mendaki tangga menuju ke biliknya di tingkat atas rumah sewa dua tingkat itu. Langkahnya berat dan sarat dengan rasa kurang senang. Bunga itu di tinggal sahaja di atas meja di ruang tamu itu malah meninggalkan seribu pertanyaan di benak teman serumahnya itu.
*
Sesekali dia memandang jam di pergelangan tangan kirinya. Hampir menginjak pukul 12.30 tengah hari. Dia berpeluk tubuh. Sesekali dia menyanyi perlahan sambil matanya memandang setiap orang yang lalu lalang di koridor itu. Sesekali dia tersenyum saat mereka memandang ke arahnya dan mereka membalas senyumannya. Dia membetulkan rambutnya yang terikat kemas ke belakang. Dia memandang jam tangannya lagi. Masih menunggu di koridor itu penuh kesabaran.
Tak lama kemudian kedengaran tawa dan suara orang berbual dan tidak lama kemudian pintu dewan kuliah tidak jauh darinya di buka dari dalam. Dia berdiri tegak. Memandang setiap wajah yang keluar dari bilik itu dengan senyuman dan penuh kesabaran. Dan apabila terpandangkan seraut wajah yang ditunggunya itu muncul, dia cepat-cepat mendapatkan gadis itu.
“Nik!” panggilnya. Senyumannya semakin lebar dan wajahnya yang putih melepak itu bertukar kemerahan. Jantungnya sudah berdetap hebat. Gadis yang sedang asyik ketawa bersama teman-temannya itu mengangkat muka, memandang wajahnya. Tawanya mati serta merta dan raut wajahnya turut berubah. Nik merengus kurang senang.
“Kitorang gerak dulu.” Kata teman-teman gadis itu. Sempat mengangkat tangan dan berlalu meninggalkan mereka. Nik hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum hambar. Dia kembali memandang pemuda di hadapannya yang jelas kelihatan gemuruh. Dia menarik nafas panjang.
“Kau lagi? Kau nak apa?” soalnya, dingin. Tajam sekali dia memandang pemuda itu. Pemuda itu masih tersenyum lebar. Dipandangnya Nik yang sudah berpeluk tubuh.
“Saya nak jumpa awaklah!” balasnya, lembut sekali nadanya dipendengaran Nik. Nik menggelengkan kepalanya. Tidak sangka yang pemuda itu benar-benar memaksudkan kata-katanya semalam. Pemuda itu pula semakin resah apabila Nik hanya diam tanpa kata. Malah dia terus berpaling dan melangkah meninggalkan pemuda itu yang terkulat-kulat mengikuti langkah kakinya. Benar-benar tidak tahu apakah yang bermain di fikiran gadis itu.
“Nik…! Saya betul-betul sukakan awak.” Katanya lagi saat itu berjaya menyaingi langkah gadis itu. Langkah kaki Nik mati serta merta. Dia mengangkat muka memandang pemuda yang sememangnya tinggi darinya itu. Wajahnya tidak terlukis sebarang reaksi. Kaku dan kosong.
“Dengar! Aku tak kenal kau pun. Jadi jangan suka-suka hati luahkan perasaan kau tu dekat aku.” Katanya, masih dengan nada dinginnya. Wajah pemuda itu berubah sedih. Senyumannya bertukar hambar dan wajahnya sayu sahaja saat Nik berkata begitu. Dan entah mengapa pula Nik berasa bersalah apabila terpandangkan wajah sunggul di hadapannya itu. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu mengalihkan pandangannya. Tidak tahu bagaimana harus dia katakan kepada pemuda itu tentang rasa bersalahnya.
“Saya sanggup tunggu sampai awak sukakan saya. Betul!” kata pemuda itu, yakin tetapi perlahan sahaja suaranya. Nik kembali memandang pemuda itu. Masih rasa bersalah namun dia hanya menyembunyikan sahaja rasa bersalahnya itu di sebalik wajahnya yang tanpa reaksi itu.
“Saya Dani.” Katanya lagi. Senyumannya masih hambar namun wajahnya tetap manis dipandang. Nik memandang jemari yang cantik itu dengan pandangan kosong. Dia hanya menganggukkan kepalanya namun huluran salam itu tidak disambutnya. Lambat-lambat Dani menarik tangannya lalu digenggamnya erat. Dia memandang kakinya sendiri. Terasa sedih dan kecewa dengan layanan dingin Nik itu.
“Aku kena balik sekarang. Lain kalilah kita jumpa.” Beritahu Nik perlahan. Dia langsung tidak memandang pemuda di hadapannya itu. Dani sedikit tersentak dengan kata-kata itu. Dia mengangkat muka, memandang Nik yang hanya berpeluk tubuh. Senyumannya kembali melebar. Sesungguhnya dia tahu yang dia berpeluang bertemu gadis itu lagi. Hatinya berbunga bahagia. Nik mengerling, memandang Dani dengan ekor matanya. Cepat-cepat pemuda itu menganggukkan kepalanya. Nik pula masih berlagak cool.
“Pergi dulu.” Katanya selamba dan terus berlalu. Sempat juga dia berpaling sedikit memandang Dani yang menghantar langkahnya dengan senyuman lebar di bibir. Isk! Biar benar mamat ni! Getus hati Nik. Masih kurang yakin.
Dani memandang langkah Nik itu dengan satu harapan baru dalam dirinya. Senyumannya melebar lagi. Disentuhnya pipinya yang terasa kepanasan itu dan kemudian dadanya yang semakin reda debarannya. Dia menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya Nik masih sudi menegurnya. Bukankah itu satu tanda yang baik? Dia bertanya dirinya sendiri. Saat itu juga bahunya ditepuk dari belakang. Dia berpaling. Memandang dua orang teman baiknya yang hanya menggelengkan kepala. Dani hanya tersenyum memandang mereka yang pastinya tidak tahu mengapa pemuda itu beria-ia benar ingin berkenalan dengan Nik.
*
Nik melangkah keluar dari kelas itu dengan senyuman malah dia ketawa dengan senang hati. Teman-temannya pula enak ketawa mendengar cerita lucunya yang tidak pernah kering. Dan saat satu suara menyapa cerita dan tawa Nik mati serta merta. Dia mengangkat muka memandang Dani yang sudah setia menunggu di hadapan kelas itu. Dan teman-temannya itu terus berlalu meninggalkan mereka. Seminggu berlalu sejak Nik bersutuju untuk keluar bersama Dani. Dan pemuda itu pula asyik tersenyum dan sentiasa setia menunggu Nik keluar dari kelasnya. Malah dia asyik bercerita walaupun Nik langsung tidak memberikan reaksi dan gadis itu langsung tidak memberitahu tentang perasaannya terhadap Dani. Mungkin masih terlalu awal. Fikir Dani.
“Hai!” sapanya. Nik hanya menganggukkan kepalanya. Seperti biasa tiada segaris senyuman pun yang terukir di bibirnya dan dia langsung tidak memandang wajah Dani. Dani langsung tidak kisah tentang itu dan senyuman ikhlasnya tidak pernah mati. Nik terus melangkah, dan Dani lambat-lambat membontoti langkah Nik itu. Dia menyanyi senang hati. Langkah Nik mati dan dia memandang Dani yang melangkah di belakangnya. Dani memandang Nik yang sudah merenungnya.
“Beg aku berat. Kau tolong bawakan.” Katanya selamba sambil menghulurkan beg galasnya kepada Dani. Dan Dani dengan senang hati menyambut beg itu dari tangan Nik tanpa banyak soal. Beg itu terus disangkutnya ke bahu. Dia langsung tidak kisah walhal dia juga sedang mengendong begnya yang sarat dengan buku. Dia hanya memandang Nik yang sudah melangkah meninggalkannya, dan cepat-cepat dia melajukan langkahnya menyaingi Nik. Nik pula tidak ambil peduli langsung apa yang Dani fikirkan tentangnya. Lantaklah!
“Nik! Awak free tak Sabtu ni?” soalnya dengan senyuman meleret. Nik hanya memandang wajah Dani yang sudah kemerahan itu dengan ekor mata. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya. Wajah Dani semakin berseri-seri. Dia tertawa senang. Nik kembali memandang ke hadapan.
“Keluar nak?” soal Dani lagi. Dia masih setia memandang Nik.
“Okey!” pendek sahaja jawapan itu keluar dari mulut Nik, pendek dan perlahan namun masih jelas di telinga Dani. Hati Dani melonjak gembira. Yesss! Jeritnya dalam hati.
“Saya jemput awak kat rumah nanti.” Beritahunya dengan nada gembira dan senang hati. Nik hanya menganggukkan kepalanya tanpa kata. Tapi itu sudah cukup bagi Dani, asalkan Nik sudi dia tidak kisah walaupun gadis itu tidak banyak bicaranya bersamanya. Satu hari nanti dia akan terima aku. Getus hati Dani, yakin.
Dan saat tiba di rumah sewa dua tingkat itu, Nik telah disambut oleh teman-teman serumahnya yang setia menunggu di ruang tamu dengan senyuman yang penuh makna. Nik tidak ambil pusing dengan pandangan mata teman-temannya itu. Terus melangkah dan melabuhkan punggung ke sofa. Mahu menghilangkan rasa penat kerana seharian di kelas. Tiba-tiba salah seorang dari teman-temannya itu mendekatinya lalu melabuhkan punggung di sebelahnya. Senyumannya meleret dan pandangan matanya menikam wajah Nik. Nik hanya menjeling ke arah temannya itu. Apahal pula ni? Dia tertanya sendirian.
“Siapa mamat tu?” soalnya tiba-tiba. Nik sedikit tersentak, namun tetap berpura-pura seolah-olah dia tidak mengerti siapakah yang dimaksudkan oleh temannya itu. Dia hanya menjungkit bahu. Dan lambat-lambat dia membuka tudung yang dipakainya. Rambutnya yang separas bahu itu diikat ke belakang. Temannya itu menghela nafas kurang senang dengan reaksi Nik itu. Diciutnya bahu Nik dan gadis itu memandangnya kurang senang.
“Eleh! Jangan buat tak tahu pula. Kau tahu siapa yang aku maksudkan, kan?” sindirnya. Dan baru sahaja Nik ingin membuka mulut membalas sindiran itu. Seorang lagi temannya mencelah. Pandangan Nik beralih ke arahnya yang sudah bersila di hadapannya.
“Entah! Kitorang nampaklah Nik. Mamat tu tunggu kau hari-hari depan kelas kau, kan?” katanya. Senyumnya manis sekali. Nik terkedu. Tidak tahu apa yang harus dia katakan. Dia menggelengkan kepalanya, serta merta dia ketawa dengan tawa yang dibuat-buat.
“Siapa-siapalah yang korang nampak tu. Mana ada orang tunggu aku depan kelas.” Dalihnya. Menggaru kepala yang tidak gatal. Senyuman yang terlukis di bibirnya jelas menunjukkan yang dia mengukir senyuman paksa. Teman-temannya mencebik. Huh! Nak berdalih lagi tu.
“Sayang, mamat tu glamer tau kat kolej kita tu. Jadi cerita pasal kau dengan dia tu dah tersebar la. Semua orang dah tahu. Baik kau terus-terang je.” Sindir temannya yang duduk di sebelahnya itu sambil menepuk bahu Nik mesra. Nik memandangnya tidak percaya. Glamer ke? Getus hatinya, kurang pasti. Beria-ia benar temannya itu menganggukkan kepalanya. Serta merta dia rasa geli hati dan tawanya meletus. Mereka memandangnya hairan dengan tawanya itu.
“Kau gelak kenapa?” soalnya hairan. Nik menekan perutnya dan menutup mulutnya dengan tangan kanannya. Matanya mula berair kerana terlalu banyak ketawa.
“So, kau nak bagitahu aku yang ramailah pompuan suka kat dia?” soal Nik bersahaja. Dia berpeluk tubuh dan seraya berdiri. Dipandangnya wajah teman-temannya yang masih setia memandangnya dengan pandangan hairan. Dia menganggukkan kepalanya sambil menarik nafas dalam-dalam. Dia membelakangi mereka.
“Maknanya… pompuan-pompuan semua tu bodohlah, kan?” katanya separuh mengejek. Dia kembali memandang teman-temannya. Senyuman sinis terukir di bibirnya dan jari telunjuknya menyentuh cermin mata yang dipakainya dan sebelah lagi tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Cuba berlagak cool.
“Kenapa kau cakap camtu plak?” soal temannya yang bersila itu sambil bangun dan melabuhkan punggung di sofa. Nik tertawa mengejek. Wajahnya sudah berubah warna dan senyuman sinisnya semakin lebar.
“Sebab mamat tu buta. Kau tau BUTA.” Katanya agak kasar. Tajam pandangan matanya memandang wajah teman-temannya yang sudah saling berpandangan. Dan pada Nik pula wajah Dani kembali bermain di matanya. Huh, tak guna! Getusnya. Dia terus mencapai begnya lalu dengan langkah yang kasar dia melangkah ke tingkat atas. Mereka menggelengkan kepala, tidak sangka yang Nik akan berkata begitu. Entah di mana salahnya mereka, mereka sendiri kurang pasti.
Nik menghempaskan begnya ke lantai lalu menghenyakkan punggungnya ke katil. Masih berasa sakit hati, kerana Dani teman-temannya mula mengusik. Hakikatnya dia langsung tidak mengenali siapa Dani itu sebenarnya. Sekadar mengetahui nama dan perasaannya terhadapnya sahaja. Selebihnya, Dani masih lagi misteri. Dia menghela nafas kurang senang. Tangannya dikepal-kepalkan lalu dia menumbuk-numbuk tilam empuknya itu. Dan saat itu juga kedengaran pintu biliknya diketuk dan dia hanya membisu. Perlahan-lahan pintu itu dikuak dari luar dan wajah teman serumahnya muncul di balik pintu.
“Hei, kau marah?” soalnya perlahan. Nik hanya membisu. Dipandangnya temannya itu lalu mengukir senyuman paksa. Lambat-lambat temannya itu mendekatinya lalu duduk di sisinya, di satu sudut katil itu.
“Sorry lah. Kitorang just nak tau je. Kalau kau tak nak kongsi takpe.” Beritahunya. Lembut sahaja suaranya memujuk. Nik menarik nafas dalam-dalam. Dia mula rasa bersalah kerana bersikap kasar terhadap temannya itu.
“Takpelah.” Katanya perlahan. Namun nadanya agak dingin. Ditolaknya rambutnya ke belakang apabila beberapa helai rambutnya jatuh ke dahi. Lama dia membisu.
“Aku just confius. Kau pun cakap mamat tu glamer, tapi kenapa dia sukakan aku? Aku takleh terimalah. Serious!” katanya. Wajahnya bertukar serius. Dipandangnya temannya itu yang sudah tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
“Okey apa? Kau pun comel jugak apa.” Katanya. Nik mencebik dan terus berdiri. Wajahnya semakin serius, senyumannya mati terus.
“Kau jangan buat gilalah. Kau tengok betul-betul aku ni. Serius aku memang tak sesuai dengan dia.” Katanya. Namun kali ini nadanya berubah sedih seolah-olah ada rahsia yang disimpannya sendirian. Temannya itu mengangguk, mengerti dengan apa yang dikatakannya. Sedar yang Nik sememangnya kurang yakin dengan dirinya sendiri dan dia tidak tahu apa yang harus dia katakan pada temannya yang sememangnya keras kepala itu. Lama Nik membisu sambil menekur lantai.
“Ila, kau tolong aku boleh?” soalnya. Wajahnya bertukar ceria. Temannya itu terkedu sebentar. Dipandangnya wajah Nik yang tiba-tiba berubah mood itu. Tahu benar ada sesuatu yang bermain di fikiran gadis itu. Melihatkan reaksi Ila yang memandangnya dengan pandangan curiga, cepat-cepat Nik mencapai tangan temannya itu lalu mengenggamnya erat. Ila pula mula berasa kurang senang dengan senyuman Nik itu.
“Kau jangan nak buat gilalah.” Ujarnya, kurang senang. Nik hanya ketawa. Sememangnya Ila memang memahami dirinya. Temannya itu menggelengkan kepalanya. Tidak sanggup untuk terlibat dengan idea gila Nik itu. Nik mencebik apabila Ila merentap tangannya kasar.
“Aku just nak tau dia betul-betul ikhlas ke tak. Tu jelah.” Katanya perlahan. Dipandangnya wajah Ila dengan penuh berharap. Ila menggegelengkan kepalanya, sesungguhnya dia tidak sanggup mempermainkan seseorang. Namun, apabila terpandangkan wajah Nik itu dia jadi serba salah. Hish, menyusahkan betullah!
*
“Hei!” pendek sahaja sapaan Nik itu. Dani mengangkat muka memandang Nik yang baru muncul di hadapan pintu rumah itu. Dani mengangkat tangannya sambil bibirnya menguntum senyuman yang cukup manis. Dan Nik seperti biasa tidak mengukir segaris senyuman pun untuk pemuda itu. Lambat-lambat dia mendekati Dani yang sudah setia menantinya di luar rumah itu. Pemuda itu menyandarkan tubuh tegapnya ke keretanya.
“Aku ajak kawan aku sekali. Kau tak kisah, kan?” katanya selamba. Matanya tajam merenung wajah Dani yang kemerahan itu. Serba salah pemuda itu ingin menganggukkan kepalanya. Nik hanya tersenyum sinis.
“Baguslah!” katanya tanpa ambil peduli tentang apa yang dirasakan oleh pemuda itu saat itu. Dan tak lama kemudian seorang lagi gadis keluar dari rumah itu, dan dia terus melangkah mendapatkan keduanya yang sudah menunggu. Senyumannya manis dan Dani membalas senyuman itu ikhlas.
“Ila. Awak Dani, kan?” Beritahu gadis manis itu sambil menghulurkan tangannya. Dani memandang tangan itu lama sebelum menyambutnya serba salah. Mata Nik masih lagi mengawasi setiap gerak gerinya. Dani hanya menganggukkan kepalanya, mengiakan. Salam itu dileraikan dan dengan sopannya Dani membuka pintu hadapan untuk Nik, dan tanpa banyak soal Nik melabuhkan punggungnya tanpa mengucapkan terima kasih. Dan tatkala dia membukakan pintu penumpang belakang untuk Ila, gadis itu mengucapkan terima kasih dengan senyuman manisnya.
Sepanjang perjalanan mereka hanya membisu. Dan Nik langsung tidak bersuara dan hanya melontarkan pandangannya ke luar tingkap kereta itu. Dani pula sesekali menjeling ke arah Nik di sebelahnya. Hatinya mengeluh berat. Susah payah dia mengumpul segala kekuatan untuk mengajak gadis itu keluar namun akhirnya Nik mengajak temannya bersama. Hilanglah peluang nak kenal dengan lebih dekat. Getus hatinya kecewa. Ila pula sedar kekecewaan yang terlukis di wajah Dani itu, dan dia benar-benar bersimpati dengan pemuda itu. Dia menggelengkan kepalanya. Hish, Nik ni betul-betul nak kenakan budak ni agaknya! Getusnya.
“Kita pergi minum-minum dulu nak?” kata Dani, memecahkan kebisuan antara mereka. Nik hanya mengangguk. Dani memandang Nik dengan pandangan penuh berharap, namun Nik hanya berpura-pura tidak ambil kisah tentang pandangan Dani itu. Ila menggelengkan kepalanya. Nik! Dia memarahi temannya itu, namun hanya dalam hati.
“Okey jugak.” Balas Ila, semuanya kerana kasihan pada perlawaan Dani yang tidak diberi sebarang respon itu. Dani memandang Ila melalui cermin pandang belakang kereta. Senyuman manis terukir di bibirnya dan Ila hanya membalas senyuman itu.
Kereta milik Dani terus meluncur di jalan yang agak sibuk itu. Akhirnya mereka tiba di sebuah pusat beli-belah dan Dani terus memarkirkan keretanya di tempat letak kereta di bahagian bawah tanah pusat beli-belah itu. Nik terus keluar tanpa kata. Tangannya diseluk ke dalam saku, seperti biasa berlagak cool. Dani hanya memandang Nik dengan pandangan sedih namun dia masih tersenyum manis. Dia memang takkan pandang aku sampai bila-bila ke? Fikirnya.
Tanpa menunggu Dani dan Ila, Nik terus melangkah ke lif yang terdapat tidak jauh dari tempat mereka meletakkan kereta. Dani dan Ila saling berpandangan. Jelas terlukis garis kekecewaan di wajah Dani namun dia masih cuba menyembunyikan perasaan kecewanya itu. Tanpa sedar, Ila menepuk bahu pemuda itu. Memintanya bersabar. Dani hanya tersenyum tawar. Ila benar-benar hairan dengan sikap Nik itu. Dia sendiri tidak mengerti mengapa Nik melayan Dani sebegitu sedangkan dia bukanlah jenis orang yang mempunyai sikap seperti itu. Kalau tak suka sekalipun Nik masih cuba melayan orang yang tak disukainya itu dengan baik. Tapi mengapa tidak dengan Dani. Ila kebingungan.
Mereka melangkah ke sebuah restoran yang terletak di tingkat tiga pusat beli-belah itu. Nik menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di kerusi itu. Ila masih berasa tidak puas hati dengan sikap Nik itu. Namun Dani langsung tidak menunjukkan yang dia ambil kisah tentang sikap Nik yang dingin terhadapnya itu. Dan tanpa banyak soal Dani terus melabuhkan punggung di sebelah Nik. Nik hanya mengerling dengan ekor mata saat Dani duduk di sebelahnya. Ila pula duduk menghadap Dani dan Nik.
“Aku nak pergi tandas kejap.” Beritahu Nik tiba-tiba. Dia terus bangun belumpun sempat Dani bersuara. Nik memandang Ila dan berdehem. Sempat juga dia mengenyitkan matanya pada temannya itu. Dani yang tidak tahu apa-apa hanya memandang keduanya kehairanan. Nik pula terus berlalu meninggalkan mereka. Dan apabila Nik hilang dari pandangan mata, Ila terus bangun dan melabuhkan punggungnya di sebelah Dani. Serba salah pemuda itu dibuatnya. Dia memandang Ila dengan senyuman paksa terukir di bibirnya. Dan entah mengapa pula Ila berasa seronok melihat wajah kalut Dani itu. Dia menahan diri dari tergelak. Sesungguhnya dia tidak menyangka yang Dani akan memberikan reaksi seperti itu.
“Kenapa awak suka sangat Nik tu? Dia bukan lawa pun.” Kata Ila selamba. Matanya tajam memandang Dani yang keresahan itu. Dani sedikit tersentak dengan kata-kata Ila itu. Dipandangnya wajah Ila dengan rasa tidak percaya. Tidak menyangka yang gadis itu akan berkata begitu tentang rakannya sendiri. Dani menggelengkan kepalanya tidak percaya. Ila sedikit hairan dengan maksud gelengan Dani itu.
“Dia kawan awak, kan? Kenapa awak cakap macam tu pasal dia?” ujar Dani kurang senang. Lembut sahaja tuturnya namun senyumannya mati saat itu. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia kurang senang dengan kata-kata Ila itu.
“Saya tak suka orang mengata dia. Bagi saya dia tetap cantik dan comel. Jadi jangan pertikaikannya lagi.” Sambungnya lagi. Wajahnya serius dan tegas sekali kata-katanya. Ila menutup mulutnya. Tidak sangka yang pemuda itu akan berkata begitu. Dani mengalihkan pandangannya. Dia tunduk sahaja merenung jemarinya sendiri. Ila tertawa kecil dan terus bangun dari kerusi itu. Dani sedikit hairan dengan tawa Ila itu, dipandangnya gadis itu yang sudah pun melabuhkan punggung di tempatnya semula.
“I bet awak mesti betul-betul sukakan dia, kan?” soal Ila tenang. Senyumannya manis dan lambat-lambat Dani menganggukkan kepalanya. Ila meletakkan kedua belah tangannya ke pipinya. Benar-benar terharu dengan keyakinan Dani itu. Dani hanya memandang tingkah Ila itu dengan pandangan hairan.
“Jadi… biarlah saya yang tolong awak, okey?” Ila mengenyitkan matanya pada Dani dan mengangkat ibu jarinya. Dan Dani terus mengangguk bersetuju. Seolah-olah dia tahu apakah yang dimaksudkan oleh Ila itu. Wajahnya kembali ceria dan senyumannya kembali mekar. Ila pula entah mengapa tidak sampai hati untuk terus mempermainkan Dani. Baginya Dani terlalu baik dan terlalu comel untuk dipermainkan.
Nik hanya memandang mereka dari jauh. Dapat dia lihat dengan jelas Dani dan Ila yang seronok ketawa bersama. Entah apa yang dibualkan oleh mereka Nik kurang pasti. Dia merengus kurang senang. Dah agak dah! Mamat tu memang nak mainkan aku. Getus hatinya. Tangannya dikepalkan dan tanpa dia sedari dia menghentak dinding restoran itu dengan buku limanya. Dia mengaduh kesakitan. Dia tiba-tiba teringatkan rancangannya malam tadi. Puas dia memujuk Ila dan akhirnya temannya itu setuju dengan rancangan bodohnya.
“Kau trylah goda-goda dia. Kau kan lawa… aku bet… dia akan sangkut kat kau punya. Dari situ dah boleh tahu dia bukan betul-betul serius pun.” Ujarnya selamba. Kononnya mahu membuktikan yang Dani bukanlah orang yang boleh dipercayai. Dan Ila menjadi mangsanya. Mangsa rancangan entah apa-apa Nik itu
Nik mengertap bibir, sakit hati. Aku benci mamat macam tu. Ingat muka dia lawa dia boleh ngorat semua orang? Huh! Bisik hatinya lagi. Masih berasa sakit hati. Matanya masih mengawasi tingkah mereka berdua dari kejauhan. Arghhhhhh!!!!!
*
Lama dia merenung siling biliknya. Otaknya berkisar tentang kata-kata Ila siang tadi. Sakit hatinya membuak-buak. Erghh!! Kenapa semua orang nak back-up dia? Macamlah dia tu bagus sangat? Ngomelnya. Teringatkan kata-kata Ila yang terusan memuji Dani hinggakan temannya itu memarahinya kerana melayan Dani dengan teruk dan kasar. Nik berkalih ke kanan. Salah ke aku? Dia tertanya sendirian.
“Tak baiklah kau layan dia macam tu. Serius… aku tengok dia betul-betul suka kat kau. Cubalah kau kenal dia dulu, layan dia baik-baik. Dia tak nampak macam nak mainkan kau pun. Dani tu baik, tau tak? Comel pulak tu. Dah cukup dah pakej tu, kau nak apa lagi?” kata-kata keras Ila itu mengetuk benaknya lagi. Dia merengus kurang senang.
Saat itu juga telefon berdering pinta diangkat. Wajah serta kata-kata Ila mati di situ. Dia bangun dari katil dan melangkah ke arah meja tulisnya. Telefon bimbit dicapainya, lalu dia membaca nama yang tertera di skrin telefon itu. ‘Dani.’ Dia mengertap bibir. Lama dia memandang telefonnya itu dengan pandangan kosong. Langsung tidak berminat untuk menjawab panggilan itu. Akhirnya panggilan itu mati kerana tidak berangkat. Mudah berputus asa! Fikirnya. Baru sahaja dia ingin meletakkan kembali telefon itu ke atas meja sekali lagi telefon itu menjerit pinta diangkat. Dia membaca nama yang tertera di situ. Sekali lagi pemanggil yang sama menghubunginya. Akhirnya dia menarik nafas dalam-dalam lalu menekan butang angkat. Kedengaran satu suara lembut memberi salam. Dan perlahan sahaja dia membalas salam itu.
“Awak tengah buat apa? Busy, eh?” soal Dani mesra. Nik hanya membisu. Dani pula mula rasa serba salah apabila pertanyaannya itu dibalas dengan kebisuan. Bersalah pula kerana menghubungi gadis itu waktu malam begitu. Sedangkan gadis itu mungkin sedang mengulangkaji ataupun sedang berehat. Sedar dengan kesilapannya.
“Kalau saya ganggu awak takpelah. Kita cakap esok je….”
“Kau nak apa? Cakap jelah sekarang pun.” Sampuk Nik selamba belum pun sempat Dani menghabiskan kata-katanya. Kerusi ditariknya lalu dia duduk sambil tangannya mencapai pen tidak jauh darinya lalu jemarinya mula menconteng sehelai kertas di atas meja itu. Dia masih memasang telinga, menantikan Dani menghabiskan kata-katanya.
“Saya cuma nak dengar suara awak. Rasa macam rindulah pulak. Hehehe…!” beritahu Dani, suaranya kedengaran seperti dia senang hati dan pada masa yang sama kedengaran seperti dia malu-malu. Sempat pula dia ketawa kecil, mengawal rasa gemuruh yang bermain di dadanya. Nik hanya mencebik. Wajahnya tetap sama kosong tanpa reaksi walaupun Dani tiada di hadapannya. Huh! Aku paling menyampah dengar ayat macam tu. Getus hati Nik.
“Oh!” pendek sahaja jawapannya. Dani jadi tidak keruan mendengarkan jawapan pendek itu. Dia tak suka mamat jiwang kot? Fikirnya. Dani terdiam seketika, berharap agar Nik berbicara sesuatu dengannya, namun gadis itu tetap mendiamkan diri. Bisu tanpa kata.
“Aku lupa…! Kawan aku tu minat betul dengan kau. Apa kata kau kenal dengan dia.” Ujar Nik bersahaja, setelah lama membisu. Dani sedikit tersentak dengan kata-kata Nik itu. Dan dia faham benar dengan maksud kata-kata Nik itu. Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali, walhal dia tahu yang Nik tidak dapat melihatnya.
“But…” kata-kata Dani mati di situ. Kedengaran Nik menghela nafas panjang. Dan entah mengapa Dani tidak mampu menghabiskan kata-katanya. Lidahnya terkelu serta merta, dan matanya terasa panas.
“Okeylah. Aku dah ngantuk. Malam.” Beritahu Nik. Dani mengeluh berat, dan perlahan sahaja suaranya mengucapkan selamat malam dan mematikan panggilan itu dengan perasaan kecewa yang amat. Kenapa dia layan aku macam ni? Getus hatinya sedih.
*
“Akak, apa salah saya? Saya betul-betul sukakan dia. Tapi kenapa dia layan saya macam ni?” Adu Dani. Dilekapkan tangannya ke muka. Menyembunyikan mukanya yang sudah merah dan matanya yang sudah mula digenangi air jernih. Ila hanya memandang, sedikit terkejut dengan lagak Dani itu. Dia menggelengkan kepalanya. Tidak menyangka yang Dani benar-benar menyukai Nik. Malah dia juga tidak menyangka yang Nik akan melayan Dani seteruk itu, hinggakan pemuda itu mampu mengalirkan air mata.
“Akak kata nak tolong saya, kan?” soal Dani. Lambat-lambat dia mengangkat muka memandang Ila yang hanya membisu. Jari telunjuknya menyeka air mata yang baru sahaja ingin mengalir. Ila menganggukkan kepalanya. Dia benar-benar bersimpati dengan Dani. Ligat otaknya berfikir bagaimana caranya untuk membantu pemuda itu.
Dia mengurut dagunya. Berfikir, sambil matanya tidak lekang memandang Dani yang memandangnya dengan penuh berharap. Ish, susah ni! Nak kata mamat ni tak hensem, okey je aku tengok. Comel adalah. Mungkin dia takde ciri-ciri yang minah tu suka tak? Fikirnya. Dia melontarkan pula pandangan ke arah beberapa orang pelanggan yang baru sahaja memasuki restoran itu. Dia menarik nafas panjang sebelum memandang ke arah Dani yang sudah terkelu, tanpa kata. Memandang Ila sambil menggenggam jemarinya sendiri.
“Akak boleh tolong! Tapi Dani sanggup ke nak buat semua benda ni walaupun mengarut?” soal Ila. Direnungnya wajah Dani penuh minat. Cepat-cepat pemuda itu menganggukkan kepalanya. Langsung tidak berfikir tentang apa yang harus dia lakukan, asalkan Nik boleh menerimanya.
“Okey! Kalau macam tu… Dani kena ikut semua plan akak? Boleh?” soalnya lagi. Mahu memastikannya. Manalah tahu kalau-kalau pemuda itu tidak sanggup meneruskan idea gilanya. Sorrylah Nik. Nampaknya kali ini aku pulak yang kenakan kau. Fikir Ila. Dia tertawa sendirian dan dapat dia bayangkan wajah Nik apabila semua ini selesai. Hehehe!
“Boleh, kak! Apa-apa je. Asalkan Nik sudi terima saya.” Beritahu Dani, yakin sekali. Matanya bersinar kerana keyakinan. Dan Ila tertawa melihatkan kesungguhan pemuda itu. Dia menepuk tangannya, tanda dia gembira dengan kata-kata Dani itu.
“Baiklah…!” dan Ila mula membuka mulut bercerita tentang Nik kepada Dani. Dan dengan penuh perhatian pemuda itu memasang telinga. Tidak mahu tertinggal walau satu benda pun tentang Nik. Sesekali dia menggangukkan kepalanya. Dan senyumannya sedikit terukir apabila Ila memberitahunya apa yang harus dia lakukan untuk mendapatkan Nik. Ila pula seronok bercerita, sesekali dia tertawa tambah-tambah lagi apabila teringatkan Nik dan sikapnya yang sentiasa berlagak cool itu.
Dan tanpa mereka sedari sepasang mata terpandangkan kemesraan mereka dari jauh. Dia merengus kurang senang dan sakit hati. Dikertap bibirnya dan dikepalnya jemarinya erat. Dadanya berombak kerana marah. Dia merengus kasar dan terus melangkah meninggalkan restoran itu. tidak jadi untuk memasuki restoran itu. Langkahnya kasar dan berat dengan rasa marahnya yang tak terluah. Tak guna!
*
Kebisuan beraja antara mereka. Sesekali Nik menjeling ke arah Dani yang hanya membisu seribu bahasa. Apahal pulak mamat ni diam je hari ni? Dan bisu kot. Fikirnya. Dia kembali memandang ke hadapan. Entah mengapa dia tidak sukakan suasana bisu itu. Hatinya jadi resah. Ish, tak boleh jadi ni! Getus hatinya lagi. Sekali lagi dia menjeling ke arah Dani yang sedang memandang jam di tangannya. Baru sahaja Nik ingin membuka mulut bertanyakan tentang sesuatu, tiba-tiba dia teringatkan adegan yang dilihatnya semalam. Wajahnya berubah serius. Langkahnya mati dan wajah Dani dipandangnya dengan pandangan sinis. Pemuda itu hanya memandangnya hairan apabila melihatkan langkah Nik yang mati serta merta itu.
“Kau kata kau anggap Ila tu macam kakak kau. Aku tengok korang macam ada something je.” Selamba sahaja dia berkata sambil memandang wajah Dani tajam. Dani terkedu. Tidak menyangka yang Nik akan ternampak adegan mereka sedang berbual. Dan sememangnya dia menganggap Ila tidak lebih dari seorang kakak. Dia menggelengkan kepalanya, menafikan kata-kata Nik itu. Nik hanya tertawa mengejek.
“Dahlah!” katanya selamba dengan wajah kakunya. Terus berpaling dan mula mengatur langkah. Dan baru sahaja beberapa tapak dia melangkah, Dani menarik tangannya agak kasar. Nik sedikit tersentak lalu memandang Dani, geram.
“Betul! Saya memang anggap Ila macam kakak saya. Saya cuma sukakan awak je.” Katanya, lembut dan tegas. Dipaksa dirinya untuk mengukir senyuman. Dan tajam matanya menikam wajah Nik hinggakan gadis itu meneguk liurnya yang terasa kelat. Nik terdiam dan terkedu. Namun matanya masih mampu membalas pandangan mata Dani itu. Dan akhirnya wajah Nik berubah seperti biasa, tiada reaksi.
“Sudahlah!” dia merentap tangannya kasar sambil tunduk memandang kaki sendiri. Entah mengapa dia rasa tercabar apabila Dani bertindak sebegitu. Tanpa banyak soal dia terus melangkah meninggalkan Dani yang kebingungan. Pemuda itu hanya mampu memandang langkah Nik yang semakin menghilang.
Dani tunduk memandang tangan kanannya lama, sebelum matanya mula berasa panas dan dadanya terasa sebak. Nik! Nama itu meniti bibirnya. Dia benar-benar ingin tahu apakah yang dirasakan oleh gadis itu ketika bersamanya. Adakah aku terlalu memaksa? Dia tertanya sendirian. Teringat akan layanan dingin Nik terhadapnya dan setiap kali dia menghubungi gadis itu Nik lebih banyak berdiam diri dari berbicara. Malahan Nik tidak pernah mengukir senyuman padanya. Tidak pernah walau sekali melainkan senyuman sinis yang cukup menyakitkan hatinya.
Namun begitu sekurang-kurangnya Nik masih sudi keluar bersamanya, walaupun tanpa kata. Itulah yang membuatkan Dani sedikit lega. Tidak kisah walaupun Nik mencipta semakin banyak jurang dan ruang antara mereka. Dani tetap berusaha mendekati Nik dalam pelbagai cara. Dia mengeluh berat. Hati terasa pedih dan bagai ditoreh apabila Nik tidak mempercayainya. Dia menyeka air matanya kasar. Baiklah! Dia yang paksa aku buat semua ni! Bisik hatinya keras.
*
Dia menongkat dagu, memandang pensyarah di hadapannya dengan pandangan kosong. Fikirannya menerawang jauh, tumpuannya tidak sepenuhnya berada di dalam kelas itu. Entah mengapa dia teringatkan tingkah Dani yang tiba-tiba sahaja berubah. Senyuman manis yang sentiasa terukir di bibirnya seolah-olah mati malahan wajahnya juga tidak terlukis sebarang reaksi. Sikap dingin Dani kini tidak ubah seperti sikap dinginnya terhadap pemuda itu. Dia mengeluh berat. Lantaklah!
“Baiklah! Kita jumpa minggu depan. Jangan lupa siapkan semua assignmen ni dan serahkan minggu depan.” Kata-kata pensyarahnya itu mengejutkan Nik dari lamunan. Dia terus memasukkan buku-bukunya ke dalam beg galasnya lalu mengandangnya ke belakang. Dan matanya hanya memandang pensyarah muda itu keluar dari kelas itu diikuti beberapa orang pelajar lain. Beberapa orang teman sekelasnya sempat mengangkat tangan kepadanya sebelum mereka melangkah keluar dari kelas itu. Dan Nik hanya membalasnya dengan anggukkan dan senyuman hambar.
Nik bangun dari kerusinya dan baru sahaja dia tiba di muka pintu langkahnya terhenti. Dani tidak muncul seperti selalu. Matanya meliar mencari kelibat pemuda itu namun dia tidak kelihat di mana-mana. Nik hanya tersenyum sinis. Dah putus asalah tu. Lelaki! Fikirnya. Dia berpeluk tubuh dan terus melangkah keluar dari kelas itu. Menuju ke kafe kampus.
Saat dia tiba di kafe itu langkahnya mati. Dapat dia lihat dengan jelas Dani yang enak berbual dan ketawa bersama Ila. Dia merengus marah. Sakit hatinya membuak-buak. Teringat kata-kata Dani yang beria-ia benar menafikan perasaannya terhadap Ila, namun kini di hadapannya Dani seronok ketawa bersama temannya itu. Mesra sekali hubungan mereka. Bodoh! Still nak nafikan lagi ke? Fikirnya. Dia terus berpaling dan melangkah meninggalkan kafe itu.
Saat dia tiba di rumah sewanya tiada seorang pun yang menyambut kepulangannya. Masing-masing belum pulang dari kampus. Dengan langkah yang berat dia melangkah ke biliknya. Dihempas begnya ke lantai dan dia terus menghenyakkan tubuhnya ke katil. Tudung yang dipakainya terus dibuang dan dicampakkan ke lantai. Direnung siling biliknya lama. Entah mengapa hatinya terasa sayu dan sakit sekali. Dia mencapai bantal dan menutup mukanya dengan bantal itu. Menahan rasa. Dan tanpa dia sedar dia terlena hingga jam menginjak ke pukul 10.00 malam.
Nik bingkas bangun dari katil. Dipandangnya sekelilingnya yang gelap, lambat-lambat dia bangun dan melangkah membuka suis lampu. Dia menguap kecil. Dipandangnya pula jam di dinding. La… aku tertidur ke? Getusnya. Dia terus mencapai tuala yang tersangkut di kerusi berhampiran meja tulisnya itu lalu terus melangkah ke bilik mandi. Tidak lama kemudian dia muncul semula di bilik itu lalu duduk di atas katilnya. Fikirannya menerawang jauh. Termenung panjang. Dan tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dicapainya telefon bimbitnya di atas meja lalu merenung telefon itu kosong. Dia menghela nafas panjang.
Agaknya dia betul-betul dah putus asa kot. Fikirnya. Dia menggelengkan kepalanya. Menghitung hari. Lima hari berlalu dan tiada lagi panggilan telefon dari Dani. Malahan pemuda itu juga tidak lagi menunggunya di hadapan kelas seperti biasa. Teringat pula kali terakhir mereka bertemu. Pertemuan yang berakhir dengan pergaduhan, dan itulah kali pertama Dani meninggikan suaranya terhadapnya. Tiada lagi senyuman dan kata-kata yang lembut dari pemuda itu. Nik menggelengkan kepalanya. Sudahlah! Dia dah putus asa, kan? Lagipun dia dah jumpa orang yang betul-betul dia suka. Fikirnya. Dia memegang kepalanya yang mula berasa sakit dan berdenyut itu. Teruklah!
*
Dani keresahan. Dia berulang-alik ke hulu dan ke hilir. Dipandangnya telefon bimbit di tangan. Hatinya keras mengarahkan dia menghubungi Nik namun dia melawan kehendak hati sendiri. Dia jadi keresahan. Dipandang jam di dinding. Hampir menginjak ke pukul 1.00 pagi. Dia mula menghitung hari, lima hari berlalu dan dia tidak pernah menghubungi Nik sejak itu. Semuanya kerana ‘misi’ pentingnya itu. Dan kerana itulah dia menanggung rindu.
Macam manalah keadaan dia? Patutnya aku jumpa dia sekejapkan? Tapi… aku dah janji dengan Kak Ila. Ish… susahnya! Rindu betul nak dengar suara dia. Dia berkata sendirian. Dia melangkah ke katilnya, lalu melabuhkan punggungnya ke atas katil yang empuk itu. Dia mula memutarkan kenangannya sendiri. Sejarah mengapa dia boleh menyukai Nik.
“Aku taulah motor dia besar. Tak yahlah nak berlagak.” Kata-kata itu jelas di telinganya. Dia memandang ke arah seorang gadis bertudung yang juga turut memandangnya. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia tidak berpuas hati. Lama dia memandang gadis itu sebelum gadis itu mengalihkan pandangannya dan terus melangkah laju bersama temannya. Dan sejak itu dia berhajat ingin berkenalan dengan gadis itu. Tidak menyangka ramai yang sudi membantunya dan dia bertambah gembira apabila mengetahui yang gadis itu belajar sekampus dengannya.
Dan seumur hidupnya belum pernah seorang pun melayannya sedingin Nik. Dan tiada orang yang pernah memarahinya sesuka hati seperti Nik. Dan kerana itulah dia menyukai gadis itu. Tidak kira bagaimana cara dia melayannya. Kasar atau tidak, baginya Nik adalah segala-galanya. Dani menghela nafas panjang. Dia membaringkan tubuh tegapnya ke atas katil lalu kedua-dua belah tangannya di letakkan ke belakang kepala. Dia merenung siling, lama.
*
“Weh, bangunlah! Dah lewat ni. Kau tak nak pergi kelas ke?” saat itu terasa tubuhnya digoncang kuat. Nik berusaha membuka matanya yang terasa berat itu. Kepalanya berdenyut-denyut seperti semalam dan tubuhnya terasa lesu dan sakit-sakit. Dia memandang Ila yang sudah bercekak pinggang merenungnya. Dia berusaha membuka mulutnya dan bangun dari katil namun tubuhnya terasa seperti dipaku di katil itu. Lama Ila merenung temannya itu yang diam tanpa reaksi. Dia menyentuh dahi Nik dengan belakang tangannya dan sedikit terkejut. Dipandangnya Nik yang masih berselimut.
“Kau demam ni. Jom aku hantarkan pergi klinik.” Ajaknya. Nik menggelengkan kepalanya. Ila melabuhkan punggung di sebelah temannya itu. Tangannya diletakkan lagi ke dahi Nik, ingin memastikan apa yang dirasakannya tadi.
“Takpe… jap lagi okeylah.” Beritahu Nik. Suaranya sedikit garau, dan kecil sahaja matanya di buka memandang Ila sambil mengukir senyuman paksa. Dia kembali menarik selimutnya hingga menutupi mulut dan hidungnya. Ila masih merenungnya, bimbang. Jarang sekali temannya itu jatuh sakit, dan hari ini tiba-tiba sahaja dia terbungkam di katil tidak berdaya.
“Betul ke ni?” soalnya, kurang pasti. Namun Nik menganggukkan kepalanya. Sempat pula dia mengangkat ibu jarinya dan mengenyit mata pada Ila. Ila menggelengkan kepalanya. Sempat lagi nak bergurau. Fikirnya. Dia hanya mengukir senyuman paksa. Akhirnya Ila bangun dari katil itu dan melangkah ke muka pintu. Dia berhenti sebentar. Dipandangnya Nik yang sudah kembali memejamkan matanya. Lambat-lambat Ila melangkah keluar dari bilik itu dengan hati yang berat.
Apabila sedar yang dia kembali sendirian, Nik menghela nafas panjang. Dia menyentuh kepalanya yang terasa sakit. Adoi… tak larat la pula nak bangun ni. Getusnya. Berusaha untuk duduk, namun akhirnya dia hanya mampu bersandar pada kepala katil. Kepalanya terusan berdenyut kuat. Dia mencapai telefon bimbit di sisinya, lalu merenungnya lama. Kenapa dia tak telefon aku, hah? Soalnya sendirian. Dia menggenggam telefon itu erat lalu di dekatkan ke dadanya. Dia kembali memejamkan matanya.
Masa berlalu, dan Nik hanya tersedar apabila tangan sejuk teman serumahnya melekap di dahinya. Lambat-lambat dia membuka matanya, merenung seraut wajah yang tersenyum memandangnya. Dia membalas senyuman itu hambar. “Kau nak aku temankan kau pergi klinik tak?” soalnya, lembut. Namun nadanya jelas menunjukkan kerisauannya. Nik menggelengkan kepalanya. Sikap keras kepalanya masih lagi kuat walaupun dalam keadaan separuh sedar.
“Tapi…” belumpun sempat temannya itu menghabiskan kata-katanya, Nik terlebih dahulu menyampuk.
“Takpelah, Sal! Aku okey. Lepas makan Panadol nanti kang sihatlah balik.” Beritahunya selamba. Dia tersenyum nipis memandang Sal yang hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia hanya memandang Sal yang memandang ke arah Ila yang baru muncul dengan segelas air dan dua biji Panadol di tangannya.
“Betul ke? Macam teruk je aku tengok demam kau ni?” soal temannya lagi. Nik menganggukkan kepalanya. Benar-benar tidak mahu ke klinik kalau hanya setakat demam biasa. Fikirnya.
“Makan ubat ni dulu.” Kata Ila sambil menghulurkan air dan ubat itu kepada Nik. Lambat-lambat Nik menyambut ubat itu dengan senyuman tawar di bibirnya. Dia berusaha keras menelan ubat itu yang terasa pahit malahan dia terasa perit semasa menelan ubat dan air itu. Dia kembali menyandarkan kepalanya ke katil. Dipandang jam di dinding yang sudah menginjak ke jam 5.00 petang. Dia menghela nafas panjang.
“Kau nak makan apa? Nanti aku masakkan?” soal Ila sebelum dia bangun dari katil itu. dipandangnya Nik yang sudah memejamkan matanya. Namun temannya itu hanya menggelengkan kepala. Ila dan Sal saling berpandangan. Mereka kembali memandang Nik yang langsung tidak memandang mereka. Entah apa yang bermain di kepalanya itu.
“Nanti perut kau masuk anginlah. Aku masakkan bubur je untuk kau, okey?” pujuk Sal pula. Nik tetap menggelengkan kepalanya. Entah mengapa selera makannya mati. Jemarinya semakin erat menggenggam telefon bimbit di tangannya. Dia memejamkan matanya langsung tidak memandang ke arah Sal dan Ila. Akhirnya teman-temannya itu bangun dan melangkah meninggalkan Nik sendirian.
Dan tatkala jam itu hampir menginjak ke pukul 7.00 petang, Nik berusaha bangun dari katil lalu melangkah ke bilik air. Lama dia berada di dalam bilik kecil itu sebelum keluar dan kembali ke biliknya. Dia menyarung t-shirt dan seluar trek ke tubuhnya, lalu mengerjakan solat Maghribnya. Dia kembali ke katilnya, termenung jauh sebelum kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar. Dia hanya mengangkat muka memandang Sal yang muncul dengan menatang bubur dan segelas susu. Dia menggelengkan kepalanya dan tersenyum sahaja.
“Serius, beb! Tak payah susah-susahlah. Aku dah okey ni.” Katanya sambil tertawa kecil. Walau pada hakikatnya dia sedang melawan sakit kepala yang semakin kuat. Sal hanya tersenyum nipis, lalu meletakkan bubur dan susu itu ke atas meja tulis.
“Makanlah! Kau tu dah satu hari tak makan.” Balas Sal pula. Nik hanya tersengih. Dan baru sahaja Sal berpaling ingin meninggalkan bilik itu, sempat Nik memanggilnya dan mengucapkan terima kasih. Senyumannya meleret. Sal hanya menganggukkan kepalanya lalu meninggalkan bilik itu.
Selesai sahaja solat Isyaknya Nik menarik kerusi itu lalu duduk menghadap bubur yang diletakkan oleh Sal sebentar tadi. Lama dia memandang bubur itu dengan pandangan kosong. Seleranya benar-benar mati. Dipandangnya jam yang sudah menginjak pukul 8.30 malam. Dia menghela nafas panjang. Dipandangnya pula telefon bimbitnya dengan pandangan kosong. Tanpa dia sedar dia mencapai telefon itu lalu menekan-nekan nombornya, dan kemudian mendekatkan telefon itu ke telinganya. Tak lama kemudian satu suara menyambut panggilan itu dan dengan nada dingin salam diberi. Nik membalas salam itu serba salah.
“Awak nak apa?” soalan itu menerjah telinga Nik. Nik menarik nafas dalam-dalam. Dia hanya mampu diam tanpa kata. Dan akhirnya mereka sama-sama membisu tanpa kata. Entah mengapa Nik tidak dapat memberitahu apa yang difikirkannya saat itu. Lidahnya terkelu.
“Kalau takde apa-apa, saya nak letak. Ada kerja sikit.” Beritahunya sedikit dingin, namun suaranya masih lembut seperti selalu. Nik sedikit tersentak dengan kata-kata itu. Namun akhirnya dia hanya mampu meminta maaf.
“Maaflah kacau. Aku ingat nak borak dengan kau.” Beritahunya perlahan. Antara dengar dan tidak. Nik menggaru hidungnya yang mula terasa gatal. Dia menarik nafas lagi sambil memegang kepalanya yang semakin berdenyut.
“Selamat malam.” Beritahunya sebelum mematikan panggilan itu. Dipandangnya telefonnya lama, dan akhirnya dia bangun dari kerusi itu dan melangkah ke katil. Langsung tidak menyentuh bubur dan susu yang disediakan untuknya itu. Dia membaringkan tubuhnya ke katil dan menyelimuti seluruh tubuhnya hingga ke kepala. Lambat-lambat dia memejamkan matanya. Betul-betul dah putus asa. Fikirnya. Dia tersenyum paksa dan hambar sekali.
*
Dani memandang telefonnya. Nik? Dia tertanya-tanya saat terpandangkan nama yang tertera di skrin telefonnya itu. Dia terus menjawab panggilan itu dengan hati yang melonjak gembira. Dan saat kedengaran suara Nik menyapanya, dia terus mengawal suaranya. Tidak mahu Nik tahu yang dia gembira mendapat panggilan dari gadis itu. Berpura-pura serius, walau hakikatnya dia gembira benar saat itu.
“Assalamualaikum.” Ucapnya dingin. Dan perlahan sahaja suara Nik menjawab salam itu. Nik hanya membisu seribu bahasa dan debaran di hati Dani semakin hebat. Cakaplah! Ujarnya dalam hati. Namun Nik tetap berdiam diri. Dapat dia mendengar helaan nafas panjang Nik melalui corong telefon itu.
“Awak nak apa?” soalnya sedikit dingin dan masih lembut nadanya. Sememangnya dia tidak lagi sanggup meninggikan suara pada gadis itu. Namun Nik tetap membisu. Dani semakin keresahan. Dia sekejap duduk dan akhirnya berdiri kembali. Ingat… be serious! Pesannya pada diri sendiri.
“Kalau takde apa-apa, saya nak letak. Ada kerja sikit.” Entah mengapa kata-kata itu pula yang keluar dari mulutnya. Dia menampar pipinya sendiri, memarahi dirinya sendiri kerana berkata demikian. Baru sahaja dia ingin menerangkan perkara yang sebenar. Ingin membetulkan apa yang harus dia katakan. Nik terlebih dahulu menyampuk.
“Maaflah. Aku ingat nak borak dengan kau. Selamat malam.” Perlahan sahaja suara Nik di telinga Dani. Lemah dan tak berdaya. Dani terasa sayu mendengar suara itu. Dan akhirnya tanpa sempat menahan Nik, gadis itu terlebih dahulu mematikan penggilan itu. Dani terhenyak duduk di atas katil. Dipandangnya telefonnya, lama. Perasaan bersalahnya semakin menebal.
Teringatkan suara lemah Nik itu membuatkan perasaannya menjadi sayu. Air matanya bergenang. Maafkan saya, Nik! Ucapnya perlahan. Dia melekapkan tangannya ke muka, menyembunyikan mukanya yang sudah mula menangis. Huhuhu..! Dia terpaksa mengaku yang dia sememangnya mudah menangis.
*
Pagi-pagi lagi Dani dikejutkan dengan panggilan telefon. Dipandangnya telefon itu. mengharapkan Nik yang akan menghubunginya namun, yang tertera di skrinnya nama lain selain Nik. Kenapa Kak Ila telefon awal-awal ni? Dia tertanya sendirian. Lambat-lambat dia menjawab panggilan itu kerana hairan dan kemalasan. Kalut sahaja suara Ila memberi salam, dan dengan tenang Dani menjawab panggilan itu.
“Dani ada kelas tak pagi ni?” soalnya, kekalutan. Dani hanya mengiakan. Teringatkan kelasnya pada pukul 9.00 pagi itu. Kedengaran suara Ila mengeluh berat. Dani semakin hairan, namun dia tidak bertanya mengapa.
“Ingatkan nak suruh Dani tengokkan Nik. Akak dah pujuk dia pergi klinik, tapi dia tak nak.” Beritahu Ila, berbelit-belit. Dani tersentak dan hairan pada masa yang sama mendengar kata-kata itu.
“Kenapa dengan dia?” soalnya. Suaranya berubah risau. Tidak lagi kemalasan seperti tadi. Kedengaran Ila menarik nafas panjang. Tenang sahaja dia memberitahu Dani tentang Nik yang jatuh sakit tiba-tiba itu.
“Tapi semalam dia call saya… kenapa dia tak bagitahu…” belum pun sempat dia menghabiskan kata-katanya, dia teringatkan kata-kata dinginnya terhadap Nik. “Ada kerja nak buat.” Dani mula menyalahkan dirinya kerana tidak mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Nik kepadanya.
“Takpelah, kak! Saya pergi nanti.” Beritahunya, tenang. Langsung terlupa tentang kelas yang harus dihadirinya itu.
»»  READMORE...