Seluhur Kasih Isteriku

Oleh : Cheeq Yah
“Setiap orang ada dosa silam mereka sendiri,” kata-kata Ustazah Sharimah masih terngiang-ngiang di telinga Ayuni ketika dia menghadiri ceramah agama yang diadakan di surau berdekatan 2 hari yang lalu. Tatkala mendengar ceramah yang berunsurkan kesedaran itu, air mata Ayuni mengalir tanpa dipinta. Betapa selama ini dia banyak melakukan dosa. Ayuni merenung jauh dari jendela biliknya. Kelihatan kanak-kanak sedang berkejaran sesama sendiri. Riang sekali. Jendela bilik yang menghadap taman rekreasi itulah tempat Ayuni termenung tiap-tiap petang sambil memerhatikan gelagat setiap manusia yang berkunjung di situ. ’Hargailah hidupmu wahai anak-anak!’ desis Ayuni sendiri. Air hangat mengalir lagi di pipinya. Setelah bergelar seorang isteri kepada lelaki yang bernama lskandar Aizam, hidup Ayuni tidak pernah bahagia. Mungkin itu adalah balasan di atas setiap dosa dan noda yang pernah dilakukannya sebelum ini. Tetapi dia juga berhak mengecap kebahagian. Dia telah bertaubat dan berharap semoga Allah menerima taubatnya. Tendangan di pintu mengejutkan Ayuni yang sedang mengelap air mata yang mengalir di pipinya.
“Kat sini rupanya kau perempuan,” jerit Iskandar, suaminya. Ayuni tidak sedar bilamana suaminya itu sudah pulang dari kerja.
“Abang. Bila abang balik. Ayu tak perasan,” jawab Ayuni takut-takut. Sesungguhnya dia takut apabila berhadapan dengan suaminya yang umpama singa kelaparan itu.
“Sebab kau tu bodoh. Asyik termenung. Sudah-sudahlah tu perempuan. Walau macam mana sekalipun kau menangis, nasib kau takkan berubah,” sinis sekali perkataan yang lahir dari bibir Iskandar. Dia meluat melihat wanita yang berada di hadapannya sekarang. Hatinya puas apabila melihat penderitaan wanita yang bergelar isteri itu. Baginya perempuan itu tidak layak untuk menerima bahagia.
“Abang nak minum ke?” Ayuni mengangkat punggungnya untuk keluar dari bilik itu. Belum sempat dia keluar dari bilik itu, tangannya direntap kasar oleh Iskandar.
“Aku letih. Aku nak hiburan,” raut wajah yang dipamerkan Iskandar menakutkan Ayuni.
“Abang nak apa?” suara Ayuni bergetar. Belum sempat Ayuni berbuat apa-apa tubuhnya ditarik dan ditolak kasar ke atas katil. Iskandar menutup pintu bilik. Berdentum bunyinya. Suara rintihan Ayuni kedengaran sayu.
Ayuni tersedar dari tidurnya. Dia melihat jam di dinding bilik itu. Pukul 9 malam. Itu bermakna sudah lebih 3 jam dia tidur. Dengan susah payah Ayuni bangkit dari pembaringan. Dia memerhati sekeliling. Tidak ternampak kelibat Iskandar. Ayuni memegang kepalanya yang berdenyut. Dia sudah terlepas waktu Maghrib. Ayuni mencapai tuala di tempat penyidai dan membalut badannya. Begitulah layanan yang diterima Ayuni setiap kali Iskandar menginginkannya. Hanya kekasaran daripada seorang insan bergelar suami. Bukannya belaian lembut dan dakapan mesra yang dihadiahkan buatnya. Ayuni bergerak menuju ke bilik air yang juga berada di dalam bilik itu. Dia ingin membersihkan diri sekaligus menunaikan solat Isyak. Ayuni tahu Iskandar berhak ke atasnya kerana mereka sudah menjadi suami isteri yang sah tetapi bukan begitu cara yang dia mahu. Ayuni membiarkan air membasahi badannya. Perlahan-lahan air matanya mengalir tanpa dipinta. “Abang, tidak berhakkah Ayu merasa bahagia seperti orang lain,” ratap Ayuni sendiri. Dia tahu selama ini dia banyak berdosa tetapi dia ada hak untuk berubah dan bertaubat. Lebih kurang sejam berada di dalam bilik air, Ayuni keluar setelah dia menggigil kesejukan. Setelah menyarungkan baju ke tubuhnya, dia segera menghampar sejadah kerana dia ingin cepat-cepat mengabdikan diri kepada Allah yang maha Esa. Ayuni menunaikan solatnya dengan tenang. Dia bersujud lama pada sujud yang terakhir. Dia pernah mendengar orang berkata, bersujudlah lama sedikit pada sujud yang terakhir dan berdoalah kepada Allah kerana hambaNya akan merasa lebih dekat dengan Allah S.W.T ketika mereka bersujud. Selesai berdoa, Ayuni meletakkan telekung ke tempatnya dan dia berlalu menuju ke dapur. Iskandar tidak ternampak di mana-mana. Keluar agaknya! Ayuni lega. Dia berasa amat lega sekiranya Iskandar tidak menampakkan batang hidung di rumah itu. Rumah banglo yang didudukinya itu adalah milik Iskandar. Iskandar merupakan seorang Pengarah di syarikat miliknya sendiri namun Ayuni tidak pernah berbangga dengan semua itu. Apalah ertinya jika hatinya sedikit pun tidak pernah merasa gembira. Ayuni membuka kabinet di dapur itu satu-persatu, mencari sebarang makanan yang boleh dibuat untuk mengalas perut namun hampa kerana tidak terdapat apa-apa untuk dijadikan makanannya malam itu. Ayuni melabuhkan punggung di kerusi yang berada di dapur itu. Dia mengeluh perlahan. Bukan dia tidak mahu membeli makanan di rumah itu tetapi dia tidak mempunyai wang. Iskandar tidak pernah memberi wang kepadanya. Setiap kali pulang dari kerja, Iskandar akan membeli nasi bungkus untuknya. Itulah yang dia gunakan untuk mengalas perut. Ayuni bangun dari duduknya dan berkira-kira mahu tidur sahaja. Mungkin dia tidak akan merasa lapar sekiranya sudah lena. Baru dia berkira-kira mahu melangkah menuju ke biliknya, pintu utama dibuka seseorang. Muncul Iskandar bersama seorang wanita sambil berpelukan. Ayuni hanya memerhatikan mereka tanpa ada perasaan.
“Apa yang kau tengok tu hah!” tengkingan Iskandar mengejutkan Ayuni.
“Err.. Takde apa-apa. Ayu masuk bilik dulu,” Ayuni melangkah.
“Eh..eh.. Tunggu dulu,” Iskandar menahan Ayuni dari terus melangkah.
“Kenapa bang?”
“Aku nak kau sediakan air untuk aku dan permaisuri aku. Lepas tu hantar kat bilik aku ye,” Iskandar mencium rambut Ayuni. Ayuni dengan pantas menuju ke dapur dan menyediakan air yang dipinta suaminya. Dengan perlahan-lahan dia mengetuk pintu sambil menatang air yang sudah siap disediakan. Setelah menerima arahan masuk daripada Iskandar, Ayuni menolak pintu bilik itu perlahan-lahan. Kelihatan suaminya yang berseluar pendek sedang memeluk perempuan yang dibawanya tadi. Perempuan itu hanya memakai baju nipis bertali halus. Setelah meletakkan minuman tadi, Ayuni bergerak mahu meninggalkan pasangan itu namun pautan di tangannya membuatkan langkah Ayuni mati.
“Kau nak pergi mana?” tutur Iskandar lembut berbisik di telinga Ayuni.
“Ayu nak keluar,”
“Kenapa kau nak keluar sayang?”
“Ayu nak masuk bilik,”
“Ini kan bilik engkau juga. Kau tak nak tengok drama ke?” Iskandar menarik rambut Ayuni membuatkan Ayuni menjerit kecil.
“Ayu tak nak bang. Ayu nak keluar,” Ayuni berusaha melepaskan dirinya. Iskandar menolak kepala Ayuni dengan kuat. Kepalanya terhantuk di dinding.
“Sekarang kau keluar,” jerit Iskandar lantang. Ayuni segera bangun dan keluar dari bilik itu.
“Tuhan, inikah balasan yang kau turunkan untukku,” rintih Ayuni sendiri. Dia berjalan menuju ke biliknya sambil memegang kepalanya yang semakin berdenyut.
“Kenapa you kasar sangat dengan dia?”
“Kenapa? You kesian ke? Perempuan macam tu, tak baik di kesian,”
“Tapi, janganlah kasar macam tu. I ni perempuan tau, I tahu apa dia rasa,”
“You ni bisinglah. Sekarang you nak balik ke nak tidur sini?” Iskandar rimas apabila Linda asyik membela Ayuni.
“Mestilah tidur sini sayang,” Linda mendekati Iskandar yang sudah terbaring di atas katil.
“Kalau macam tu I tak nak dengar you bela perempuan tu lagi,” Iskandar menarik Linda ke dalam dakapannya. Dia membelai rambut Linda yang panjang melepasi bahu dan dengan segera mereka sama-sama masuk ke dalam selimut tebal itu.
Ayuni resah di dalam biliknya. Dia berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Dia tahu apabila lelaki dan perempuan berada bersama dalam apa jua keadaan pun, pasti di tengah-tengahnya adalah syaitan. Dia tidak mahu bersubahat menanggung dosa yang sedang dilakukan suaminya tetapi dia tidak berani untuk menegur Iskandar kerana dia tahu padah yang akan diterima. Ayuni menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Dia ingin menunaikan solat sunat memohon keampunan kepada Allah.
“Ya Allah, sekiranya ini adalah ujian yang kau turunkan untukku, kuatkanlah hatiku untuk memikul dugaanmu. Aku tahu, Engkau tidak akan menurunkan ujian ini sekiranya aku tidak mampu menanggungnya,” air mata Ayuni mengalir perlahan-lahan.
“Kau berikanlah petunjuk buat suamiku ya Allah. Aku pasrah sekiranya dia tidak dapat menerima diriku tetapi kau berikanlah petunjuk buatnya untuk berubah. Amin ya rabbal alamin,” Ayuni meraup mukanya sekaligus menyapu air matanya. Dalam hatinya berdoa semoga masih ada bahagia untuknya.
Ayuni berjalan dengan pantas untuk balik ke rumah. Dia tidak mahu terserempak dengan suaminya. Jika tidak, pasti tubuh badannya menjadi mangsa. Iskandar telah berpesan pada Ayuni supaya tidak keluar rumah. Ayuni keluar kerana mahu pergi ke surau untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Sharimah.
“Ustazah, mengapa Tuhan menguji kita?” tanya salah seorang pendengar pada petang itu.
“Kerana dia mahu lihat sejauh dan sekuat mana iman seseorang itu,” terang Ustazah Sharimah ringkas. Bibirnya yang tidak lekang mengukir senyuman menambahkan manis di wajahnya.
“Tapi, macam mana kalau seseorang itu tidak kuat dan melakukan kemungkaran kerana tidak tahan menerima dugaan dariNya?” tanya seorang lagi pendengar.
“Itu terpulang pada hati dan niat seseorang. Jika dia merasakan bahawa dugaan yang diturunkan adalah sebagai ujian, maka dia pasti tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menjadi kemungkaran Allah S.W.T. Tetapi jika seseorang itu berfikir bahawa ujian itu adalah beban, maka sebaliknya akan terjadi,” Ustazah Sharimah sabar melayan setiap pertanyaan daripada pendengarnya.
“Bagaimana mahu menahan diri kita dari melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Allah, ustazah?” giliran Ayuni pula bertanya. Ustazah Sharimah memandang wajah sayu Ayuni. Dia dapat merasakan gadis itu menanggung satu derita yang besar.
“Banyakkan beribadat untuk mendekatkan diri padaNya. Perbanyakkan solat sunat untuk meminta petunjuk daripadaNya supaya hati kita kuat menghadapi apa saja yang diturunkannya buat kita,” Ustazah Sharimah tersenyum manis memandang wajah Ayuni. Ayuni menundukkan kepala.
“Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin kita tidak nampak sekarang tapi suatu hari nanti Allah pasti tunjukkannya. Perbanyakkan doa supaya Allah mempermudahkan setiap urusan kita. Kalau kita tidak pernah merasa bahagia di dunia ini, insyaallah Allah akan memberi kebahagian buat hambaNya di akhirat kelak,” Ayuni dapat merasakan kata-kata itu ditujukan khas untuknya. Dia memandang wajah Ustazah Sharimah. Terpancar cahaya keikhlasan dari wajah itu. Ustazah Sharimah memandang Ayuni sebelum meneruskan kata-katanya.
“Mungkin ada orang lain yang lebih sengsara dan lebih berat dugaannya dari kita,”
Ah ustazah! Berkata memang senang tetapi diri ini yang menanggungnya. Ayuni memperlajukan langkahnya. Dia ingin segera sampai di rumah.
Ayuni menarik nafas lega apabila tidak ternampak kereta Iskandar di halaman. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Hari ini memang dia tidak tertangkap tetapi macam mana dengan esok dan seterusnya. Tetapi hatinya kuat untuk terus mengikuti setiap ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Sharimah. Ayuni melangkah laju menuju ke biliknya. Itulah rutin hariannya. Selepas Iskandar pergi kerja, dia akan mengemas rumah dan mencuci baju. Selepas itu, dia akan berkurung di rumah sehinggalah petangnya dia mengikuti ceramah Ustazah Sharimah yang diadakan selama 2 hari seminggu iaitu hari Rabu dan Khamis. Ceramah yang berlangsung pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 5 petang itu sedikit sebanyak telah menambah pengetahuan Ayuni yang selama ini cetek ilmu agama. Iskandar yang selalunya pulang pada pukul 7 malam tidak pernah mengesyaki apa-apa kerana Ayuni sentiasa ada di rumah setiap kali dia pulang dari kerja. Ayuni memejamkan matanya, berkira-kira mahu merehatkan diri. Lagipun tiada apa lagi yang perlu dibuatnya. Lainlah kalau dia memang isteri yang diinginkan suami, dia pasti memasak sementara menanti kepulangan sang suami. Ayuni akhirnya terlena bersama air hangat yang tidak jemu mengalir di pipi.
“Hoi!!!” jeritan kasar itu menyedarkan lena Ayuni. Dia terpisat-pisat bangun dan melihat siapakah gerangan yang mengacaunya. Serta-merta wajahnya pucat apabila terpandangkan wajah di hadapannya.
“Abang,” Ayuni menundukkan kepalanya. Dia takut untuk menentang mata yang menyala itu. Pang! Satu tamparan hinggap di pipinya menyebabkan matanya berpinar sebentar. Tamparan dari tangan kasar itu amat menyakitkan apabila mengenai pipinya yang halus itu.
“Kenapa kau tidur? Kenapa tak tunggu aku balik?” jerkah Iskandar. Cukup meluat dia melihat wajah mulus di hadapannya itu. Kalau boleh mahu dirodoknya perut itu menggunakan pisau. Biar mampus. Iskandar menarik rambut Ayuni sekuat hatinya membuatkan Ayuni mengerang kesakitan.
“Kau sakit ke?” tanya Iskandar bodoh. Dia tersenyum sinis memandang wajah mendung Ayuni yang sedang menahan kesakitan itu.
“Kalau kau sakit, hati aku ni lebih lagi sakit tau,” sekali lagi Iskandar menampar wajah kecil milik Ayuni. Darah pekat mengalir di bibirnya. Ayuni menangis. Setelah puas, Iskandar meninggalkan Ayuni yang sedang menangis kesakitan. Hatinya puas. Rasakan kau Ayuni. Aku akan pastikan hidup kau akan sengsara! Iskandar masuk ke dalam biliknya. Dia hendak keluar lagi selepas ini. Duduk di rumah itu hanya membuatkan dirinya rimas. Setelah membersihkan diri, Iskandar mencapai kunci kereta dan berlalu keluar dari rumahnya. Dia langsung tidak mempedulikan Ayuni yang masih kesakitan di dalam bilik. Hatinya terlalu puas kerana dapat membuatkan gadis itu menderita. Baginya Ayuni tidak layak untuk hidup bahagia dan merasa gembira. Iskandar memandu keretanya menuju ke destinasi yang boleh membuatkan dirinya gembira. Linda! Gadis itu adalah hiburannya. Ramai lagi gadis di luar sana yang diusung ke hulu ke hilir malah dia juga tidak malu mengusung mereka hingga ke bilik tidur. Suria, Marlina, Hairani! Semua itu adalah hiburan untuknya. Begitu juga Ayuni baginya. Gadis itu adalah hiburan semata-mata walaupun Ayuni halal untuknya. Namun bagi Iskandar, status isteri yang dipegang Ayuni, itu hanya pada nama semata. Tidak akan sekali-kali dia mengangkat martabat wanita itu sebagai seorang isteri dalam erti kata yang sebenar. Dia ingin melihat wanita itu menderita sehingga menghembuskan nafas yang terakhir. Ada dendam di hatinya buat wanita yang bernama Ayuni Zaharah, isteri yang telah dikahwininya setahun yang lalu. Dendam yang telah lama tersemat di dada. Bertahun lamanya dia menyimpan dendam di hati dan hanya penderitaan Ayunilah penawar dendam di hatinya. Iskandar tiba di apartment milik Linda setengah jam kemudian. Berkali-kali dia menekan loceng rumah itu. Dia sememangnya bukanlah seorang yang penyabar. Panas baran sudah sebati dalam jiwanya. Sebab itulah memukul Ayuni langsung tidak mendatangkan kesan di hatinya malah dia suka melihat Ayuni menangis kerananya. Pintu apartment dibuka. Tersembul kepala Linda yang masih dibaluti tuala. Sebaik ternampak Iskandar, Linda tersenyum menggoda. Iskandar melangkah masuk ke dalam rumah Linda tanpa menunggu keizinan daripada wanita itu. Itu kerana dia sudah biasa berkunjung di situ. Lagipun dia yang menghadiahkan apartment itu kepada Linda sempena hari jadi Linda yang ke 19. Linda yang cuma memakai seluar pendek dan T-shirt sendat memandang wajah Iskandar yang masam itu. Dia mendekati Iskandar dan jarinya bermain-main di lengan Iskandar.
“Kenapa ni sayang?” tanya Linda penuh menggoda. Dia tidak mahu Iskandar dalam mood yang tidak elok apabila berkunjung di rumahnya. Ini kerana pasti dia juga yang mendapat tempiasnya kelak. Sebolehnya dia mahu Iskandar sentiasa gembira apabila berada di sampingnya. Bagi Linda, Iskandar itu adalah aset untuknya. Jika dia terlepas Iskandar, itu bermakna hidupnya akan kembali susah. Sebab itulah, dia sanggup menggadai tubuhnya kepada Iskandar asalkan lelaki itu gembira.
“Hati I ni masih panas,” Iskandar tidak memandang wajah Linda.
“Kenapa sayang? Ayuni buat hal lagi yek?” Linda memaut lengan Iskandar.
“Boleh tak you jangan sebut nama betina tu depan I. Berbulu telinga I ni dengar tau tak,” Iskandar melenting.
“Ok. Ok. I minta maaf. Sekarang you bersama I kan? Janganlah macam ni,” pujuk Linda lembut. Dalam keadaan sekarang dia tidak boleh merajuk kerana itulah niatnya apabila ditengking Iskandar tadi. Hatinya tercalar apabila ditengking sebegitu.
“Maafkan I. Tak pasal-pasal you pulak yang kena marah,” Iskandar mengelus-elus pipi gebu milik Linda. Perlahan-lahan pipi itu dibawa ke bibirnya.
“Takpe. I faham keadaan you. Apa kata kita keluar. Ambil angin kat luar. Biar you rasa segar sikit,” Linda memberi cadangan.
“Bagus juga tu,” Iskandar tersenyum sambil menggengam tangan Linda.
“Tunggu sekejap ye. I nak berkemas,” Linda mengangkat punggung untuk berlalu masuk ke biliknya. Iskandar hanya mengangguk sambil memerhatikan lenggok Linda yang telah hilang di sebalik pintu.
Iskandar dan Linda berjalan berpimpinan tangan di kawasan itu. Memang ramai pasangan yang sedang hangat dibuai perasaan datang ke tempat itu. Bagi mereka tempat itu aman dan tenteram. Malah tidak ramai orang awam yang lalu lalang di situ. Begitu juga bagi Iskandar dan Linda. Itu adalah port kegemaran mereka untuk memadu kasih.
“Is, kalau I tanya sesuatu you marah tak?” tanya Linda takut. Dia takut mood Iskandar akan berubah lagi.
“You nak tanya apa?” Iskandar melingkarkan tanggannya di pinggang ramping Linda.
“Kenapa you benci sangat dengan wife you tu?” tanya Linda. Sebenarnya dia takut juga sekiranya Iskandar menengkingnya. Walaupun tidak ramai orang di situ, Linda yakin mereka pasti dapat mendengar tengkingan Iskandar yang bak halilintar itu. Oleh kerana diasak perasaan ingin tahu, dia memberanikan diri bertanya.
“Ada sebab kenapa I kahwin dengan dia,”
“Sebab apa?”
“Tak payahlah you tahu apa sebabnya. Cukuplah you tahu yang I nak balas dendam pada betina itu,” Linda mengeluh hampa apabila tidak mendapat jawapan yang diinginkan tetapi dia tidak akan memaksa Iskandar. Mungkin suatu hari nanti, dia akan mendapat jawapannya.
Di rumah pula, Ayuni sedang menyapu ubat di bibirnya. Peritnya tamparan itu masih terasa. Dia memandang cermin dan melihat bibirnya yang semakin membengkak. Air matanya mengalir lagi tanpa dapat ditahan-tahan.
“Apa salah Ayuni bang? Mengapa tidak ceraikan saja Ayuni. Mengapa mesti seksa hidup Ayuni begini?” Ayuni meletakkan kepalanya di atas meja solek itu. Tersedu-sedu dia menangis sendiri. Ingatannya mengimbau kembali peristiwa 4 tahun yang lalu.
“Ayu nak pergi mana?” tanya ibunya.
“Aku nak keluar. Rimaslah duduk dalam rumah ni,”dengan kasar Ayuni menjawab pertanyaan ibunya. Dia melangkah menuruni tangga satu-persatu diikuti ibunya di belakang.
“Tiap-tiap malam Ayu keluar. Ayu pergi mana nak? Ibu risau,” Puan Intan cuba berdiplomasi dengan anak gadisnya itu.
“Wei orang tua. Aku dah besar. Pandailah aku jaga diri. Kau tu duduk diam-diam kat rumah,” bentak Ayuni. Puan Intan menuruni tangga dan memaut lengan Ayuni.
“Ayu janganlah pergi malam ni ye. Temankan ibu,” rayu Puan Intan. Dia menatap wajah manis Ayuni. Entah di mana silapnya, anak gadis itu berubah. Seorang lagi anaknya iaitu kakak kepada Ayuni telah lama menghilangkan diri. Sebab itulah hanya pada Ayuni dia bergantung harap.
“Kau ni sibuklah,” Ayuni menolak ibunya menyebabkan ibunya yang masih berdiri di tangga terjatuh ke bawah. Kepalanya terhantuk di tiang rumah.
“Allah,” Puan Intan memegang dahinya yang telah dibanjiri darah.
“Itulah engkau. Degil sangat,” tanpa rasa belas Ayuni meninggalkan ibunya yang sedang terkial-kial untuk bangun.
Ayuni memegang bibirnya. Dia menangis lagi.

»»  READMORE...

Sakura Terakhir

Oleh : JASMINE
” Wah! Cantiknya. Warna pink macam warna bunga sakura la. Min suka.” Jelasku sambil membelek belek baju berwarna pink yang agak cute itu.
” Cantikkah? Kalau Min suka beli je la. Nantikan kalau tak beli menyesal pulak. Nanti tak pasal pasal ada yang menangis pula sebab tak beli baju ni” Beritahunya kepadaku sambil merenung tepat ke arah mukaku dengan pandangan yang agak nakal
Aku jadi malu tiba tiba bila terpandangkan renungan matanya yang agak nakal itu. Aku tahu dia cuba untuk mengusikku.” kenapa tenung Min macam tu? Macam tak biasa tengok Min pulak.” Aku bertanyakan untuk mendapatkan jawapannya.
” Ala malulah tu kan? atau min dah jatuh hati kat Daniel sebab renungan Daniel yang mengancam ni? Tanyanya sambil ketawa jahat.
” Mana ada Min malu. Ei , sorry sikit eh, Min kalau malu kat Daniel alamaknya tak lama la dunia ni nak kiamat. Tak ada maknanya Min nak malu kat Daniel dan satu lagi jangan nak perasan ye. Renungan mengancam konon. Perasan betullah Daniel ni.” Aku cuba untuk berselindung.
” betullah tu. Malu la tu. Ei, Min sorang je yang cakap renungan Daniel ni tak mengancam tau. Ramai tau perempuan yang cair kalau Daniel tengok diaorang macam tu.” Jelasnya lagi sambil ketawa.
” haha…. ya lah tu.” Balasku sambil berlalu pergi.
” ala Min ni, Daniel nak bergurau sikit pun tak boleh. Serius sangat. Tak syok la macam ni.” Jelasnya.
” syok ke tak syok ke, Min peduli apa? Tak ada kaitan dengan Min pun.” Aku berkata sambil membelek belek baju baju lain pula.
” siapa cakap tak ada kaitan dengan Min? Ada la. Kalau Min terlampau serius macam ni, tak menariklah hidup Daniel okay.” Jelasnya sambil mengekori langkahku.
” dah tu, Daniel kawanlah dengan orang lain. Tak apa. Min tak kisah pun kalau Daniel dah tak nak kawan dengan Min lagi.” Aku memandang mukanya.
” Min ni, hal kecik macam tu pun nak gaduh jugak ke? Daniel tak nak orang lain. Daniel nak Min je dalam hidup Daniel.” Jelasnya sambil menarik lenganku.
Pengakuannya itu betul betul membuatkan aku ingin ketawa tapi wajahnya yang agak serius menyebabkan aku tidak berani untuk memecahkan derai tawaku.
***************************************************************************
Sesudah mandi aku membaca sebuah buku dan aku terbaca satu kata kata yang agak menarik perhatian aku. ” bagi aku cinta itu ibarat makanan. Makanan kegemaran setiap orang adalah berbeza beza dan hanya diri sendiri yang dapat menentukan dan menikmati makanan tersebut. Ada yang dapat merasai makanan kegemaran mereka dengan mudah dan ada yang lansung tidak dapat menikmatinya sampai bila bila pun.”
Kata kata ini menyebabkan aku teringat kejadian di kedai baju petang tadi. Ayat itu masih lagi terngiang ngiang ditelingaku. Tapi sanggupkah aku? Sanggupkah aku untuk menerima cinta insan yang bernama Daniel itu? Sanggupkah aku menukarkan persahabatan yang sudah terjalin sekian lama ini kepada perasaan cinta?
Lamunanku terhenti tatkala telefon bimbitku berdering. Aku lihat di skrin tertera nama Daniel sebagai pemanggilnya. Cepat cepat aku menekan butang menerima panggilan.
” hello.” Kedengaran suara Daniel di hujung talian sebaik sahaja aku menekan butang menerima panggilan.
” hello. Ya. Daniel ada apa telefon Min malam malam ni?” panjang betul umur daniel ni kan? baru je Min teringat dekat Daniel tadi” jelasku kepadanya.
Opsss… kenapa dengan aku ni? Kenapa la aku bagitahu dia yang aku teringat kat dia. Macam mana boleh tersasul ni. Malunya.Deraian tawanya menyebabkan aku berasa semakin malu. Rasa macam nak buang je muka ni jauh jauh.
” akhirnya Min mengaku jugak yang Min teringat dekat Daniel. Maknanya Min rindu Daniel la tu. Daniel suka.” Jelasnya.
” mana ada Min cakap Min rindu kat Daniel, Min cakap Min teringat je. Bukan Min rindu Daniel. Perasan betul.” Aku cuba untuk menjelaskan keadaan.
” ala kalau rindu pun apa salahnya. Tak salah. Tak ada orang marah pun” terang Daniel kepadaku.
” emm.. apa hal Daniel telefon Min malam malam ni?” tanyaku bertujuan untuk menukar topik perbualan kami. Dan ternyata Daniel memang mudah lalai dengan pertanyaanku itu.
” a’ah la . Nasib baik Min tanya, Daniel pun dah hampir terlupa nak bagitahu Min ni.” Jelasnya pula.
” apa dia?” soalku ingin tahu sambil membelek belek halaman buku ditanganku itu.
” Daniel dah cakap dengan mama dan papa Daniel tentang Min. Diorang nak jumpa Min. Lepas tu Daniel nak suruh mama dan papa masuk meminang Min. Macam….”
Aku memotong percakapan Daniel sebelum sempat dia menghabiskan baris ayatnya.
” kejap, kejap. Kenapa Daniel tak bincang dengan Min dulu? Kenapa cakap dekat mama dan papa Daniel sedangkan Min masih belum bersetuju pun nak couple dengan Daniel. Dan satu lagi Min hairan lah kenapa Daniel boleh suka kat Min? Sedangkan Min ni tak cantik. Kalau Daniel setakat nak mempermainkan perasaan Min, Min rasa baik Daniel tarik balik la niat Daniel tu.” Luahku kepadanya.
” siapa cakap Daniel nak main mainkan perasaan Min? Daniel ikhlas. Walaupun Min tak cantik Daniel tetap suka Min sebab Min baik, sebab Min pernah selamatkan Daniel dulu. Jelasnya kepadaku. “Min ingat tak yang Min pernah bagitahu Daniel dulu yang Min nak sangat tengok bunga sakura. Tak kiralah kat Jepun ke Korea ke, yang penting Min dapat tengok bunga sakura tu dengan orang yang Min sayang, dan kalau boleh Daniel nak jadi orang yang tengok bunga sakura tu dengan Min.” Jelasnya panjang lebar.
Penjelasannya itu membuatkan aku diam seribu bahasa. Tidak tahu bagaimana aku hendak menggambarkan perasaan pada masa itu. Aku tidak menyangka yang Daniel masih lagi ingat tentang bunga sakura walaupun sudah hampir 2 tahun aku ceritakan tentang impian aku itu. Impian untuk melihat bunga sakura bersama orang yang aku sayang. Impian yang cukup simple tapi susah untuk direalisasikan suatu masa dahulu.
” Min, kenapa Min diam je ni?” suara Daniel kedengaran dihujung talian.
” tak, tak ada apa apa. Min Cuma tak tahu nak cakap apa je. Min tak sangka Daniel ingat lagi” jelasku.
*********************************************
” Min nak tema ” hari kita” nanti warna pink putih tau. Macam warna bunga sakura. Min pakai warna Pink, Daniel pakai warna putih. Okay?” tanyaku kepadanya.
” okay je. Daniel ikut je. Nantikan tak pasal pasal pulak ada orang merajuk dan tak nak kahwin dengan Daniel.” Katanya sambil berseloroh.
” jangan nak perli Min okay. Nanti Min merajuk betul betul baru tahu. Lepas tu terpaksa la Daniel cari pengantin perempuan lain lah nampaknya.” Jelasku sambil berlalu pergi.
Daniel segera mengejar langkah kakiku.
” tadi mama dengan suruh kita pergi butik, pergi tengok baju pengantin kita. Lepas tu, mama suruh beli apa yang patut maksud Daniel barang barang hantaran untuk Min. Daniel nak Min pilih sendiri apa yang Min nak.” Beritahunya kepadaku.
Hari yang ditunggu tunggu akhirnya tiba juga. Perasaan aku pada hari itu langsung tidak dapat digambarkan dengan kata kata. Jantungku berdegup dengan kencang sekali. Terasa segala yang dilakukan menjadi serba tidak kena. Dengan sekali lafaz, akhirnya aku sah menjadi isteri kepada Daniel Syahmi bin Dato’ Adam.
” ha, menantu mama ni nak pergi honeymoon kat mana nanti?” Tanya ibu mertuaku tiba tiba.
Pertanyaan itu sedikit sebanyak membuatkan aku berasa agak malu.
” tak tahulah ma, Min ikut je pilihan Daniel.” Jelasku pula.
” ishk budak ni, korang ni dah kahwin, tak elok panggil nama macam tu.” Sampuk ibuku pula yang muncul dari dapur.
” bu, Min tak biasala. Dah terbiasa panggil Daniel guna nama.” Jelasku kepada ibuku.
Daniel yang terdenngar perbualan kami menyampuk secara tiba tiba.
” ya lah. Kita kan dah kahwin, mana boleh panggil nama lagi. Sekurang kurangnya kena panggil abang.” Jelasnya sambil ketawa.
Saat itu, aku dapat rasakan bahawa muka aku sudah menjadi merah padam. Tiba tiba ibu mertuaku bersuara.
” ha, daniel, nanti nak honeymoon kat mana?”
” kalau yang tu surprise la ma. Nanti sampai masanya Daniel bagitahu okay?’ jelasnya.
Hmm surprise la sangat. Entah kat mana la dia nak bawa aku agaknya ni. Bebelku sendirian.
***************************************************************************
Esoknya, aku betul betul mendapat kejutan yang lansung aku tidak terjangka daripada Daniel. Katanya kami akan ke Kyoto. Memandangkan sekarang ni akhir bulan Mac maka kami akan honeymoon kat Kyoto. Maklumla kat Kyoto sekarang ni musim bunga sakura tengah berkembang. Pandai betul la suami aku ni. Siap buat research lagi untuk pergi honeymoon.Saat aku mengetahui perkara itu, aku berasa begitu gembira tidak terkata. I’m speechless.
Beberapa hari selepas itu, kami bertolak ke Kyoto. Akhirnya impian aku untuk melihat bunga sakura dengan mata kepala aku sendiri tercapai. Dan yang penting sekali aku dapat melihat keindahan bunga sakura yang sedang berkembang dengan orang yang aku sayang. Saat seperti itu aku rasakan sungguh romantik sekali.
Sebaik sahaja sampai di Kyoto, kami segera ke hotel yang telah kami tempah untuk menginap selama seminggu di Kyoto itu. Banyak aktiviti yang telah aku rancang untuk aku lakukan sepanjang aku berada di Kyoto dan salah satu aktiviti tersebut sudah semestinya untuk melihat bunga sakura. Saat itu, aku rasakan akulah orang yang paling bertuah sekali. Aku sungguh bahagia. Tidak terduga langsung bahawa aku akan sebahagia ini jika aku bersama dengan Daniel Syahmi. Kalau aku tahu begini, sudah pasti aku akan bersama dengannya lebih awal lagi.
” bang, aktiviti mula mula yang saya nak buat adalah saya nak tengok bunga sakura. So, esok abang kena temankan saya tengok bunga sakura dulu. Lepas tu baru buat aktiviti aktiviti lain.” Jelasku kegirangan.
Daniel hanya mengangguk dan tersenyum melihat telatahku yang seperti kanak kanak yang baru sahaja mendaoat gula gula.
” wah! Cantik betullah abang. Min, tak sangka bunga sakura ni cantik sampai macam ni sekali. Memang indah. Min suka betul tengok bunga sakura ni.” Beritahuku.
” memang cantikpun. Tapi isteri abang lagi cantik.” Jelasnya pula
Aku tertunduk malu sebaik mendengar kata katanya itu.

»»  READMORE...

Ramadhan Terakhir

Oleh : ADIT ZULFATAH
1
SERUAN takbir bergema tika malam raya tiba. Kelihatan Asyira sedang menghias rumah, hanya dia sendiri tiada abang tiada kakak yang membantu. Asyira seorang sahaja anak Hajah Salmah yang tinggal di rumah ini. Haji Fuad berada di surau bersama-sama dengan jemaah yang lain sedang melaungkan khalimah suci itu.
Abang dan kakaknya iaitu Syukri dan Syida belum pulang ke kampung halaman. Kali ini sudah masuk dua tahun mereka tidak balik beraya. Dia yang sedang memasang langsir itu mengeluh panjang mengenangkan sikap kedua-dua saudaranya itu. Biarpun dia hanya anak angkat namun dia sungguh terasa hati apabila Syukri dan Syida hanya mementingkan kesibukan kerja masing-masing.
Buat apa Asyira hendak pening kepala, lantak mereka dengan cara mereka yang begitu. Sungguh bagai dikata seperti kacang lupakan kulit. Kalau dia bercakap banyak juga tiada gunanya, bagaikan mencurah air di daun keladi. Mana ada abang dan kakaknya itu mahu mendengar cakap dia. Siapa dia? Hanya anak angkat sahaja.
Tapi hati dia berasa kesal. Begitu kesal sekali dengan sikap yang tidak bertanggungjawab Syukri dan Syida. Khabar Hajah Salmah dan Haji Fuad jarang sekali mereka hendak ambil tahu. Hajah Salmah pula yang sibuk-sibuk menghubungi anak-anaknya itu.
Seminggu sebelum itu Hajah Salmah telah menelefon anaknya Si Syida untuk bertanyakan khabar berita.
“Syida sihat ke? Raya tahun ni Syida balik tak?” tanya Hajah Salmah.
“Mak.. Syida tengah sibuk ni, lagipun raya tahun ni kena balik rumah Abang Marzan. Mak tahulah perangai Abang Marzan tu macam mana, tahun lepas pun balik rumah dia, tahun ni pun kena balik rumah mak dia juga, kalau tak ikut cakap suami kan nanti cakap kita derhaka pula..” balas Syida.
“Jadi Syida tak balik jugalah raya tahun ni? Baliklah raya kedua ke, atau ketiga ke, janganlah tak balik langsung, mak rindu juga kat cucu-cucu mak tu..” ujar Hajah Salmah hampa yang begitu mengharapkan kepulangan anaknya.
Selepas mendapat jawapan yang tidak begitu baik, Hajah Salmah terus mendail nombor telefon Syukri pula.
“Assalamualaikum Syukri..mak ni..”
“Walaikumussalam..Oh mak. Ada apa mak telefon malam-malam ni?” boleh pula Syukri tanya macam itu, ibu dia telefon mestilah hendak tanya khabar. Harapkan dia yang telefon? Sampai berjanggut pun mana ada mahu telefon. Kalau ada pun kadang-kadang sahaja, itu kalau ada urusan.
“Kamu sihat ke Syukri?”
“Alhamdulillah…saya sihat aje seadaanya, kenapa, mak?” soal Syukri. Dia langsung tidak bertanya semula pada Hajah Salmah itu entah sihat ke tidak.
“Raya nanti kamu balik sini tak?”
“Tak, mak. Saya balik rumah keluarga Farisya, tahun lepas kan saya dah balik..”
“Memang kamu balik tapi dah hujung Syawal, mana sama Syukri dengan raya pertama, mak teringin nak tengok cucu-cucu mak tu, mak pun nak kamu ada bersama di hari raya nanti, mak nak buatkan rendang kegemaran kamu Syukri.. Dahlah Syida tak dapat balik, kamu pun cakap macam tu..” Mencurah-curah air mata si ibu yang begitu mengharap.
Tangisan si ibu tidak didengari oleh anak-anaknya. Apatah lagi untuk dimengertikan perasaan kasihnya seorang ibu.
“Sal, sudahlah, jangan menangis, mereka tak nak balik biarkanlah, lagipun mereka dah berkeluarga…” pujuk Haji Fuad sedari tadi mendengar rintihan isterinya.
“Sal sedih bang, sedih dengan sikap anak-anak kita sekarang, Sal rindukan mereka bang, sal lebih senang tengok mereka masih kecil, makan pun bersuap, lenguh kaki kita ni mereka urutkan. Mereka dengar cakap kita bang, tapi sekarang bila dah besar…” kata-kata Hajah Salmah terhenti di situ. Dia menangis tersedu-sedu.
“Sudahlah tu Sal, jangan dipaksa mereka tu, anak kita itu dah besar panjang, tahulah mereka berfikir..” Haji Fuad cuba meredakan sendu di hati Hajah Salmah.
Wajah isterinya kendur, muram sahaja. Namun jauh di sudut hati Haji Fuad itu amat merindui anak-anaknya juga. Tetapi rasa itu dibenamkan. Ia tidak dizahirkan. Mungkin juga rasa itu telah pergi jauh atau juga dia cuba menyekatnya. Naluri seorang ayah memang berkehendakkan kebahagiaan di dalam sisa-sisa hidupnya yang masih berbaki entah berapa lama lagi.
Hati ayahnya berputis syahdu, bersyair di dalam hati, berlagu rindu tatkala ruang itu kian sempit, mudah sekali terguris apatah lagi ia dicalar-calarkan dengan sikap dan perangai anak-anaknya itu.
‘Anakku, tidak pernah terlintas difikiran ayah untuk melupakanmu dan tidak pernah sekali rasa itu ditinggal mati, apatah lagi untuk ayah cuba membunuh perasaan ini bila rindu bertamu. Dahulu pernah sekali ayah cuba mengusir rasa itu tapi begitu mudah ia datang kembali, apabila potret anak-anak ayah ditatapi. Pulanglah nak..ayah tetap berbangga kerana anak ayah berjaya dalam hidup, pulanglah nak… kerana ayah tetap berbesar hati melihat anak ayah menjadi anak yang soleh dan solehah, pulanglah nak.. ibumu di sini selalu pedih mengalirkan air mata mengenangmu yang tidak pernah mahu pulang di aidilfitri..’
………………………

2
“ABANG… kalau Syida cakap sesuatu abang jangan marah ya..?” Syida ingin menyoal sesuatu. Saat ini dia sedang menggosok baju kerja suaminya itu untuk dipakai esok hari.
Marzan yang bersandar di kepala katil sedang membelek sebuah majalah keluarga sambil terbujur kaki terus menoleh ke arah isterinya.
“Apa dia cakaplah,” balas Marzan.
“Tapi abang janji jangan marah..” ulang Syida lagi dengan mempamerkan wajah risau. Marzan pula berkerut dahi memerhatikan Syida.
“Cakaplah..apa dia..kalau awak tak cakap abang marahlah..”
“Belum apa-apa lagi abang dah berkerut dahi,”
“Yelah abang tengah tunggu ni apa yang awak nak cakapkan.” Balas Marzan dengan berwajah serius.
Syida sebenarnya takut kerana suaminya mudah naik angin. Dia cuba berlembut seboleh yang mungkin.
“Tadi mak saya telefon..”
“ha`ah mak awak nak apa?” soal Marzan deras.
“Mak saya nak kita sekeluarga balik beraya kat kampung..”
“Apa??! Mana boleh! Raya tahun ni awak kena ikut saya balik kampung saya..”
“Tapi bang dah dua tahun saya ikut abang balik beraya rumah keluarga abang, bagilah saya peluang untuk beraya di kampung mak ayah saya pulak..”
“Tak boleh! awak tu isteri saya! Awak kena ikut cakap saya!” tegas Marzan dengan menghempas majalah itu ke birai katil lalu dia memberontak keluar dari bilik menuju ke sofa.
Tangan Syida berhenti menggosok dengan tiba-tiba. Dia menghela nafas kemudian dihembus perlahan-lahan. Wajahnya sedikit kendur kerana pertanyaan tadi telah membuatkan suaminya jadi marah. Jantungnya pula berdetak kencang.
Sejurus itu dia melangkah keluar dari bilik setelah suis seterika dimatikan.
“Abang..” sebut Syida lembut.
“Awak jangan bercakap dengan saya!” tengking Marzan.
“Jangan macam ni bang..”
“Saya kata jangan cakap apa-apa dengan saya!” tengking Marzan lagi.
Marzan berpeluk tubuh dan memandang tepat ke arah kaca televisyen yang tidak terpasang itu. Suara Marzan telah membuatkan Umairah terjaga dari lena. Lantas dia keluar dari bilik untuk melihat apa yang sedang berlaku. Dia mengintai dari tepi pintu biliknya.
Punggung Marzan diangkat deras lalu dia tersera-sera menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah tanpa menoleh Syida. Umairah yang memerhatikan ayahnya laju berlalu dari situ segera dia mendapatkan umminya.
Setibanya di situ dia berdiri di sisi umminya yang turut berdiri di belakang sofa itu sementara tangan umminya meramas kuat kepala sofa itu. Mungkin dia melepaskan geram.
Syida yang terkejut dengan kehadiran Umairah secara tiba-tiba itu terus menoleh wajah anak kesayangannya dengan pandangan hambar.
“Apa yang ummi dan ayah bincangkan sampai ayah tarik muka macam tu? Irah dengar kecoh semacam aje..” soal Umairah gadis remaja yang berusia lima belas tahun itu.
Kelopak mata Syida berkaca, bakal mengalirkan air mata sedetik lagi. Dia tidak menjawab pertanyaan itu. Syida terus tunduk membisu sambil mata terpejam rapat, maka air matanya berhemburan.
“Ummi menangis?” cepat-cepat Syida menyeka sendiri air mata itu setelah disoal Umairah.
Syida menggeleng.
“Irah..pergi masuk tidur, jangan risaukan ummi dan ayah, esok Irah nak sekolah.. cepat masuk tidur…” ujar Syida lembut.
“Tapi ummi jangan sedih-sedih, Irah tak nak lah tengok ummi bersedih lagi, setiap kali ummi gaduh dengan ayah, ummi pasti menangis..” balas Umairah.
Umairah tidak sanggup lagi melihat umminya menangis gara-gara bertengkar dengan ayahnya. Otak ummi ligat mencari punca. Dia menelaah apa yang sedang berlaku. Ayahnya marah mungkin bersebab tapi apa pula yang umminya cakapkan?
Syida hanya mencebik. Dia kemudiannya mengukir senyuman kejal. Nampak terpaksa kerana mahu menafikan.
“Umar dah tidur ke?” soal Syida yang tiba-tiba bertanyakan tentang Si Umar anak bongsunya.
“Dah ummi, awal-awal lagi dia dah tidur, selepas mengaji Al-Quran tadi dia terus tidur..” balas Umairah.
Kepala Syida diangguk perlahan.
Umairah yang tadi terfikir sendiri tentang sebab mereka berkelahi lama-kelamaan dia jenuh pula. Selalu benar dia melihat ummi dan ayahnya berkeadaan begitu. Jadi dia mengambil keputusan untuk terus masuk tidur.
Begitulah keadaan yang berlaku seminggu sebelum itu. Masing-masing tidak mahu beralah. Maka pertengkaran sering berlaku. Untuk mendapat keputusan yang terbaik adalah terlalu sukar kerana keluarga Syukri begini, keluarga Syida pula begitu.
………………………………

3
“SAYANG..raya kali ni balik rumah mak dan ayah abang ya..?” pujuk Syukri selepas menyisip secawan teh.
“Mana boleh! Abang kan dah setuju nak balik rumah keluarga saya!” tegas Farisya.
“Tapi, dah dua tahun kita balik raya rumah keluarga awak je, apa salahnya kita balik beraya rumah mak ayah abang pula kat kampung tu..” ujar Syukri lalu melangkah dari meja dan menghampiri Farisya yang duduk di sofa.
“Apa abang ni, anak-anak kita pun dah suka kita balik raya kat rumah mak ayah saya, mana boleh main tukar-tukar perancangan macam tu aje, saya pun dah bagitahu dah kat mak saya yang kita akan balik beraya di sana..” balas Farisya yang sememangnya beralasan tidak mahu pulang ke kampung suaminya di Aidilfitri ini.
“Tapi…”
“Tak ada tapi-tapi lagi bang, tahun lepas pun kita dah balik kampung abang tu, apa ada kat kampung abang tu? Tak ada apa-apa pun bang, anak-anak kita tu bukan suka sangat beraya kat situ..” Farisya terus memotong kata-kata Syukri.
“Tahun lepas kita balik dah hujung Syawal Sya..itu pun abang yang pujuk awak balik, kalau tak awak sikit pun tak nak ikut..” terang Syukri sambil menggosok bahu isterinya.
“Memang saya tak ikut, sebab saya tak suka balik kat rumah mak ayah abang itu, ayah abang tu pula bukan suka saya ni, dari awal lagi kita kahwin, ayah awak tu macam tak restui saya sahaja…” balas Farisya pula dengan menarik muka.
Syukri mengeluh panjang. Dia menggelengkan kepalanya. Mungkin kesal dengan sikap isterinya yang keras kepala. Tidak mahu menurut kata.
“Awak tak habis-habis ungkit fasal itu, dah lima tahun kita mendirikan rumah tangga, Sya. kita dikurniahkan dua cahaya mata. Fida tu dah sekolah di tingkatan dua, Zuan pulak dah darjah enam..takkan ayah saya masih tak restu lagi.. ” Setelah Syukri berkata sedemikian, Farisya mula menepis tangan Syukri yang berada di bahunya sedang menggosok lembut.
“Memanglah bang tapi itu tak bermakna ayah awak dapat menerima saya..” Fasrisya mempersoalkan perkara yang sudah lama. Lantas dia bangun dari sofa menuju ke balkoni.
“Sudahlah Sya! Abang nak kita balik beraya rumah mak ayah abang jugak!” bentak Syukri yang berang dengan cara Farisya itu. Lantas Farisya menoleh dan berkata,
“Baik!! Abang balik rumah mak ayah abang! Saya balik rumah mak ayah saya! Fida dan Zuan akan ikut saya!” kemudian dia terus menarik muka dan terus jalan menghentak-hentak kakinya menuju ke tempat kotak kunci yang melekat di dinding untuk mengambil anak kunci kereta. Syukri terjegil mata melihat rajuk Farisya dan melihat isterinya itu melangkah keluar dengan ekor matanya.
Selepas itu segera dia keluar dari rumah tanpa izin suami. Mungkin dia merajuk atau sememangnya dia buat perangai. Fida dan Zuan dari tadi hanya memerhatikan sahaja pergaduhan mulut di antara papa dan mamanya dari muka pintu bilik mereka tanpa di sedari oleh Syukri dan Farisya.
Zuan kemudiannya menghampiri Syukri diekori oleh Fida.
“Papa..papa gaduh dengan mak fasal nak balik kampung rumah siapa ya?” ujar Zuan yang berbaju tidur.
Syukri mengangguk lalu dia menggosok ubun kepala anak lelakinya.
“Ah! papa ni, benda kecik macam tu pun papa nak marah-marah mama,” Fida mencelah dengan menyilang tangan.
“Adik nak balik rumah Atuk Fuad, Adik nak ikut papa, kalau kakak nak balik rumah Nek Su, kakak ikutlah mama..” balas Zuan sebab dia tahu kakaknya itu suka balik rumah Nenek Suraya sebab dapat duit raya banyak tapi Zuan pula lebih suka balik rumah keluarga papanya. Dia suka dengan keadaan kampung itu, boleh mandi sungai.
Otak Syukri bertambah kusut. Anak-anak mereka juga turut berlainan pendapat seperti dia dan Farisya. Fida menyokong mamanya, Zuan pula menyokong papanya. Keadaan menjadi bertambah celaru.
“Sudah! Jangan bertengkar, lagi.. pergi masuk tidur, esok kan hari terakhir sekolah. Nanti lambat bangun..”
“Lusa kita bersiap balik rumah Nek Su kan papa?” soal Fida.
“Tak nak! Papa kita balik rumah Atuk Fuad ya!” Zuan menyampuk lalu menoleh ke wajah ayahnya.
Fida mencebik. Lantas dia menyilang rapat tangan ke tubuhnya. Kemudian mulutnya dimuncungkan.
Bertambah kacau hati Syukri sekarang ini. Apa yang dia perlu lakukan? Perasaan berbelah bahagi. Rumah mertuanya ke atau rumah ibunya? Bagaimana pula dengan Fida dan Zuan? Seorang hendak balik rumah mertuanya, seorang lagi nak ikut dia balik ke kampungnya. Sykuri menghela nafas. Dia bingung sendiri.
…………………………

4
DI MALAM aidilfitri ini sungguh indah, Rahmat TUHAN turun ke semesta alam. Hajah Salmah saat ini berada di dapur menyiapkan rendang daging kesukaaan kedua-kedua anaknya. Dia begitu mengharapkan kepulangan anak-anak untuk beraya bersamanya pada tahun ini.
“Syiraaaaa….tolong mak kat dapur ni kejap..” pekik Hajah Salmah.
Asyira yang sedang berjongkit kaki berusaha untuk memasang langsir baru. Serba serbi ditukar baru. Alas meja yang baru, bekas kuih muih juga baru. Dia juga telah siapkan sampul-sampul yang telah diisi dengan duit raya untuk budak-budak yang akan datang beraya di rumahnya. Zaman kanak-kanaknya sudah lama berlalu, kini tiba giliran dia pula untuk memberikan duit raya.
“Ye makkkk….kejap mak..Syira tengah bubuh langsir ni.. tunggu siap yang ini nanti Syira datang mak..” balas Asyira.
Cepat-cepat Asyira memasang langsir itu. Selepas ini dia hendak pasang lampu kelip-kelip pula, bertambah serilah malam raya ini. Tapi sebelum itu dia harus pergi menjengah Hajah Salmah di dapur.
Setibanya di dapur dia melihat kelibat wanita tua separuh abad yang bertelekung itu sedang bersungguh menyiapkan rendang.
“Wah mak! Tahun ni banyak pula rendang mak masak, ada tetamu istimewa ke mak?” sapa Asyira sebaik menjejakan kaki ke bahagian dapur.
Hajah Salmah menoleh ke arah Asyira lalu dia tersenyum.
“Haaa… abang dan kakak jadi balik ya mak, bestlah raya ni kalau betul abang dan kakak nak balik, bertambah riuh lah nanti, lama Syira tak usik-usik Umairah,Umar,Fida dan Zuan tu, Mungkin dah besar panjang agaknya anak-anak saudara Syira tu kan mak..” ujar Asyira yang mempamerkan wajah gembira kerana dia juga menduga keluarga abang dan kakaknya itu akan pulang beraya.
Walaupun dia hanya anak angkat, namun baginya mereka ini adalah keluarganya, sejak kecil lagi mereka dibesarkan bersama-sama. Asyira sudah tidak punya siapa-siapa lagi di dunia ini. Ibu dan ayahnya telah meninggal dunia dalam sebuah kebakaran termasuk Abang Long, Kak long, Abang Ngahnya semua telah menjadi korban. Hanya dia yang terselamat pada waktu itu lantas dia dibela oleh keluarga Haji Fuad kerana ayahnya itu berkawan berkawan baik dengan Haji Fuad.
Kasih sayang yang dicurahkan oleh Hajah Salmah dan Haji Fuad tidak berbelah bahagi, dia ditatang bagai minyak yang penuh. Keluarga Haji Fuad ini tidak pernah menganggap dirinya orang asing malah dianggap Asyira ini sebagai anak sendiri.
Kata-kata Asyira tadi telah membuatkan Hajah Salmah terkedu. Dia takut anak-anaknya tidak pulang. Tapi naluri seorang ibu mengatasi segala-galanya. Gerak geri hatinya mengatakan bahawa anak-anak akan pulang. Pulang beraya bersama-sama.
“Syira..kamu kecilkan sikit api tu, nanti kering pula rendang tu.” Hajah Salmah berpesan pada Asyira yang tercegat sahaja dari tadi.
“Ya mak.. ermm mak.. nasi himpit dah siap ke mak?”
“Dah..”
“Lemang?”
“Ni mak tengah isilah ni..”
“Hehe..kejap lagi kita pergi bakar lemang sama-sama ya mak.. tak sabar rasanya Syira nak makan lemang yang mak buat..” ujar Asyira tersenyum kagum kerana Hajah Salmah mampu menyediakan semuanya sepantas yang boleh untuk menyambut kepulangan Syukri dan Syida yang sudah lama tidak bertemu.
Mereka bertungkus-lumus menyiapkan juadah hari raya.
“Mak mak.. Ayah mana, mak..?”
“Eh kamu ni, ayah kamu tu kan ada kat surau Haji Yahya..” Balas Hajah Salmah yang sedang mengisi pulut santan ke dalam buluh.
“Lupa pula… ” ujar Asyira sambil mengaru kepala yang tidak gatal.
‘Poooommmm dum dum’ tiba-tiba kedengaran bunyi yang cukup kuat. Mereka berdua terperanjat.
“Opocot anak kucing anak ayammmm anak kucing makan ayam..aihh aihhh…ishh” mujur tidak diketuknya kepala Asyira dengan buluh lemang akibat melatah setelah bunyi mercun berdetum di bawah rumahnya tadi.
Pantas kedengaran bunyi gelak tawa kanak-kanak nakal yang telah membaling mercun ke bawah rumah Hajah Salmah.
Asyira tumpang gelak melihat gelagat Hajah Salmah melatah. Sejurus itu Asyira meluru pantas ke tingkap untuk melihat budak-budak nakal itu.
“Ish kau ni Samad tak ada kerja lain, bahaya main mercun, nanti kalau meletup kat tangan habis putus jari esok kamu tak boleh raya..” pesan Asyira sambil berkerut dahi.
“Ala kak, raya tanpa mercun tak seronoklah, kan Zuki kan..”
“Ha`ah kak Syira ni, tak bestlah kalau tak dengar bunyi mercun malam raya ni, nanti sunyi je” balas Zuki.
“Betul tu, main mercunlah best.. Eh! mari kita pergi tengok Khalid cucuh meriam..” Ariff mencelah.
“Jom jom…!” balas Zuki.
“Tunggulah kejap, aku nak cakap dengan kak Syira dulu,” suruh Samad.
“Ya kami tunggu..” balas Ariff.
“Kak, Zuan ada tak?”
“Tak ada..” balas Asyira.
“Dia balik raya tak esok?” soal Samad.
“Insya-ALLAH,” ucap Asyira.
“Kalau dia balik raya, esok suruh dia datang beraya kat rumah Samad eh, dah lama tak jumpa dia, kami semua rindu nak ajak dia mandi sungai..hehe..”
“Rumah akulah sekali..” sampuk Zuki.
“Ha`ah rumah aku juga..” kata Ariff.
“Okeylah kak kami gerak dulu, nak main meriam buluh pula.. Selamat Hari Raya kak, cakap kat Pak Fuad dan Mak Mah maaf zahir batin sorry sebab sengaja cucuh mercun tu,” ujar Samad dan terus berlari.
“Sediakan duit raya banyak-banyak ye kak! Esok kami datang beraya rumah akak!” jerit Zuki pula sambil berlari mengekori Samad. Lalu mereka menghilang dalam kegelapan.
Asyira hanya tersenyum sambil menggeleng kepala melihat gelagat budak-budak itu dan kemudiannya dia terus kembali ke dapur.

Tiba-tiba mata Asyira terbeliak dan tergamam melihat sekujur tubuh sedang terbaring kaku di lantai dengan buluh lemang itu masih terdapat di tangan.
“Makkkkkk!!!!!!!!!!!!!!” Asyira menjerit sekuat hati.
“Mak bangun mak.. kenapa ni mak? Ya ALLAH! mengucap mak mengucap!” teriak Asyira setelah melihat Hajah Salmah tercungap-cungap menahan nafas yang tersekat-sekat.
“Syi..syira..ini mungkin ramadhan terakhir mak, es..esok..syawal mak tak sempat syi..syira…” kata Hajah Salmah yang sedang nazak.
“Jangan cakap macam ni mak… bertahan mak..tunggu abang dan kakak balik dulu mak, kita beraya sama-sama ye mak..tolonglah mak bertahan..” Asyira tersedu-sedu melihat keadaan Hajah Salmah.
Asyira terus meriba kepala Hajah Salmah. Dicium dahi itu berkali-kali. Tangan Hajah Salmah pula digenggam erat oleh Asyira.
“Syi..syira..kalau abang dan kakak kamu balik, ca..cakap pada mereka mak dah halalkan susu badan mak. Ma..mak halalkan segala-galanya ter..termasuk kamu syira..”
“Mak mengucap mak..jangan cakap lagi mak… mengucap mak!” lantas Asyira merapatkan bibirnya ke telinga Hajah Salmah lalu melafazkan khalimah suci itu, dua khalimah syahadah.
“ASY-HADU AL LAA ILAAH ILLALLAH……..”
“ASY-HADU AL LAA ILAAH ILLALLAH…” diikut Hajah Salmah.
“WA-ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASUULLULLAH….”
“WA-ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASUULLULLAH….” diikut Hajah Salmah.
Mata Hajah Salmah terpejam rapat. Mata itu tidak akan terbuka lagi. Mata kasihnya ibu…
Perginya seorang ibu yang sudah tiada berpengganti lagi di dunia ini, perginya Hajah Salmah buat selama-lamanya menghadap Tuhan yang Esa. Dia telah dijemput ke Rahmatullah.
……………………

5
“SYUKUR Alhamdulillah, kerana Ramadhan terakhir pada tahun ini telah selamat kita sempurnakan. Diharapkan mudah-mudahan ibadah puasa kita selama sebulan itu diterima oleh ALLAH SWT, Insya-ALLAH. Dan pada esok hari adalah merupakan hari kemenangan bagi kita umat Islam..umat Nabi Muhammad SAW, Bulan Syawal akan tiba, dan pada yang belum menunaikan zakat, hendaklah membayarnya kepada saya sendiri selaku amil di kampung ini yang telah dilantik oleh Jabatan Agama..Dengan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua jemaah yang hadir pada malam yang mulia ini supaya berbanyak-banyaklah ucapan salam dan selawat ke nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW serta memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT..” Ceramah Ustaz Adnan di dalam surau Haji Yahya.
“Kenapa Pak Haji?” tanya Yusoff setelah melihat badan Haji Fuad bergoyang seperti hendak pitam.
“Tak ada apa-apa cuma rasa tak sedap hati aje,” balas Haji Fuad sambil membetulkan serebannya yang disangkutkan pada bahu.
“Masti anak Pak Haji dah balik ini..” Duga Yusoff.
“Kalaulah betul, aku bersyukur pada ALLAH..” balas Haji Fuad.
“Insya-ALLAH,”
“Aku pergi dululah..”
“Cepatnya..hmmm kalau macam itu saya nak minta maaf banyak-banyak Pak Haji, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin..” ucap Yusoff.
“Aku pun begitu juga Sof, Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.” Balas Haji Fuad lalu mengangkat punggungnya dari lantai surau.
***
LANGKAH kaki Haji Fuad amat kaku. Dia berjalan sungguh perlahan. Langkah demi langkah diaturkan dengan hatinya yang kian dirundum resah. Apa yang telah berlaku hingga hatinya tidak tenang sebegitu. Perjalanannya hanya ditemani lampu suluh. Dia melalui jalan yang gelap tanpa sebarang lampu jalan menerangi keadaan itu. Kendengaran pula bunyi mercun dan meriam buluh bersahut-sahutan sentiasa menjengah ke cuping telinganya.
Sebaik kakinya melintasi jalan simpang tiga, tidak semena-mena sebuah motosikal sedang memecut laju terus sahaja melanggar tubuhnya.
“ALLAHU AKBAR!!!” dia mengaduh kesakitan setelah tubuhnya terpelanting jatuh dan rebah di bahu simpang tiga itu.
Remaja yang turut rebah bersama motor itu terpinga-pinga setelah melanggar Haji Fuad. Remaja berkenaan terus bangun lalu mencapai semula motorsikalnya dan memecut laju meninggalkan Haji Fuad yang meronta-ronta kesakitan. Haji Fuad kemudianya cuba bangun semula, tapi malangnya sebuah motorsikal lain yang tidak berlampu terus melanggar tubuhnya juga. Jika tadi dia dilanggar dari arah sipi tapi sekarang ini betul-betul tepat ke sasaran mengena tulang rusuknya. Tulang itu patah. Kepalanya pula terhantuk pada batu mengakibatkan pendarahan berlaku.
Kerana ketakutan, lelaki terbabit juga terus meninggalkan Haji Fuad. Jasad itu meronta-ronta dan meraung-raung meminta pertolongan namun tiada siapa yang dapat mendengarnya.
***
“ASSALAMUALAIKUM..Mak Haji! Mak Haji!!” Yusoff dan orang kampung serentak member salam. Mereka sedang mengusung jasad Haji Fuad yang sudah tidak bernyawa lagi.
Asyira yang lemah longlai tidak dapat berjalan lagi. Dia lemah dipangkuan jasad Hajah Salmah yang saat ini berada di bahagian dapur.
Panggilan yang tidak dijawab membuatkan Yusoff terus masuk ke rumah mencari kelibat Hajah Salmah dan Asyira. Terkejut besar Yusoff ketika terlihat jasad Hajah Salmah sedang kaku di sisi Asyira yang tersedu-sedu menangis.
“Pak Yusoff…! Mak Syira dah tak ada…”
“Apa? Ya ALLAH Ya Tuhanku, nasib apakah yang telah menimpa mereka..”
“Syira.. Ayah kamu juga telah meninggal..”
“Meninggal??!!!”
Yusoff tunduk sedih. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Syira hampir pitam mendengar khabar itu. Kematian serantak orang tuanya membuatkan dia sudah tidak keruan lagi.
“Kau tipu! Hahaha! Kau tipu!! Kau jangan tipu aku, mak aku tak mati ayah aku pun tak mati.. dia tidur sekejap aje.. Haha!” tawa Syira disulam dengan tangisan secara tiba-tiba.
“Syira mengucap Syira.. mengucap!”
Orang kampung yang berada diluar terus mengusung mayat Haji Fuad masuk ke dalam rumah.
Syira tidak dapat menerima kenyataan itu. Dia terlalu sayangkan mereka. Tuhan telah mengambil mereka berdua darinya.
****
BACAAN yasin bergema di malam raya di Ramadhan terakhir. Syira cuba ditenangkan oleh Mak Piah.
“Sabar Syira sabar.. Ingat Tuhan Syira..”
“Mak Piah.. bila mak dan ayah nak bangun ni? Esok dah raya.. kakak dan abang belum balik lagi” kata Syira.
Dari luar rumah telah tiba sebuah kereta BMW.
“Abang.. Ramai pula orang datang beraya rumah mak malam-malam ni. Mak buat kenduri lah bang..macam tahu-tahu aje kita akan balik beraya kat kampung juga tahun ni..” kata Syida dengan pasti.
“Wah! Tak sabar nak jumpa atuk,” Ujar Umairah.
“Adik tak suka beraya kat sini!” bentak Umar.
“Adik..kita dah sampai kampung dah, tak baik bersungut macam tu,” tegur Umairah.
Umar terdiam. Dia terpaksa ikut pulang kerana Ayahnya beralah juga untuk mengikut kehendak ummi untuk pulang beraya ke kampung ini.
Mereka keluar dari perut kereta. Tapi aneh, telinga mereka mendengar yasin sedang dibacakan. Orang kampung yang berada di beranda rumah sedang memandang ke arah anak beranak itu.
Marzan dan Syida berpandangan sesama sendiri. Tidak lama kemudian sebuah kereta pula muncul di laman rumah yang diterangi pelita itu. Kereta Honda yang dipandu oleh Syukri. Ahli keluarganya juga kehairanan dengan apa yang dilihatnya. Syukri juga menduga sebagaimana Syida sebentar tadi.
Asyira yang menyedari kehadiran mereka terus berlari keluar. Tergesa-gesa dia ke situ dengan berkaki ayam sambil tersenyum.
“Kakkk!! Abang!!! Seronoknya kakak dan abang dah balik..cepatlah kak masuk.. mak dan ayah dah tunggu tu.. kesian mak dan ayah dah lama tunggu kakak dan abang balik beraya kat kampung..mak buat rendang tau. Istemewa untuk kakak dan abang..cepatlah” Asyira menarik tangan Syida lalu dia pergi pula menarik tangan Syukri serentak. Lantas mereka dipimpin naik oleh Asyira.
Orang kampung memandang gelagat mereka. Ada dia antara orang kampung itu sedang menangis, ada pula yang tunduk dan ada juga yang sedang menggelengkan kepala.
Bacaan yasin masih diteruskan. Sebaik mereka tiba dimuka pintu, Syira memuncung mulutnya ke arah dua jasad yang ditutupi kemas dengan kain batik terbujur kaku di ruang tamu.
“Mak dan ayah sampai tertidur tunggu kakak dan abang balik..” ujar Asyira.
Terbeliak biji mata Syukri. Terjegil mata Syida memandang jasad yang sudah tidak bernyawa itu.

“Makkkkkkkkkkkkkkk!!!” Teriak Syida lantas dia memeluk jasad ibunya yang sudah tidak bernyawa. Begitu juga dengan Syukri.
Asyira tersengih sendiri, kadangkala dia menangis.
“Ampunkah Ida mak.. ampunkan Ida.. Ayah!!!!!! Ampunkan Ida!! Ida berdosa pada mak dan ayah!!” Raung Syida.
“Ayah!! Syukri balik ni ayah!!! Jangan tinggalkan Syukri ayah..” Teresak-esak Syukri menangis dengan air mata tidak henti-henti mencurah.
Kedua-dua orang tua mereka tidak akan terjaga lagi. Mereka telah pergi. Pergi buat selama-lamanya. Menangis keluar air mata darah sekali pun mereka tidak akan kembali. Ramadhan Terakhir telah dihadiahkan buat keluarga Syida dan Syukri.
Hari ini kami pergi..
kami telah tinggalkan semua ini,
Hari ini kami telah pergi,
Semua ini tidak akan bermakna lagi,
Esok hari di aidilfitri,
Hanya sekadar impian hati yang tidak akan kesampaian,
Kerana kami telah pergi untuk menghadap ILAHI…
Hari ini kami pergi,
di Ramadhan terakhir kali,
Sedekahkanlah bacaan yasin agar terubat rindu ini.
(Wahai anak-anak ayah dan ibu, lihatlah jasad ini yang telah pergi kerana mengharapkan kamu pulang di aidilfitri yang kini sudah tidak kesampaian. Tidak dapat lagi ayah dan ibu bermain dengan cucu-cucu, tidak dapat lagi mendengar coleteh tawa mereka. Ayah dan ibu di sini juga tidak dapat melihat wajah anak-anak lagi.. Amin Ya Robba Alamin, Ya Tuhan.. KAU tinggalkanlah kami dengan anak-anak yang soleh dan solehah di dunia ini agar mereka dapat mendoakan kesejahteraan kami yang telah terdampar di sini… Ya Fattah Hu Ya Alim.. KAU bahagiakanlah kami dengan kebahagiaan mereka, KAU hadiahkanlah kami dengan kegembiraan mereka semoga kami diampunkan oleh MU ALLAH)
-Moral- Utamakan hasrat ibu dan ayah. Mengejar kekayaan semata-mata tidak akan mendamaikan hati ibu dan ayah sebaliknya curahkanlah kasih sayang pada mereka. Tiada apa yang mereka mahu selain daripada kasih sayang dan perhatian. Jangan sering beralasan dengan ibu bapa. Dan di bulan yang mulia ini jangan cuba-cuba main mercun.
-TAMAT-

»»  READMORE...

Story of The First & Chocolate

Oleh : Izza Hasiqah

Armand melarikan sepasang anak matanya ke arah persekitarannya. Terdapat lebih kurang tiga buah keluarga yang sedang berkelah di taman tersebut. Beberapa orang anak-anak kecil sedang berkejar-kejaran, ada yang sedang bermain layang-layang, dan ada juga yang berlatih memanjat pokok.
Sepasang anak mata Armand kembali menatap sesusuk tubuh yang sedari tadi hanya mendiamkan diri di hadapannya itu. Kadangkala, tubuh itu kelihatan seperti bergegar, bahunya seakan-akan terhinjut-hinjut, namun hampir setiap masa tubuh itu kaku seperti patung. Dalam diam, Armand cuba untuk mengumpul kekuatan agar dia berani untuk mendekati tuan milik tubuh itu.
Armand cuba berfikir kembali, apakah sebab yang telah membuatkan dirinya datang ke taman yang indah ini? Apa alasan yang dia ada untuk mengikuti gadis itu hampir sejam yang lalu? Juga, satu soalan yang membuatkan Armand keliru dengan dirinya sendiri, siapakah gadis itu padanya, dan siapakah dirinya pada gadis itu? Armand buntu. Dia tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan untuk soalan-soalan maut itu. Yang dia tahu, dia hanya mengikut gerak hati dan langkah kakinya sendiri.
***
Liza hanya mendiamkan diri memerhatikan pelbagai ragam manusia di hadapannya itu. Acap kali apabila dia ditimpa masalah, pasti dia akan meluangkan berjam-jam masanya di taman ini. Dia suka berada di sini untuk menenangkan fikirannya sambil mempelajari erti sebuah keluarga yang bahagia dari gelagat orang-orang yang sering diperhatikannya.
Mata Liza tertancap pada sebuah keluarga yang tidak jauh dari tempat duduknya itu. Si datuk sedang melambung-lambung cucunya ke udara sambil si bayi itu ketawa menunjukkan rasa gembiranya. Si ayah dan anak lelaki bekerjasama membakar ketul-ketul ayam di atas tempat memanggang. Si ibu sedang menyusun hidangan yang dibawa ke atas meja tempat mereka berkelah manakala kanak-kanak pula sedang bermain-main sekeliling taman itu. Perasaan gembira dan bahagia seakan jelas terpancar di setiap wajah itu.
“Macam ni kot rasanya keluarga bahagia. Kenapa aku tak dapat nak rasa perasaan macam tu? Kenapa aku tak dapat nak alami apa yang diorang alami?” Hati Liza bermonolog sendirian.
Setiap kali Liza cuba membandingkan antara model keluarga bahagia di hadapan matanya itu dengan keluarganya sendiri, dia menjadi sebak. Hatinya terasa pilu yang teramat. Tanpa disedari, air matanya menitis ke pipi. Sesaat kemudian dia sudah teresak-esak sendirian di situ. Liza tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan dari jauh. Dia teringat perbualannya di telefon sebentar tadi. Perbualan yang telah menyeret kaki nya ke taman ini.
***
Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There’s nothing I wouldn’t do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

Lagu ‘Hurt’ oleh penyanyi Christina Aguilera berkumandang dari speaker telefon nya. “Omak ai! Apo kono eh jang?” Liza melatah sebelum megurut dadanya. Dia mengambil nafas panjang dan melepaskannya secara perlahan-lahan. Telefon bimbit yang berada di sisinya dicapai lalu matanya membaca nombor-nombor yang tertera di skrin itu.
+471198XXXX
»»  READMORE...

Rainbow Love

Oleh : Wardah

Gerimis yang masih belum berhenti turun sejak pagi tadi dipandang sepi. Sebuah keluhan dilepaskan.Hari Ahad.Tiada apa yang istimewa.
Titisan hujan di kisi jendela dikuis perlahan.Sengaja tak ditutup tingkap.Segar rasanya bila bayu sejuk menyapa wajahnya. Pathetic, Fey.You‘re so pathetic.Suara hatinya tak dipedulikan. Kepala disandar pada dinding .Hujan masih belum menunjukkan tanda tanda untuk berhenti.
Bibirnya perlahan lahan mengukir senyuman . Nostalgic.Matanya dipejam.membawa fikiran mengembara.
“Ya Allah.Mampus aku.lambat laa!!”Fey melajukan langkahnya.Beg sandang di tarik rapat sambil berlari lari anak menuju pagar sekolah. ‘Abisla never-late record aku.’
Elok je dia sampai di depan pagar loceng berbunyi menandakan sesi persekolahan bermula.Fey memejam mata. ‘Nooooooo!!Aku.Lambat!!!!!!!!!!!’
Kiri kanan dipandang. ‘Yess!!Line clear.’Cepat cepat dia melangkah masuk. Langkahnya panjang panjang. ‘Janganla ada prefects nampak. Nanti..’
“Ehem..Taknak singgah cik?”Suara lelaki itu mematikan langkah Fey.Perlahan kepala dipaling.Dua orang pengawas memandang tepat kearahnya. “The earliest bird catches the best worm.Cik,datang lambat tu janganla jalan laju macam ribut,storm.”Fey rasa hendak mencekik pengawas yang baru selesai membaca pantun dua kerat dan sedang syok mengekek dengan kawannya yang seorang lagi tu.
“Apa yang lawak sangat?”Matanya dijegil besar besar. ‘Dahla aku first time lambat.’
Pengawas dua orang tu b erhenti ketawa. “jangan marah Princess. Dah kau datang lambat.name and class please.”Pengawas yang baca pantun tu mencapai buku nota kecil daripada poket bajunya.kemudian dia menjengah kebelakang Fey.
“yang lain tolong beratur ye.jangan tolak tolak.”Fey membuat muka boring mendengar kata kata pengawas tu. ‘Gaya orang nak sangat je tulis nama.’ Pengawas tu berpaling pada Fey sambil mengangkat kening. “nama and kelas please.”
Fey merengus. ‘Macam kau tak tau je.’
Ketawa halus terlepas daripada bibir.That was the start. Funny.Fey mengetap bibir memerhatikan rintik hujan yang makin lebat. Kilat menyambar diikuti guruh berdentum di dada langit.
Matanya terbuntang memandang insan yang syok sengih dihadapannya. Dia berpaling pada cikgu Alia yang berdiri disebelahnya itu. “Cikgu?” suaranya macam taknak keluar je.
“Fey, Aiman akan tolong jadi cikgu awak. SPM hujung tahun ni, tapi results awak dah macam down the drain.So from today onwards,every Tuesday and Friday lepas sekolah sampai 6.00 pm tolong stayback kat sekolah ye.”Cikgu Alia berhenti seketika mencapai fail diatas mejanya. “I’ve informed your parents.Diorang takde objection.”
Cikgu alia mencapai beg tangan dan beg laptopnya. “Saya nak balik ni.”dia mengangguk pada Aiman. “I’m counting on you Aiman.”Lelaki berkemeja biru muda itu menangguk sambil tersenyum. “Leave it to me, teacher.” Cikgu Alia tersenyum kembali pada Aiman. “Nanti kunci pintu ya.Assalamualaikum.”Dia melangkah keluar daripada kelas itu.
Fey memicit kepala. ‘Ingat ada apa la Miss Chemy suruh aku tunggu.’dia mengeluh.Memang dia tak menjangka itu yang bakal keluar daripada mulut cikgu subjek kimianya ketika dia disuruh tunggu sejurus sesi pembelajaran tamat.orang lain dah balik kerana kimia subjek yang last untuk hari itu.
‘kalau takat private tutor tu tak kisah.Dapat rasa jadi anak orang kaya kejap.Ni..’matanya memandang Aiman yang sedang memerhatikan Honda Civic hitam itu yang perlahan lahan menuju pagar sekolah.fey mengeluh.
‘Apake malang dapat dia ni jadi cikgu.’ Memang sejak insiden datang lambat itu memang dia dan Aiman macam musuh. Masih terngiang ngiang di telinganya pantun dua kerat Aiman itu.Dia tak marah Aiman jotted down namanya. Fey tahu itu tugas seorang pengawas kerana dia juga pengawas.
Yang dia sakit hati sebab pantun aiman iu yang mengakibatkan dia diperli sakan masa mesyuarat pengawas. Ye la, penolong ketua umum datang lambat siap dapat pantun lagi.Walau pun hanya sekali itu dia terlambat.Sejak itu asal jumpa je diorang bertekak.memang dia sakit hati dengan ketua umum seorang itu.
Aiman berpaling . “So princess, yoroshiku onegaishimasu.”Aiman sengih. ‘Please take care of me eh?Perli ke cik Aiman?’
Fey jeling. “Blah la kau.”Dia merengus.Nak cabut je balik rumah kang kena panggil esok pagi jumpa Cikgu Alia.Mak tau nanti marabbuka la jadinya..
Dagu diletakkan diatas lengan yang disandarkan pada kisi kisi jendela.Pokok cempedak depan rumah kelihatan bergoyang ditiup angin kencang. Rambut yang terasa menganggu wajahnya ditolak kebelakang.
“yang ni form four punye la. Kau ni bila cikgu ajar buat apa?”Matanya yang terpaku pada periodic table itu diangkat menentang mata Aiman.
“Entah . tidur kut.Cikgu, kau ni kan patut ajar aku.bukannya mengomment whether aku pay attention ke tidak in class.”Fey menjulungkan matanya. ‘Cam kau tak yau je aku ni chemy’s memang tak minat.Kut physics nak le aku belajo’HAtinya mengomel.
Aiman ketawa, membuatkan hati Fey panas membara. “Tengok tu. Asal aku cakap je gelak.Cemane la aku nak paham?”fey buat muka. Aiman berhenti ketawa.
“Princess,kau kena buang temper kau tu.Cepat tua nanti.”hadapan tudung Fey ditarik.
Fey mengangkat muka membeliakkan matanya pada Aiman. “Kau nak ajar ajar, tanak ajar aku nak balik.”Bibirnya diketap. Ketawa halus terlepas daripada bibir Aiman.
‘Mamat ni memang hobi dia ketawa ke?’Fey menggeleng kepala sambil kembali menghadap buku. “Ye la.. meh aku tunjuk.”Aiman mencapai pensel dan duduk di sebelah Fey.
Keretanya yang basah kena air hujan diperhatikan.Good,tak yah aku pergi hantar carwash. Tangannya dipanjangkan keluar tingkap. Air hujan menderu deru membasahi lengan t-shirt lengan panjangnya.
Jam tangan dijeling. 6.00 pm.Fey memandang Aiman. “masa dah habis weyh.Kau nak balik pergila.”Tumpuannya kembali pada soalan topical dihadapan.Aiman bangun.
“Kau?”
“Aku stayback sampai maghrib. Nak habiskan topic ni.”Tanpa mengubah nada Fey menuturkan sambil mata terpaku pada soalan kimia dihadapan.
“Oh.Aku gi dulu.Assalamualaikum.”Aiman terus keluar daripada kelas meninggalkan Fey yang syok buat buat latihan topical.
Usai habis solat maghrib, Fey melangkah keluar surau.Jam ditangan dah menunjukkan pukul 8.00 pm. ‘Aiseh gelapnya.Apa apa jadi percuma je.’Langkah dipercepatkan kearah pagar sekolah.
“Lamanya kau solat.”Suara itu menyebabkan Fey melatah.Ketawa halus kedengaran.Fey menangkat muka.Aiman berdiri di sisi dinding pagar sekolah. “Kau buat apa kat sini?”
Aiman tak menjawab. “Kau dah nak balik ke ni?”Fey mengangguk. “JomlaKau Jalan Mawar Satu kan?.rumah aku lepas kawasan rumah kau.”Fey mengeluh lega.Kurang kurang apa apa jadi ada pakcik ni.
“Kau duduk kat mana?”Fey memandang Aiman di sisi. “Aaa?”Aiman berpaling kearahnya.Segarit senyuman di hadiahkan pada Fey.
“AutumnFall”Fey menganguk tapi mindanya dah ke lain. ‘Bukan kawasan tu on the opposite direction ke?’
Rintik hujan yang membasah tangannya itu disapu kemuka. Spontan tangannya mengurut kepala yang terasa pening dek suhu sejuk akibat hujan itu. Keningnya dikerut sedikit. Memang Fey maklum akan kepalanya yang kalau sejuk sikit terus naik sakit.
Aiman yang duk bagi penerangan tentang kimia di hadapan mengangkat muka.
“Kau okey ke princess?”Fey mengerut muka. Hujan di luar macam Niagara Falls je bunyinya.
“Okey je.Pasal?”Aiman mengangkat bahu. “You look super tired. Stay up malam malam ke?”Dia menulis sesuatu pada buku latihan. Fey menggeleng. “Aku ni kalau hujan memang kepala buat hal.Sakit sikit la.Ain’t something worth to worry ‘bout.”Aiman mengangguk. Dia meneruskan penerangannya.
Tak sampai setengah jam Fey meletak pensel.Sakit kepalanya tak tertahan.Aiman merenungnya dengan pandangan bertanya.Fey meangkat tangan. “jap..gimme five minutes. Sakit sikit.”kepalanya ditekan tekan dengan ibu jari.
Aiman menutup buku.Bunyi yang agak kuat itu menyebabkan Fey beralih memandangnya.Dia menongkat dagu merenung Fey. “Sampai sini je la. My student’s not feelin well, how can I just continue teaching?”Fey menggeleng.
“Aku okey je ni.Normal la kalau sekali sekala sakit. I ain’t any superhuman. Sure la sakit kadang kadang.”Dia cuba mengcover dengan senyuman cetak rompak.Tapi pensenyum original macam Aiman mesti la dapat beza.
“Dah, pergi la balik.Aku ada hal nak jumpa Cikgu Ross. Tak dapat hantar kau.”Aiman membuat kata putus. Dia bangun beredar ke tempat duduknya.kemudian kembali dengan sekaki payung. “Kau tak bawak umbrella ke?”Fey menggeleng.
“Tak tengok weather forecast ye?Sediakan payung sebelum hujan.Nah, guna payung aku ni.”Payung biru laut itu dipandang sahaja. Fey mengangkat muka memandang Aiman.
“Kau?”Aiman mengunjuk payung itu sekali lagi. “Mak aku ambik hari ni.Ambikla.”Fey akur.
Dan pagi esoknya Aiman tak datang sekolah sebab demam akibat berjalan dari sekolah kerumahnya yang terletak satu kilometer dari sekolah dalam hujan lebat yang menggila tanpa sekaki payung untuk melindungi dirinya.Memang Aiman pergi dan balik sekolah jalan kaki kerana ibu dan ayah nya kini menetap di London atas urusan kerja sejak empat tahun yang lalu.
Fey memerhatikan rintik hujan yang mula berkurangan.Nun, disebalik rumah rumah yang bermacam macam rupa bentuk, sang pelangi mula menampakkan wajah. “Beautiful.” Getusnya.Matanya makin leka memerhatikan sang pelangi tujuh warna.
Slip peperiksaan itu direnung dengan wajah tidak percaya. ‘Tipu’Dia menoleh pada Intan disebelah. “Tannie, aku nak pengsan jer rasa.”Intan memandang dengan wajah yang sama. “Kau ingat aku tak?”10 A1.Takde apa yang pelik.Sepatutnya.Namun 10 A1 itu including subjek kimia. Kimia.KIMIA.
Subjek itu dalam sejarah peperiksaan sejak form four B3 pun tak pernah jengah. Trial pun cuma dapat D. Sekali SPM dapat A1. Maunya tak rasa nak pengsan.
“Waaaa…terel la kau.Man ajar tiga bulan jer dah dapat A1.Nanti bila besar aku nak suruh Man jadi private tutor anak aku la.”Intan tersengih. “Aku pun cuma dapat 9 A1 jer.Chemy dapat A 2.Kau kahwin ngan Aiman ye nanti.Leh kasi anak aku diskaun.”
“banyakla kau.Kau la kahwin dengan dia.”Belakang Intan dilibas dengan slip keputusan yang digulung.Mereka ketawa.
“Princess.”Ketawa mereka terhenti. Fey memusing kepalanya. Aiman tercegat dengan slip peperiksaan di tangan. Senyuman di ukir pada Fey. “Nanti, after this, wait for me behind the school ye? I’ve got something to tell you.”Dan kemudian dia berlalu dari situ. Fey berpandangan dengan Intan.”Dia nak propose kut.”Usik Intan.”
“Banyakla kau.”Fey ikut ketawa.
Usai mengucapkan selamat tinggal pada Intan, Fey melangkah kebelakang sekolah. Petang itu kelihatan sungguh suram. Apabila mendengar tapak kakinya Aiman yang sedang duduk diatas rumput itu bangun.
“Hey”
“Hai,Assalamualaikum”
Aiman ketawa. “Ouch terasa.Waalaikumusalam.”
Segarit senyuman yang menarik bibirnya itu tak dapat ditahan. “So ada apa kau nak cakap dengan aku ni?”
“How was your result?”
Fey mengangkat bahu. “Okay I guess. 10 A1. Including chemistry. Yours?”
“Sama la. Just tambah lagi satu for Tassawur Islam.”Aiman ketawa. “Aku menang.”Dia menjelir lidah.Fey ikut ketawa.
“So?Kau nak cakap apa?”fey menjungkit kening.Senyuman dibibir Aiman perlahan lahan hilang.Fey terasa kepelikan yang mula melanda.
Aiman merenung jauh.
“Esok aku fly London.”Perlahan tutur katanya.
“Yea?Bestla kau ye.Tengok parents ke?”Aiman mengangguk.
“That.And…”Dia menarik nafas panjang. “Mungkin aku stay kat sana. Parents aku nak aku sambung belajar there.Maybe by aku twenty four baru habis.”Perlahan sahaja dia menuturkan.
“Waaa……bestnye kau!Aku ni harapkan scholarship je laBapak aku kata dia malas nak support. Nanti kitorang tanak belajar..”Entah kenapa ketidakikhlasan terasa dalam kata-katanya. “Hehe..”Ketawanya pun macam di buat buat.
Aiman mengeluh.Nafasnya dihela perlahan. “Jadi before aku pergi, I want you to know..”Dia terhenti. “Aku suka kawan ngan kau.”Fey tersenyum. “Same here.Seronok la ada orang suka kawan aku.Selama ni si Intan la my one and only.”Dia tertawa.
Rambutnya disikat menggunakan jemari. Pelangi itu ditenung macam nak tembus je.
“Kau seronok?”Fey angguk. Dia tersenyum. “Kau pelik kau tau?”Fey sengih. “Tau je.”Aiman ikut ketawa. “Tapi aku lagi pelik.”Dia terhenti. Fey menjungkitkan sebelah keningnya. “Hm?”Aiman merenung mata Fey. “Sebab aku dah fallen for a weirdo like you.”Fey terkaku.Speechless. ‘Now this is what I don’t like.Salah makan ubat ke mamat ni?’
. “It’s okay kalau kau terkejut.Honestly aku sendiri pun surprised.Dari mana aku dapat courage ni.”Dia berpaling menentang mata Fey.
“Tapi aku nak kau tau aku bukan main main.Mungkin kau tak percaya aku tapi…this is the truth.”Senyuman ikhlas diukir pada Fey. “So, aku nak mintak kau wait for me?sampai aku habis belajar? Boleh?”Pandangan matanya begitu redup.
Fey tak tau apa sebab dia membalas kata kata Aiman dengan anggukan.memang tak logic. Aiman dengannya bukan pakwe-makwe.Best friends pun tak.Hanya dapat kenal lebih dekat atas nama tutor-student.well, sometimes we don’t need a reason for our actions right?
»»  READMORE...

Oh Juwita

Oleh : Pa’ah

Di satu sudut restoran KFC yang agak tersorak dari penglihatan orang ramai. Kelihatan sepasang kekasih yang bergaduh…
” Kenapa Aeman nak tinggalkan Ju..memangnya Ju ade buat salah dengan Aem ke?!” tanya Juwita sambil tangannya mengusap pipinya yang dibanjiri oleh air mata sendiri.
” Sorry sangat Ju…Aem tak boleh nak lupakan Wawa..Dia cantik,manis jee…tapi yang penting…Dia kaya! ” Kata Aeman dengan sombongnya..
” Oh! Jadi Aem nak tinggalkan Ju sebab keluarga Wawa lebih kaya dari keluarga Ju la? ” tanya Juwita. Bengang!
” Well..tahu tak pew..” Aeman bersuara selepas tersenyum sinis. Khas untuk Juwita..
Pang!
Aeman mengusap pipinya..How dare u!
” Wei betina! kau nie apasal ha?! Suka-suke hati bapak kau je nak tampar aku?!” merah muka Aeman menahan amarahnya.
” Hoi! Mulut tu jaga sikit ek! Sia-sia je mak bapak kau hantar kau sampai ke luar negara,tup-tup balik sini tak boleh nak bezakan mana perempuan mana betina ke ha?! ” jerkah Juwita. Hatinya pedih
apabila mendengar pengakuan berani mati Aeman sebentar tadi. Duit yang dikejarnya?!
” Kau nie memang tak sayang mulut kan? Memang nak kena dengan aku nie!” Aeman mula mengangkat tangannya..
Buukk! Aeman tiba-tiba terjatuh.
” Ap…ap..apa Aie buat kat sini?” tanya Juwita kepada kawan baiknya itu.Tiba-tiba je jadi superhero..
Tangan Juwita ditarik lembut..
“WEi! awek aku tu! kau jantan mana datang,tiba2 je nak main tarik2 dengan awek aku nie?” jerkah Aeman setelah selamat bangun..
Langkah Aie terhenti. Dituruti juga langkah Juwita.
Aie bengang.Juwita bara.
Belum sempat Juwita berkata-kata. Aie mulakan bicaranya..
” Wah2…Cantik bahasa kau bro! aku nie kawan awek kau…aik..tak kan dah lama couple tapi still tak kenal aku? sedangkan aku kenal sangat kau tau!” kata Aie. Pegangan tangan Juwita dieratkan..
“Ahh! peduli ape aku! Ingat aku kisah sangat ke betina tu? kau nak ambik la..Bekas aku tu..tak heran…!” kata Aeman dengan angkuh dan takburnya..
Bukk! Sekali lagi Aeman terjatuh. Aeman mengesat tepi bibirnya. Darah!
” Kau jangan buat aku marah!! ” jerkah Aie..
Kali ni giliran Juwita pula untuk menarik tangan Aie..Juwita sudah berlinangan air mata..Air mata kecewa! Kecewa dengan apa yang diperkatakan oleh Aeman sebentar tadi.
* bila aku jadi bekas dia?bekas? bekas apa? ahhhh!! jangan Aie angap yang bukan-bukan sudah* getus hati Juwita.
Langkah Juwita terhenti apabila tangannya ditarik lembut. Mereka sekarang berada di luar KFC. Menuju ke sebuah taman permainan yang terdapat berdekatan dengan restoran KFC tadi.
Lengan Juwita ditarik lembut menuju ke sebuah buaian yang ada disitu..
” Duduk sini ” arah Aie..
Buaian tersebut bergerak perlahan2 apabila AIe menolaknya.Bahagianya diri Juwita saat ni..Teringat kisahnya dengan Aie sejam yang lalu…
“Ita…Aie rasa kan Aeman tu macam ada niat tak baik je dengan Ita..”kata aie lembut menyapa telinganya.. Ita..Itulah penggilan untuk dirinya sejak mereka berkawan.
Bukan sekejap mereka berkawan. Persahabatan itu bermula dari Tingkatan 1 lagi..Sehingga sekarang..Masing2 berumur 21 dan 25..
Bukan Juwita tidak tahu.Aie mempunyai perasaan cinta akan dirinya.Namun Aie tidak pernah mengucapkan kata2 keramat tersebut menyebabkan Juwita terpaksa berpaling kepada Aeman..Berpaling kerana sayang kot.Saja nak uji cinta Aie terhadapnya..Hehehe..
” Perasaan Aie je kot…Jangan la fikir macam tu..takut Ita tau..”
” Bukan Aie nak takutkan Ita..Aie sendiri pon takut..” mendengar kata-kata Aie itu membuatkan Ita ketawa..
” hahaha..Just relax k..Don’t worry..I will be okay..” kata Juwita untuk menyakinkan diri sendiri dan Aie..
Tiba-tiba mereka ternampak Wawa berjalan bersama dengan Aeman..Sambil berpegangan tangan lagi tu! Kemudian apa yang lebih menyakitkan bila Aeman dengan selamba badaknya Kiss pipi wawa tu depan public..Tersirap darah Aie dan Juwita..
Dan terjadilah pertengkaran mereka tadi.
” Ita…” panggil Aie lembut..menyebabkan Juwita kembali ke alam nyata..Buaiannya masih berayun dengan lembut..Fikirannya dah kembali ke tempat asal..Air mata Juwita mengalir deras..niat ati nak uji cinta si Aie..Tiba-tiba aku yang terasa lebih sakit hati…
Walaupon sebenarnya perasaan cinta untuk Aeman langsung tak ada..hanya untuk Aie…! tetapi kata2 hinaan Aeman memang menyakitkan..
” Ita…tak nak la nangis macam nie..” Aie mula berkata2. Buaian kosong di sebelah Juwita dipenuhkan. Air mata Juwita dilapnya perlahan menggunakan jari kasarnya. Juwita terharu..Alangkah beruntungnya kalau dia dapat memiliki hati Aie..
*Tengku Ri’Fae Adam..Aku sayang kau!!* jerit Juwita dalam hati..
Seminggu berlalu…..
Juwita resah..Aie menyepikan diri…Macam separuhnya sudah hilang apabila Aie menghilangkan dirinya..
* marahkah dia padaku?? * gumam Juwita perlahan.
Tiba-tiba telefon bimbit Juwita berbunyi..
“Hello! Assalamualaikum ” kata Juwita
” Waalaikumussalam…Aie ni..Ita..! jum keluar malam nie..Dinner with me? ” tanya Aie..
” Boleh..Kat mana?”
” Its secret..! But pakai baju cantik yang Aie bagi 2 minggu lepas ek..Pukul 8 Aie datang jemput Juwita..”
” Okey! ” talian diputuskan tanda merajuk…
Satu mesej diterima
[Ala uchux2..jgn mjok k?? I have suprise for u tonite!]
Telefon bimbit nokia 5130 itu ditekan..
[Hmm..I tunggu u datang jap g...tapi kenapa kena pakai baju yg u bgi?]
Mesej dihantar..
Tetapi tiada balasan…
* Aie ni kan suka buat aku saspen ahh* gumam Juwita perlahan..
2 jam berlalu..
Jam didinding menunjukkan 7.30. Juwita sudah lama selesai bersiap..Juwita memakai gaun hitam yang diberikan Aie 2 minggu yang lalu..Kata Aie,gaun ini akan dipakai bila tiba hari yang sesuai..Mungkin hari nie hari yang sesuai kot..
Tepat jam 8 malam,terdengar deruan enjin di hadapan rumahnya. Kereta mercedes berhenti dihadapannya..Juwita menapak keluar..
Tiba2 telefonnya berbunyi..Dihadapannya kelihatan seorang Pak cik yang umurnya dalam lingkungan 50-an berdiri di tepi kereta tersebut.
Telefon di tangan ditekap ditelinga.
” Assalamualaikum..Juwita” Aie mulakan kata2 nya
” Mana Aie nie? Tak nampak pon..And kenapa ada Pak cik kat depan umah Juwita nie? ” tanya Juwita..
“Owhh..tu Pak Mat..dia akan bawa Juwita untuk berjumpa dengan Aie malam nie…Okay? ”
“tapii..
” dah tak payah tapi-tapi…ikut jeww…” suruh Aie sambil menamatkan perbualan..
“Cik Juwita..Silakan..” suruh Pak Mat sambil membuka pintu kereta mewah tersebut..
Sampainya Juwita ke sebuah bangunan yang berdiri gah dihadapannya kini tiba2 lampu bangunan tersebut terpadam. Hanya lampu spotlight berwarna putih dihadapan pintu masuk tersebut.. Alunan muzik mula kendengaran..Terdengar suara Aie menyanyikan sebuah lagu untuknya..
Duhai Juwita
Sungguh aku tak mengerti
Tak pernah engkau mencuba untuk fahami
Aku yang selalu mencuba untuk menyayangimu di sini
Duhai Juwita
Masihkah hancur hatimu
Setelah patah ditinggalkan kekasihmu
Agar aku yang akan selalu temani mengusap tangismu
Akulah lelaki yang bisa mencintamu
Hingga nanti aku akan mati
Akulah lelaki yang bisa menjagamu
Hingga nanti akhir nafasku ini
Duhai Juwita sungguh aku tak mengerti
Tak pernah engkau mencuba untuk fahami
Aku yang selalu mencuba untuk menyayangimu di sini
Tak akan ada lagi
Lelaki yang bisa
Mencintamu seperti ku.
Juwita mula sebak..Rupanya Aie juga mencintainya sepertinya..Aie bergerak perlahan menuju ke arah Juwita..tangan Juwita diraih dan dikucupnya lembut..
” Aie cintakan Nur Juwita Afikah! ” kata Aie sambil berlutut.. Di tangan nya terdapat sebuah kotak kecil…Disuakan kepada Juwita sambil berkata..
” Sudikah Nur Juwita Afikah menjadi isteri Tengku Ri’Fae Adam untuk selamanya?”
” Saya sudi…Dan…saya juga mencintai Awak!!! ” jerit Juwita sambil memeluk Aie..Cincin kemudianya disarungkan ke jari manis Juwita…
Bangunan tadi yang gelap tiba2 diterangi cahaya yang sungguh menawan..Ibu bapa Juwita dan Aie juga berada di situ..Bertepuk tangan apabila melihat kebahagian anak-anak mereka…
»»  READMORE...