Adakah perasaan benci ini cinta?

Oleh : QistinaQaisara

Angin malam menyapa lembut ke muka Arisa menyebabkan dia mengeratkan lagi pelukan pada dirinya sendiri. Cuba menghalang kedinginan malam dari terus terusan menyelebungi diri. Dari balkoni rumah apartmentnya, Arisa menebarkan pandangan ke arah angkasa. Kelihatan berjuta bintang bertaburan di dada langit dan dilengkapkan lagi dengan kehadiran Sang Purnama.
Kawasan Kuala Lumpur masih seperti hari-hari sebelum. Sentiasa sesak tanpa mengenal apa itu masa. Tak kira malam, siang mahupun di pagi buta. Tetap masih ada ramai manusia yang berkeliaran.
Telefon bimbitnya tergenggam kemas didalam tapak tangannya. Dia tidak tahu hendak berbuat apa saat itu. Jam menunjukkan jam 8: 55 minit malam. Bermakna tinggal 5 minit lagi sebelum pukul 9:00.
Tiga teman serumahnya tiada di rumah. Wardah telah pun mengikuti tunangnya ke makan malam bersama. Shaheera pulang sebentar ke rumah orang tuanya di Selangor. Dia rindukan orang tuanya kerana sejak sebulan yang lalu, dia tidak berkesempatan berbuat demikian kerana terikat dengan jadual kuliah yang agak padat.
Aina pula tidak akan nampak muka selagi jam tidak menginjak ke angka 9:00 kerana dia juga terikat dengan kesibukan kerja pejabat. Dan sekarang, lebih membebankan, pembantunya telah pun cuti bersalin selama 4 bulan. Bermakna, segala masalah di atas bahunya.
Arisa mengeluh perlahan. Rambutnya yang panjang hingga ke paras pinggang itu beralun mengikut arah angin. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah. Dia berniat untuk makan malam. Sebelum itu, dia sempat menghantar mesej kepada Aina.
‘Aina, kau kat mana ni? Keluar makan nak?’
Dia menghantar pesanan itu. Tidak sampai dua minit, dia sudah mendapat balasan.

‘Aku kat dalam kereta ni. Ok jugak tu. Kau siap dulu. Aku sampai, kita terus gerak k. See u then’
Arisa tersenyum.

Dia bingkas bangun menuju ke biliknya. Bersiap-siap secara ala kadar. Dia mengenakan seluar jean berjenama Levi’s dan bergaya hanya dengan baju t-shirt lengan panjang kosong berwarna hitam.
Sehelai baju panas bernada kelabu di kenakan di luar bersama sehelai tudung lilit melindungi rambut serta kepalanya daripada pandangan orang lain.
Dia bergaya ringkas kerana pada anggapannya mereka akan makan di kedai berdekatan sahaja.

Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
‘Aku dah sampai kat bawah ni. Turun lah cepat. Perut aku dah lapar ni’
Sekali lagi Arisa tersenyum. Dia lantas mencapai wallet nya di atas meja. Dia sememangnya kurang gemar menggayakan handbag.

“Sori, lambat. Kesian kawan aku ni. Dah lapar ke dia?” usik Arisa setelah duduk di sebelah Aina yang tenang memandu kereta Honda Accordnya itu sambil membuat muka kesiannya.
“Eleh Arisa, tak payahlah kau tayang muka lapok kau tu kat aku ni. Sudah geharu cendana pula, sudah tahu, bertanya pula. Aku ni lapar bukan tahap berkeroncong je tapi dah tahap berdendang sayang lagi tau,” sinis Aina namun matanya masih di hadapan.

“Amboi, lebih la tu. Kata muka aku yang cun tahap melecun ni lapok. Huh!” kata Arisa menarik muka masamnya, tidak ketinggalan muncung panjang sedepanya itu.
“What?! Cun tahap melecun?? Hello!! Ish kau ni, perasan! Please la. Sedarlah kak oi….! Tapi aku pelik la. Kenapa tak de orang nak kat kau eh? Kau pelik tak? Rupa ada. Kerja pun ok. Duit tak kopak. Kereta sport. Tapi still tak de pakwe. Ke kau yang jual mahal?” ujar Aina dalam nada mengusik.
“Ish kau ni. Kalau bagi peluang cakap..non stop. Macam bertih jagung tau tak? Alah, rilex je la. Belum ada rezeki aku nak naik pelamin tu kan. So, just wait and see siapa jejaka yang…..”
“malang tu” belum sempat Arisa menghabiskan kata-katanya, Aina terlebih dahulu mencelah lalu tergelak besar. Arisa menjengilkan matanya yang sudah sedia bundar itu.
Lantas dicubitnya pinggang kawannya itu. Aina terjerit kesakitan. “Auwww…..awww….sakitlah woi,” terjerit-jerit Aina dan kedengaran hon yang bertalu-talu daripada kereta belakang yang mungkin kecut melihat kereta yang diapandunya sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan.
“Kau ni kan Arisa. Salah sikit mencubit, salah sikit cepat jew tangan kau tu naik kan. Kalau empat puluh kali aku keluar dengan kau, empat puluh kali la tangan aku ni birat ke cubit. Sakit tau tak. Nasib baik la kita tak accident tadi tau, kalau tak mati katak kita tengah jalan tu tadi. Aku kan tengah drive,” ujar Aina sedikit keras dan Arisa menarik muka masam.
Tidak sampai 10 minit, kereta Aina berhenti di hadapan sebuah Restoran Seafood.
“Wei Aina, kau nak ajak aku makan kat sini ke?” ujar Arisa namun matanya tidak lepas dari memandang ke arah restoran itu.

“Eh tak lah. Aku nak ajak kau makan kat gerai India depan tu,” perli Aina sambil menekan alarm keretanya.
Arisa memahami kata-kata teman baiknya sejak sekolah rendah itu. “Tapi, tak kan la kau nak biar aku pakai macam ni je? Lain kali, bagi tau la aku yang kau nak belanja hari ni,” dengusnya kecil namun masih mengikut langkah kaki Aina yang laju memasuki restoran tersebut.
Suasana restoran sedikit kelam. “Alah Arisa, rilex je la. Tak pe. Tak ada siapa nak marah,” jawab Aina sambil matanya berkeliaran memandang ke setiap pengunjung restoran tersebut. Anak matanya tertumpu pada seorang jejaka. Rungutan dan omelan gadis di hadapannya sudah tidak diambil peduli. Arisa menampar bahu Aina apabila dilihatnya kawannya itu lebih berminat dengan benda lain daripada dirinya.
“Kau ni kenapa? Asyik betul kau pandang orang tu. Kau jatuh hati eh?” usik Arisa namun wajah pemuda itu tidak dipandangnya.
“Ish kau ni. Ke situ pula dia. Bukanlah. Kau tak kenal ke mamat tu? Tak ingat?” sangkal Aina sambil jari telunjuknya lurus ke arah pemuda tadi.

Arisa memusingkan badannya sembilan puluh enam darjah. Matanya membuntang memandang ke arah pemuda tersebut dengan hanya berbantukan cahaya lampu yang kelam.
“Aina, don’t say that Aqmal,” ujar Arisa keras penuh dengan nada amaran.
“Why if I say? Yup! That’s Aqmal, Aqmal Ilham,” ujar Aina tenang.

“Kau tak nak tegur dia ke?” usik Aina apabila dia lihat Arisa gelisah di hadapannya dan kini matanya membuntang.
Dengan selamba Aina bangun dari kerusinya menuju ke arah Aqmal yang tidak jauh dari tempat duduk mereka sebelum sempat Arisa menghalang. Arisa hanya mampu menepuk dahi di atas sikap kawannya yang suka membuat keputusan sendiri itu.

“Hai Aqmal. Ingat aku lagi?” sapa Aina dan dengan selamba duduk di kerusi di hadapan Aqmal yang masih di dalam keterkejutan menamba.
“Errr…err…Aina? Is that’s you?” ujar Aqmal dengan senyuman. Senyuman juga turut menyapa bibir Aina.
‘Ingat lagi ye kau kat aku ni Aqmal’ ujar Aina dalam hati penuh sinis.
“Oh, nasib baik kau ingat lagi kat aku ni. Ingat dah lupa terus dah. So how? Apa macam sekarang? Lama tak dengar cerita kau. Ye la dah tujuh tahun pula kita tak berjumpa kan. Banyak yang berubah,” Aina masih seperti tadi, selamba.
“Still same, no changes. Aku sekarang buka bisnes. Ni kad aku,” katanya sambil menghulurkan kad kerja.
“Oh I see. Kaya la kau sekarang ni. Hmm…sedap nama syarikat kau. Ilham & Co Sdn Bhd” puji Aina.
“Kau pula buat apa sekarang ni? Dah lain aku tengok. Ye la, dulu kau comot lagi kan kecik-kecik dulu. Sekarang bukan main bergaya aku tengok. Kau kerja apa?” usik Aqmal masih tidak perasan ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka.
Mata Aina membuntang namun dia hanya tersenyum sinis mendengar kata-kata Aqmal itu.

“Aku kerja biasa – biasa je. Lawyer. Ada apa-apa hal nanti jumpa la aku ni. Ok?” Aina mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja segi empat itu.
“Oh yeah! Hebat la kau sekarang ni kan. Tak sangka kau capai cita-cita kau selama ni,” puji Aqmal pula.
“Thanx. Arisa pun jadi lawyer jugak tapi tak satu ofis,” ujar Aina tenang menikam pandangan Aqmal yang menujah ke anak matanya. Kedengaran keluhan dari mulut Aqmal.

“Dia macam mana? Sihat? Dia buat apa sekarang?” soal Aqmal lalu sambil meyandarkan dirinya di kerusi sambil berpeluk tubuh.
“Hmm..kau masih nak tahu pasal dia rupanya. Ingat dah tak nak dah. Dia sihat. Sihat sangat. Dia tak de masa nak menangisi orang yang langsung tak menghargai diri dia. Buat apa kan? Tak ada faedahnya pun,” kata Aina cukup sinis. Pedas menujah gegendang telinga Aqmal yang jelas tergamam tanpa kata.
“Sori,” ujarnya perlahan. Hampir-hampir tak didengar oleh Aina.
“Apa dia? Ulang sekali lagi. Apa? Sori? Huh! Senang je kau cakap sori kan. Setelah kau campak hati dia, perasaan dia, senang-senang kau boleh kata sori kan. Setelah kau buang diri dia ke hujung dunia, kau pijak maruah dia macam sampah, mudah jew perkataan sori tu mewarnai bibir kau tu. Hei Aqmal, kau sedar tak yang kau ni tak layak dapat kemaafan dari seorang gadis bernama Arisa?” kata Aina keras.
“Kau beruntung Aqmal. Arisa gadis yang baik. Dia masih maafkan kau walau kau dah buat diri dia macam sampah. Kau hina dia. Kau caci dia. Kau pijak maruah dia. Dia tetap maafkan kau. Dia masih menanti kau sehingga hari ni. Aku tau hati dia walaupun dia tak cakap semua tu. Aku faham perasaan dia. Aku tau dia masih sukakan kau, cintakan kau. Kau sedar tak semua tu? Sebab tu sampai sekarang ni dia tak kahwin-kahwin lagi,” ujar Aina keras. Cuba membuka mata anak muda di hadapannya itu yang jelas tergamam dengan ayat terakhir yang terpancul dari mulut sahabat baik Arisa itu. Cuba memberi jalan pada sahabat baiknya, Arisa menemui kebahagiaan.
Aqmal melarikan pandangan daripada anak mata Aina yang jelas tak gentar menghadapinya. Malahan, dia yang berasa kecut dengan anak mata Aina yang jelas menggambarkan api kemarahan yang tidak dapat dibendung. Aina mengenggam tangannya kuat cuba menahan perasaan.
“A…Arisa tak kahwin lagi sampai sekarang?” soal Aqmal namun hanya senyuman sinis mewarnai bibir merah Aina itu.
“Yup! Kenapa? Kau tak percaya? Kau tahu tak berapa ramai yang tunggu dia kat luar sana tu? Berderet-derat nak kan dia tau. Tapi sorilah dia nak layan. Apatah lagi nak pandang. Sebelah mata pun tak ingin. Tapi yang aku kesalkan, lelaki tak berguna jugak yang ditunggunya,” Aina masih begitu. Aqmal sedar, dia harus terima semua tu setelah apa yang telah dia buat pada Arisa satu ketika dahulu.
“Aina….katakan pada Arisa yang aku masih sayangkannya,” ujar Aqmal berani.
“Sayang? S.A.Y.A.N.G.?” Aina mengeja satu persatu bagi tujuan mengejek dan menambahkan sakit hati Aqmal.
“Kau masih sayangkan Arisa? Kalau kau sayangkan dia, kau tak kan sanggup buat dia macam tu. Kau tak kan sanggup lihat air mata dia menitis dengan sikap manusia macam kau yang tak serupa manusia ni,’ ujar Aina keras.

“Kalau kau nak cakap, pergilah. Arisa ada kat sana tu,” ujarnya sambil menunjukkan kedudukan Arisa yang kalut menunduk ke bawah. Menyembunyikan wajahnya daripada panahan mata Aqmal.
‘Aku tau kau tak kan berani pergi, Aqmal. Aku paham sangat dengan perangai kau ni, pengecut,’ ujar Aina yang berlalu di dalam hati.
Betul seperti jangkaan Aina, Aqmal tidak berganjak dari kedudukannya. Masih kaku seperti tadi.
“Kenapa? Tak berani? Sebab kau ni pengecut. Aqmal..Aqmal. Aku bukannya tak kenal kau ni. Berapa tahun kita 1 skolah? Malah membesar bersama – sama pula tu. Aku dah masak sangat dengan perangai dan sikap kau ni. Maaflah. Aku bukan macam Arisa k. Aku tak semudah tu untuk ditipu dengan taktik lapok kau tu. Dan kau kena ingat. Arisa bukannya bodoh tapi dia terlalu lembut hati, suka sangat mengalah dalam semua perkara,” dengan kata-kata itu, Aina berlalu pergi meninggalkan Aqmal yang terpinga-pinga keseorangan.
Aina kembali semula ke mejanya bersama Arisa sebentar tadi. Mereka menikmati hidangan dengan bertemankan suasana sunyi tanpa suara dari mereka berdua. Tidak seperti selalu, ada saja perkara yang dibualkan oleh kawan baik itu.
Aina berdiam diri, tidak berniat untuk menceritakan pada Arisa malam itu. Takut emosi kawannya terganggu. Dia berharap agar Arisa tidak akan bertembung atau berjumpa lagi dengan Aqmal.
Arisa juga mengambil keputusan untuk berdiam diri, malas bertanya lebih lanjut mengenai apa yang mereka berdua bualkan sebentar tadi kerana dia tau kawannya itu di dalam mood yang tak berapa baik.

‘Lebih baik aku diam. Kalau banyak sangat tanya nanti, ada yang kena makan penampar pula’
Aina perasan yang Aqmal beredar dari restoran itu tidak lama selepas dia kembali ke meja melalui sorotan pandang matanya.
**********
Fail di hadapan diteliti satu persatu. Pejabat telah pun lengang. Hampir semua staf wisma guaman itu turun makan tengah hari.
Jam tangan berjenama Guess dikerling. Tepat jam 1:15 tengah hari.
‘Patutlah perut aku ni dah pedih semacam. Mintak diisi rupanya. Ajak Aina lah. Lagipun, pejabat dia bukannya jauh sangat dari sini. 10 minit perjalanan je’ desis hati Aina lantas handphone di atas meja dicapai dan mesej ditaip

‘Aina, lunch jom?’ dan tak sampai seminit dia telah mendapat balasan.
‘Sorilah Arisa, aku kat Putrajaya ni. Ada kes plak. Hari ni kau lunch la dengan orang lain. Sori k. Jumpa kau kat rumah je la. See u later’ Arisa hanya tersenyum tipis.
“Hmmm…makan sorang je la aku hari ni” ujar Arisa sendirian. Handbag dicapai lalu bergegas keluar. Dia perasan salah seorang staf di situ masih ada.
“Hai Wani, tak keluar lunch ke?” sapa Arisa.
“Tak rasanya Cik Arisa. Lagipun ada kerja sikit ni. Cik Arisa makan lah dulu,” jawab Wani dan Arisa melemparkan senyuman manis lalu berlalu pergi.

Dia berjalan ke arah Starbuck Café yang berada di seberang jalan ofis nya. Pesanan dibuat.
Sedang Arisa sedang enak menikmati hidangan, seorang pemuda menyapanya.

“Hai, boleh saya duduk di sini” sapa pemuda tersebut dan dengan selamba duduk di hadapan Arisa. Arisa tersedak dek kerana terkejut.
‘Ish mamat ni. Bukan tau bagi salam,kalau aku ada sakit jantung tentu dah lama jalan. Dah la selamba badak dia je duduk sini. Nak kata tempat lain penuh, restoran lengang je, tak de lah ramai sangat orang. Jaga kau, aku sembur kau nanti,’ desis Arisa sambil menyisip sedikit minumannya. Dia masih menundukkan wajah. Dan setelah menarik sedikit nafas, dia panggung kepala. Dia terhenyak di kerusinya apabila terpandangkan seraut wajah dihadapannya.
“Hai Arisa. Kenapa? Dah lupa siapa saya?” pemuda itu bersuara lembut sambil tersenyum manis.
Arisa memberanikan diri bersuara “Hai Aqmal. Aqmal Ilham. Huh! Mana aku boleh lupa pada sebaris nama kau tu. Yang telah meninggalkan sesuatu yang amat ‘berharga’ buat aku. Anyway, thanks for the gift. I really appreciate it,” sinis jawapan Arisa. Dan Arisa sendiri tak sangka dia boleh seberani itu. Entah dari mana keberanian itu datang.
“I’m so sorry Arisa. I know I’m wrong. Saya lukakan hati awak dan juga perasaan awak. Tapi percayalah, saya dah berubah. Tolong terima saya balik, Arisa,” ujar Aqmal lalu cuba meraih tangan Arisa di atas meja namun Arisa lebih pantas melarikan tangannya ke bawah meja. Aqmal mengeluh peralahan. Ada garis duka di wajah itu. Namun, Arisa tak peduli. Dia harus menuntut ‘hutang’ dan Aqmal perlu membayarnya.
“Sorry? Sorry? Oh, kau minta maaf rupanya. Ingat tak ada dalam kamus hidup kau perkataan tu. Alah, lagipun perkataan tu terlalu mudah untuk disebut kan. Apalah susah sangat. Just sorry! Oh ya! Mana si Diana yang kau puja, kau tatang bagi minyak yang penuh tu? Yang kau belai, yang kau agungkan sangat tu sampai kawan baik sendiri pun kau boleh tak kenal?” Arisa masih bersuara sinis. Benci sungguh dia melihat wajah Aqmal sehinggakan dia melemparkan pandangan ke luar menembusi cermin kaca berwarna jernih itu.
Aqmal menggunakan bahasa yang lembut, saya dan awak tetapi berlainan pula dengan Arisa. Perkataan yang digunakannya kedengaran agak kasar, aku dan kau. namun, Aqmal cuba menerima semua itu.
“I’m really really sorry, Arisa. I tau I buat silap. Tapi masa tu otak I tak berapa betul. Saya keliru. Saya masih sayangkan awak, Arisa. Terimalah saya kembali. Please..” kata Aqmal separuh merayu.
Arisa ketawa kemenangan. “Aqmal, Aqmal. Mudahnya kau main tolak tarik hati aku kan. Kau ingat aku ni apa? Sampah? Hamba kau? Kenapa? Diana dah buang kau ke? Dah buang kau macam kau buang aku dulu?” kata Arisa bersama ketawa yang tak henti. Aqmal tersenyum kelat, tiada keikhlasan di situ.
“Saya tak anggap pun awak macam tu, Arisa. Saya anggap awak lebih dari seorang sahabat. Saya sayang awak, Arisa. Saya sayang awak.”
Arisa masih ketawa. “Sayang? Kau tau apa erti S.A.Y.A.N.G.?? Dasyat!” ejek Arisa.

“Macam ni lah. Kau hanya perlu tanya hati kau, baru kau boleh dapat jawanpan, ok?” Aqmal ketawa dalam sedih dan pilu kerana Arisa meninggalkannya sebuah soalan yang tidak tau jawapannya.
“Ok la Aqmal. Aku kena pergi sekarang, ada hal sikit. One more, jangan lupa kenang balik apa yang kau dah buat pada aku dulu. Layak ke kau terima sebuah kemaafan? Anyway, nice meeting you.” Arisa meninggalkan Aqmal yang masih termangu mangu di situ.
********
Handbagnya dicampak ke atas kusyen rumah aparmentnya. Badannya juga turut dihenyak ke atas kusyen. Dia meraup wajahnya seketika. Bebanan kerja membuatkan dia sedikit penat dan lenguh. Jam dinding rumah berdeting menandakan jam sudah berginjak ke angka 6:00 petang.

Shaheera berada di dapur, memasak. Wirda berada di dalam biliknya kerana Arisa dapat mendengar bunyi radio dan diikuti suara halus, mengikuti lirik-lirik lagu tersebut.
“Hai beb, penat? Baru balik ya?” Shaheera menjengukkan kepala daripada dapur, menyapa Arisa.
“Kau ni kan Sheera, dah tau tanya lagi. Dah sah sah aku ni baru balik keje, penat la kak oi. Lain la macam kau. kadang-kadang petang tak ada kelas. Syok kan jadi pelajar ni. Free lagi,” Arisa sudah ketawa mengenangkan sikapnya ketika zaman sekolah.

“Ok la Sheera. Aku nak masuk bilik dulu k. Nak mandi jap,” Arisa berlalu ke biliknya. Rumah aparment itu memang boleh dikatakan mewah kerana ruangan rumahnya hampir sama besar dengan sebuat rumah teres. Rumah itu dilengkapi dengan 4 buat bilik bersama 4 bilik mandi.
Arisa, Aina dan Wirda setiap sorang mempunyai bilik air masing-masing di dalam bilik kecuali Shaheera kerana biliknya agak kecil berbanding yang lain.
Arisa berbaring di atas katil. Tanpa sedar, dia telah menyelak kembali lembaran waktu di sekolah menengah dulu. Wajah Aqmal terbayang di tubir mata. Kejadian yang langsung tak diduga berlaku di dalam hidupnya. Dahulu, Aina, Arisa dan Aqmal berkawan baik. Nama pun hampir sama. Ibu bapa mereka berjiran dan sungguh akrab.

**********
“Woi Arisa, kau ni dasar dengki kan?” jerkah Aqmal ketika waktu rehat. Pada ketika itu, hanya ada mereka bertiga di dalam kelas.
Arisa dan Aina berpandangan dan memandang Aqmal dengan pandangan yang pelik. “Apa yang kau merepek ni, Aqmal? Aku tak paham la. Cuba kau cakap baik-baik. Terang satu-satu,” Arisa cuba memahami. Aina terangguk- angguk.

“Sudahlah, luar je nampak baik. Tapi dalam sama macam sampah. Kau saje je kan buruk-buruk kan aku depan si Diana tu. Kau cemburu kan aku dengan dia? Kan Arisa kan?!” tengking Aqmal lantang. Arisa terdiam.
“Jawab, Arisa. Jawab soalan aku ni!” Aqmal bersuara lantang.
Arisa terasa kolam air matanya panas dan ada air yang bertakung di situ. “Apa yang kau cakapkan ni, Aqmal. Satu pun aku tak paham.Bila masa aku burukkan kau kat dia? Jumpa dia pun tak.”jawab Arisa jujur. Cuba mencari kebenaran.
“Ah! Sudahlah Arisa. Kau tak payah nak menegakkan benang yang basah. Kau memang, kau tak suka aku bahagia. Kau tak suka aku dengan Diana, kan. Aku tak sangka kau seteruk ni, Arisa. Kau bukan kawan aku. Kawan aku tak macam ni. Bukan perempuan jalang macam kau!” tengking Aqmal.
“Diam! Diam Aqmal, diam! Cukup! Tak payah kau nak cemuh aku lagi. Tak perlu kau nak hina aku lagi. Cukup dengan apa yang kau kata tadi, dah cukup buat aku sakit. Dah cukup buat aku terluka. For your information Mr. Aqmal Ilham bin Hamzah, I’m not telling Diana anything. Dan lagi satu, mulai hari ini, bersaksikan sahabat baik aku, Aina Qistina, aku Arisa Nurailin binti Rashid memutuskan persahabatan antara aku dengan Aqmal Ilham bin Hamzah,” kata Arisa lancar sambil cuba menahan sendu.
Aina hanya diam, sedih melihat sahabat baiknya bertelagah. Dia hanya melihat Arisa berlari meninggalkan kelas selepas berkata. Dia berjalan menuju ke hadapan Aqmal.
“Mal, aku tak sangka, hanya sebab perempuan tak tau malu tu, kau sanggup buat Arisa macam ni. Hei, sedarlah. Si Diana tu yang perempuan jalang, jaja cerita kau dan kemudian tuduh Arisa. Kau tak malu ke bergesel dengan perempuan tu macam kucing miang? Tu cuma bergesel je tau, kau tak tau apa yang dia buat dengan jantan-jantan lain kat luar tu. Huh! Entah dara ke tidak lagi dia tu,” Aina mencemuh Diana sementara meluahkan rasa sakit hatinya kepada Aqmal dan Diana.
Dia sengaja membuat seakan mengemaskan dan membuang habuk di bahu baju Aqmal bagi tujuan mengejek. Kemudian, dia menyentak kolar baju Aqmal lalu menolak kasar dan kuat dada bidang itu menyebabkan Aqmal terdorong ke belakang. Perangainya memang begitu, agak kasar.
Aqmal mengangkat tangan dan berniat untuk menampar pipi gebu Aina namun terhenti.
“Kenapa kau berhenti? Takut? Tamparlah, aku tak takut pun. Tamparlah, tampar pipi aku ni, pengecut. Aku bukan macam Arisa yang kau boleh buat ikut suka hati kau. Dan aku, Aqmal. Aku sebagai kawan kepada Arisa akan pastikan kau bayar di atas kesemuanya yang telah kau lakukan pada dia. You must pay for it. That’s my promise!” Aina bersuara berani sambil menunding jarinya tepat ke muka Aqmal yang tinggi tidak lebih dua inci dari Aina.
Aqmal menggengam tangannya kuat cuba menahan perasaan marah lau bergerak keluar dari situ.

********
Arisa tersentak dari lamunan apabila kedengaran Shaheera mengetuk pintu biliknya. “Arisa, mari makan,” laung Shaheera dari luar.
“Ok, kejap lagi aku keluar,” Arisa membalas dan akirnya dia keluar dengan memakai t-shirt dan seluar track biasa.
“Amboi, banyaknya lauk! Kau masak semua ni Sheera?” Arisa bersuara sambil menarik kerusi lalu melabuhkan punggung.
“Of course la, wei. Ni Shaheera kan,” Shaheera bangga.

“Arisa, tak payahlah kau puji lebih-lebih, koyak pula seluar dia tu nanti,” tawa mereka berpadu.
*********
Arisa tidak dapat menumpukan sepnuh perhatian kepada kerja. Kehadiran sejambak muka mawar putih dan merah hidup bersama sekuntum bunga mawar merah palsu ditengah-tengah jambak bunga itu membuahkan kerut pada wajah Arisa. Kad yang terselit di situ dicapai.
I will wait for you until the last petals falls
AIH

Arisa tergamam. Sememangnya kata-kata itu sungguh bermakna. Pengirim itu sanggup menunggunya sehingga kelopak terakhir gugur. Namun, hakikatnya kelopak bunga itu tidak akan gugur buat selamanya. Bermaknya, pengirim itu akan menantinya hingga akhir hayat hidupnya.
Tiba-tiba Arisa berasa ngeri.

********
Seperti biasa, Arisa akan makan tengah hari bersama Aina di restoran kegemaran mereka, Starbuck Café.
Ketika mereka berdua sedang enak menikmati hidangan, satu suara yang tidak asing bagi mereka menyapa.

“Hai girls. Can I seat here, with you all?”
Arisa masih meneruskan suapan makanan walaupun pemuda itu telah pun melabuhkan punggung dengan selamba di sebelah Arisa.

“Duduklah, Aqmal. Aku tau, kalau aku kata ‘tak’ pun kau tetap akan duduk,” Aina berkata bersahaja.
“Hai Arisa, jumpa lagi kita ya,” Aqmal menegur Arisa yang seperti tidak merasakan kewujudan pemuda itu.
Mata Aina membuntang apabila mendengar kenyataan Aqmal itu.

“Kau orang dah berjumpa sebelum ni?” soalnya ingin tahu lebih lanjut. Aqmal terangguk-angguk. Sorang dengan wajah cerianya dan sorang dengan wajah kelatnya.
“Oh ya, Arisa. Actually, I datang ni nak lamar you. You sudi tak jadi permaisuri hidup dan hati I, selamanya?” ujar pemuda itu tenang.
Arisa tersenyum penuh makna. Dan senyumnya membuahkan tawa. Aina juga begitu. Aqmal menjongketkan sedikit keningnya.
“Aqmal, for your information, aku tak ingin jadi isteri kau la, never and ever in my life ok. Ok la. We got to go now. So, please excuse me,” ujar Arisa sambil menarik tangan Aina berlalu dari situ. Aqmal kecewa. Kecewa dengan tindak balas Arisa.
‘Gadis ini telah banyak berubah. Malahan hampir 100% berubah. Di manakah kelembutan dan kesopanannya dahulu? Di manakah dia menyembunyikannya? Apakah kisah silam yang menyebabkannya?’ soal Aqmal di dalam hati. Soalan yang tidak tahu bila akan berjawab.
********
“Apa mummy? Arisa kena kahwin? Memanglah saya perlu kahwin, mummy. Arisa masih manusia biasa, kan? Arisa masih tidak dapat menangkap maksud ibunya.
“No, Arisa. Mummy dah terima pinangan seseorang. Mummy rasa dia yang terbaik untuk anak mummy ni. Kalau nak tunggu Arisa cari, alamatnya kempunanlah mummy nak lihat anak mummy ni naik ke jinjang pelamin. Mummy rasa Arisa juga dapat menerima dia. Percayalah, sayang,” Puan Azharina bersuara. Arisa terpaku. Dia terduduk di birai katil.
“Whats mum? I can’t believe it and I can’t accept it, mummy. Mummy, please don’t do this to me. Mummy, please!” Arisa menitiskan air mata. Kecewa dengan tindakan ibunya.
“I’m sorry , Arisa. Ini keputusan daddy. Dan mummy harap Arisa dapat penuhi permintaan kami yang satu ini. Dan mummy nak beritahu satu perkara, majlis akan diadakan minggu depan. Hari Sabtu. Jangan lupa pulang hari Isnin minggu depan. Persiapan semua telah diuruskan oleh mummy dan pihak lelaki. Jangn risau, sayang. It gonna be fine! Trust me. Okay?” Puan Azharina langsung tidak mahu berkompromi.
“Okay!” Arisa bersuara lemah. Dia tidak dapat menerima kenyataan. Dia mencampakkan telefon ke atas katil. Dalam masa yang begitu singkat. Masakan aku dapat memutuskannya? Dan akhirnya dia tertidur bertemankan air mata.
********
Rumah banglo tiga tingkat milik keluarga Arisa telah riuh dengan suara sanak saudara yang datang bertandang bagi menjayakan lagi majlis yang bakal berlangsung tiga hari lagi. Arisa menjadi makin tidak keruan. Dan selama tiga hari itulah Arisa ditemani Aina di rumahnya. Hanya Aina yang memahami hati dan perasaannya.
Mukanya sentiasa runsing dan sedih. Sedih mengenagkan nasib diri.
“Arisa, kamu ni auntie tengok makin dekat tarikh kahwin, makin tak berseri wajah tu. Orang makin dekat tarikh, makin berseri wajah. Kamu ni terbalik pula,” ujar kakak kepada ayahnya. Arisa dan Aina disebelahnya hanya mampu tersenyum kelat.

*******
Halaman rumah sudah dibanjiri dengan tetamu yang hadir. Arisa di bilik masih berpakaian biasa, belum menyalin ke pakaian pengantinnya. Aina sudah siap berbaju songket dan bertudung lilit. Sungguh ayu temannya itu.
“Arisa, kau betul nak teruskan majlis ni? Kau tak takut menyesal di kemudian hari?” kata Aina ketika hanya mereka berdua di dalam bilik Arisa yang telah dihias cantik. Arisa telah mengenakan syarat pada ibunya bahawa dia mahukan Aina menyoleknya dan bukannya orang lain. Dan Puan Azeera terpaksa bersetuju.
“Aku terpaksa, Na. Kau kan tau aku merupakan anak tunggal dalam keluarga ni. Aku tak nak hampakan harapan mummya dan daddy aku. Kehendak mereka, aku turutkan sahaja. Biarlah mereka bahagia, walaupun jiwa aku terseksa,” ujar Arisa sayu.
“Arisa, it better kau salin pakaian sekarang. Nanti kelam kabut tau. Majlis dah nak bermula. Lagi sejam untuk kau bersiap,” tekan Aina.

‘Arisa, siapa pun yang mendapatkan kau, lelaki tu memang bertuah’ desis hati Aina ketika Arisa sudah melangkah ke ruang persalinan.
*********
Arisa merasakan seperti empangan air matanya hampir pecah apabila kedengaran bakal suaminya melafazkan akad nikah. Dan kini, dia sudah menjadi seorang isteri.
Berdebar rasa apabila kedengaran riuh rendah di bahagian tangga. Sudah tentu pengantin lelaki sedang menaiki anak tangga untuk ke biliknya bagi upacara membatalkan air sembahyang.
Dia berasa mahu rebah di saat itu juga apabila melihat siapakah gerangan si suami. Nasib baik di situ ada Aina yang memegang erat tangannya, memberi semangat.
Terasa panas dahinya apabila menerima kucupan lembut. Cincin bertahtakan berlian sudah selamat tersaruh ke jari manisnya, cantik. Kemudian, mereka bersama turun untuk upacara makan beradab. Senyuman menghiasi bibir menandakan betapa gembiranya mereka tanpa diketahui bahawa Arisa berasa sungguh terseksa saat itu.

*********
Tetamu habis semua pulang ketika jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Arisa bergegas naik ke bilik meniggalkan si suami di bawah yang sedang berbual bersama bapa mertuanya.

Aina sudah pun mandi dan menyalin pakaian biasa ketika pintu bilik terkuak. Debaran kembali terasa. Mata mereka bertaut. Pantas Arisa melarikan pandangan, benci dia melihat wajah itu.
Dia berjalan ke arah katil dan si suami semakin menghampiri. Dia menarik selimut dan 1 bantal lalu menuju ke sofa yang turut terdapat dalam bilik yang mempunyai keluasan yang besar itu.
“Awak nak ke mana tu , Arisa? Kenapa tak tidur atas katil? Kenapa harus tidur atas sofa?” sapa Aqmal yang kini telah sah menjadi suaminya. Ya, Aqmal Ilham Hamzah merupakan suaminya kini.
“Eh, suka hati aku la nak tidur di mana. Kau sibuk kenapa pula. Untung aku kasi kau tidur atas katil, kalau ikutkan hati aku, kau tidur dalam bilik air je,” sinis jawapan Arisa.
“Abang nak Arisa tidur di atas katil. Now! Abang suami Arisa. So, Arisa tahu kana apa hukumnya melanggar perintah suami,” ujar Aqmal bersahaja sambil memeluk dirinya sendiri. Cuba menggunakan kuasanya sebagai suami untuk memaksa Arisa.
Arisa yang pada ketika itu sudah menutup matanya terus bangun sambil menghentak-hentak kakinya tanda protes. Mulutnya dibentuk-bentuk tanda meluat apabila melihat senyuman Aqmal tanda kemenangan.
Aqmal pelik apabila terdapat bantal peluk di antara mereka. Lantas, dialihnya ke tepi. Dia memeluk pinggang isterinya namun Arisa menepis kasar tangannya.

“Tak payah pegang-pegang la. Dah puas hati kau sekarang kan? Dapat sakitkan hati aku. Dapat jerat aku dalam perkahwinan bodoh ni. Aku tahu kau gunakan taktik kotor untuk membuat mummy dan daddy setuju terima kau sebagai menantu. Dan kalau kau ingat kau boleh dapat kan apa yang kau inginkan, sori la ya. Bukan aku, pergi cari perempuan lain,” kedengaran kasar jawapan Arisa.
“Kenapa abang tak boleh sentuh Arisa? Arisa kan hak abang. Abang boleh buat sesuka hati abang pada Arisa. Abang juga boleh paksa Arisa untuk dapatkan apa yang abang nak. Tapi, abang tak akan buat macam tu. Abang tau sayang bencikan abang, dan abang tak akan tambahkan lagi perasaan tu. But please, let me hold you,” rayu Aqmal dan dia memeluk pinggang isterinya. Dapat dirasakannya bahawa isterinya sengaja mengeraskan badan dan membelakanginya. Aqmal hanya mampu mengeluh.
*********
“Arisa, layan la suami kamu tu. Ambilkan dia nasi dan tuangkan dia air. Kamu sebagai isteri kena layan dia dengan baik,” tegur Puan Azeera apabila dilihatnya menantunya terkial-kial mencapai makanan.
“Dia ada kaki, ada tangan. Biarlah dia ambil sendiri,” Arisa berkata bersahaja sambil menyapu jem pada roti. Aqmal cuba menutup kelukaan hati dengan perlakuan si isteri dengan tersenyum tawar.

“Arisa Nurailin, mummy tak pernah ajar Arisa jadi sebiadap ini,”keras suara Puan Azeera dan Arisa mencampakkan roti itu ke dalam pinggan lalu berlalu ke bilik. Tanpa dia sedarAqmal mengikutinya dan melihatnya menangis sendirian di atas katil. Aqmal menghampiri dan cuba menyentuh bahu Arisa.
“Don’t you dare to touch me, stupid. Go! I said go!” bentak Arisa sambil menepis-nepis tangan Aqmal yang mahu menyentuhnya. Aqmal tergamam tanpa kata. Dia meraup mukanya sambil beristighfar dalam hati cuba menagawal emosi.
“Arisa, abang sayang Arisa. Abang cintakan Arisa. I do love you. Please, forgive me and put the past behind and forget it. Forgive me, please,” Aqmal sudah melutut dan Arisa terpaku melihat gelagat Aqmal namun akhirnya tawanya menghiasi ruangan bilik itu.
“Sayang? Cinta? Kalau kau kata benda tu semua tujuh tahun yang lalu, mungkin aku boleh terima, tapi sekarang…” dia kembali ketawa. Aqmal menunduk.
“Oh ya aku nak tau juga mana perginya si Diana kau tu?”
“Abang tak nak cakap pasal dia. Sumpah Arisa. Abang sayang dan cintakan Arisa sepenuh hati abang. Kalau tidak abang tak akan ambil Arisa sebagai permaisuri hati dan hidup abang,” ujar Aqmal lagi, masih cuba memujuk.
Arisa mencebik.

“Sudahlah, Aqmal. Aku tak sanggup hidup terus terusan dalam kepura puraan selamanya. Dan jalan terbaik dalam hubungan ini adalah….ceraikan aku.” Aqmal beristighfar. Tidak tau kah Arisa seakan bergegar tiang Arasy apabila si isteri meminta cerai dari si suami tanpa alasan yang kukuh.
“No! abang tak akan buat macam tu. Percayalah. Abang sayangkan Arisa,” ujar Aqmal perlahan namun keras. Dia berbaring di atas katil lalu memejamkan matanya.
“Aqmal, ceraikan aku,” jerkah Arisa lantang. Aqmal masih kaku. Arisa mengulangi benda yang sama.
“Arisa, awak boleh diam tak?” ujar Aqmal tegas.
“Kenapa? Kalau aku tak diam, kau nak buat apa? Nak tampar mulut aku? Tamparlah, tamparlah, Aqmal” ujar Arisa berani.

“Tak, abang tak akan tampar pipi awak yang gebu tu tapi abang akan cium mulut awak yang tak tau duduk diam tu,” ujar Aqmal sambil mengarahkan matanya ke arah bibir merekah merah isterinya, nampak menggoda. Arisa mengetap bibirnya lalu memalingkan wajahnya ke arah lain.
“Kenapa senyap, takut?” sakat Aqmal nakal.

“Malas nak layan perangai kau tu. Aku nak mandi,” bentak Arisa keras lalu mengangkat kaki dari birai katil. Tiba-tiba Aqmal merentap pergelangan Arisa yang menyebabkan Arisa terbaring di ribaan Aqmal yang tersengih nakal. Arisa terpempan. Dia kaku di pembaringan. Entah kenapa, dia mahu menghalang Aqmal yang makin mendekatkan bibirnya ke bibir Arisa namun tangannya seakan kaku tidak boleh bergerak.
Kini, punahlah segala rancangannya selama ini.

********
Arisa bergegas ke bilik air dengan muka yang merah. Di dalam bilik air, dia menangis di bawah pancuran shower panas.
‘Kesucian ku telah diragut, bagaimana aku nak menghadapi hari mendatang?’ soalnya dalam hati.
‘Tidak, dia kan suami kau. Sudah tentu dia menginginkannya. Dia punya hak ke atas tubuh dan diri kau’ ujar hatinya yang satu lagi.
Arisa keluar dari bilik air dengan siap berpakaian. Dia berasa teramat malu dengan kejadian tadi. Dia lihat Aqmal masih berbaring di atas katil. Dia mendengus perlahan.
Arisa menuju ke pintu bilik. Tiba-tiba tangannya direntap dan cup!
Satu ciuman diterima di bibirnya, hangat. Arisa menolak keras tubuh Aqmal yang sasa itu.

“Kau ni kenapa ha? Tak puas-puas lagi? Puas la hati kau kan dapat apa yang kau nak selama ni. So, boleh la kau ceraikan aku!” tempik Arisa dan merentap tangannya yang masih di dalam pegangan Aqmal. Aqmal kelihatan terpinga-pinga.
“Arisa, abang ingat sayang tak kisah abang buat macam tu. Mana abang tau sayang tak suka. Sayang tak halang pun setiap perlakuan abang tadi,” Aqmal mempertahankan diri. Arisa mendengus marah.
“Sudahlah!” Arisa memulas tombol pintu dan menghempaskannya kuat.
********
Arisa mengelakkan dirinya daripada Aqmal. Entah kenapa, segala perasaan bersatu dalam dirinya. Ada perasaan sedih, marah, gembira dan geram dan malu. Aqmal terus terusan mendekatinya namun Arisa tetap menjauh.
Hendak tak hendak, Arisa terpaksa masuk juga ke biliknya. Aqmal masuk selepas 15 minit Arisa masuk. Dia pelik melihat tubuh isterinya berbaring di sofa. Dia menyentuh isterinya dan nampaknya isterinya sudah lena.
Dia mencempung tubuh kecil isterinya ke atas katil. Tiba-tiba isterinya membuka mata perlahan. Jelas tergambar perasaan terkejut. “Apa kau buat ni? Kacau orang tidur?” Arisa bersuara keras.

“Abang kesian tengok sayang tidur atas sofa tu, takut jatuh. Abang angkat sayang tidur atas katil ni,” ujar Aqmal perlahan. Arisa memalingkan wajahnya dan tubuhnya. Aqmal mengeluh. “Sayang ni kan, tak habis-habis dengan egonya. Tak boleh ke sayang maafkan abang dan lupakan yang dah lepas?” ujar Aqmal dan serentak itu Arisa sudah duduk menghadap Aqmal garang.
“Oh…ego? Sebab aku terlalu mengalah la dulu kepala aku ni mudah kena pijak. Sebab tak ada ego la orang senang-senang ludah muka aku ni, campak maruah aku. Macam yang kau buat dulu tu kan. Kau ingat benda ni macam padam tulisan pada kertas ke?” ujar Arisa dan air matanya sudah pun membanjiri pipi gebu itu.
“Maafkan abang. Abang terlalu buta waktu tu. Abang tak nampak kasih sayang dan cinta yang mendalam Arisa buat abang. Abang keliru dalam mencari cinta sejati. Intan sudah ada dalam tangan tapi kaca yang tak berharga juga yang abang kejarkan. Maafkan abang sayang. Abang sedar kini, abang terlalu cintakan sayang. Tak sanggup rasanya berpisah walau sesaat pun dengan Arisa. Terimalah abang kembali, Arisa,” ujar Aqmal emosi.
Arisa terasa hati dengan ucapan lelaki yang kini suaminya itu. Dia ditarik oleh Aqmal rebah ke dalam pelukan hangat lelaki itu. Air mata bercucuran di dada Aqmal sehinggakan lencun baju pemuda tersebut. Aqmal mengusap rambut Arisa perlahan sambil membalas pelukan Arisa yang dirasakannya sangat erat itu.
“Saya benci awak” Arisa bersuara perlahan.
“Ya, abang tahu,”Aqmal menjawab.
“Saya tak suka awak” Arisa bersuara lagi.
“Abang tahu” Aqmal bersuara lagi.
“Saya tak nak hidup dengan awak.” Arisa sekali lagi bersuara.
“Abang tau sayang,” Aqmal sabar melayan Arisa.

“Saya tak bagi awak tinggalkan saya lagi.” Arisa berkata. Aqmal tersenyum mendengar kata-kata yang berbaur perintah itu.
“Ya sayangku Arisa. Abang tak akan tinggalkan Arisa dan tak akan sakitkan hati Arisa lagi,” ujar Aqmal sambil menatap mata Arisa dan tangannya mengelap air mata di pipi Arisa. Arisa tersenyum malu dalam bahagia.

‘Semoga kebahagian ini berpanjangan’ doa Aqmal dan Arisa. Aqmal kembali menarik Arisa di dalam pelukannya sekali lagi dan Arisa membalas pelukan itu dengan lebih erat.
TAMAT
* Terima kasih kerana sudi membaca cerpen saya ini. Ini merupakan cerpen pertama saya. Jadi saya memohon maaf sekiranya terdapat kecacatan di dalam hasil tulisan saya ini. Diharap juga pembaca boleh memberikan komen dan pendapat yang membina untuk saya terus maju dalam bidang penulisan ini. Semoga gembira. QistinaQaisara.

0 comments: