Oleh : angelseptember
“assalamualaikum anak papa..” dia mendekatkan bibirnya ke arah pipi gebu si kecil yang sedang lena tidur di atas katil. Bergerak sedikit si kecil tersebut dek kerana perbuatannya. Cepat-cepat dia menepuk perlahan belakang si kecil.
Dia jadi leka apabila terpandang wajah lena itu. segala bebanan kerja bagaikan hilang apabila terpandang wajah itu. tenang sungguh. Lena sungguh. Dia mengeluh perlahan. Si kecil itu tidak sepatutnya menjadi mangsa keadaan. Seharusnya, dia harus gembira dan ketawa, disamping keluarga tercinta. Disamping ayah dan ibunya. Namun..
*****
“ummi. Alya tak sanggup nak jaga Danish.” ujar Alya sambil tersedu-sedu. Ihsan pandang Alya yang berada bertentangan dengannya. Terasa bertapa kecilnya Alya dihadapan Ihsan sekarang. Dalam hatinya, syaitan bersorak gembira kerana berjaya menggoncangkan tahap kesabarannya. Kalau bukan kerana umminya disebelah, sudah lama dihalaunya Alya. Haziq disebelah Alya dipandang tajam.
“habis tu, kau nak buang danish ke mana?” tanya Ihsan kasar.
“abang. Alya bukannya nak buang Danish. Alya mintak tolong jagakan Danish. Tu saje. Susah ke permintaan Alya?”
“kau mintak ummi yang dah tua ni jagakan Danish tu? habis tu apa gunanya kau sebagai ibu dia?” Alya teresak-esak lagi.
“sudahla, San. Tak apalah. Ummi boleh tolong jagakan.” Pujuk ummi sambil memegang lembut tangan Ihsan. Cuba untuk meredakan keadaan yang tegang.
“ummi. Bukannya San tak bagi cuma Alya sepatutnya yang jaga Danish. Alya kan ibu Danish. Kenapa nak bagi kat ummi. Sepatutnya ummi kena rehat bukannya bersengkang mata jaga cucu.” Ihsan membalas usapan umminya. Bukanlah dia marahkan umminya namun keadaan umminya tidaklah secergas 20,30 tahun yang lalu. Yang boleh berjaga malam untuk seorang bayi. Sepatutnya ummi kena berehat.
“abang, tolonglah Alya.”
” kau ingat tak apa yang abang pernah cakap dulu?”
“kau ingat tak yang kau sendiri cakap sanggup nak jaga budak tu walaupun kau tahu yang sekarang ni kau tengah belajar? Kau ingat tak yang dulu kau bermati-matian bertengkar dengan abang sebab nak pertahankan budak tu?” tanya Ihsan garang.
Sungguh. Dia benar-benar tidak tahan dengan perangai adik perempuannya itu. satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Lidya Alya. Ketika Alya meminta kebenaran untuk berkahwin walaupun masih belajar, dia sudah ingatkan Alya supaya berfikir masak-masak. Biarlah habis belajar dulu, barulah fikir tentang keluarga. Bukanlah dia melarang. Tapi dia tahu bukanlah senang untuk membina sebuah keluarga di usia muda lebih-lebih lagi pelajaran Alya masih lagi separuh jalan. Dan kehidupan diluar negara bukanlah sesenang belajar di negara sendiri. Banyak dugaannya.
“San..” ujar ummi. Mengingatkan dia supaya bersabar.
“kau macam mana pula Haziq?”
“kalau ikutkan hati saya, memang saya nak jaga Danish. Lagipun next year saya dah habis belajar. Tapi, Alya cakap susah.” Balas Hazig perlahan.
“habis tu, kau ikut jer si Alya ni?”
“Alya berkeras bang.”
Ihsan meraup wajahnya kasar. Kepalanya benar-benar berserabut. Apalah yang difikirkan oleh Alya sebenarnya?
Wajah Alya dan Haziq dihadapannya dipandang bergilir-gilir. Rasa geram dihati masih lagi menebal. Dah tahu muda, tapi nak jugak kahwin. dah kahwin dan dah ada anak tapi taknak pulak jaga anak. Bila dah ada anak ni, suruh pulak orang lain jagakan anak dia. Kalau macam tu, baik tak payah kahwin awal-awal. Pasti masalah ini takkan timbul.
Nak kata Alya ambil jurusan yang berat, tidaklah. Alya dan Haziq, sama-sama mengambil jurusan TESL. Dia tahu, jurusan itu bukanlah senang sangat pun namun, baginya kalau Alya dan Haziq sama-sama pandai bahagikan masa, insya allah semua masalah ini takkan ada.
“ummi, boleh?” tanya Alya setelah lama dia berdiam diri. Sudah seminggu dia pulang ke Malaysia, semata-mata ingin selesaikan perkara ini. Walaupun Danish baru sahaja hampir sebulan, dia sudah berputus asa dalam menjaga Danish. Banyak perkara yang dia tidak tahu. Kerenah Danish yang selalu terjaga malam benar-benar membuatkan dia pening. Walaupun Haziq ada membantunya namun tangisan Danish setiap hari membingitkan telinganya. Mengganggu ketenteraman hidupnya.
“ummi nak tanya Alya. Kenapa Alya buat macam ni? Alya tak kasihankan Danish ke?”
“Alya sayangkan Danish ummi Cuma Alya tak sanggup nak jaga dia. Alya tak tahu nak jaga dia.”
“kalau Alya tak tahu, ummi boleh tolong ajarkan.” Ujar ummi lembut. Alya menggeleng
“Alya dah give up ummi.” Ummi mengeluh perlahan lalu melangkah ke kerusi yang diduduki Alya.
“Alya, dalam hidup ni tak semua perkara senang. kita kena belajar untuk jadikan perkara tu senang. macam buat air nescafe yang Alya suka minum tu. nampak senang kan? tapi, kalau tak kena sukatan susu dan nescafe, mesti tak sedap kan?”
“ummi. Buat air nescafe lain sangat dengan jaga Danish.”
“apa yang lainnya sayang?” Alya diam.
“kalau ikutkan, semua benda susah. Cuma untuk jadikan benda tu senang, kita kena ada formula dan taktik. Itu sahaja. Lagipun, hanya kita, manusia ni yang jadikan benda tu susah padahal DIA dah jadikan benda tu senang.”
“ummi..”
Ihsan hanya memandang ummi dan Alya bercakap. Alya benar-benar nekad dengan keputusannya. Meninggalkan Danish Aniq di Malaysia dan Alya di new Zealand, menghabiskan pelajarannya yang masih berbaki 3 tahun.
“kau dah nekad Alya?” tanya Ihsan. Alya mengangguk.
“ok. Biar abang saja yang jaga Danish. Selepas ni, Danish kepunyaan abang bukannya Alya lagi. setuju?”
Ihsan nekad. Hanya 2 pilihan Alya sekarang. Sama ada Alya yang menjaga Danish, disamping menghabiskan pelajarannya di sana ATAU meninggalkan Danish di sini dan Alya tidak boleh menuntut Danish lagi selepas ni. kejamkah dia? ya, dia kejam. Dia mesti. Semua ini untuk mengajar Alya bahawa tanggungjawab dia bukanlah boleh dilpeas tangan sebegitu sahaja.
“abang!” jerit Alya dan Haziq serentak.
“Alya kena pilih.”
“abang, Danish anak Alya. Alya hanya nak abang jagakan sementara Alya habis belajar. Bukannya ambil Danish untuk selama-lamanya.”
“abang tahu perangai Alya. Abnag dah masak perangai Alya. Kalau dulu, Alya beria kata nak jaga Danish tapi sekarang? Kini, Alya cakap nak suruh jagakan untuk sementara waktu sahaja tapi boleh ke Alya kotakan janji Alya ni? Alya akan balik selepas 3 tahun? Alya confirm?”
Alya diam. Dia menunduk. Entah dia sendiri tidak pasti.
“biar Haziq saja yang jaga danish kalau Alya taknak.” Ujar Haziq tiba-tiba.
“abang! Alya taknak.”
“Alya, Danish tu anak kita. Kita yang sepatutnya jaga dia. insya allah abang yakin kita pasti boleh lakukannya.”
“Alya taknak!” balas Alya kuat.
“Alya. Tak baik tinggikan suara pada suami.” Tegur ummi.
“Alya, perjanjian ni hanya antara Alya dan abang. Haziq tiada kaitan. Abang sendiri tak tahu apa masalah Alya sebenarnya sampai langsung taknak jaga Danish. Apa dosa Danish, Alya?”
“Alya taknak!”
“ok. Mulai dari sekarang, Danish Aniq hanyalah anak kami. dia tak punya ibu yang langsung tidak menyanyangi dia. mulai sekarang juga, Danish Aniq anak abang. Bukan anak Alya lagi.”
Kata-kata putus sudah diambil. Alya tetap bertegas dengan keputusannya. Dan mulai detik itu, Danish Aniq adalah anak kepada Ihsan Nahar. Bukan kepada Lidya Alya ataupun Harith Haziq.
*****
“baru balik, San.” Tegur ummi lalu menepuk perlahan bahunya. Ihsan senyum melihat umminya.
“nah, air.”
“terima kasih ummi. Buat susah-susah sahaja. San boleh turun kalau San nak, mi.”
“tak apalah. Ummi nak jugak bergerak-gerak penat asyik duduk sahaja.”
“kaki ummi macam mana, sakit lagi?” tanya Ihsan. Tangan yang tadi menepuk belakang Danish sudah pun beralih ke kekaki umminya. Kaki tua itu diurut perlahan. Penyakit gout ummi semakin teruk. Nak jalan sekarang pun susah.
“dah kurang sikit sakit tu.”
“kita jumpa doktor, nak?” pujuk Ihsan lagi. sudah berapa kali dia memujuk ummi ke hospital tapi, umminya degil sangat. Bukannya kena operate pun.
“tak payahla San. Kaki tua, biasalah. Kalau pergi jumpa doktor pun, dia bagi ubat saja. ”
“ummi ni. ada saja alasan taknak pergi hospital.”
“ummi dah tua San. Orang tua, banyaklah penyakit yang datang. Lagipun ummi kesiankah kamu ni. dengan kerja di office lagi, pastu balik layan kerenah Danish. Tak penat ke?”
Ihsan tersenyum mendengar kata-kata umminya. Kalau dulu, masa mula-mula dia jaga Danish, memang kelam kebut hidupnya. Tiba-tiba sahaja ada anak, mana tak kalut? Pagi-pagi dah kena bangun, siapkan Danish untuk ke rumah nanny. Lepas tu, tepat pukul 5 kena ambil Danish walaupun kerja kat office masih berlambak-lambak. Malam-malam pula, ada sahaja kerenah Danish. Kadang kala tidurnya tak pernah cukup.
Kalau ikutkan, boleh sahaja dia tinggalkan Danish dengan umminya Cuma dia bimbangkan kesihatan umminya yang ketika itu agak teruk. Cukuplah dengan kesihatan ummi yang semakin merosot, takkan nak jaga Danish pulak?
Penat memang penat bila jaga danish. Tetapi, bila melihat senyuman kecil itu dia jadi lupa tentang segalanya. Bila tengok Danish sudah mula pandai bergolek-golek, berdiri dan berjalan, dia jadi seronok. Segala kepenatannya bagaikan terbalas apabila melihat Danish membesar dengan sihat.
“San suka bila tengok danish gelak.”
“San,kamu tak terfikir nak kahwin ke?” tanya ummi tiba-tiba. Ihsan pandang wajah tua itu.
“belum ada jodoh lagi ummi. Insya allah ada la tu.”
“kamu ni dah 30 lebih. Takkan tak jumpa lagi?”
Ihsan hanya tersenyum melihat umminya. Bukanlah dia memilih cuma masih lagi mencari. Kalau dulu, dia sibuk dengan kerja tapi sekarang dia sudah ada Danish dan ummi. Rasanya sudah lengkap kehidupannya sekarang.
“pa…pa”
“eh, danish dah bangun sayang?” mata Danish sudah pun membulat. Tangannya pula diangkat tinggi, mengapai Ihsan.
“busyuk.” Mengekek Danish ketawa apabila dagu Ihsan bermain dengan perutnya.
“oklah. Ummi turun dulu. Nanti San turun makan yer. Bawakan Danish sekali.” Ujar ummi lalu mengagah Danish. Tersenyum simpul danish melihat neneknya.
“ok. Jom kita mandi. Danish busyuk.” Danish menepuk tangannya, bagaikan faham kata-kata papanya itu. Ihsan mendukung Danish lalu berjalan ke arah almari Danish. Sepasang baju tidur bercorak disney diambilnya lalu diletakkan di atas katil. Bedak dan sikat rambut turut diletakkan di atas katil. Lalu, dicapainya tuala sebelum melangkah ke dalam bilik air.
Sejak kehadiran Danish, Ihsan telah mengubahsuai biliknya. Nasib baik biliknya sedikit besar. Sebuah almari kanak-kanak ditambah disebelah almari besarnya. Katil yang dulunya ‘berkaki’ diganti dengan katil ala-ala jepun kerana sejak kecil lagi dia dan Danish tidur bersama. Takut pula, ada yang jatuh katil malam-malam. Satu rak kecil turut ditambah, untuk menempatkan barang-barang mainan Danish. Setiap hari, pasti biliknya akan bersepah dengan mainan Danish. Dia tak pernah kisah asalkan Danish gembira. Hanya itu yang penting.
*****
“San.”
“kenapa ummi tak makan ni?”
“ummi dah makan petang tadi. ni nak temankan San dengan Danish saja.”
“ummi, tolong tengokkan Danish. San nak buatkan nasi untuk dia.” Danish diletakkan di hadapan TV bersama-sama mainan itiknya.
Setengah jam kemudian, Ihsan turut melabuhkan punggungnya di hadapan tv. Danish seronok bermain dengan neneknya.
“jom makan. Yummy..” Ihsan meniup perlahan bubur lalu disuakan kepada Danish.
“nak makan.” Danish menghulur tangannya tanda mahu makan sendiri.
“makan hati-hati. Jangan tumpah.” Pesan Ihsan. Danish duduk lalu mangkuk bubur diletak di atas ribanya.
“makan bismillah dulu sayang.”
“dah baca. Nenek ajar.” Ujar Danish dengan pelatnya. Sudu dikaup ke dalam bubur lalu ditiup sedikit kemudian, dimasukkan ke dalam mulut.
“oh, Danny tiru papa yer.”
“danny good boy kan?” ujar Danny. Baru saja sesuap namun muka sudah bercomot.
“San.mari makan” Panggil ummi.
“papa makan kat atas meja. Jom.” Ajak Ihsan
“taknak. Nak tengok kartun.”
“ha, kan papa pesan. Masa makan, mana boleh tengok tv kan?”
“aah. Danny lupa. ” cepat-cepat danny bangun dan memegang tangan Ihsan, menuju ke meja makan.
“makan elok-elok Danny.”
“baik, nenek.”
“papa, Danny nak air red tu boleh?”
“air ni?” ujar Ihsan sambil menunjuk gelasnya. Danny mengangguk kecil.
“air ni, nama dia air sirap Danny.”
“oh..shirap. Danny nak sikit boleh?”
“ok. Tapi jangan minum banyak-banyak. Tak elok minum air sambil makan.”
“ok papa. Kenapa tak elok?”
“sebab nanti cepat kenyang.”
“oh..papa, danny nak makan guna tangan, boleh? Nak makan macam papa makan.”
“macam ni? tak boleh Danny. Makanan Danny kan berkuah, macam mana nak makan guna tangan?” ujar Ihsan lembut.
“oh. Lain kali danny nak makan macam papa, tau.”
“San..” ujar ummi lembut. Tersentuh melihat Ihsan dan Danish.
“ya, ummi.”
“erm, tadi Alya call.” Hanya sepatah nama itu cukup membuatkan dia hilang selera.
“erm, kenapa ummi?”
“Alya tanya tentang Danish.” Ihsan terdiam. Dia benar-benar hilang selera. Lama baru dia bangun lalu menuju ke dapur. Dia membilas pinggannya.
“Danny dah siap makan.” Ujar danish riang.
“bagusnya anak papa. Ok, Danny masuk dapur, basuh mulut. Kumur. Bawak mangkuk ni sekali.”
“okay!”
“jangan lari, jatuh nanti.”
“baik papa.”
Kemudian, danny keluar dengan tangah basah.
“kenapa tak lap tangan?”
“Danny tak sampai kain tu.” ujar Danny lembut. Takut kalau papanya marah.
“erm, nak ambik tisu ni.”
“ok. Terima kasih papa, nenek. Danny nak tengok tv boleh?” Ihsan mengangguk. Dia hanya memandang kelibat danish yang semakin menghilang.
Ihsan mengeluh perlahan
“bila dia call ummi?”
“tengahari tadi. Alya cakap nak balik sini.”
“Alya baru jumpa jalan balik ke?”
“Ihsan..” tegur ummi. Ihsan mengeluh lagi.
“dia nak apa?”
“kalau boleh Alya nak ambil balik Danish.” Jantungnya bagaikan terhenti apabila mendengar permintaan itu.
“san, danish tu anak Alya. Dia berhak.”
“ummi. Kalaulah betul danish tu anak Alya, dia takkan tinggalkan danish kat sini. Dalam 5 tahun ni, pernah tak dia call tanyakan apa-apa tentang Danish? Pernah tak dia balik sini untuk jenguk danish?”
“masa Haziq meninggal dulu pun, dia mana ada nak tengok danish. Bagi dia, mungkin Danish langsung tak wujud. Habis tu, kenapa tiba-tiba sekarang baru terfikir nak ambil Danish?”
Dia teringat lagi setahun selepas Danish ditinggalkan di malaysia, dia menerima panggilan yang mengatakan Haziq meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Bersusah payah dia, Danish dan ummi terbang ke New Zealand. Namun, Alya langsung tak berniat untuk memegang Danish, apatah lagi bertanyakan khabar. Jadi, kenapa sekarang baru nak ambil Danish, selepas 5 tahun?
“San. Apapun, Danish tetap anak Alya. ”
“San tak pernah nak nafikan yang Alya dan Danish ada hubungan darah namun dia sebagai ibu, layakkah dia ambil Danish selepas apa yang dia dah buat dulu? Ummi, Ihsan takkan benarkan dia buat macam tu.”
Ummi diam. Pada fikirannya, Ihsan benar. Sepatutnya Alya harus lebih bertanggungjawab. Bukannya lepas tangan macam tu. bila taknak, bagi kat orang lepas tu bila nak, baru nak mencari.
“entahlah san. Ummi sendiri tak tahu nak cakap dengan Alya.”
“lain kali mi. Kalau Alya call, suruh dia datang jumpa Ihsan. Danish, Ihsan takkan lepaskan pada sesiapa. Danish anak Ihsan.”
Sudah hampir 5 tahun dia menjaga Danish. Dia tatang Danish macam anak sendiri. Dia manjakan Danish. Dia dodoikan danish. Dia belikan Danish mainan. Dia berikan kasih sayang pada Danish yang ‘kehilangan’ ibunya. 5 tahun. Dia menjadi papa kepada Danish. Tak mungkin Alya akan dapat rampas semula hak itu.
Mungkin dia kejam. Tapi Alya lagi kejam. Berhak kah Alya menuntut kembali amanat yang telah lama dia ‘buang’ dulu?
*****
“abang.” Ihsan pandang wajah dihadapannya. Pertama kali berjumpa setelah berpisah beberapa tahun.
“Alya harap,permintaan kecil Alya ini, abang boleh tunaikan.”
“apa?” balasnya tanpa riak.
“Alya nak jumpa danish.”
“buat apa?”
“Danish anak Alya.”
“used to be your son.”
“apapun, dia tetap anak Alya. Alya yang mengandungkan dia.”
“Alya ingat, kalau setakat mengandung, Alya boleh berlagak menjadi ibu? Tanggung jawab ibu bukan hanya setakat mengandung saja. Ada banyak lagi Alya kena buat.”
“Danish tetap anak Alya.”
“ya. Hanya dalam surat beranak sahaja. Pernah tak Alya terfikir, apa yang Alya dah buat selama ni menyusahkan semua orang? Alya dah abaikan Danish. Alya biarkan Danish membesar tanpa kasih sayang seorang ibu yang sebenar. Alya membiarkan arwah haziq meninggal sebelum sempat melihat Danish membesar. Dan sekarang, Alya nak ambil Danish, macam tu?”
“maafkan Alya. Tapi tolonglah bagi Alya peluang abang. Alya nak tebus semula kesilapan Alya”
“jangan ingat semua benda boleh ditebus semula Alya. Jangan ingat semua benda hanya boleh selesai dengan perkataan ‘maaf’. Alya tak tahu bagaimana Danish membesar.”
“Abang..please.”
“Abang sudah lambat.” Terus dia bangun dari kerusi itu dan berjalan keluar dari restoran. Lagi lama dia ‘berdebat’ dengan Alya, lagi panas hatinya.
*****
Tasik dihadapannya dipandang sepi. Gelak ketawa orang ramai langsung tak menarik perhatiannya.
“hai. Boleh duduk sini?” dia berpaling pada seorang gadis disebelahnya.
“jauh termenung. Ada masalah?” tanya gadis itu lagi. Ihsan pandang gadis disebelahnya. Hairan, entah dari mana-mana saja gadis itu datang, kemudian tanya dia kenapa termenung.
“saya, cikgu taska danny. Ingat tak?” ujar gadis itu. dia pandang lagi, cuba mengingati sesuatu.
Oh, baru dia teringat.
Pernah dulu, danish jatuh ketika bermain ketika ditaska. Nasib baik jatuh terseliuh kaki sahaja, bukannya kepala. Kalut juga cikgu-cikgu ditaska itu untuk menghubunginya apabila Danny tidak berhenti- henti menangis. Setelah dia datang, barulah Danny reda sikit.
Walaupun tidak cedera teruk, kaki Danish terpaksa disimen juga. Nasib baik, cikgu merangkap gadis disebelahnya ada ketika kaki Danish disimen. Kalau tidak, kalut juga nak melayan kerenah Danish yang kadangkala terlalu manja apabila dia sakit.
“maaf. Lupa nama la.”
“Anisah.”
“oh, terima kasih sebab tolong hari tu. tak sempat nak ucap terima kasih.”
“kenapa termenung? Danish sihat?”
“alhamdullilah, dia sihat.”
“sejak akhir-akhir ni, saya tengok danny tak selincah dulu. Maaflah, kalau bertanya. Ada masalah ke? Bukan apa, saya takut ianya akan menjejaskan perkembangan Danny.” Ujar Anisah panjang.
Walaupun dia hanyalah guru taska,namun dia bertanggungjawab untuk memerhatikan pembesaran budak-budak di taskanya. Kebiasaanya, budak-budak akan sentiasa aktif. Dan apabila, kelincahan itu ‘berkurang’, dia jadi bimbang.
Ihsan mengeluh lagi.
“awak tahu kan, Danish dari kecil tak ada ibu kan?” Anisah mengangguk. Dia sudah maklum tentang itu. sebab sebenar, tidak pula diketahuinya.
“Danny ni anak sedara saya. Ibu dia, adik perempuan saya. Atas sebab-sebab tertentu, dia tinggalkan danny pada saya dan ummi. Setelah 5 tahun, baru dia kembali.” Laju sahaja mulutnya bercerita pada Anisah. Biarlah, mungkin gadis itu boleh menolongnya.
“suami dia?”
“dah meninggal masa Danny umur satu tahun.”
“oh..”
“awak rasa, patut ke saya bagi peluang kat dia?” tanya Ihsan.
“entahla. Saya tak tahu hujung pangkal cerita. Tapi, setiap manusia patut diberi peluang untuk berubah, betul tak?”
“walaupun besar macam mana kesalahan dia?”
“mungkin adik awak ada sebab kenapa dia buat macam tu. mana kita tahu kan? semua orang pun buat silap, cuma yang beza lewat atau awal dia sedar kesilapannya.yang penting at least dia sedar jugak kesilapan dia kan?”
Ihsan mengeluh. Sedikit sebanyak kata-kata Anisah menyedarkannya. Alya patut diberi peluang. Tapi, adakah dia sudah bersedia untuk menghadapi ‘kehilangan’ Danish?
*****
“papa. Kita nak pergi mana?” tanya Danny. Ketika itu mereka sedang dalam perjalanan ke KLCC.
“kita nak jumpa kawan papa. Danny suka?”
“danny suka jalan-jalan, pakai baju smart.”

0 comments:
Catat Ulasan