Emelda Farhana

Oleh : zkai alia

Februari 2008

Emelda Farhana.
Gadis yang telah membuatkan sebuah perasaan asing singgah di bingkai hati lelakiku ini. Rasa yang tidak pernah aku alami selama ini. Malangnya hakikat dunia tidak selalunya indah. Rasa yang baru bercambah itu direntap kasar dengan sekeping ayat yang keluar dari bibir merah gadis itu.
“You don’t have to wait for me any longer. I have somebody else in my life.”
Dengan angkuh gadis itu mencampakkan jambangan bunga yang baru sahaja aku beri. Saat itu, hatiku tidak berhenti mengalunkan istigfar, agar nafsu amarah yang diikat tidak terurai begitu sahaja. Agar ego lelakiku tidak terlepas di hadapannya. Perlahan, aku tunduk lalu mengutip bunga itu. Dia masih di situ, memerhatikan aku dengan pandangan meluat.
“Don’t you ever try to contact me again, understand? Kita jangan jumpa lagi. Adios, Uzair!”
Lalu dia berlalu dan menuju ke arah seorang lelaki berjaket kulit yang menunggang motosikal. Kemudiannya motor tersebut menderum laju meninggalkan aku sendirian di Pantai Teluk Cempedak. Suara-suara sumbang yang menusuk ke telinga dan terus ke kalbu aku telan begitu sahaja.
“Kena tinggal awek ke bang?”
“Lu skema la bro, awek lu pun tak nak lu!”
“Lu gaya macam ustaz pergi duduk masjid la brother!”
Dan gelak sinis mereka tidak sedikit pun aku pedulikan. Aku lantas bergerak meninggalkan Pantai Teluk Cempedak dan pulang ke rumah.
April 2009
“Abang, Lid suruh abang ambik adik kat sekolah. Lid kata dia tak sempat balik tengah hari ni.”
“Tapi adik, abang kat site ni. Gaya macam tak sempat nak balik rumah jugak lunch hour ni.”
“Ala, kalau macam tu nanti adik call mama lah.”
“Ok, macam ni. Adik tak payah call mama dulu. Abang rasa mama tengah busy tu. Mungkin mama balik sekolah lewat hari ni. Kan mama tengah sibuk buat exam papers akhir-akhir ni. Hurm, adik balik pukul 12 kan? Sekarang baru pukul 10.30, nanti kejap lagi abang call ok?”
“Abang nak call siapa?”
“Eh, ye tak ye. Ni adik call abang guna nombor siapa ni?”
“Ini nombor cikgu adik. Nanti abang call nombor ni jelah eh?”
“Oh, okey. Eh kejap. Tadika adik kat mana ni?” Uzair menggaru kepalanya.
“Ish abang ni! Biar adik call mama jela macam ni. Tadika adik pun abang tak tahu kat mana, macam mana nak ambik adik kat sekolah?”
“Ala, cakap jelah apa nama tadika adik tu. Abang manalah nak ingat. Abang pernah pergi tadika adik tu sekali je kan.”
“Tadika Sri Emas.”
“Kat mana tu?”
“Kejap, abang cakap dengan cikgu Mir jelah.” Dan telefon bimbit bertukar tangan.
Tengah hari itu, Uzair tiba sedikit lewat di Tadika Sri Emas akibat kesesakan jalan akibat kemalangan yang berlaku. Adiknya, Zakwan meloncat kegirangan melihat kedatangan dirinya. Di samping Zakwan, kelihatan seorang gadis setia menunggu.
“Abang!” Zakwan meluru ke arah abangnya, Uzair. Uzair mendukung adiknya itu. Mesra.
“Sorry abang lewat. Tadi ada accident kat highway.”
“Abang, ni cikgu kelas adik. Nama dia Cikgu Fa.” Uzair senyum melihat gadis bernama Fa itu.
“Maaflah cikgu, terpaksa tunggu lama dengan Wan. Saya sangkut kat tengah highway tadi. Jam teruk sangat.”
“Tak apa, memang selalu pun saya teman Zakwan ni.”
“Ha a lah abang. Memang selalu Cikgu Fa teman adik tunggu Lid sebab Lid pun selalu ambik adik lewat.”
“Ye ke?” Si kecil Zakwan mengangguk laju. Uzair mengusap kepala adiknya itu.
“Oklah cikgu. Kami balik dulu. Terima kasih sekali lagi sebab temankan Zakwan ni.”
“Sama-sama.” Senyum berbalas dan Uzair bergerak menuju ke keretanya.
Malamnya, selepas menikmati makan malam, Emelda Farhana duduk termenung di atas buaian. Uzair. Dia mengeluh berat. Sudah lama nama lelaki itu tidak meniti di bibirnya. Namun dia cukup yakin, lelaki yang menjemput pelajarnya, Zakwan adalah Uzair. Uzair yang pernah menjadi temannnya suatu ketika dulu. Uzair yang pernah menaruh perasaan padanya. Uzair yang pernah dihinanya beberapa bulan lalu. Emelda juga yakin bahawa lelaki itu tidak lagi dapat mengecamnya. Masakan tidak, dia kini sudah berbeza hampir seratus peratus berbanding dirinya yang dulu.
Oh Tuhan~! Air mata jernih mula mengalir membasahi pipi milik gadis bernama Emelda Farhana. Segala kenangan lalu mula menerjah mindanya satu demi satu.
Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa…
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redha-Mu ya Tuhan.
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima…
Dan esakan Emelda Farhana semakin jelas kedengaran di malam sepi itu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sehingga semalam, sudah 3 kali Uzair menjemput Zakwan di tadika. Emelda jadi gusar, takut Uzair mengenalinya. Sudahnya, tengah hari itu, selepas melihat kelibat kereta yang sama dengan Uzair di kejauhan, dia menyuruh Zakwan menunggu sendiri dengan alasan dia mahu ke tandas.
“Eh, mana cikgu adik?”
“Cikgu Fa pergi tandas. Kenapa abang lambat sangat hari ni? Kesian Cikgu Fa. Dah berapa kali entah dia masuk toilet. Adik rasa cikgu sakit kot.”
“La, ye ke? Kesiannya cikgu adik. Takpelah, kita tunggu cikgu keluar tandas dulu.” Zakwan mengangguk laju.
“Adik, abang nak tanya sikit ni. Cikgu adik tu dah lama ke mengajar? Nama penuh dia siapa ye?”
“Baru jugak. Awal tahun. Masa adik 5 tahun, dia tak ada. Cikgu Fa, nama penuh dia Cikgu Emelda Farhana.”
“Emelda Farhana?” Uzair bersuara sedikit lantang. Tanpa diduga, Emelda yang mencuri dengar perbualan dua beradik itu dari dapur telah menjatuhkan sebiji gelas kaca di atas meja secara tidak sengaja.
“Prangg~” Uzair dan Zakwan saling berpandangan. Emelda berpusing ke belakang untuk mengambil penyapu. Malang sekali, kakinya terpijak salah satu serpihan kaca yang bertaburan di lantai.
“Auchh!” Emelda mengaduh kecil. Uzair dan Zakwan bergegas ke dapur.
“Ya Allah!”
“Cikgu!” Dan si kecil Zakwan mula menangis.
“Kenapa nangis ni dik?” Uzair mula panik menghadapi situasi begini.
“Kaki cikgu berdarah. Adik takut darah!” Uzair mengalih pandangannya pada Emelda. Pantas dia mencabut serpihan kaca tersebut dari tapak kaki gadis itu.
“Awak tunggu kat depan, biar saya yang kemas tempat ni.” Emelda mendiamkan diri lalu duduk di ruang hadapan bersama Zakwan.
“Wan, tolong cikgu ambil first aid kat atas rak tu, boleh?”
“First aid tu apa cikgu?” Emelda menunjukkan sebuah kotak putih yang bertanda bulan sabit merah di tengahnya.
Uzair duduk di sebelah Zakwan, memerhatikan Emelda yang sedang membubuh iodine di lukanya. Setelah siap menampal band aid di kakinya, Emelda bangun diikuti dengan Uzair dan Zakwan.
“Maaflah, menyusahkan encik je. Saya pun tak sedar macam mana boleh terlanggar gelas tu tadi.”
“Awak ni Mel kan? The one I used to know before?” Pertanyaan Uzair dibiar Emelda tanpa jawapan.
“Erm, I need to close the door, En. Uzair.” ujar Emelda sambil bergerak ke pintu depan. Memberi tanda pada Uzair bahawa dia tidak berniat untuk memanjangkan perbualan mereka. Uzair memahami lalu meminta izin untuk pulang.
“I’ve been missing you for so long, Mel.”
Lalu Uzair keluar dan bergerak tanpa menoleh ke belakang lagi.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Mel, malam ni nak keluar tak?”
“You nak pergi mana? I on je.”
“Diorang kata nak overnight kat TC. Lepak lepak.”
“Overnight? Dengan geng you ke? I malaslah nak overnight dengan geng you tu.” Emelda membuat muka.
“Ala, siapa suruh you lepak dengan diorang. You duduk dengan I je ok?” Haidar menarik Emelda rapat ke badannya. Tangannya dilingkarkan di pinggang gadis itu.
“Oklah. I follow.”
“Yeah, macam tu lah awek I! Nanti pukul 10.30 malam I ambil you kat rumah, ok?”
“Alright!”
Emelda duduk memeluk tubuh di penjuru bilik. Esakan yang pada mulanya kecil mulai kuat sehingga mengejutkan teman serumahnya yang sedang tidur di bilik sebelah.
“Mel, kenapa ni sayang?” Emelda masih lagi menangis. Khayrina memeluk gadis itu erat. Pelukan erat Khayrina membuatkan Emelda bertindak drastik lalu menolak temannya itu.
“Jauh Kay! Aku tak suci! Aku kotor, Kay!” jerit Emelda kuat.
“Mel, kenapa ni?” Sekali lagi Khayrina cuba mendekati sahabatnya itu. Dan sekali lagi dia memeluk Emelda. Lebih erat dari sebelumnya.
“Mengucap Mel. Ingat Allah, sayang.” Emelda hanya diam memeluk tubuh. Namun, esak tangisnya tidak jua padam.
Melihat Emelda tidak lagi bertindak ganas seperti tadi, Khayrina melonggarkan pelukannya. Dia kemudiannya mengesat air mata yang mengalir di pipi gadis itu. Kedua belah tangan Emelda diambil dan digenggam erat.
“Kenapa ni sayang? Bukan ke kita dah janji tak nak ungkit lagi hal dulu?” Khayrina bertanya.
“Mel, what happened to you?”
“Kau akan jadi milik aku malam ni Emelda!”
“Apa you nak buat ni Haidar? Lepaskan I!” Emelda menolak Haidar. Rangkulan lelaki itu yang semakin ketat menyesakkan dadanya.
“Arghhhhh!” Emelda menjerit lagi.
“Mel!” Khayrina memeluk semula temannya.
“Be strong, dear. I’m here.”
June 2009
Emelda Farhana. Mel. Cikgu Fa.
Sekali lagi gadis itu mengguris, menambah luka di hatiku. Bezanya, kali ini dia tidak sekeras dulu.
“You don’t have to wait for me any longer. I don’t deserve you, Uzair.”
Dan sekali lagi Pantai Teluk Cempedak menjadi saksi penolakan cintaku buat kali kedua. Namun, melihatkan bunga pemberianku masih lagi berada di dalam genggamannya, semangatku datang tiba-tiba. Hatiku berbisik mengatakan gadis ini juga menyimpan rasa terhadapku.
Bukan mudah untuk menjejak gadis yang berdiri dihadapanku ini. Sehari selepas insiden kaca dua bulan lepas, Emelda tidak lagi mengajar di Tadika Sri Emas. Mujur, dengan bantuan Cikgu Mir, aku berjaya memperoleh alamat rumah Emelda. Malang bertamu sekali lagi apabila mendapati rumah itu berkunci. Walaupun selama seminggu aku berulang-alik dari tempat kerja ke rumahnya, rumah itu masih lagi kosong. Tiada tanda rumah itu akan berpenghuni lagi.
“Uzair, saya nak balik.”
Aku senyum memandang dia.
“Awak teman saya pergi satu tempat dulu, boleh?”
Emelda mengangguk perlahan.
Julai 2009
“Mama, abang nak kahwin.”
“Ha? Ribut tak ada, hujan pun tak tiba-tiba nak kahwin? Apa cerita ni?” Uzair duduk di samping ibunya.
“Abang nak kahwinlah, mama. Kena tunggu ribut dulu ke baru abang boleh kahwin, ma?” ujar Uzair sambil tergelak kecil.
“Iyelah. Mama pelik je. Dulu masa mama suruh kahwin, abang bagi macam-macam alasan. Itu yang mama terkejut tu.”
“Ala, dulu orang yang abang tunggu tak bagi respon, memanglah abang tak nak.”
“Orang yang dulu? Siapa? Emelda?” Uzair mengangguk laju.
“Tak payahlah abang. Kalau abang nak kahwin dengan dia, mama dengan walid tak setuju.”
“Kenapa?”
“Sebab dia perempuan yang dah ditebuk tupai!”
“Ha?!”
“Uzair!” Uzair menoleh ke arah suara yang memanggilnya.
“Pang!” Malang sekali, wanita itu menampar pipi milik Uzair sekuat hati.
“Apahal ni?” soal Uzair. Terkejut dan terasa egonya dicabar apabila ditampar seorang wanita.
“You deserve that, ok! And don’t talk shit about Mel. You know nothing!” Dengan amarah, wanita tersebut berlalu pergi.
Tanpa mempedulikan mata mata yang melihat drama itu, Uzair mengejar wanita tersebut.
“Eh, tunggu kejap. Awak ni siapa?” Uzair berhenti di hadapan wanita itu.
“Tepi boleh tak?”
“Awak dah senang-senang tampar saya kat tempat yang ramai orang macam ni, lepas tu awak nak blah macam tu je?”
“Apa awak nak?”
“Explanation.” Ringkas jawapan Uzair.
Lalu Uzair dan wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Kay itu duduk di dalam sebuah restoran berdekatan.
“Explanation apa yang awak nak?” soal Kay.
“Kenapa tampar saya? Apa maksud awak saya cakap buruk pasal Mel? Awak ni siapa?”
“First of all, saya kawan Mel. Her bestie. Orang yang bersama dia masa dia tengah fobia dulu. Awak tak tahu apa-apa pasal benda ni, tapi awak hantar mak awak herdik Mel kat rumah. What are you, Uzair? Awak tak patut buat macam tu kat Mel!”
“Eh, kejap! My mom pergi rumah Mel? Mama herdik dia?”
“So far, apa yang saya dengar dari Mel, macam tulah. Mak awak datang, hina Mel. Cakap yang Mel tu tak layak nak kahwin dengan awak. Tak kasi Mel contact awak lagi. Dia kata Mel perempuan murahan. Sudahnya, Mel tak keluar jumpa sesiapa dah.” Uzair mengerutkan dahinya.
“I can’t believe my mom did such thing. Macam mana awak boleh sure yang itu mak saya?”
“Hello mama boy! Terpulanglah pada awak nak percaya atau tak tapi yang sengsara tu Mel, tahu tak? Saya dah tak duduk serumah dengan dia, jadi saya tak boleh nak jaga dia selalu. En. Uzair, kalau betul awak sayangkan Mel, awak pergilah dengar dari mulut dia sendiri apa yang berlaku malam tu. Tolonglah jumpa dia, minta maaf dari dia bagi pihak mak awak. Saya tak sanggup nak tengok kawan saya macam tu.”
Malam itu, Uzair keluar menghirup udara segar di pantai Teluk Cempedak. Benar, dia juga bersalah dalam hal ini. Dia hanya mendengar segala cerita dari mulut mama, tetapi tidak mendengarnya dari mulut Mel sendiri. Saat itu dia terlalu kecewa apabila mengetahui Mel sudah terlanjur. Sudahnya, gadis itu tidak dihubunginya lagi walaupun hatinya teramat rindukan wanita itu.
“Hello~”
“Awak, saya nak jumpa awak.”
Akhirnya, Uzair membuat keputusan untuk berjumpa Emelda.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Mel~”
“Untuk apa pertemuan ini, Uzair? Kalau awak nak tahu pasal kisah silam saya tu, semuanya sama. Like your mom said, I really did such thing. I’m not a good woman for you. You deserve someone better and the girl is not me.”
“I never meant to ignore you, Mel. Malam tu, saya beritahu mama yang saya nak kahwin dengan awak. Tapi, bila mama cakap macam tu pasal awak, hati saya hancur, Mel. Bukan sekali dua saya kecewa pasal awak. It’s really hard to believe that the girl I love for so long did that.”
Emelda memalingkan tubuhnya daripada memandang Uzair.
“You know what, Uzair. I never love you and I will never do. You don’t have to feel guilty. You don’t have to love me! Tak ada apa yang perlu diperkatakan lagi.”
“I need explanation, Mel! Kenapa awak biarkan diri awak dikotori macam tu?” Mata Emelda bulat.
“Saya biarkan diri saya kotor? Huh! You don’t deserve my explanation, Uzair. Saya kecewa dengan awak.”
“Saya lagi kecewa dengan awak, Mel! Saya tunggu awak lama, bertahun Mel! Tapi ini yang saya dapat.”
“Argghhhh!” Emelda menjerit sekuat hati.
“You never understand, Uzair!!”
Emelda lari bersama air mata yang mengalir deras di pipi.
Jun 2010
Dear Uzair, my first love~
This may be the first and the last letter I wrote for you. I don’t know when you will receive this letter or when you’re going to read it. After all, just so you know, when you read my letter, its mean that I’m not around anymore. I don’t belong to this world anymore. So please, don’t find me.
Uzair,
Many years has passed since the first time I saw you in that library. It was the happiest moment in my life. On that day, you’re wearing green, one of your favourite colours. You sat right beside the window, where the sunlight enters and make your smiling face shining brightly. Since that day, I start lepaking in the library so that I can see you everyday. Then, after a few weeks, you finally notice me. We get to know each other and we finally become closer. We become best friend.
Now I want to tell you a story. My story~ Uzair, you know that I’ve no mom, right? I told you before, isn’t it? The truth is my mother is still alive which mean, she’s not died. You want to know who am I? Daddy said that I’m a mistake. He said that I’m not supposed to enter this world. You get what I mean kan Uzair?
Daddy told me that my mom is Malaysian; they met when she’s studying in Sydney where my dad lives. They really love each other. There is one night; mom and dad were enjoying their last exam day at a club. Daddy kata diorang selalunya hanya minum coke tapi malam tu, somebody put drugs in their drink. That was the day I was produced. Right after mom notice that she was pregnant, she asked daddy to marry her but granny refused since my mom is Muslim but daddy was an Atheist. So my mom returns to Malaysia, and she gave birth there. Then I was sent to Rumah Anak Yatim Cinta.
When I was about 5 years old, daddy found me. Then we both left Malaysia and return to Sydney. For 13 years, I live with daddy. Because he’s an Atheist, Mel tak belajar pun pasal Islam. When I was 18, daddy cerita pasal mummy. Everything. Then I told him I want to find my mom. He let me go find her. Jadi, dengan sekeping gambar mummy waktu dia muda dan first name mummy which is Suraya, Mel balik Malaysia. Kat sana, Mel kenal dengan Kay. You met her already kan? Kay adalah anak kawan baik daddy. She was a Buddhist. Nama asal dia Chen Xiao Lin. Then I lived with her. Masa Mel jumpa Kay, dia masih lagi Buddhist tapi dia sedang belajar tentang Islam. So I learnt with her sebab daddy pernah cakap mummy tu Muslim. Lepas hampir setahun mendalami Islam, kami sama-sama peluk agama tu.
Dalam masa yang sama, Mel cari mummy dan Mel study dekat kolej. Masa Mel cari bahan bacaan kat library tu, masa tulah Mel jumpa Uzair. And I fall for you. I really do. Then kita jadi kawan. Ingat tak yang Uzair ada bagi Mel gambar Uzair masa baby? Dalam gambar tu, Uzair kena dukung dengan your mom dan ada seorang perempuan tengah duduk kat kerusi. Bila Mel tengok betul-betul gambar tu, Mel sangat pasti perempuan yang duduk atas kerusi tu adalah mummy. I compared the picture with the photo yang daddy bagi. Sama! Lepas tu Mel upah penyiasat untuk pastikan betul atau tak perempuan dalam gambar tu adalah mummy. Dan Mel betul. That investigator bagi alamat rumah Puan Suraya iaitu rumah mummy.
I go there and I met your mother. I told her everything. Siapa Mel sebenarnya dan tujuan Mel datang situ. Then your mom said that mummy dah tak ada. Your mom halau Mel, dan kata Mel tak layak nak mengaku yang Mel ni anak mummy. Dia kata Mel anak luar nikah. Dia tak bagi Mel datang situ lagi since mummy tak kahwin dengan daddy, jadi your mom kata, Mel tak layak nak cari mummy. Dia suruh Mel balik Sydney, ikut jantan tak guna tu which she mean; daddy.
Walaupun kata-kata your mom tu buat hati Mel sakit, tapi I didn’t give up. Cause deep inside my heart, I believe that mummy is not died. My spy told me that there is no prove yang mummy dah mati. So I believe, mummy must be somewhere. Macam-macam cara Mel buat untuk jumpa mummy. Then I used you, Uzair. Mel cakap kat your mom yang Mel akan goda Uzair sampai Uzair cair dengan Mel kalau your mom tak bagitau mana mummy. But your mom doesn’t feel threaten. She said that her son will never fall for bitch like me. Her word was so harsh.
Unfortunately, you do fall for me kan? We both love each other, kan? And you did tell your mother about me. So the next day, your mom contact me and ask me to meet her. She takes me to Hospital Bahagia where my mother lives. I was really sad seeing mummy at that time. She was really sick. She’s not even remember me. I hugged her tightly, but she never responded. Then your mom tell me to leave you since she’s made her promise. I agree with her. I said that I’ll leave you.
Jadi, bila Uzair lamar Mel kali pertama kat Teluk Cempedak tu, Mel tolak dengan kasar. I even brought Haidar, to act like my boyfriend. Mel sangat sedih waktu tu tapi Mel dah janji yang Mel takkan ganggu Uzair lagi. Since then, kita tak pernah jumpa lagi. Untuk lupakan Uzair, Mel selalu keluar dengan Haidar. He’s my classmate dekat kolej. Ada satu malam tu, Haidar kata nak overnight sama-sama dekat TC. Tapi dia tipu Mel. Dia bawa Mel pergi satu bangunan yang Mel sendiri tak pasti kat mana. He has the intention to do something bad to me. I’m almost raped but somehow, there’s a guy yang berjaya selamatkan Mel. That guy pukul Haidar sampai lembik. Then Haidar kata, dia dibayar untuk rogol Mel. Dia dibayar oleh your mom, Uzair. Kat sini Mel sertakan sekali cek asal yang your mom bagi pada Haidar sebagai upah merogol Mel. Haidar minta maaf pada Mel tapi Mel takkan dapat maafkan dia sampai bila-bila. Then dia kata, untuk keselamatan Mel, dia terpaksa mengaku depan your mom yang dia dah buat apa yang dia patut buat. Haidar jugak bagi cek tu pada Mel tanda dia betul-betul menyesal dengan perbuatannya.
So, what do you think about my story, Uzair? Do you still want to believe your mother? By the way, hidup Mel dah bahagia lepas semua benda tu selesai. Tapi Mel tak sangka jumpa semula dengan Uzair. Zakwan, tak sangka dia tu adik tiri Uzair. When you pick up Zakwan on the first day, you really don’t notice me, right? Esoknya Mel tanya pada Zakwan. Dia kata ayah dia kahwin dengan your mom. So, you dengan Zakwan are not blood-related la kan? Thank God because I really don’t want to teach your mother’s son. Macam kelakar sangat kan? I really hate your mother but still I love you so much.
Uzair,
Sekarang, Mel harap segalanya dah jelas. Mel akan sentiasa doakan kebahagiaan Uzair. Mel harap sangat Uzair dapat tolong Mel. Please take care of my mother, ibu saudara Uzair tu. Akhir sekali, Mel nak ucap terima kasih pada Uzair sebab pernah cintakan Mel sepenuh hati.
-Emelda Farhana Wilson-
Uzair mengesat air mata yang turun di pipinya. Surat tersebut dilipat kemas dan disimpan semula ke dalam sampulnya.
“Emelda Farhana, maafkan aku untuk segalanya~”
Dan begitu pengakhirannya. Pengakhiran cerita antara aku dengan gadis bernama Emelda Farhana.
Start: Monday, June 21, 2010, 10:33:14 PM
End: Wednesday, June 23, 2010, 11:53:31 PM

0 comments: