Cinta yang Pasti

Oleh : arizza

A lia, jom kita pergi kafe dulu.Minum-minum ke? Jomlah” ajak Adam. Adam merupakan kawan baik Alia. Alia bukan seorang yang suka bersosial dan dia juga bukan senang untuk bergaul dengan lelaki tetapi kenapa dengan Adam dia senang berkawan. Mungkin kerana perangai Adam yang agak sama dengan Alia membuatkan mereka berdua boleh menjadi kawan baik. Adamlah satu-satunya kawan karib lelaki Alia. Adam seorang yang peramah, baik hati dan suka menolong kawan-kawan, mungkin sebab itulah, Alia senang berkawan dengan Adam.
“Tak nak lah, Dam, Aku kena pergi Library ni, nak siapkan assignment.”
“Alah, sekejap aje. Aku lapar ni.Aku tak sarapan lagi pagi tadi”
“Kau pergilah sorang-sorang. Aku sibuk ni.”
“Takkan aku nak makan sorang-sorang, kesianlah sikit kat aku. Aku pun nak pergi Library jugak, nanti kita pergilah sama-sama lepas makan.Jomlah”ajak Adam sekali lagi.
“Okey tapi kau kena belanja aku.Macam mana?”
“Okey, no problem punya.”
Kemudian, mereka sama-sama menuju ke kafe yang berdekatan.
“Kau nak minum apa?”soal Adam.
“Milo ais aje.Makan aku tak nak.”
“Betul ni?”
“Betul. Aku dah kenyang la.”
“Okey la kalau macam tu.Aku pergi order dulu eh.”kata Adam lalu beredar pergi.
“Hah! Ni air milo kau dan ni nasi dan teh ais aku.”kata Adam sambil meletakkan air milo di hadapan Alia.
“Wah! Sedapnya nasi kau”kata Alia.
“Itulah kau, aku ajak makan tadi, kau tak nak”
“Tak apalah, lagipun aku tak rasa lapar lagi la.Baru kul 11.
“Kau ada kuliah lagi tak lepas ni?”soal Adam.
“Tak ada dah, sebab tu aku nak pergi library ni.Kau ada lagi ke?”
“Kul 3.30,kelas management. Kau nak siapkan assignment statistik ke?”
“A’ah.Kau dah siap ke?”
“Belum lagi. Nanti kita buat sama-sama lah.”
“Okey. Aina pun kata nak buat sekali jugak, dia nak jumpa kita kat library nanti”
Tiba-tiba, handphone Alia bordering.
“Hello, Qis.Kenapa?”
“Hello,Alia. Kau ada bawa buku makro tak sekarang ni?
“Ada. Kenapa?”
“Aku nak pinjam sekejap, boleh tak? Nak pergi fotostat jap. Buku aku tertinggal kat bilik la.Malas nak pergi ambik.”
“Boleh. Datanglah kat kafe.”
“Kat kafe mana?”
“Kat fakulti kita la”
“Okey, nanti aku datang, yer. Kau tunggu aku kat situ”
“Okey. Bye.”
“Sape?”
“Kawan aku, dia nak pinjam buku makro. Nak pergi fotostat.”
“Oooo…”
“Alia!”
“Hah,Qis. Ni buku dia.”
“Okey. Thanks. Nanti aku hantar,yer.”
“Okey, kau hantar kat Library yer sebab aku nak pergi kat situ lepas ni.”
“Okey”
“Eh, tapi sebelum tu, kau hantar lah dulu mesej kat aku sebab aku takut aku dah balik bilik.”
“Orait. Alia, Boyfriend ke?”soal Balqis apabila melihat Alia bersama dengan seorang lelaki.
“Hisy, kawan aku ajelah.Oh,lupa pulak nak kenalkan. Adam, ni Balqis, kawan aku. Balqis, ni Adam”
Balqis menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat dan melemparkan senyuman kepada Adam, begitu juga dengan Adam.
“Okeylah Alia, aku pergi dulu,yer”
Alia hanya menganggukkan kepalanya dan Adam pula melihat Balqis yang berlalu hingga ke hujung pintu kafe. Lenggang-lengguk Balqis di perhatikan sehinggalah Balqis hilang dari pandangan.
“Woi!”
“Hisy, kau ni.Terkejut aku”
“Amboi-amboi, bukan main nampak kau tengok Balqis tu. Dah berkenan ke?”
“Hisy, kau ni. Merepek ajelah.”
“Jomlah, kata nak pergi library, nanti kang assignment entah ke mana, kita pulak yang merana”
“Yalah mak cik. Jom”
“Sedap-sedap aje panggil aku mak cik. Aku ni muda lagi tau. Kahwin pun belum lagi tau”
Adam hanya ketawa melihat gelagat Alia yang sentiasa menghiburkannya.
“Eh, sape nama penuh kawan kau tadi tu,hah?”Tanya Adam sewaktu mereka berjalan menuju ke perpustakaan.
“Kenapa kau nak tahu?”
“Saje. Tak boleh ke?”
” Nur Humaira Balqis”
*‘Emmm…cantik nama dia, secantik tuannya’bisik hati Adam
***
Malam itu, Adam menelefon Alia kerana dia sangat bosan malam tu dan dia tiada mood untuk belajar malam tu. Assignment statistic sudah di siapkannya tadi setelah berbincang dengan Alia dan Aina di perpustakaan tadi.
“Hello, Adam. Kenapa kau call aku ni?”
“Aku bosanlah, wei. Itu yang aku tepon kau ni. Kau tengah buat apa?”
“Aku tengah buat accounting ni”
“Aku ganggu kau ke?”
“Kalau aku kata ya, macam mana?”
“Aku still nak kacau kau”
“Hmmm..aku dah agak dah. Kau ni bukan paham bahasa pun.”
“Bahasa apa? Bahasa korea ek? Ke bahasa perancis?”kata Adam sambil ketawa.
“Kau ni memang loyar buruk betullah kan. Agaknya cita-cita kau dulu nak jadi lawyer eh?”
“A’ah tapi tak kesampaian sebab aku dah ambik accounting.”
“Kau ni macam-macamlah. Itulah kau, aku suruh cari girlfriend, kau tak nak. Kalau kau bosan, boleh awek kau temankan. Ni, aku jugak yang jadi mangsa kau”
“Nak buat macam mana. Belum jumpa yang sesuai. Kau tak nak jadi awek aku ke?”kata Adam sambil ketawa.
“Hisy, tak nak aku.”
“Aku bosan gile la wei malam ni.Kau ada cadangan yang menarik tak untuk aku hilangkan kebosanan aku ni?”
“Hah, aku tahu. Apa kata kau study? Ada juga faedahnya”
“Kau ni kan, bagi cadangan yang tak bernas langsung. Aku tak ada mood nak belajar malam ni.Asyik belajar aje, boleh stress tau tak”
“Yalah, kau kan dah pandai, tak payah belajar pun still dapat pointer tinggi, tak macam aku ni.”
“Ek’eleh. Kau pun apa kurangnya.”
“Tapi aku tak adalah selalu dapat Dean’s list macam kau.”
“Ek’eleh kau ni. Tak payah lah nak puji aku lebih-lebih. Karang kembang pulak hidung aku ni”kata Adam sambil ketawa.Alia juga turut sama ketawa.
“Pejam celik, pejam celik, tak sangka kita dah Last sem kan?”kata Alia.
“A’ah. Dah empat tahun rupanya kita duduk kat UKM ni. Rasa sekejap aje kan”
“Dah tua rupanya kita ni. Dah masuk 23 tahun dah”
“Kau aje yang semakin tua. Aku still maintain handsome”
“Ek’eleh kau ni, perasanlah pulak. Masuk bakul angkat sendiri eh?”
“Yalah sebab tak ada orang nak tolong angkatkan untuk aku.”
“Nak angkat macam mana, kau tu berat macam batu. Batu pun tak berat macam kau” kata Alia lalu ketawa.
“Sampai hati kau kutuk aku, yer. Tak pe, tak pe. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.”
“Okey, aku tunggu. Dah lah, layan kau ni, sampai pagi pun tak habis, tak siap pulak kerja aku ni. Okeylah, bye”
“Yalah.Bye”
“Amboi-amboi, bukan main lagi kau gelak. Sampai kat bilik air pun boleh dengar kau ketawa, tau tak. Kau cakap dengan sape tu?”Tanya Aina yang baru sahaja selesai mandi.
“Dengan sape lagi. Dengan Adam lah”
“Oh, dengan Adam rupanya. Eh, kau ada apa-apa ke dengan Adam?”
“Tak adalah. Kitorang cuma kawan ajelah, kenapa kau tanya macam ni?”
“Yalah, aku tengok kau bukan main rapat lagi dengan si Adam tu. Takkan tak ada apa-apa kot”
“Betul. Kau pun tahu kan, aku bukan rapat sangat dengan lelaki lain, so, bila aku ada apa-apa, aku mintak tolong dengan dia lah.”
“Aku tengok Adam tu baik orangnya, dahlah tampan, best student pulak tu. Ramai yang minat kat dia tapi nasib baik dia tu bukan jenis yang layan sangat perempuan. Kau bertuah sangat sebab dapat berkawan baik dengan dia, tau tak. Lagipun, lelaki dan perempuan ni tak boleh jadi kawan baik tau tak?”
“Kenapa?”
“Sebab bila lelaki dan perempuan berkawan baik, ada perasaan lain yang akan mula bercambah,iaitu cinta. Kau suka kat dia kan?”soal Aina lagi.
” Mana ada”kata Alia cuba menafikan.
“Eleh, dengan orang lain, kau boleh la nak tipu tapi dengan aku, kau tak boleh. Aku bukan kenal kau setahun dua, aku kawan dengan kau sejak sekolah menengah lagi. Dari air muka kau, aku boleh tahu kau suka dia. Kau terus-terang ajelah dengan dia, nanti melepas pulak”
“Tapi dia nak ke kat aku ni?”
“Aku tahu dia mesti suka jugak kat kau. Kau pun apa kurangnya, cantik, manis, bijak pulak tu.”
“Kau ni, lebih-lebih pulak puji aku”
“Aku cakap benda yang betul”
“Tapi aku tak tahu macam mana nak beritahu dia”
“Kau jangan straight forward sangat, kau bagilah dia hint sikit-sikit yang menunjukkan kau suka kat dia”
“I will try,okey?”
“That’s my friend”
***
“Ops, sorry, saya tak sengaja. Saya tak nampak awak kat sini tadi”kata seorang perempuan yang tidak sengaja melanggar seorang lelaki, habis buku lelaki itu terjatuh lalu perempuan itu turut menolong lelaki itu mengutip bukunya.
“Sorry”kata perempuan itu lagi.
“No, it’s okay”kata lelaki itu pula.
Sebaik sahaja lelaki itu mendongak, dia terkejut kerana perempuan yang berada di hadapannya ini sangat dikenalinya malah dia ada menaruh perasaan kepada perempuan ini setelah melihatnya kali pertama di kafe.
“Eh, awak ni Balqis kan? Awak tak ingat saya?”soal lelaki itu.
Balqis mengerutkan dahinya cuba mengingati lelaki yang berada di hadapannya kini.
“Oh! baru saya ingat, awak ni Adam kan? Kawan Alia?”
“A’ah.”
“Maaflah, saya betul-betul tak nampak awak kat sini tadi”
“Tak ada apalah. Sikit aje. Emmm….awak ada kelas lagi tak lepas ni?”soal Adam.
“Tak ada.Kenapa?”
” Kalau macam tu, boleh saya belanja awak makan?”
“Hah! Awak nak belanja saya makan?”
“A’ah, kenapa, awak tak sudi ke?”
“Bukan tak sudi tapi saya segan”
“Nak segan apa, awak kan kawan Alia, maknanya kawan saya jugak.Jomlah”
Akhirnya, mereka sama-sama beriringan menuju ke kafe.
“Dah lama ke awak kenal dengan Alia?”soal Adam.
“Lama jugak, masa mula-mula masuk sini.Saya sebilik dengan dia masa first sem and second sem, awak pulak?”
“Saya kenal dia masa kami second year, masa tu, kami sama kelas ICT dengan Bussiness mathematics.”
“Oh, dia baik orangnya kan?”
“Memang pun, sebab tu saya dapat kawan baik dengan dia.”
“Alia beruntung dapat kawan macam awak ni kan?”
“Kenapa awak cakap macam tu pulak?”
“Yalah, awak ni kan best student course kita, sape yang tak kenal dengan awak”
“Hisy, tak adalah.Saya biasa aje”
“Eh, dah lama kita berbual ni, saya kena pergi dulu sebab ada temujanji dengan Prof.Zabeeda.”
“Okey, nanti jumpa lain kali.”
“Okey”kata Balqis lalu beredar meninggalkan Adam di situ.
“Adam! Sape perempuan tadi tu? Bukan main lagi kau berbual dengan dia”Tanya Fahrin, kawan baik Adam.
“Oh,dia tu kawan Alia, Balqis.”
“Berseri-seri lagi muka kau lepas berbual dengan dia”
“Yeke? Biasa ajelah”kata Adam cuba menafikan.
“Kau suka dia eh?”soal Fahrin lagi.
Adam tidak menjawab pertanyaan Fahrin malah dia hanya tersenyum penuh makna dan Fahrin seolah-olah tahu akan perasaan Adam.
“Kau jangan macam ni, Dam”
“Kenapa pulak?”
“Yalah, Alia kau nak letak mana?
“Woi, aku dengan dia cuma kawan baik ajelah. Tak lebih daripada tu, lagipun dia bukan suka aku pun”kata Adam dengan penuh yakin.
“Macam mana kau tahu?”
“Aku tahulah lah.Eh, kau ada nampak Alia tak?”
“Ada, aku nampak dia kat library tadi”
“Minah ni rajin betullah, selalu pergi library. Dia dengan sape?Aina ke?”
“Taklah, aku nampak dia sorang aje”
“Okeylah, aku nak pergi jumpa dia sekejap.Chow dulu”
“Wokeh!”
“Alia! rajinnya kau”tegur Adam.
“Kau ni,buat aku terperanjat lah.Kot yer pun, bagilah salam dulu.”
“Hehehe..sorry, assalamualaikum”
“Waalaikumussalam.Ada apa cari aku?”
“I want to ask you something”
“About what?”
“About Balqis”
“Balqis?” sebaik sahaja Alia mendengar nama Balqis, terus berubah air mukanya.
“Yup”
“Kau nak tanya pasal apa?”
“Balqis tu dah ada boyfriend ke?”
“Setahu aku, belum ada. Kenapa?”
“Kalau macam tu, boleh aku mintak no phone dia?”
“Nak buat apa?”
“I think,I had fallen in love with her”
“What? Are you serious?”
“Yes, I’m serious.”
“That’s good. I’m happy for you”kata Alia dengan suara yang sebak.Kalau diikutkan, dia mahu menangis di situ juga namun dia tahan.
“Thanks. You’re really my good friend.”
“Of course I am. I hope you will be happy with her”
“Thanks again”
“Oh, I have to go now because I have appointment with prof.Putri”
“Okey, see you then”
Alia sebenarnya menipu Adam yang dia mempunyai temujanji dengan prof.Putri, padahal dia mahu melarikan diri daripada Adam kerana dia tidak betah untuk duduk lebih lama di situ. Di biliknya, dia menangis semahu-mahunya. Dia betul-betul kecewa kerana Adam tidak menyintainya. Apabila Aina masuk ke bilik, dia terkejut melihat Alia menangis teresak-esak.
“Alia, kenapa kau nangis ni? Cuba kau bagi tahu kat aku”
“Aku dah terlambat Alia.”
“Terlambat? Apa maksud kau?”
“Adam tak cintakan aku, dia cintakan orang lain.”kata Alia dengan teresak-esak.
“Sape?”
“Balqis”
“Hah! Balqis? Biar betul. Macam mana kau tahu?”
“Tadi dia datang jumpa aku, dia bagitahu aku yang dia dah jatuh cinta dengan Balqis. Siap mintak nombor telefon Balqis lagi.”
” Sabarlah Alia, mungkin bukan jodoh kau dengan dia. Kau cantik dan kau layak dapat lelaki yang lebih baik lagi dari Adam. Jangan macam ni, Alia. Aku tak nak tengok kau sedih-sedih macam ni.
“Aku kecewa sangat, Aina. Kau pun tahu kan aku tak pernah suka mana-mana lelaki sebelum ni, Dia cinta pertama aku tapi macam ni pulak jadinya.”
“Alia, cinta pertama tak semestinya jadi cinta terakhir kita. Ramai lagi lelaki lain kat luar sana”
“Aku tahu tapi cinta aku hanya untuk dia.”
“Sabarlah Alia, aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi untuk tenangkan kau.”
“Takpe Aina, kau jadi pendengar aku pun dah cukup.
“Kau nangis la puas-puas Alia kalau itu dapat menenangkan hati kau.Bak kata Mei Lin, dia nak nangis puas-puas lepas dapat tahu shaoran sukakan sakura,biar lepas ni, dia dah tak boleh nangis lagi untuk shaoran” kata Aina seperti dialog di dalam cerita Cardcaptor Sakura yang diminatinya.
Hari itu, Alia nangis teresak-esak di bahu Aina. Sejak dari hari itu, hubungan Adam dan Alia mulai renggang malah hubungan Balqis dan Adam pula bertambah erat. Alia sudah buat keputusan untuk sambung belajar di United Kingdom sebaik sahaja dia tamat belajar di ukm dalam ijazah sarjana muda perakaunan. Dia mahu menyambung Master dalam bidang business administration pula.
***
“Alia, tunggu jap.”panggil Adam.
“Ada apa ni Adam? Aku nak cepat ni.”
“Aku nak tanya kau, kenapa sejak akhir-akhir ni, aku tengok kau macam nak jauhkan diri dari aku aje. Kenapa ni? Aku ada buat salah ke?”
“Kau tak ada buat salah apa-apa pun, lately, aku sibuk sikit sebab final exam kan dah dekat. Lagipun ni final year kita, so, aku ingat nak buat yang terbaiklah.Okeylah, aku ada group discussion lepas ni.Bye”kata Alia lalu melangkah meninggalkan Adam di belakang.
***
“Dam, minum sorang jer? Balqis mana?”Tanya Fahrin.
“Dia ada kelas.”
“Aku nak tanya kau sikit ni”
“Apa dia?”
“Kenapa aku tengok kau dengan Alia dah tak rapat macam dulu lagi.Kau gaduh dengan dia ke?”
“Tak adalah,Alia kata dia sibuk sikit sebab exam dah nak dekat. Sibuk dengan group discussion dia lah.”
“Oooo..macam tu”
***
Semasa Alia sedang makan seorang diri, Adam tiba-tiba datang ke arah Alia.
“Hai, boleh aku duduk sini?”
“Duduklah, bukannya kerusi aku pun”
“Makan sorang aje? Aina mana?”
“Dia ada kelas”
“Ooo…”
“Berserinya muka kau aku tengok sekarang ni, bahagia ke?”Tanya Alia.
“Yup, aku memang bahagia sangat sekarang ni. Kau nak tahu kenapa?”
Alia hanya mengangguk.
“Sebab aku ada Balqis”kata Adam sambil tersenyum gembira.
“Balqis memang baik kan? Hari tu kitorang keluar pergi sunway pyramid, kitorang main ice-skating, lepas tu, tengok wayang, memang best sangat, Alia.”cerita Adam dengan penuh gembira.
“Wah! Bestnya korang. I’m happy if you happy, Adam”kata Alia sambil menahan perasaan.
Okeylah, aku pergi dulu, aku dah janji nak jumpa Aina kat library nanti.
“Alah, tunggulah sekejap”
“Tak boleh la Dam, nanti Aina marah kalau aku lambat. Okeylah, bye”kata Alia lalu melangkah meninggalkan Adam yang masih terpinga-pinga dengan sikap Alia.
Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kafe itu, air matanya terus menitis.
“Hello Aina! Aku nak jumpa kau kat taman.sekarang!”kata Alia lalu memutuskan panggilan.
Sebaik sahaja Aina sampai di taman, dia melihat Alia sedang menangis.
“Alia, kenapa kau nangis lagi ni?”
Alia menceritakan semuanya pasal perkara tadi kepada Aina.
“Sabarlah Alia”
“Hati aku ni rasa sakit sangat, Aina. Macam mana perasaan kau bila orang yang kau cinta cerita pasal perempuan lain depan kau, mesti kau sedih kan?”
“Yer,kalau aku di tempat kau, aku pun mesti macam kau jugak.”
Mereka berdua langsung tidak menyedari ada orang lain yang terdengar perbualan mereka sebentar tadi.
2 bulan kemudian…..
“Ahhhhh…leganya, exam dah selesai, esok boleh balik. Yeaaaa!!!!”sorak Alia apabila semua peperiksaan sudah selesai.Mereka juga sudah tamat belajar di UKM.
“Family kau datang esok ke nak amik barang-barang kau ni,Alia?”
“A’ah.”
“Lepas amik barang-barang kau ni, nak balik johor terus ke?”
“Taklah. Kitorang tidur kat rumah mak sedara aku dulu, lusa baru balik.
“Apa rancangan kau lepas ni? Nak cari kerja ke?”tanya Aina lagi.
“Tak kot. Aku ingat nak sambung belajar dulu la”
“Kau nak buat Master ke? Kat UKM ni jugak ke?”
“Tak.Kat overseas, kat UK.”
“Kenapa tiba-tiba kau nak pergi overseas, Alia?”
“Ni dah memang impian aku la,Aina.”
“Bukan kau nak lari daripada Adam ke?”
“Tak ada maknanya. Kenapa aku mesti lari daripada dia pulak.Aku dah boleh terima semua ni, Aina. Kau jangan risau pasal aku eh. Dahlah cakap pasal ni, aku nak berkemas ni,esok dah nak balik.”
Keesokan harinya, Balqis datang berjumpa dengan Alia. Ada sesuatu yang penting mahu di bincangkannya dengan Alia.
” Family kau bila nak sampai?”soal Balqis.
” Diorang kata dalam pukul 3 lebih sampailah kot.Kau pulak?”
“Samalah dengan kau”
“Apahal kau nak jumpa aku pagi-pagi ni, kata ada hal penting kan? Pasal apa?”
“Pasal Adam”
“Kenapa dengan dia?”
“Sebenarnya, aku ada terdengar perbualan kau dengan Aina pasal Adam sebelum ni. Hari tu jugak aku dapat tahu yang kau sukakan Adam.”
“Balqis, kau jangan salah faham.Biar aku jelaskan”kata Alia kerana bimbang Balqis akan memarahinya.
“Alia, kau dengar cakap aku dulu eh. Sebenarnya, aku rasa bersalah sangat bila aku dapat tahu yang kau sukakan Adam. Sepatutnya, kau yang lebih layak memiliki Adam sebab kau dah lama kenal dengan Adam.Aku tak layak,Alia. Aku rasa aku ni macam perampas kebahagiaan kau pulak.”
“Balqis, kau bukan perampas. Adam cintakan kau, bukan aku.Maknanya, kau lebih layak daripada aku. Aku tak ada apa-apalah,Balqis”
“Hari tu, aku tengok kau nangis teruk sangat, so, aku dah buat keputusan nak berpisah dengan dia sebab aku tak nak sebab aku, kawan aku merana.”
“Balqis, apa yang kau merepek ni.Kau jangan buat kerja gila,boleh tak?Adam cintakan kau, kenapa pulak kau mesti berkorban? Aku dah okey sekarang, Balqis. Apa yang aku mahu sekarang,aku nak kau bahagia di samping Adam dan kau mesti janji dengan aku yang kau akan bahagiakan Adam,yer?”kata Alia dengan linangan air mata.Balqis juga turut mengalirkan air mata.
“Tapi boleh ke aku bahagiakan Adam, Alia?”
“Kau mesti boleh punya.”
“Tapikan Alia, aku sendiri confuse dengan perasaan Adam sebab dia banyak sebut pasal kau.Selalu puji kau,ambil berat pasal kau malah banyak perkara pasal kau yang dia tahu.”
“Itu sebab dia kawan baik aku, aku dengan dia kan dah lama berkawan, mestilah dia tahu pasal aku.Dia sayangkan aku sebagai kawan aje.Percayalah cakap aku, dia sayangkan kau”
“Aku dengar kau nak sambung belajar kat overseas lepas konvo, betul ke?”Tanya Balqis.
“A’ah”
“Sebab Adam ke,kau nak pergi jauh ni?”
“Tak adalah, ni dah memang impian aku, Balqis. Dahlah, jangan nangis lagi, buruk muka kau kalau nangis”kata Alia sambil ketawa.
“Kau pun sama.Aku harap lepas ni, kau takkan nangis lagi sebab Adam eh.Aku nak tengok kau bahagia,Alia. Maafkan aku kalau aku dah lukakan hati kau”
Tiba-tiba Alia terus memeluk Balqis dan menangis di bahu Balqis.
“Aku janji dengan kau yang ini kali terakhir aku menangis sebab dia dan biarlah aku nangis sepuas hati aku hari ni.
Balqis hanya membiarkan sahaja Alia menangis di bahunya dan pada masa yang sama, dia turut menangis bersama Alia. Setelah agak tenang sedikit, Alia berhenti menangis.
“Thanks for lending me your shoulder. Kau tak ada buat salah apa-apapun dengan aku, tak perlu kau minta maaf dengan aku. Cuma satu aje yang aku nak kau janji dengan aku, kau mesti bahagiakan Adam yer,mesti!!”
“Yer, aku janji Alia yang aku akan bahagiakan Adam setakat yang aku mampu.”
“One more thing, don’t tell him that I will go oversea, okay?”
“Why?”
“I have my own reason”
“Okay, I’m understand.I should go, now. Thanks for everythings and I always pray for your happiness”
“Me too, Balqis. Okay, bye”
2 tahun kemudian……..
“Alia, someone wants to meet you outside. A guy.” kata Janes yang merupakan roommate Alia di University of Cambridge,UK itu
“A guy?. Who is it?”
“He told me, he’s your friend but I’m not sure ”
“My friend? Anyway, thanks Janes for inform me”
“Okay, no problem”
Kemudian, Alia menyarung baju sejuknya dan tudung untuk menemui pemuda misteri itu.
“Excuse me”kata Alia
Apabila lelaki itu berpaling kepadanya, alangkah terkejutnya Alia apabila melihat lelaki yang berada di hadapannya itu adalah lelaki yang dia sering rindui dan sehinnga sekarang, dia masih belum dapat melupakan lelaki itu.
“Adam, what’re you doing here?”

0 comments: