Cinta Secangkir Kopi Kurang Manis


oleh : Putri

“Mira, tolong beri pengat pisang ni pada makcik Ramlah”.
“Baik kak”. Aku mengambil Tupperware yang berisi pengat pisang itu dari kak Aisyah, kakak iparku.
Makcik Ramlah adalah jiran sebelah rumah kak Aisyah. Walaupun baru seminggu aku di sini, kami telah berkenalan setelah di perkenalkan oleh kak Aisyah. Memang makcik Ramlah sangat baik dan peramah. Dialah yang selalu menolong kak Aisyah kalau kakak iparku itu memerlukan pertolongan. Maklumlah, abang Syafik selalu outstation. Dia dan Daniel anak saudaraku yang baru berumur 3 tahun selalu tinggal berdua sahaja. Makcik Ramlah sahajalah yang selalu menemani kak Aisyah. Makcik Ramlah pula seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak. Yani, anaknya yang bongsu masih bersekolah di tingkatan empat.
“Assalamualaikum!”. Aku memberi salam di muka pintu. Oleh kerana sudah biasa pergi ke rumah makcik Ramlah, aku main redah je masuk bila pintu pagar tidak berkunci.
Aku memberi salam lagi, namum masih tidak berjawab. Mana pulak perginya makcik Ramlah ni! Fikirku.
Pintu rumah pula tidak berkunci. Aku terus masuk lalu menuju ke dapur. Tidak ada sesiapa di situ. Aku membuka tudung saji untuk meletakkan pingat pisang itu di dalamnya. Kemudian aku menutup kembali. Belum sempat aku berpaling, aku terasa tubuhku dipeluk seseorang. Aku tergamam.
“Adik!”. Suara garau seseorang menampan cuping telingaku. Aku menjerit minta dilepaskan. Seketika kemudian pelukan itu terlerai.
Dengan muka yang pucat lesi, aku berpaling ke arahnya.
“Awak siapa???” Pertanyaan itu keluar serentak dari mulut kami. Aku menentang matanya tajam. Begitu juga pemuda itu. Wajahnya juga sudah tidak berdarah. Nyaris saja mukanya yang putih itu dapat pelempang percuma dari aku hari ini.
“Along, Mira, kenapa ni?” Tiba-tiba makcik Ramlah muncul dalam dengan sebuah beg di tangannya.
“Mak, siapa ni? Macam pencuri pulak, masuk rumah orang tak bagi salam”.
Mendengar kata-kata pemuda itu, mahu sahaja aku bagi satu flying kick paling dasyat abad ini. Sesedap rasa je cakap aku pencuri. Dah naik sakit tekak aku bagi salam, siapa suruh tak dengar.
“Makcik, Mira minta maaf. Mira ingat makcik ada kat dapur tadi. Kak Aisyah bagi pengat pisang untuk makcik”. Aku bersuara perlahan menahan rasa marah dalam dada.
“Minta maaflah Mira. Makcik pergi masjid ada ceramah agama. Makcik lupa nak bagitau tadi”. Ujar makcik Ramlah padaku.
“Along, tak baik cakap macam tu. Ini Mira, adik abang Syafik”.
“Mira, ini Zahid, anak sulong makcik. Dia baru balik dari berkursus kat Singapura.” Makcik Ramlah memperkenalkan kami berdua. Aku hanya mengangguk.
Tanpa memandangku, pemuda itu terus berlalu ke biliknya.
“Minta maaflah Mira, Zahid tu memang macam itu, keras kepala”. Makcik Ramlah memujukku yang terasa hati dengan tindakan anaknya yang sungguh kurang sopan itu.
“Tak apalah makcik, Mira tak kisah”. Balasku. Dalam hati tuhan saja yang tahu perasaan aku kala ini.
Dahlah dapat percuma peluk aku, bukan tahu nak minta maaf. Sungguh kurang sopan! Gerutuku dalam hati.
Xxxxxxxxxxxxx
“Hmm…sedapnya pengat pisang ni, kau tak nak rasa Zahid?
“Zahid dah kenyang mak”. Aku membiarkan sahaja emak yang masih leka memakan pengat pisang.
“Rugilah along tak rasa, sedap sangattt….” Ujar si nakal Yani.
“Zahid, mak nak tanya sikit boleh?”
“Ada apa mak?” Jawabku endah tak endah.
“Sampai bila kau nak macam ni. Asyik kerja je. Bila kau nak fikir masa depan kau. Emak ni dah tua. Mak nak juga tengok cucu mak sebelum mak mati”.
Apahal mak aku ni tiba-tiba cakap benda ni. Selalunya dia tak emo cam ni nih!
“Ala mak ni, Zahid muda lagi lah mak. Biarlah Zahid enjoy dulu sebelum kahwin”.
Aku kurang senang dengan kata-kata emak sebentar tadi. Macam double meaning jerk.
“Muda apanya. Kau tu dah 28 tahun. Kalau kau dah kahwin, dah dua orang cucu mak boleh dapat tau”. Tegas suara emak menyentak perhatianku pada suratkhabar yang masih aku baca.
Ish..ish..mak aku ni dah kemaruk sangat nak bercucu ke?
“Mak, along tu nak masuk group ‘Antertu’. Sampuk Yani.
“Antertu tu apa?” Tanya emak.
“Anak Teruna Tua”. Gelak si Yani.
“Kau kalau tak menyampuk boleh tak?” Aku membaling kusyen kecil padanya. Tepat mengenai kepalanya.
“Along ni!” Yani menjerit kecil. Dia bangun dan melangkah ke dapur dengan mangkuk pengat yang sudah kosong.
“Mak, Zahid belum terbuka hati lagi lah mak. Zahid masih tak dapat lupa apa yang Diana buat pada Zahid dulu”.
“Zahid, tak semua perempuan macam tu. Mak tahu, hati kau terluka dengan perbuatan Diana tu, tapi kau kena ingat, bunga bukan sekuntum. Mungkin ada hikmah di sebalik peristiwa itu dulu”.
Ya, memang peristiwa itu tidak mungkin aku lupakan. Tunang yang aku cintai sepenuh hatiku curang di belakangku. Dia di tangkap basah ketika majlis perkahwinan kami tidak sampai sebulan.
Isk..isk…kesian aku kan?
“Kalau mak carikan calon untuk kau boleh kan?” Emak masih berbicara isu yang sama. Aku menoleh padanya.
Biar betul emak ni. Serius ke?
“Boleh tu boleh mak. Tapi ada satu syarat”. Kataku ingin bergurau dengan emak.
“Hah, apa syaratnya?”. Tanya emak tidak sabar.
“Zahid nak yang cantik macam Erra Fazira”. Kataku sambil ketawa. Emak meluku kecil kepalaku. Dia tersenyum sambil berlalu masuk ke biliknya.
Aku mendapat tawaran kerja di Syarikat BinaMaju Contruction sebagai setiausaha. Memang tawaran itu aku tunggu-tunggu setelah sebulan aku duduk menganggur setelah tamat pengajianku di UTM dulu. Surat tawaran itu aku tunjukkan pada abang Syafik sewaktu kami duduk bersantai di depan televisyen malam itu.
“Macam mana Mira nak pergi kerja, jauh tempat ni”. Kata abang Syafik kurang senang dengan tempat kerjaku.
“Mira naik bas lah”. Kataku bila melihat reaksi abang yang macam kucing nak beranak tu.
“Tapi Mira kena naik dua kali bas ni”. Dia masih tidak puas hati. Ada sahaja alasannya untuk tidak membenarkan aku bekerja di syarikat itu. Aku tahu bidang kerja aku lari sedikit dari kursus yang aku ambil di UTM iaitu Pengurusan Sumber Manusia. Tapi daripada tidak bekerja, biarlah aku mendapat pengalaman dahulu sebagai seorang setiausaha.
“Abang, Mira kerja start pukul 9.00am. Pukul 7.00am Mira boleh keluar dari rumah. Abang jangan risaulah”. Ujarku cuba memujuknya.
“Mira ingat sempat ke. Jalan kat KL ni jam tau. Silap-silap nanti pukul 10.00 baru Mira sampai ofis”. Abang Syafik masih mencari helah.
Aku buat muka asam limau bila mendengar bebelan abang Syafik. Aku taulah dia risau dengan keselamatan adik kesayangannya ini. Tapi takkanlah aku nak duduk terperap je kat rumah ni. Bosan tau!!
Baik aku duduk kat kampong je teman emak. Boleh juga tolong emak jual kuih mueh kat Pekan Rabu.
Kak Aisyah hanya diam melihat dua beradik ini bertekak. Agaknya dia malas nak masuk campur. Memang dia tahupun, bukan mudah nak memujuk suaminya ini.
“Oklah, kalau Mira betul-betul nak kerja tu, Mira ikut abang. Abang hantar sampai bas stand Klang. Lepas tu Mira naik bas dari sana”.
Aku gembira bila akhirnya abang Syafik bersetuju.
“Terima kasih bang. Sayanggg abang!” Kataku sambil tersengih-sengih.
Aku sedang menaip minit mesyuarat ketika seseorang mencampakkan satu fail di atas meja. Tepat di hadapanku. Tergamam aku seketika. Aku menoleh ke arahnya.
“Awak ni buta ke atau tak reti buat kerja. Kenapa banyak typing error dalam surat tu?” Aku melihat wajah bengis pemuda itu. Mukaku sudah berubah warna. Aku menelan air liur. Tidak pernah aku dimarah seperti ini. Terasa airmata seakan mahu keluar namun aku cuba menahannya.
“Maaf encik, saya tak sengaja. Saya nak cepat tadi. Encik Bahar suruh saya siapkan kerja ni sebelum dia masuk mesyuarat kejap lagi”.
Aku memberi alasan. Kalau ikutkan hati mahu saja aku tampar mamat nih. Aku bukan kerja bawah dia. Suka hati je dia nak buli aku. Mentang-mentang aku baru kerja kat sini.
“Zahid, Mira kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena?” Encik Bahar muncul dari biliknya.
“Err…tak ada apa-apa Encik Bahar”. Kataku cuba menenangkan keadaan.
“Mira, awak dah siapkan minit mesyuarat tu?” Tanya encik Bahar.
“Sudah Encik Bahar. Saya print sekarang”. Aku tidak mempedulikan mamat kerek yang masih berdiri di depan meja aku.
“Encik Bahar, I kena pergi site pukul 10 pagi nanti. Fauzi akan ikut sekali”. Dia memberitahu Encik Bahar tentang agendanya.
“Ok! Nanti you bagi report pasal complaint dari client kita hari tu”. Kata Encik Bahar sebelum mereka berlalu dari situ.
Xxxxxxxxxxxxxx
Weh, aku dengar Zahid marah kau pagi tadi. Kenapa? Tanya Azean kawan sekerjaku ketika kami keluar makan tengahari di Mc Donald.
“Hmm…mamat sewel tu buat hal lagi dengan aku. Aku nak cepat pagi tadi sebab Encik Bahar nak minit tu siap sebelum dia meeting pukul 10. Alih-alih dia menyibuk suruh aku type surat dia. Aku redah jelah. Tak perasan ada typing error. Sebab aku tak check pun. Terus je bagi dia”. Terangku pada Azean tentang kejadian pagi tadi.
“Aku tengok dia selalu buli kau. Minggu lepas dia suruh kau photostate satu fail penuh dokumen dia kan? Lepas tu dia suruh kau buat kopi untuk dia”.
Aku mengangguk. Memang pun, baru masuk kerja dah kena buli. First day aku masuk kerja dia suruh aku photostate pelan-pelan dia sampai waktu lunch aku pun terlepas. Lepas tu hari-hari nak kopi kurang manis. Kalau ikutkan hati aku, mahu saja aku beri flying kick sekali padanya. Tapi tak sampai hatilah pulak.
“Aku rasa dia ada hati kat kau lah. Sebab tu dia buli kau je”. Telah Azean.
“Wei…simpang malaikat 44. Kalau mamat kerek and temper macam tu, tak hingin aku nak buat laki. Buat sakit hati je. Lebih baik aku kawin dengan bangla jual karpet. Tak da sakit telinga aku dengar bebelan dia.” Cebikku.
Aduh, ayat berani mati betullah. Masin mulut aku dapat kawin dengan bangla jual karpet, camne?
Aku menampar mulutku yang sedikit cabul tadi.
Azean menggelengkan kepala mendengar omelanku.
Apasal aku suka buli dia ek? Kesian aku tengok muka dia pagi tadi. Dahlah kulit dia putih, merah padam muka dia bila aku sembur dia.
Ish…kenapa dengan aku ni, tiba-tiba teringat kat dia je? Jangan-jangan….?
Ish, kalau emak tahu, mesti gelak katak dia ketawakan aku.
Tak boleh, tak boleh, aku kena maintain saham aku nih. Mana boleh sesenang nak tunduk pada perempuan. Diaorang yang kena melutut kat aku nih.
Namun semakin hari, wajahnya sering mengganggu lenaku. Emak pula tak habis-habis dengan kisah si Amira tu. Ada saja puji-pujianya pada Amira.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aku sedang membancuh kopi untuk encik Bahar ketika mendengar kelibat seseorang di belakangku.
“Mira, tolong buat kopi untuk saya sekali. Kurang manis”. Perintahnya. Tanpa melihat mukanya pun aku sudah tahu empunya diri. Memang begitulah dia, ada saja caranya untuk membuliku. Sudah sebulan aku kerja di sini tidak pernah sekalipun dia tersenyum padaku. Mukanya sentiasa serius bila bercakap denganku.
Setelah membawa minuman untuk Encik Bahar aku ke bilik Zahid untuk meletakkan secawan air kopi yang di mintanya. Dia sedang membelek lukisan-lukisan yang berada di atas mejanya.
“Letak je situ”. Jerkahnya ketika aku masuk membawa secawan kopi untuknya. Aku terus meletakkan kopi di tepi mejanya.
Huh..tak appreciate langsung pertolongan orang. Bukan nak ucap terima kasih. Budi bahasa hancur! Meluat aku memandang mukanya. Aku perasan dia mengerling ke arahku dengan ekor mataku. Tanpa memandang wajahnya aku segera berlalu dari situ.
“Nanti dulu, ada aku suruh kau keluar?” Aku tersentak mendengar suara lantangnya.
Aku diam terkejat di tepi pintu tanpa sedikit pun memandang wajahnya. Dia bangun dari kerusi menuju ke arahku.
“Aku tak suka bila aku bercakap dengan orang, mata tu pandang ke arah lain”.
“Pandang sini!” Dia mendongakkan mukaku. Aku cuba menepis tangannya yang memegang wajahku.
“Apa ni Encik Zahid!”. Aku sudah tidak sabar diperlaku begitu. Dia ingat aku ni perempuan, sesuka hati je nak buli aku.
Aku menentang matanya dengan tajam. Dia juga begitu. Mata kami bertentangan buat seketika. Masing-masing tidak mahu mengalah. Nafas kami turun dan naik seirama. Namun tiba-tiba satu perasaan aneh menyelinap di sanubariku. Dengan pantas aku berpaling ke arah lain. Kalau dibiarkan lama, entah apa yang akan terjadi.
“Nah, saya mahu awak siapkan hari ini jugak!”. Dia meletakkan satu dokumen tebal di tanganku. Aku mendengus kasar lalu keluar dari biliknya.
Aku meneruskan kerja-kerjaku yang tergendala tadi. Dokumen yang diberi oleh Zahid tadi aku pandang sebelah mata.
Menyampah betul! Mahu rasanya aku cekik-cekik batang lehernya tadi. Sesuka hati je nak buli aku.
Sedang aku meneliti agenda untuk Encik Bahar, terdengar seseorang menyapaku.
“Hai Mira, how are you?” Seorang jejaka tampan menegurku. Aku tersenyum tawar kepadanya.
“Hai Encik Khalid, you nak jumpa encik Bahar ke?” Sapaku tanpa menjawab soalannya.
“Tak, I bukan nak jumpa dia, I nak jumpa you. Jom kita pergi lunch”.
Gila apa mamat ni. Jam baru pukul 11.00 pagi. Dia ingat company ni aku punya ke. Aku taulah dia ada share kat company ni. Itu yang sesuka hati boleh keluar masuk pejabat ni.
“Err… saya ada banyak kerja Encik Khalid”. Dalihku.
“You ni setiap kali I ajak ada je alasan you. You memang tak sudi nak keluar dengan I ke?” Dia merenungku dengan pandangan menggoda.
Memang aku tak sudi pun. Hish…kalau perangai playboy macam kau tu, jangan harap aku nak layan. Getusku dalam hati.
“Hei… Khalid, bila you sampai?” Tiba-tiba mamat sewel tu datang ke mejaku. Nasib baik juga dia datang menyelamatkan keadaan. Kalau tak puas aku nak cari alasan untuk mamat playboy tu.
“Baru je”. Katanya agak dingin dengan teguran si Zahid tu. Mungkin kemunculan Zahid itu menganggu dia yang sedang mengusha aku tadi.
“Jom, aku nak tunjuk report pasal complaint dari client kita tempohari. Kita discuss dengan Encik Bahar”. Encik Khalid mengangguk.
“Ok Mira, nanti I jumpa you lagi. Encik Khalid melemparkan senyuman manisnya padaku. Aku membalasnya. Sengaja mahu menyakitkan hati mamat sewel tu. Mereka berlalu menuju ke bilik Encik Bahar.
Sebelum berlalu sempat jugak mamat sewel tu melemparkan sedas jelingan mautnya padaku. Aku buat derk je. Peduli apa aku. Ingat aku heran dengan jelingannya tu.
Abang Syafik outstation lagi minggu ni. Tak tahulah aku kenapa sejak akhir-akhir ini abang kesayangan aku tu makin kerap keluar daerah. Kadang-kadang aku kesian dengan kakak ipar aku ni. Jangan abang Syafik buat perangai sudah. Makan hati nanti kak Aisyah. Anak buahku yang semakin membesar itu pun perlukan kasih saying seorang ayah.
“Mira!” Panggil kak Aisyah dari dapur.
“Ada apa kak?” Tanyaku yang sedang menyapu di ruang tamu.
“Mira kena pergi pasar ni. Ikan dan sayur dah habis”. Kata kak Aisyah padaku.
“Hisy…akak ni, Mira ingat apalah tadi. Buat suspen je. Mira pergi tukar baju dulu lah”. Kak Aisyah ketawa kecil. Aku mendaki anak tangga menuju ke bilikku.
Aku menyarong seluar jeans dan T Shirt lengan panjang jenama levis. Setelah menukar baju aku mendapatkan kak Aisyah untuk bertanya lauk apa yang dimasak hari ini.
“Kita nak masak apa kak?”
“Hari ini abang Syafik balik. So akak ingat nak masak asam pedas ikan parang dengar sayur bendi. Favorite abang Syafik tu. Mira beli ikan parang, bendi, tomato dan ayam. Ayam ni akak nak goreng je”. Aku mengangguk.
Setelah mendapatkan senarai barangan yang akan aku beli, aku keluar untuk ke perhentian bas.
Ketika menutup pintu, aku melihat makcik Ramlah sedang bersiap untuk keluar. Dia masuk ke perut kereta. Alamak, mamat kerek tu pun ada sekali!
Aku cuba untuk berlagak seperti biasa. Ingin menegur makcik Ramlah tapi malas untuk memandang muka mamat kerek tu. Lalu perlahan-lahan aku menutup pintu pagar.
“Mira, nak ke mana tu?” Jerit makcik Ramlah dari dalam kereta.
“Err…makcik. Mira nak ke pasar beli lauk”. Kataku sambil memaniskan mukaku padanya.
“Eh, marilah naik sekali dengan makcik. Makcik pun nak ke pasar jugak”. Pelawa makcik Ramlah.
Aduh! Macamana nih. Menyampah betul aku nak menghadap muka mamat ni. Tapi takkan nak tolak pulak pelawaan makcik Ramlah ni. Peningnye!
“Err…tak apalah makcik. Mira naik bas je”. Kataku menolak pelawaannya dengan lembut.
“Ya Allah budak ni. Kenapa pulak nak naik bas. Kereta ni kosong. Marilah”. Beria-ia dia mengajak aku. Tak sampai hati pulak aku nak menolak hajat orang tua ni. Dengan rasa sedikit keterpaksaan perlahan-lahan aku menuju ke kereta yang sudah berada di depanku. Ketika aku melabuhkan punggungku, aku sedar jelingan mamat tu dari dalam cermin. Aku pura-pura tidak nampak sambil memandang ke arah luar.
“Mira, macam mana kerja, bagus tak?” Tanya makcik Ramlah.
“Emm….bagus makcik. Bos Mira pun baik. Tapi ada seorang pekerja tu suka sangat buli Mira. Selalu nak kenakan Mira je. Hari-hari suruh Mira buat kopi untuk dia. Tension Mira makcik”. Kataku sambil menjeling ke arahnya.
“Iye, teruk betul perangai budak tu. kenapa Mira tak report pada bos Mira?” Tanya makcik Ramlah bersungguh-sungguh.
“Ermm… Mira kesian tengok dia makcik. Dia dah lama kerja. Mira tak naklah kacau periuk nasi orang. Lagi pun dia tu pekerja kesayangan bos jugak”. Kataku panjang lebar.
Zahid yang mendengar kata-kataku mencemikkan bibirnya. Terkumat kamit mulutnya mengejekku.
“Eh, apasal mulut kau kumat-kamit dari tadi?” Tanya makcik Ramlah padanya. Aku tersenyum simpul mendengar kata-kata makcik Ramlah.
“Tak ada apalah mak. Mulut Zahid ni gatal, ada semut gigit agaknya”. Katanya sambil tersengih.
Aku menekup mulutku cuba menahan gelak yang hampir tersembur keluar.
Sepuluh minit pemanduan, kami sampai di pasar. Setelah memakir kereta kami berjalan menuju ke pasar. Aku berjalan beriringan dengan makcik Ramlah sementara Zahid berada di belakang kami. Suasana di pasar agak sesak pagi itu. Bingit suara orang ramai serta penjual membeli dan menawar harga bersahut-sahutan.
Makcik Ramlah pergi ke gerai menjual daging. Aku pula ke gerai menjual ikan. Ketika aku sedang membelek-belek ikan parang tiba-tiba badanku dirempuh dari arah tepi. Hampir aku tersungkur jatuh namun sempat badanku ditangkap oleh seseorang dari belakang.
“Sori amoi, wa tarak nampak”. Seorang lelaki tua berketurunan cina yang sedang sarat membawa barang berkata padaku. Aku yang masih dalam pelukan entah siapa ntah cuba untuk berdiri kembali. Rasa ingin marah tadi padam bila melihat lelaki cina itu cacat matanya. Hanya sebelah matanya yang elok.
“Apek, lain kali pandang betul-betul la”. Aku bersungut sambil membetulkan bajuku.
“Sori aah… nasib baik lu punya suami ada belakang”. Mendengar sahaja ayat tersebut aku menoleh ke belakang.
Ya Allah, berderau darahku bila melihat siapa yang memelukku tadi. Dia merenungku tajam. Aku pula sudah tidak karuan. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutku. Tidak aku sangka dia mengekoriku di belakang. Aku ingatkan mamat ni tadi sudah pergi mengikut makcik Ramlah. Lelaki cina tadi berlalu dari situ. Tanpa berlengah aku terus membeli ikan parang tersebut lalu menuju ke tempat menjual sayur-sayuran. Setelah selesai bayaran, aku pergi pula ke bahagian menjual ayam.
Hampir setengah jam kami di pasar. Setelah mendapat semua yang diperlukan kami berganjak pulang ke rumah. Penuh sarat bakul makcik Ramlah dengan muatan. Nasib baik mamat kerek ni ada.

0 comments: