Playboy jatuh cinta?

Oleh : tapioca

“Bro..lame lagi ke?Dah berjanggut aku tunggu ni.”Idham mengeluarkan rungutan semula, selepas berhenti membebel selama 10 minit. Ikutkan hati, aku malas untuk membalas kata-katanya. Sepatah aku membalas, sepuluh patah dia akan menjawab balik. “Emm..jap ar bro. Aku dah nak siap ar ni!” Aku menjerit dari dalam bilik. ‘Ceh, dah nak siap konon. Padahal aku baru nak letak gel kat rambut. Playboy macam aku, mane boleh selekeh. Kesian kau Idham, lame lagi la kau kena tunggu. Haha.’Sepuluh minit kemudian, baru aku muncul di ruang tamu. Melihatkan muka Idham yang macam keropok lemau itu, aku sudah dapat mengagak bebelan yang bakal aku terima kejap lagi. ‘Si Idham ni, kalau dah membebel mengalahkan mak aku.’
“Haikal,kang kalau aku membebel ko kate aku ni macam mak nenek. Ko macam tak tau pulak Dr. Herlene tu. Lambat seminit je terus kena repeat kelas. Ko ni kalau sehari tak menyusahkan aku,tak boleh ke? Kereta ko tu, hari ni pulak la nak rosak. Apesal bukan esok ke, minggu depan ke..bla bla”, betul tekaan aku. Idham ni, memang hobi dia membebel ke? Huhu..biarla. Asalkan sempat sampai kelas. Kereta kesayangan aku buat hal. Aku terpaksalah menempatkan beliau di bengkel selama beberapa hari. Alamak..nampaknya aktiviti mentackle aweks-aweks cun terpaksa dibatalkan. Transport takde..nak angkut dorang guna ape? Guna motor buruk Idham? Jangan kata awek, aku pun taknak. Eh, jap. Kecuali kes-kes emergency la macam sekarang ni.
Selepas kereta aku telah kembali kepada pangkuanku, aku terus menghabiskan masa bersama awek yang baru aku kenal beberapa hari lepas. Cun, memang cun. Dari sumber yang aku percayai, awek ni pujaan ramai budak-budak lelaki U aku. Pergh..bangga gile aku, dapat dating dengan Nadia ni. Dan, aku yakin. Nadia pun mesti bangga dapat keluar dengan aku,jejaka kacak @ jejaka playboylah katakan…Aku tak sure Nadia ni perempuan ke berapa yang aku berjaya tackle selama aku study kat sini. Mungkin yang ke tiga puluh kot..
Selang beberapa minggu, aku mula bosan dengan Nadia. Pisau cukur gak perempuan ni. Beratus-ratus duit aku melayang kalau aku bawak dia pergi shopping. Itu tak kira kalau dia merajuk lagi. Nasib baiklah aku ni anak orang kaya. Dengan kuasa aku sebagai jejaka playboy, aku mengisytiharkan bahawa hubungan kami putus. Aku tengok Nadia frust la jugak..tapi peduli apa aku? Aku memang dah bosan dengan dia, nak buat macam mana? Lagi satu, aku memang berbakat untuk tackle mana-mana awek. Tak kisahla kalau aku tak dapat Nadia. Satu pergi, sepuluh yang datang..Hahha.
Satu malam, aku rasa itu malam Jumaat kot. Sebabnya, aku dengar Si Idham mengaji. Aku pulak, macam biasa, lepas maghrib aku pergi meneruskan aktiviti aku. Aktiviti mengorat awek-awek cun. Aku terus melepak kat tempat biasa, sebuah cafe yang rata-rata pelanggannya ialah perempuan cantik. Kali ini, aku membawa seorang lagi awek cun. Budak U aku jugak. Cun..lagi cun daripada Nadia. Beberapa minit sebelum pukul sebelas malam, aku menghantar awek baru aku pulang ke asrama.
Ketika aku sedang asyik menghadiahkan flying kiss sebagai tanda selamat tinggal, mataku tertumpu kepada seseorang yang kebetulan berjalan ke arah blok yang sama. ‘Fuiyoo..labuhnya tudung dia. Macam ustazah daa..’kataku di dalam hati. Entah kenapa, mataku tidak lepas memandang ke arah kelibat itu. Awek aku sudah lama masuk ke dalam blok. Apalagi, aku terus mengusya ustazah itu. Tiba-tiba, dia memandang aku. Zupp. Hatiku tiba-tiba berdebar. Alamak..kenapa pulak ni? Wajahnya aku rasakan sangat ayu walaupun ketika itu hanya lampu jalan yang tidak berapa terang menjadi sumber cahaya. Tanpa aku sedar, aku terus merenungnya. Aku nampak dia menundukkan muka. Aku cuba menegurnya tapi lidahku kelu. Apesal pulak ni?..selalunya ringan sahaja lidahku mengeluarkan kata-kata.”Err..you,em..awak..”itu sahaja yang aku mampu katakan. Sekali lagi mata kami bertembung. Getaran di dadaku semakin kuat. Dia semakin melajukan pergerakan dan menghilang ke dalam blok asrama. Dan aku, semakin berpeluh. Kenapa ni?Apa yang terjadi?..

0 comments: