I Love My Mini Cooper More Than You!!! II


Oleh : Ayu Syazriyana

(PERHATIAN! Kisah ini berlaku dalam tempoh majlis perkahwinan Biela dan Farid!! ^_^)
Rumah banglo milik Datuk Fadli sudah riuh sejak dua hari lalu. Saudara-mara dan kaum kerabat Datuk Fadli dan Datin Badariah datang membantu menjayakan majlis perkahwinan satu-satunya anak pasangan suami isteri itu. Namun, sejak mereka tiba di situ, batang hidung Biela tidak ditemui. Apabila ditanyakan pada mummynya, Datin Badariah hanya mampu tersenyum.
Sebenarnya, sejak tiga hari lepas Biela berada di Tokyo, Jepun untuk berjumpa dengan klien terbesar syarikat tempat dia bekerja. Biela terpaksa pergi kerana Biela merupakan ketua projek kali ini dan dia fasih berbahasa Jepun.
“What?! Tapi Biela, majlis kita lagi tiga hari!! Takkanlah kita nak postponed tiba-tiba! Nonsense! Sedara-mara saya dah ada kat sini dah pun. Semua tak sabar nak jumpa awak. Kenapa awak buat keputusan tak tanya saya dulu? Awak memandai aje terima tawaran Encik Taufiq tu.
Awak bukan tak tahu kita dah nak kahwin? Hei! Awak dengar tak saya cakap apa ni???” soal Farid apabila dia lihat aku terkebil-kebil memandangnya.
Biela masih merenungnya bersama kerutan seribu tolak lima di dahi. Dia hairan bin pelik bin tak tahu nak cakap apa dah! Kelakuan Biela itu membuatkan Farid pula yang pelik. Kenapa pula dengan bakal isteri aku ni? Chewah! Bakal isteri! Tu pun kalau jadi majlis kami. Huhu ;(
“Biela, kenapa awak diam aje ni? Takkanlah lidah dah kelu tak tahu nak cakap apa. Saya baru cakap sikit,” risau pula Farid melihat keadaan Biela yang lain dari Biela yang dia kenal. Kemudian, Biela tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Sampai semput campur termengah-mengah dibuatnya. Farid semakin pelik. Biela berhenti ketawa untuk mengambil nafas tetapi sengihnya tidak hilang.
“Sejak bila Ahmad Farid bin Fuad ni dah pandai membebel? Awak berjangkit dengan saya, ya? Kelakarlah bila dengar awak membebel tadi. Cuba awak ulang sekali lagi, boleh tak? Saya nak rakam. Kalau saya boring, bolehlah saya hilangkan boring dengan suara membebel awak yang mengalahkan murai tercabut ekor tu!” sambung gelak baliklah. Tawa Biela kedengaran semula. Nasib baiklah mereka berada di Taman Tasik Titiwangsa yang belum lagi dipenuhi orang ramai.
Biela kalau dah bercakap atau ketawa, takde siapa boleh hentikan dia. Biar dia berhenti sendiri bila penat. Itu tabiat Biela yang Farid dapat tahu dalam tempoh perkenalan mereka. Selepas dua minit, Biela berhenti. Dia menarik nafas beberapa kali untuk menghilangkan mengahnya kerana tak cukup nafas.
“Bila dah hari-hari saya dengar awak membebel, saya pun dah berjangkit virus ni dengan awak! Tapi, saya tak pernah rasa menyampah atau bosan bila dengar awak bebel even saya tak faham kenapa awak marah-marah. Sebab saya sayang awak, Nabiela Arisya binti Datuk Fadli,” luahan hati Farid membuatkan muka Biela merah. Dia berpaling ke arah lain dan menunduk untuk cover malunya. Segan, dol! Hahaha!! Apabila Biela mendongak, dia tercengang!
“Awak ni, nak confess pun tengok-tengoklah sekeliling. Semua orang pandang kita!” kata Biela dengan perlahan sambil menarik sedikit lengan kemeja yang dipakai Farid. Dia turut menyedari tentang itu dan hanya mempamerkan senyumannya yang konon-konon boleh buat dia bertambah kacak! Geli tulang sum-sum Biela melihatnya.
“Awak, dahlah senyum tu. Karang terpikat mana-mana perempuan kat awak, saya cancel wedding kita!” ugutan Biela menimbulkan rasa bahagia dalam hati Farid. Biela bukan gadis yang akan menunjukkan perasaannya secara terang-terangan kecuali semasa gembira atau marah. Bab-bab perasaan ni, dia lemah sikit. Mesti nak berkias.
“Yelah, cik adik sayang. Lepas ni, saya tak senyum kat orang lain. Kat awak je saya senyum,”
“Eh! Janganlah macam tu! Nanti orang cakap awak sombong pulak. Kan awak ni famous dengan senyuman kera sumbing awak tu. Kalau awak dah tak senyum kat orang lain, tak pasal-pasal dapat gelaran lain pulak nanti,” Biela tergelak kecil.
Kelakar pulak bila dia bayangkan muka Farid yang sebelum ni sepanjang masa tersenyum mengalahkan kerang ‘wangi’ bertukar ala-ala Transformers menjadi seorang lelaki yang tak senyum. Macam muka ayam belanda pulak aku rasa! Eh, ayam belanda tak pernah senyum ke? Hish, tak best langsung! Hahahaha!!!
“Biela, awak tak boleh tangguhkan dulu appointment awak dengan Mr. Kazuhiko tu? Dia kan baik dengan awak. Kalau awak mintak, mesti dia bagi. Lainlah kalau awak cakap kat Taufiq tu. Dia tu gerenti tak lepaskan awak, sebab dia tak puas hati saya dapat kahwin dengan awak,” Biela mengerutkan dahinya. Kalau hari-hari aku kerut dahi, alamatnya umur baru 35 tahun, muka dah kedut seribu tambah tiga belas kali tujuh macam nenek tua!!!
“Apsal pulak? Macamlah bos tu suka saya. Awak ni memandai aje buat andaian sendiri. Kalau betul dia sukakan saya, dah lama dia masuk meminang, tau? Saya kerja dengan dia dah lama. Lagi lama dari saya kenal awak,” Farid mencebikkan bibirnya. Tanda protes. Biela ni, ada aje perkataan yang boleh dia guna untuk lawan cakap aku! Aku yang perasan atau dia yang lembab?
Masa mula-mula Farid mengumumkan pertunangannya dengan Biela, orang pertama yang menunjukkan reaksi negatif adalah Taufiq, duda anak satu yang berusia 38 tahun yang juga merupakan CEO Puncak Jaya Corporation. Lelaki itu tiba-tiba sahaja melayan dia dengan dingin tetapi pada masa yang sama cuba mengambil hati Biela. Selama ini, Farid hanya mendiamkan diri tetapi dia terpaksa juga melindungi Biela yang lurus bendul dalam bab perasaan jika keadaan memaksa.
Jenuh juga Farid memujuk Biela supaya dia menangguhkan dulu lawatannya ke Tokyo namun, Biela tetap berkeras mahu ke sana. Alasannya, Mr. Kazuhiko bukan selalu mempunyai masa terluang. Dia orang bisnes, orang yang sentiasa sibuk. Penyudahnya, Farid merajuk dan Biela terus sahaja ke Tokyo walaupun dihalang.
Tetapi, dua hari sebelum majlis pernikahan dan persandingan mereka menjelang, Biela ada menghantar e-mail kepada Farid.
“Awk, sye mintak maaf sbb pgi jugak ke Tokyo…sye tak boleh biarkan peluang utk sy tunjukkan kebolehan diri sy pegi macam tu je… sorry sangat-sangat! Tapi, awk jgn risau! Sy akan balik esok! Meeting dgn businessman Jepun tu was smooth and we had made our deal!!! Yeye!! So, mjlis kite akn dtroskn mcm yg kita rncg ya? Lgi pon, sy ada suprise utk awk nanti… tunggu ya!!!”
E-mail itu membuatkan Farid tersengih selama satu malam. Bahagia sangat hatinya. Buah hati dah nak balik dan dia akan jadi isteri aku macam yang dah dirancang! Yahoooo!!!!! Kalaulah kaki Farid tu ada spring, mesti dah berlubang atap rumahnya kerana lompatan ala-ala katak puru profesional yang baru dipertontonkan sebentar tadi di depan ibunya. Ada-ada aje anak terunanya yang seorang ni. Tergeleng-geleng kepala Puan Laila.
Tetapi, kegembiraan Farid bagaikan diragut oleh mesin rumput yang baru dibeli olehnya dua hari lepas untuk memotong rumput yang sudah mula memanjang di taman mini miliknya….Hei! apa cerita pasal mesin rumput pulak ni?? Silaplah pulak. Kegembiraan Farid bagai diragut oleh peragut professional apabila mendapat panggilan dari Lapangan Terbang Narita.
“Awak, flight saya kena delay lah. Maybe tak sempat balik hari ni. Esok pun saya tak sure lagi. Sorry sangat-sangat awak. Entah-entah kita ni takde jodoh kot,” sayu suara Biela. Farid rasa sedih pula. Takkanlah sampai macam tu sekali. Tak mungkin dia dan Biela tiada jodoh!!! Biela tunangnya. Mereka akan bernikah esok! Ini tak boleh jadi!!!
“Awak jangan sebut lagi perkataan ‘kita takde jodoh’. Saya akan pastikan awak jadi isteri saya yang sah jugak esok! Apa nak jadi, jadilah! Hal ni, biar saya yang settlekan. Awak tunggu saya call. Jangan keluar dari airport tu! Awak dengar tak ni?” selepas mendapat jawapan yang dia ingini dari Biela, Farid segera mendail beberapa nombor untuk meminta bantuan.
Dia ke hulu, ke hilir, sibuk mencari penyelesaian untuk masalah ini. Sibuknya mengalahkan perdana menteri menyelesaikan krisis kewangan! Saudara-mara Farid pula tiada siapa berani bersuara setelah melihat wajah Farid yang selalu dihiasi dengan senyuman, kini berubah sekelat-kelatnya. Lebih kelat daripada biasa! Apatah lagi, dia tidak mampu mencari sebarang penyelesaian!!! Bengangnya hanya Tuhan saja yang tahu.
“Takpelah, awak. Semua ni salah saya. Saya yang degil nak pegi jugak meeting tu. Kalau nak marah, suruh diaorang marah saya. Jangan marah awak. Sorry ya, Farid,” sayu aje suara Biela. Nampaknya dia sedang menahan tangis.
“Biela, janganlah cepat sangat putus asa,”
“Bukan saya nak putus asa. Tapi, takdir macam nak pisahkan kita aje. Tu lah, saya dah cakap kita takde jodoh, awak tak percaya! Kita ni memang takde jodoh!”
“Biela!!!” suara Farid yang kuat membuatkan gadis itu terlompat sikit. Sikit je, mana boleh lompat banyak-banyak kat tengah-tengah orang ni!
“Saya dah cakap banyak kali, jangan sebut perkataan tu. 40 kali awak sebut, Allah makbulkan, tahu tak? Awak nak ke?”
“Tapi…memang betul pun,” perlahan saja suara Biela. Dia takut Farid akan menengkingnya sekali lagi. Namun, hanya keluhan lelaki itu yang didengari.
“Kalau awak rasa kita ni memang takde jodoh, awak tak payah lah balik KL esok Biela. Biar saya terangkan kat semua orang. Saya taknak awak terseksa sebab saya. Saya minta maaf kalau selama kita kenal, saya ada sakitkan hati awak atau menyinggung perasaan awak. Semoga awak jumpa jodoh awak,” belum sempat Biela berkata apa-apa, talian terputus. Bateri telefonnya sudah habis.
Apa maksud Farid? Dia nak batalkan perkahwinan kita ke? Alahai, Farid! Janganlah!!! Kalau awak tak kahwin dengan saya, siapa nak kahwin dengan saya???
********************
Biela melihat papan kenyataan yang mempamerkan waktu-waktu penerbangan semua kapal terbang di Lapangan Terbang Narita. Kapal terbang MAS ke Malaysia sepatutnya sudah terbang di awan biru sekarang. Tetapi disebabkan cuaca buruk dan masalah teknikal pada pesawat, penerbangan ke KLIA terpaksa ditangguhkan.
Mula-mula, delay 3 jam. Lepas tu, delay sampai esok pulak! Tak payah terbang lagi bagus! Pergi jual aje kapal terbang tu kat kedai besi buruk! Ataupun campak dalam lombong mana-mana kalau kerjanya nak menyusahkan orang!!! Biela hanya bercakap dalam hati. Kalau dia maki hamun sekalipun, bukan boleh mengubah apa-apa.
“Apalah malang sangat nasib aku ni? Aku nak kahwin, bukan nak pergi buat jahat. Kenapa tak bagi aku balik???” rintihan itu hanya didengari oleh Biela seorang kerana dia merintih dengan suara yang sangat perlahan. Keadaan Narita International Airport agak huru hara kerana banyak penerbangan terpaksa ditangguhkan.
“Ahh! Bosanlah macam ni. Baik aku lepak kat hotel, lagi bagus! Kalau aku duduk kat sini, bukannya kapal terbang tak guna tu boleh tiba-tiba elok pulak!” Biela menarik bagasinya dan mula berjalan untuk keluar dari lapangan terbang itu.
“Attention to a passanger to Kuala Lumpur, Malaysia named Nabiela Arisya, Nabiela Arisya, please make your way to Conference Room 3 now,” pengumuman yang dibuat oleh seorang gadis itu diulang sebanyak 3 kali. Sape pulak yang panggil aku ni? Dah lah hati tengah menggelegak lebih hangat daripada biasa, sibuk-sibuk pulak panggil aku. Kalau nak bagi aku naik roket terus sampai KL, takpe jugak!
Dengan perasaan sebal, Biela menarik bagasinya yang seberat 2 tan…eh berat sangat tu. Seberat 1.5 kilo je, menuju ke Conference Room 3. Huh?? 1.5 kilo?? Yelah, sebelum balik, dia shopping sakan dulu. Itu pun dah kurang sikit sebab tak cukup duit nak beli barang lain. Nama pun Biela si Shopaholic!!!
Hish, manalah bilik ni? Dah 20 kali aku tawaf tempat ni, tak jumpa-jumpa jugak! Aha! Baik aku tanya kaunter pertanyaan. Tak payah susah-susah cari lagi.
Memang tepat keputusan Biela. Dengan pantas, seorang lelaki menunjukkan arah buat Biela dan dia sangat terkejut apabila melihat orang yang berada di dalam bilik itu.
“Kazuhiko-san, what are you doing here?” lelaki jepun yang baru sahaja berusia 32 tahun itu tersenyum pada Biela. Di sebelahnya, berdiri seorang lelaki yang Biela agak itu pembantu peribadinya. Mr. Kazuhiko kelihatan segak dengan suit hitam yang dipakainya. Kalau aku solo lagi, dah lama aku ngorat mamat ni. Kaya pun kaya!
Hish!! Segera Biela menghilangkan fikiran jahatnya. Mana boleh! Lelaki ni dah ada pilihan hati sendirilah! Lagipun, Farid tu dah cukup baik kat aku! Lebih dari baik!! Tapi, aku yang tak pandai nak jaga hati dia. Hukhuk ;(
“I heard that you’re stuck in here because your flight was delay until tomorrow. So, I wanna to check up on you,” Biela terharu dengan kprihatinan lelaki itu. Kazuhiko bukanlah orang lain dengannya. Teman lelaki kawan baiknya sendiri. Mereka berdua dah lama mengenali. Biela fasih berbahasa Jepun pun, atas bantuan Kazuhiko.
“That was so kind of you. Domo arigatou (terima kasih banyak),” Biela menundukkan kepalanya tand hormat. Kazuhiko tersenyum dan nampak sebaris gigi putihnya. Kacaknya!!! Patutlah minah tu boleh jatuh cinta dengan dia, desis hati Biela.
“I was wondering, do you want to join me? I’m going to fly to KL to see…her,” Kazuhiko kelihatan malu-malu. Hahaha! Kelakar betul! Eh, kejap!!!
“Fly to KL? Wih what?”
“My private jet. Come on. We don’t have much time. It’s ready to fly by now,” Kazuhiko melihat jam di tangannya. Sudah pukul 10 malam. Penerbangan dari sini ke KLIA mengambil masa lebih kurang selama 10 jam.
Kalau macam tu, sempatlah aku nak pergi majlis aku! Yabedabeduuuu!!!!! Gembiranya Biela tidak terkata! Dia sangat berterima kasih pada Kazuhiko yang muncul di saat yang memerlukan. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ni. Terutama sekali pada peminat-peminat saya, I LOVE YOU ALL!!!
Biela tersedar dari lamunannya. Ceh, siap berangan macam baru menang award lagi! Hahaha!!! Bagasi Biela ditarik oleh pembantu peribadi Kazuhiko. Biela tersenyum pada lelaki itu tanda terima kasih. Selepas itu, mereka masuk ke dalam jet peribadi milik Kazuhiko. Seumur hidup Biela, inilah kali pertama di menaiki jet peribadi seperti ini. Beruntungnya, kawan aku tu dapat Kazuhiko.
“You know what, Kazuhiko-san? What you did for me today, not just saved me from a disaster, you had saved my life and my future!” kata Biela, teruja! Kazuhiko buat muka tak paham. Dia tak tahu ke?
“What do you mean?”
“You didn’t know? I’m getting married tomorrow,” mata Kazuhiko membulat. Nyata, dia tak tahu. Kenapa minah tu tak bagitau dia?
“What??? Why didn’t you tell me sooner? You’re getting married and you still went to our meeting? Don’t you have to get ready or something?” Biela tersengih. Buat muka comel, muka tak bersalah. Ini mesti belajar dari Farid. Dia kan pakar dalam buat muka tak bersalah.
“Yeah, as soon as I reach home, I’m going to get ready for my wedding. So, can I borrow your satellite phone? I need to call someone,” Kazuhiko tergeleng-geleng sebelum dia menyerahkan telefon satelitnya. Jet ini masih belum bergerak jadi dia boleh menggunakannya. Dia terus mendail nombor telefon perunding perkahwinannya, Airis Sabrina. Dia harap, Airis masih terjaga dan akan bersetuju dengan rancangannya ini.
“Hello, Airis’s speaking,” suara Airis kedengaran segar. Pasti dia masih belum tidur.
“Airis, ni Biela. I need you to listen carefully for what I’m gonna say to you right now. This is the matter of life and death,”
******************
Kereta Mini Cooper S warna pink milik Biela sudah sedia terparkir di luar pintu ‘Ketibaan Antarabangsa’ KLIA. Airis berada di dalam kereta itu bersama pembantunya. Biela terus berjalan laju sambil menarik bagasinya ke arah kereta itu. Selepas turun dari jet peribadi Kazuhiko, Biela cepat-cepat mengucapkan selamat tinggal dan lelaki itu faham mengapa Biela kelam kabut. Biela juga sempat menjemput dia ke majlisnya.
“You are sooo dead, Biela! Dah pukul berapa ni, kau siap apa-apa lagi!” rintih Airis. Biela menyuruh pembantu Airis untuk memandu manakala dia dan Airis duduk di tempat duduk belakang kerana Airis akan menyoleknya dalam perjalanan mereka ke rumah Biela.
“Diamlah, Ai! Kau ni buat aku gelabah lah! Aku gerenti, plan aku akan berjalan lancar. Dah! Cepat make up kan aku! Jangan buang masa!” selamba dia marah Airis. Eleh, Airis ni bukan orang lain dengan dia.
Sepupu dia jugak! Dia bukan ambil hati pun. Buktinya, Airis sanggup tunggu Biela kat KLIA dari pukul 8 pagi semata-mata nak tolong Biela. Dia juga sanggup minta Datin Badariah melengahkan masa akad nikah Biela dan Farid.
“Aku cuba call Farid, tapi dia tak jawab. Aku rasa dia merajuk lagi. Mak Su cakap, Farid call family kita and bagitau yang korang maybe tak jadi kahwin. Mak Su terkejut sampaikan nak kena heart attack. Kau pun satu, bukan reti nak explain kat mak kau! Nasib baik, ayah kau sempat tenangkan Mak Su. Kalau tak, tak tahulah aku nak cakap apa,” walaupun mulut Airis berleter macam mak nenek, tapi tangannya bergerak laju menyolekkan wajah Biela.
“Aku tak sempatlah! Itu pun nasib baik ada Kazuhiko. Kalau tak, kau takkan dapat tengok aku kat depan mata kau sekarang ni,” mata Biela sempat mengerling jam digital yang terdapat dalam keretanya.
Sudah jam 11.55 pagi. Mereka baru sahaja melepasi plaza tol Sungai Besi. Sempat ke tak ni? Tiba-tiba kereta yang dari tadi dipandu dengan kelajuan 500km/h….tipulah tu! Hahaha!!! Kalau betul macam mana? Gerenti kau dah terbang sampai ke bulan! Sempat lagi aku merepek.
Kereta yang dipandu dengan kelajuan 150 km/h semakin perlahan dan perlahan dan akhirnya berhenti. Biela dan Airis memandang ke depan. Traffic jam!!! Sesak betul ni! Aduh, macam mana ni? Kalau jam macam ni, sure tak sempat sampai! Kereta hanya bergerak sikit-sikit dan ini menimbulkan kemarahan Biela.
“Ai, habiskan make up aku cepat,” arah Biela. Airis hanya menurut. Tangannya semakin laju membuat kerja pada wajah comel Biela. Selepas beberapa minit, wajah Biela sudah siap disolekkan. Biela mengarahkan pembantu Airis duduk di tempat duduk sebelah pemandu dan dia melompat ke tempat duduk pemandu. Apabila kereta mereka melintasi simpang keluar dari lebuhraya itu, Biela terus menyusup masuk dan melalui jalan itu.
“Biela, ni bukan jalan pergi rumah kau!” Biela hanya membuat isyarat supaya diam dan menyuruh mereka berdua memakai tali pinggang keselamatan. Selepas itu, Biela memecut bagaikan pemandu kereta lumba terlatih. Keretanya mencelah-celah melalui kenderaan lain. Lagak ngeri Biela membuatkan penumpang keretanya kecut perut dan hanya mampu berdoa agar mereka selamat sampai.
Apabila jam menginjak pukul 12.10 minit tengahari, Biela selamat tiba di perkarangan rumahnya. Dia lihat 2 buah kanopi sudah didirikan di depan rumah dan meja dan kerusi disusun atur. Dia juga sempat melihat meja makan pengantin yang dihias cantik. Wah! Hasil kerja Airis memang terbaik!!!
“Hei, ni bukan masa kau nak cuci mata! Cepat tukar baju! Aku nak betulkan make up kau tu balik,” Airis menarik tangan Biela masuk kedalam rumahnya. Datin Badariah dan Datul Fadli yang sedang menunggu kepulangan Biela di ruang tamu, segera mendapatkan anak tunggal mereka.
“Mummy, daddy, Biela dah takde masa nak explain. Apa-apa hal lepas Biela selesai nikah dengan Farid. Sekarang, Biela nak pergi tukar baju. Okey?” Biela menunjukkan isyarat ‘ok’ dengan jarinya sebelum berlari menuju ke bilik pengantin. Pada waktu itu, kedengaran jeritan Biela yang berkata,
“Cantiknya bilik aku!!!” semua yang mendengar, tertawa. Sebab tu pun dia boleh menjerit macam baru nampak hantu.
Selepas lima minit, Biela keluar dari biliknya dengan wajah yang baru. Dia kelihatan sangat cantik dan pasti Farid tak tidur malam lepas nampak muka Biela lepas ni. Biela yang sangat teruja dengan perubahan mukanya sempat mengambil gambarnya sendiri menggunakan telefonnya.
“Hoi! Sempat lagi kau nak bergambar, ya? Nanti Farid dah balik, baru kau tahu!” ugutan Airis membuatkan Biela cepat-cepat meluru masuk ke dalam keretanya. Selamba aje dia duduk di tempat pemandu. Bila dia perasan semua orang tengah pandang dia, Biela buat muka tak paham.
“Apa???”
“Mana ada pengantin drive sendiri time nak pergi nikah! Kau ni peliklah,” sedap mulut kau aje kutuk aku, ya Ai! Siap kau nanti! Biela menggeleng. Dia nak memandu sendiri juga. Tak kira!
“Biarlah dia drive. Dia dah sampai sini pun dah cukup bagus. Kita dah lambat ni,” Datin Badariah segera menghalang dua gadis ini bertekak pada masa gawat ni. Orang dah lambat, dia boleh buat drama percuma pulak kat depan rumah.
Sekali lagi, Biela memandu dengan laju sekali sehinggakan kereta daddynya ditinggalkan jauh ke belakang. Dalam masa 10 minit sahaja, Biela sudah sampai di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimana majlis pernikahan antara Ahmad Farid dan Nabiela Arisya berlangsung. Dari jauh, Biela sudah nampak Farid yang segak berbaju melayu satin berwarna biru laut siap bersongkok dan bersampin.
“Sumpah! Lepas ni, aku tak nak dah naik kereta dengan kau, Biela!!!” suara Airis yang separuh menjerit itu menghentikan lamunan Biela. Pada waktu itu juga, ahli keluarga Biela yang lain tiba di masjid. Farid menghela nafas lega apabila nampak wajah gadis yang sangat dia rindui itu.
“Alah, kecohlah kau. Baru laju sikit, dah tak tahan!” lidah dijelirkan pada gadis tinggi lampai itu. Airis hanya mampu bersabar. Kalau dia balas, nanti perang dunia keempat belas meletus pula kat masjid ni. Lagipun, mana boleh gaduh-gaduh dengan pengantin.
Keluarga kedua belah pihak berjalan masuk ke dalam kawasan masjid. Tok kadi sudah lama menunggu ketibaan mereka dan apabila semua orang sudah mengambil tempat masing-masing, dia menyelesaikan beberapa urusan yang tertangguh supaya akad nikah ini berjalan lancar. Farid mendengar dengan teliti khutbah nikah yang dibaca oleh Tok Kadi tetapi Biela dari tadi asyik menguap. Yelah, orang tak cukup tidur. Dalam perjalanan ke KLIA, dia tidak dapat melelapkan mata kerana risau tidak dapat pulang tepat pada masanya.
Airis sedar tahap mengantuk Biela yang melampau itu dan dia menepuk-nepuk paha Biela supaya dia terus terjaga. Apabila tiba saat untuk Farid melafazkan akad nikah, mata Biela menjadi segar tiba-tiba. Dia sudah lama menunggu saat ini. Moga-moga semuanya berjalan lancar.
****************************
Siapa sangka, majlis pernikahan yang hampir sahaja dibatalkan berubah menjadi majlis perkahwinan yang paling gemilang dalam sejarah! Biela dari tadi membelek-belek album gambar yang memuatkan gambar semasa majlis perkahwinannya. Gambar yang diambil oleh Airis semasa dia bergaduh dengan Farid hanya kerana kek perkahwinan mereka bukan perisa coklat.
“Kan saya dah kata nak perisa coklat! Awak saja je nak carik gaduh dengan saya, kan?” soal Biela sambil berpura-pura senyum. Padahal, hati tengah menggelegak! Senyum jangan tak senyum. Photographer tengah shoot tu.
“Saya tak ingatlah. Awak bukan nak ingatkan saya sekali lagi! Salah awaklah,” geram betul Biela dibuatnya. Tak pasal-pasal kaki Farid dipijak dengan kasut tumit tingginya dan jeritan Farid membuatkan semua orang terperanjat. Biela ketawa puas sambil memerhatikan Farid yang mengadu kesakitan.
Masa tu jugaklah, Datin Badariah memiat telinga anaknya kerana terlalu nakal. Dengan laki sendiri pun dia boleh buat macam tu! Bertuah punya budak!! Kemudian, giliran Farid pula ketawakan Biela. Dua-dua tengah tak puas hati, dua-dua sekali main pukul-pukul lepas tu jatuh ats kek!!! Semua orang bergelak ketawa pada hari tu. Pengantin jatuh atas kek!!! Satu hari mereka dipanggil dengan gelaran itu.
Tawa Biela semakin kuat apabila terlihat gambar dia tertidur di atas pangkuan Farid selepas Farid menyarungkan cincin di jarinya semasa upacara pambatalan air sembahyang. Sempat pula mama mengambil gambarnya pada waktu itu. Orang lain ingatkan aku pengsan. Dah ready nak panggil ambulans tapi bila tengok aku pejam mata siap senyum-senyum lagi, tidurlah tu jawabnya. Akhirnya, Farid yang mencempung pengantin perempuan masuk dalam kereta untuk dibawa pulang. Pengantin lain mana ada kena dukung dengan laku sendiri lepas nikah. Aku je! Banggalah pulak!!!
“Sayang, seronok nampak! Tak ajak abang ketawa sekali ke?” suara Farid tiba-tiba sahaja kedengaran. Eh, sejak bila pulak dia ada kat tepi aku ni? Pelik, pelik!
“Sibuklah abang ni. Biela nak gelak sorang-sorang pun tak boleh! Baru nak feel,” Biela tersengih. Farid tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu. Perlahan-lahan, tangannya memegang perut Biela yang sudah mula membesar.
“Anak papa sihat tak hari ni? Kesian anak papa. Mesti sayang tak aman hari ni, kan? Yelah, mama asyik ketawa mengilai-ngilai dari tadi,” Farid tertawa kecil. Biela mencubit lengan suaminya perlahan. Suka hati cakap aku ketawa mengilai?
“Papa gurau ajelah, sayang. Mana ada mama ketawa mengilai, kan? Comel aje bila mama gelak. Ala-ala puteri Gunung Ledang. Sebab tulah papa sayang mama. Mama ni unik. Takde siapa boleh tiru dia. Dia ada pemikiran dia yang tersendiri yang orang lain tak boleh jangka. Dalam dunia ni, papa paling sayang mama,” Biela tersenyum bahagia mendengar luahan itu. Farid pula memeluk bahu isterinya dan menarik wanita itu agar dekat padanya.
“Thanks, sayang sebab bahagiakan abang selama kita kahwin. Kalau sayang tak berusaha nak balik hari kita nikah tu, abang tak tahulah apa akan jadi kat abang sekarang. And thanks jugak sebab sayang sanggup tahan diri dengan alahan masa mengandung semata-mata sebab mengandungkan anak abang,” Farid menghadiahkan satu kucupan di pipi isterinya yang semakin montel itu. Dia memang sangat menghargai pengorbanan Biela padanya.
Biela sanggup menahan diri dari kesakitan yang dia tanggung semasa mengandung walaupun doktor sendiri bimbang akan tahap kesihatannya. Mungkin kerana pengorbanan Biela yang ikhlas, Allah mudahkan kehidupan mereka suami isteri selepas kandungan Biela cukup 5 bulan. Biela semakin sihat dan begitu juga dengan kandungannya.
Harapan mereka berdua agar keharmoniaan rumah tangga mereka berkekalan selamanya, moga-moga dimakbulkan Allah. Aminn…

0 comments: