Sekali aku sudah jatuh cinta

Oleh : QistinaQaisara
Pandangan sekali lagi dihalakan kepada pondok buruk di mana dia telah dibesarkan oleh kedua orang tuanya sehingga dirinya berumur 23 tahun kini.
Ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 15 tahun manakala ayahnya telah hilang ketika ribut di lautan ketika menangkap ikan.
Air matanya menitis sedih. Sayang rasanya untuk meninggalkan rumah pusaka ibu bapanya. Meskipun dia miskin dengan harta benda, namun dia kaya dengan kasih sayang daripada ibu bapa.
Dengan berat hati, kakinya melangkah masuk ke dalam kereta mewah kepunyaan ibu saudaranya. Entah betul atau pun tidak dia tidak tahu kerana sejak dia kecil, dia memang tidak punya saudara.
“Aleya, sudah la tu. Jangan menangis lagi,” ujar ibu saudaranya, Puan Erma yang dikatakan adik bapanya, Encik Emran.
Dia menyeka air mata yang mengalir lesu di pipi putih kemerah merahan itu.
“Auntie, macam mana auntie betul-betul pasti yang Aleya ni anak saudara auntie?” soal Aleya setelah diam sedikit tenang.
“Sebenarnya, ayah Aleya sanggup mengenepikan keluarga demi mengahwini ibu Aleya, Aisyah. Datuk Aleya yang merupakan ayah kepada auntie menyesal dengan sikapnya yang membantah keras perkahwinan mereka dahulu, menyuruh auntie mencari ayah Aleya sebelum dia meninggal. Kemudian, auntie memulakan pencarian. Dan akhirnya auntie jumpa kembali anak saudara auntie yang satu satunya anak kepada abang kandung auntie sendiri,” ucap Puan Erma sambil mengusap-usap kepala Aleya.
Kemudian, suasana sepi menyelebungi seisi kereta mewah yang meluncur laju membelah lebuh raya utara selatan.
***********
Aleya tergamam. Belum pernah dia menjejak kaki ke dalam rumah semewah dan sebesar itu. Rumah banglo tiga tingkat itu sepi. Sunyi. Aleya pada awalnya keberatan untuk melangkah ke dalam namun atas pujukan Puan Erma, barulah dia bersetuju.
“Masuklah, Aleya. Buat macam rumah sendiri. Erina dan Esyraf ada di dalam. Mari auntie tunjukkan bilik Aleya,” ujar Puan Erma sambil mendaki anak tangga ke tingkat dua rumah itu. Aleya hanya menurut tanpa banyak tanya.
Sekali lagi dia tergamam dan terpaku di luar bilik itu sebaik sahaja Puan Erma membukakan pintu bilik itu.
Ya Allah, besarnya bilik. Rumah aku dulu pun, ada satu bilik. Itupun hanya satu perlima daripada besar bilik ini. Boleh ke aku menyesuaikan diri. Terasa kerdil pula diri ini.
Desis hati Aleya.
“Masuklah, Aleya. Ini bilik Aleya mulai sekarang,” ujar Puan Erma apabila dilihatnya Aleya hanya berdiri di luar tanpa berkelip.
“Auntie, betul ke ni bilik saya? Besarnya. Tak ada bilik yang lebih kecil ke auntie? Saya tak biasalah,” kata Aleya merendah diri. Puan Erma tersenyum.
Kesian anak saudara aku ni. Dia membesar di dalam keadaan serba serbi kekurangan. Sampai bilik hanya sebegini besar pun dikata besar dan mungkin dia tidak selesa.
“Aleya, bilik nilah auntie rasa paling sesuai untuk Aleya. Auntie dah pun bincang dengan Erina dan Esyraf. Lagipun, bilik ni menghadap ke taman mini rumah ni yang terdapat air terjun buatan manusia. Terima sahajalah bilik ni, Aleya. Erm..auntie nak ke dapur sekejap. Aleya siap-siap lah dahulu. Nanti turun kita minum petang sama-sama, ya?” kata Puan Erma dan menutup daun pintu.
Aleya memandang ke luar tingkap. Memang terdapat sebuah air terjun buatan manusia di satu sudut pagar ruma tersebut.
Setelah selesai membersihkan diri dan mengemas barang-barang yang dibawanya, dia turun ke tingkat bawah dengan memakai baju berlengan panjang bersama tudung yang berwarna senada dengan bajunya. Dia sedar, di dalam rumah ini adanya orang lelaki yang bukan muhrimnya.
Aleya membantu menyediakan apa yang patut meskipun telah ditegah beberapa kali oleh Puan Erma. Akhirnya Puan Erma mengalah.
Kelihatan seorang perempuan dalam lingkungan umur 21 tahun menuruni anak tangga bersama rambutnya diikat kebelakang ketika mereka sedang mnum petang.
“Hai mama. Ni mesti kak Aleya, right? Hai, I’m Erina Emilia bin Ilyas. Nice to meet you,” sapa Erina bersama senyuman dan menghulurkan tangan untuk berjabat. Aleya menyambut juga dengan senyuman.
Ternyata salah dugaan ku. Bukan semua anak orang kaya sombong dengan orang miskin macan aku.
“Erina, mana abang kamu, Esyraf?” soal Puan Erma setelah menghirup sedikit minuman.
“Abang tidurlah, ma. Tu kan hobi dia. Tadi dia keluar jumpa kawan. Balik terus tidur,” kata Erina selamba. Puan Erma mengeleng kesal dengan sikap anaknya yang selalu sangat keluar rumah. Keluar petang, balik pukul tiga empat pagi.
*********
Esyraf kelihatan berlari anak ketika menuruni anak tangga.
“Esyraf, tolong tumpangkan Aleya ke kolej. Mama nak tumpangkan dia dengan Erina tapi kamu tahu kan, kolej adik kamu tu tak sama dan jauh dari kolej kamu. Aleya satu kolej dengan kamu,” kedengaran Puan Erma bersuara.
Pada ketika itu, Aleya berdiri terpacak di hadapan pintu tanpa disedari oleh dua beranak itu.
“Alaa…mama. Tak nak lah Esyraf tumpangkan gadis kampung yang kolot macam dia tu,” kata Esyraf agak kuat.
“Esyraf, jaga kata-kata kamu tu sikit. Nanti didengar dek Aleya, kecil hati dia,” ujar Puan Erma lagi.
Aleya berasa sungguh perit dan sedih mendengar kata-kata Esyraf itu.
Tak perlu nak tegah anak auntie tu, auntie. Aleya dah dengar dah pun.
“Aleya, kau ke kolej sekali dengan Esyraf, ya?” ujar Puan Erma lembut. Aleya hanya mampu menggangguk lesu.
Sebaik sahaja Aleya masuk ke dalam kereta, Esyraf terus memecut keretanya laju sebagai tanda protes.
“Aku turunkan kau kat sini. Nanti apa pulak kata kawan-kawan aku kalau aku bawak perempuan macam kau ni. Turun lah cepat,” herdik Esyraf garang. Aleya cepat-cepat keluar dari kereta tersebut. Terbatuk-batuk dirinya apabila kereta Esyraf meluncur laju meninggalkan asap berkepul-kepul.
Aleya terpinga-pinga mencari Dewan Kuliah AB. Tanpa diduga seorang pemuda yang kacak menegurnya.
“Saudari pelajar baru di sini? Cari dewan kuliah ke?” tegur pemuda tersebut. Aleya mengangguk mengiakan.
“Before that, saya nak berkenalan dengan saudari dulu. Memandangkan saya yang nak berkenalan, biar saya dulu yang perkenalkan diri. My name Adam Aizril Mohammad Amran. Pelajar fakulti kejuruteraan, semester ke 2 tahun kedua ,” ujar pemuda tersebut.
“Oh…I see. Nama saya pula Aleya Kamilia binti Emran. Pelajar fakulti perubatan. Pelajar baru, first day,” kata Aleya bersama senyuman yang manis menampakkan lesung pipitnya yang dalam lagi manis. Adam terpana melihatnya.
Cantiknya budak ni. Dengan wajahnya yang putih kemerah-merahan,alis matanya yang cantik terbentuk. Bibirnya yang comel kecil merekah merah bak delima walaupun tanpa secalit gincu. Anak matanya yang berwarna hazel dan mata yang bundar mengayukan lagi wajahnya. Rambutnya. Rambutnya tidak kelihatan kerana dilindungi oleh tudung. Ahh!! Aku sudah jatuh cinta pandang pertama dengannya.
Adam tersedar dari angan apabila Aleya memetik jari dihadapannya. Dia termalu sendiri.
“Err..biar Adam tunjukkan Aleya dewan kuliah tu. Mari,” dan Aleya membuntuti Adam sambil berbual mesra.
*********
Kini, sudah 3 bulan Aleya duduk bersama dengan Puan Erma dan keluarganya. Dia sudah dapat menyesuaikan diri di sana. Dia juga semakin akrab dan rapat dengan Adam di kolej selain Umairah.
Esyraf juga sudah banyak berubah. Tiada lagi anting-anting bersusun tersangkut di telinganya. Tiada lagi tindik di hidungnya. Tiada lagi rambut berwarna merah dan punk seperti dulu. Boleh dikatakan dia berubah seratus peratus.
Semuanya kerana ALEYA.
Puan Erma bersyukur dan gembira dengan perubahan anak lelaki tunggalnya itu.
Aleya membuang pandang ke arah luar tingkap. Ke arah air terjun di luar. Kelihatan seperti terdapat sesusuk tubuh di situ. Dan tanpa disangka, pandangan mereka berlaga. Aleya segera menarik langsir tingkap.
Kepala Esyraf serabut. Dia cemburu, cemburu melihat keakraban Aleya dan Adam yang kelihatan sungguh mesra bersama. Meskipun mereka tidak berpegangan tangan atau bersentuhan, sudah cukup membuatkan hatinya rentung dibakar api cemburu.
Kenapa dengan aku ni? Dah jatuh cinta ke dengan Aleya? Huh! Tak mungkin. Tak mungkin aku jatuh cinta dengan dia. Tak mungkin dan tak akan.
Esyraf menafikan.
*********
Seperti biasa, Aleya menumpang Esyraf ke kolej. Seperti biasa juga, suasana sepi menyelubungi mereka. Hanya bertemankan nyanyian di corong radio.
“Aleya, Esyraf nak tanya sikit ni.”
Aleya terpaku sejenak kerana buat pertama kalinya Esyraf menegurnya.
“Apa dia?”
“Aleya tak ingin pulang ke kampung? Melihat-lihat kampung halaman. Aleya tak rindukan kampung dan kawan-kawan di kampung? Ataupun rindukan orang istimewa di kampung?” soal Esyraf sambil menghalakan pandangan ke arah Aleya seketika. Aleya diam.
“Mana mungkin Aleya tak rindukan pondok buruk tempat Aleya membesar tu. Mana mungkin Aleya tak rindukan kawan-kawan di kampung yang sangat rapat dengan Aleya seperti Atika, Hamida, Hamidi dan Zahlia. Mereka kawan baik Aleya sejak kecil. Ermm…Aleya tak ada teman istimewa pun di kampung,” tutur Aleya ikhlas.
“Ye ke ni? Boleh percaya ke? Tak pe la, nanti hujung minggu ni Esyraf bawa Aleya pulang ke kampung, ok?”
“Betul ke, Esyraf? Ok,” Aleya memberikan persetujuan bersama senyuman memanjang.
**********
“Seronok pulang ke kampung, Aleya?” sapa Puan Erma apabila dilihatnya Aleya dan Esyraf memasuki rumah setelah pulang ke kampung Aleya.
“Seronok, auntie” ujar Aleya lembut sambil tersenyum. Esyraf dan Puan Erma juga tersenyum senang.
***********
Tekaknya rasa dahaga dengan tiba-tiba. Dia tekad untuk ke dapur bagi mengambil air minuman untuk membasah tekak.
Sewaktu dia membuka pintu bilik, dia terdengar suara orang berbual di ruang tamu. Aleya memasang telinga cuba menangkap butir bicara mereka.
“Kamu kena cepat bertindak, Esyraf. Mama tak mahu harta datuk kamu tu jatuh ke tangan orang lain. Biarlah kamu yang dapat harta tu. Datuk kamu ni pun satu, tiga perempat hartanya diserahkan kepada Aleya. Mama hanya mendapat satu perempat dari hartanya sahaja,” Puan Erma mendengus.
“Sabarlah, mama. Esyraf pasti, Aleya akan jatuh ke tangan Esyraf jga. Tak susah rupanya nak menjinakkan Aleya ni, mama,” kedengaran tawa mereka berdua.
Air mata sudah lama membasahi kedua belah pipi Aleya sejak tadi.
Hanya sebab harta tinggalan datuk, auntie dan Esyraf sanggup buat Aleya macam ni. Apa salah Aleya? Esyraf, sanggup Esyraf khianati cinta suci Aleya. Aleya merintih dalam hati.
**********
Betapa terkejutnya Puan Erma apabila mendapati Aleya tiada di dalam kamarnya. Dia membuka luas pintu almari. Dia tergamam apabila melihat tiada sehelai pun baju di situ. Tahulah dia Aleya telah pun lari dari rumah itu.
Dia segera mengkabarkan berita tersebut kepada Esyraf. Esyraf rasa sungguh bersalah terhadap Aleya. Hari itu, dia tidak ke kuliah. Dia memandu keretanya ke kampung Aleya.
Apa Aleya tahukah mengenai rancangannya untuk merampas hartanya? Tapi tak mungkin kerana hanya dia anak beranak sahaja yang mengetahui mengenai tentang perkara tersebut. Atau…..mungkin Aleya terdengar perbualannya dengan Esyraf malam tadi. Puan Erma duduk sendirian di atas sofa sambil mencari punca.
*********
Sudah dua hari Aleya menumpang di rumah Atika. Dia meneritakan semuanya kepada Atika. Atika turut bersimpati terhadapnya.
“Aleya, Esyraf ada di rumah kau,” Atika memberitahu namun Aleya hanya tertawa.
“Kenapa kau ketawa?”
“Tak adalah. Sanggup ke orang kaya macam dia tinggal dalam pondok buruk aku tu?” kata Aleya jengkel.
“Betul, Leya. Kalau tak percaya, kau tengok sendiri. Aku dah malas cakap dengan kau ni,” kata Atika berlalu pergi. Aleya terdiam.
********
“Ma, ma baliklah. Esyraf nak duduk sini. Esyraf bahagia duk sini. Lagi pun, Esyraf nak tunggu Aleya,” kata Esyraf.
“Esyraf, pulanglah nak. Dah berapa hari Esyraf tak pulang? Bahagia Esyraf kata? Esyraf bahagia duduk di dalam pondok buruk ni dari duduk di dalam istana rumah kita tu?” Puan Erma membulatkan matanya. Esyraf hanya mengangguk.
“Ma, batalkan sahajalah niat mama untuk merampas harta Aleya tu. Esyraf betul-betul cintakan dia. Esyraf dekatinya bukan di atas desakan mama atau Erina tapi atas kehendak Esyraf sendiri. Esyraf sayang dan cintakan dia setulus hati Esyraf, ma. Tolonglah faham Esyraf, ma” Puan Erma terkesima melihat ada beberapa manik jernih menitis dari matanya anak lelakinya itu.
Ya Allah! Anak aku menangis. Jadi betullah apa yang anakku katakan bahawa dia amat menyayangi dan mencintai Aleya. Ya Allah! Ampunkanlah dosa ku, ya Allah.
Aleya yang berada di belakang rumah itu tersenyum bahagia. Sebenarnya dia datang untuk menghalau Esyraf dari rumahnya, dan kini dia dapat mengetahui perkara sebenar.
*********
“Auntie..ops!! Sori, ma..ma. Mama,” ujar Aleya dan Esyraf di sebelahnya tertawa bahagia. Aleya sudah pun sah menjadi isterinya lepas waktu Zohor tadi .
“Aleya kena biasakan panggilan tu. Aleya kan dah jadi menantu mama. Mama harap Aleya maafkan segala dosa-dosa mama sebelum ni,” Puan Erma dan Aleya berpelukan dan bertangis gembira.
**********
“Aleya, bila kali pertama Aleya jatuh cinta pada Abang?” soal Esyraf nakal sambil mengenyitkan matanya. Saat itu, hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik itu.
Aleya tertawa. Dia berfikir sejenak.
“Hmmm…Aleya rasa pada waktu Aleya pertama kali melihat abang dan Aleya bertambah yakin dengan perasaan Aleya sewaktu hubungan kita semakin baik,” ujar Aleya tulus.
“Abang pula sejak kali pertama terpandangkan seraut wajah Aleya yang bersih tu. Abang sayang dan cintakan Aleya,” tutur Esyraf lembut sambil membelai rambut panjang isterinya tercinta. Aleya terkesima mendengar kata-kata suaminya itu. Spontan, dia memejamkan mata.
Esyraf memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya Allah memberikan dirinya kebahagian yang tak pernah disangka selama ini.
-TAMAT-
p/s : Harap semua pembaca dapat menilai hasil karya saya dengan memberikan komen dan pendapat yang membina untuk saya lebih maju dalam bidang penulisan ini. Maaf, mungkin cerpen kedua nie tak sebaik cerpen pertama saya…tapi saya akan terus mencuba untuk lebih maju dalam bidang yang saya minati ini.
Semoga gembira ketika membaca!”, – QistinaQaisara

0 comments: